Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Saturday, February 17, 2018

7 tips persediaan melancong ke Jepun di musim sakura

Posting ni memang ditujukan khas buat korang-korang yang teringin nak merasa pengalaman bermandian di bawah bunga sakura di Jepun. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, April 2017, I & husband direzekikan menyaksikan sendiri how beautiful the environment is. Kalau nak diikutkan takde budget sangat oun nak travel ke Jepun tu.. Tapi sebab keinginan tinggi sangat, kami redah je lah..






Syukur, selamat pergi dan pulang. 6 hari 5 malam Sakura trip ke Osaka, Kyoto dan Tokyo. 

Kami masuk, melalui Osaka (Kansai Airport) dan balik melalui Tokyo (Tokyo Airport) atas faktor tiket flight lebih murah bila kita beli macam ni. πŸ˜† No other reason. Maklum je lah, trip budget nama nya.. Kena ukur baju di badan sendiri. 

Posting kali ni, nak kongsi dengan korang 7 tips persediaan yang WAJIB korang buat untuk melancong ke Jepun di musim bunga sakura di Jepun. Dah tak lama nak masuk musim sakura kan.. 


1. Pakaian

Korang boleh check suhu musim bunga di Jepun di accuweather.com mengikut date yang korang nak pergi. Roughly 13-20 degree celcius. 20 degree celcius ni macam standard je lag bunyinya kan.. macam pasang aircond kat rumah kita. Kadang-kadang kita pun selamba letak 16 degree celcius especially kalau siang.

Atas estimation ini lah, kami berdua dengan konfidennya, bawah jacket biasa je. Not even a sweater. Kitorang hanya bawa macam bomber jacket gitu laa.. Tambah pulak, bila kitorang pergi ke Universal Traveller dan tanya staff dekat situ, apa jenis jacket yang sesuai untuk temperature 13-20 defree ni, dia cakap “pakai jaket biasa je kak..” dengan confidentnya. 

Tapiiiii.. kau silap dik.. 13-20 degree celcius dia tak sama langsung macam aircond rumah kita tu haaaa... Tambah pulak time berangin! Fuhhhhhhh.. menusuk hingga ke tulang hitam kakak dia punya sejuk. πŸ˜… So penyesalan pertama i ialah, tak bawak jacket bulu-bulu. Ada gak terasa nak bawak masa tu, tapi takut macam terover pulak. Padahal, bila dah sampai sana, hambik kauuu! I ler tu yang over konfiden. 

Begitu lah nasib orang first time travel jauh sikit dari negara sendiriπŸ˜†πŸ˜†

Acah-acah sweet dalam kesejukan. 


Luckily, kitorang bawak jugak heat tech tight. So hari pertama membeku, hari kedua, bijak sikit, pakai heat tech dalam baju. Kira tiga lapis laa pakai. Seluar dan baju heat tech ni korang boleh beli dari Uniqlo. Seluar tak silapnya RM 49.90. Baju pun harga lebih kurang. 

Kalau korang ada swimming suit lengan panjang, seluar panjang, dipersilakan juga bawak. Lebih kurang laa tu function dia. Tak perlu la nak beli banyak2 heat tech tu kan.. Bukan selalu pakai pun. Lain laa kalau korang memang travel ke overseas 4-5 kali setahun. I kan travel versi berjimat dan nak cut budget. Jadi, selagi boleh cut, kita cut🀭

2. Hot patch

Hot patch ni fungsi dia adalah untuk memanaskan badan kita. Dia macam kool fever tu. Tapi fungsi berlainan: kool fever nak serap haba dari dalam badan. Hot patch ni dia supply haba kepada badan kita. Korang boleh dapatkan hot patch ni dari Daiso. Satu paket lebih kurang RM 5. Kalau rasa korang ni spesis tak berapa tahan sejuk, beli la banyak sikit. Dia tahan 24 jam jugak sekali pakai. 

Kalau ikut pengalaman i sendiri, sekali pakai 2 patch, tahan satu hari. So, korang darab la dengan korang plan nak stay berapa hari darab dengan korang pergi berapa orang. Satu pack ada 10 hot patch. Kitorang hari tu tak pakai hari-hari pun. Bila rasa sejuk tak terkawal baru pakai. So, membazir jugak laa beli banyak. Tapi RM 5 je sepeket, better lebih daripada tak cukup. Nak beli kat sana pun ada je jual. Tapi harga, sendiri mau ingat. 



Ni rupa hot patch tu untuk rujukan korang.

Cara guna hot patch ni, korang boleh baca kat pek dia tu. Tampal in between cloth. Jangan direct kepada kulit. Melecur kulit korang, i tak jamin ye!

3. Makanan

This part is especially important untuk korang yang sama macam me n husband yang tak makan sushi😁 Kitorang bawak bekal Brahim’s dan maggi. Maggi cup makan space beg, jadi eloklaa kalau korang beli maggi biasa dan bawak spare tupperware untuk makan. Dekat hotel ada sedia selalunya. Cuma kita je lah confident ke tak nak pakai pinggan cawan sudu yang kita pun tak tahu status pengguna sebelum tu kan.

Kalau korang nak beli Brahims tu tak yah nak fancy-fancy lauk macam-macam sangat. Kitorang punya strategi, 2 kali heavy meals (Brahims). Pagi makan sebelum keluar, and makan malam selepas balik hotel malam nanti. I ada spare tuna jugak. Roti beli kat sana je. Boleh google roti jepun yang halal. Roti dia sedap, gebu! So, boleh pack sandwich & biskut untuk snacking. 

Cuaca sejuk kan, cepat lapar. So elokla korang bawak bekal untuk mudahkan diri sendiri dan tak ganggu jadual jalan-jalan korang sebab asyek sibuk cari restoran halal sebab kebanyakan restoran hala, lokasi dia agak secluded. So, agak membazir masa disitu. For us la.. sebab acara kami jalan-jalan bukan cari makan. kalau korang tak kisah, dipersilakan la spend masa jalan-jalan cari makan.

Boleh spare chocolates and energy bar jugak. Sebab banyak berjalan kan.. confirm cepat lapar. Tambah lagi kalau time sesat. πŸ˜› Sambil stress cari lokasi, boleh berhenti bawah pokok sakura dulu, makan coklat!

4. Poncho / payung

Sepanjang 6 hari kami kat sana, 2 hari hujan. Kira musim bunga ni, musim yang rainy juga la. Kalau korang pun on budget trip, expect lah kita akan banyak menapak. Bukan duduk dalam coach yang bawak korang ke tempat yang nak dilawati. So, cadangan saya, beli jugak siap2 poncho (baju hujan yang nipis tu) atau payung lipat. 

Bukan sebab kat Jepun takde jual, tapi hati kau akan rasa pedih bila convert harga payung dan pocho tuπŸ˜‚ Tepuk dada, tanya poket. Pilihan di tangan anda. Jangan kata sis tak pesan tau. Sis dah kena, sebab tu sis pesan kat korang. Poncho jauh lebih senang sebenarnya tau berbanding payung sebab kita nak berjalan dan menikmati sakura season kan.. Lain macam tau feel dia jalan dalam hujan tu. kat KL memang kemsalam laa i nak buat. πŸ˜›

Ni pocho beli kat Jepun. Kalau di convert ke RM, makanya jadilah RM 40++ 😭😭😭 Kat daiso Malaysia ada jual, RM 5 je wey!

5. Hotel

Musim sakura ni kira peak season la untuk orang travel ke Jepun. Bukan kita je nak enjoy sakura, even japanese sendiri pun sangat suka enjoy sakura season. Untuk pastikan korang tak terkebil-kebil nak mencari hotel last minit, elok laa booking awal. 

Cadangan i, korang booking melalui Agoda, pilih yang tak perlu bayar dulu. Memang yg terus bayar tu lebih murah tapi harga kat agoda tu berubah-ubah. So, mungkin esok lusa korang boleh dapat hotel yang lebih proper dengan harga lebih berbaloi. Booking dulu hotel mana yang korang boleh dapat at this moment, nanti rajin-rajin la survey lagi untuk dapatkan best bargain! 

Nanti i share review hotel-hotel yang i stay dekat Osaka dan Tokyo for you all punya reference. Range harga hotel yang i dapat tu bawah RM 150 per night for two person, tatami bed sajo. Takde katil. Hihi.. tapi, seriusly tido atas tatami tu selesa weh!! Rasa macam tak nak bangun. And maybe jugak faktor weather dan faktor penat berjalan. So, letak kepala je terus padam!😴😴😴





6. Portable wifi

Kalau korang travel in group of 5 (maximum) satu portable wifi dah cukup. Masing-masing guna henfon masing-masing. Make sure tutup korang punya internet data mahupun roaming tu. Nak call family, boleh whatsapp call atau facetime je. Lebih jimat, mudah, x perlu nak tukar simkad segala.

Korang boleh google je sewa portable wifi untuk ke Jepun nanti compare lah provider mana yang lebih murah pakej semasanya.. masa i pergi, kos dia RM 24 per day. So darab la dengan berapa hari korang pergi. Bahagi dengan berapa orang dalam group korang. Kalau macam kitorang bertiga, jatuh la RM 8 sorang untuk sehari.

Ni haa rupa pocket wifi yang korang akan sewa nanti. Gambar ni i google je. Takde pulak ambil gambar pocket wifi dulu

Portable wifi ni, korang boleh pilih sama ada nak pick up dekat airport yang korang arrive nanti, nak courier ke rumah korang sendiri, atau pick up je dari KLIA atau KLIA2. Kami pilih option ketiga sebab paling jimat dan mudah cara ni. Kalau sampai Jepun baru nak cari wifi, pening nanti. Dah ke lancar sangat nak berbahasa jepun tuπŸ˜›

Ada juga hotel atau airbnb di Jepun yang dah sediakan free pocket wifi untuk digunakan bagi yang menyewa dengan mereka. Tapi sementara nak sampai ke homestay atau hotel tu, memang menggagau la korang. Melainkan korang memang dah biasa dengan jalan kat sana.

Anyway, ada deposit jugak yang dikenakan. Tak silapnya RM 200. Bayar deposit masa korang collect wifi tu. Bila pulang nanti, dia bagi la balik deposit korang in full dengan syarat pocket wifi tu tak berlaku sebarang kerosakan. Jaga je lah elok-elok. Jangan bagi anak korang rendam dalam air. In shaa allah dapat full refund deposit tu nanti. Hehe..


7. Universal adapter

Lagi satu nak tambah, kalau ke Jepun, sila la beli siap-siap  universal adapter. Sangat penting weh universal adapter ni sebab plug dia tak sama macam plug kita kat Malaysia. Korang boleh beli universal adapter dari Mr. Diy. Harga serendah RM 12.90. Kat lazada pun ada. 



Macam ni lah lebih kurang rupa dia. Ada banyak jenis, korang pilih la ikut taste dan budget masing2. 


So, ni lah dia 7 tips utama persediaan untuk menikmati musim sakura di Jepun. Highly recommended. In shaa allah next posting, i tulis tentang bajet dan itenary pulak. Harap entry ni membantu persediaan korang melancong ke Jepun.

Walaupun bunyi melancong ke Jepun tu macam mahal, tapi tak mustahil. Kena susun strategi jeπŸ˜ƒ Dan tak perlu nak bajet diva letops nak lengkap segala kalau bajet tipis. Hehe.. 

That’s all for now. Selamat bercuti!

Monday, June 24, 2013

Pangkor Island Beach Resort

Hollaa..

Last 2 weeks I pergi pangkor..an ad-hoc holiday. unplanned. lepas exam rasa macam stress giler, penat giler plus nice timing sebab my SV pergi US.. maka, boleh laa joli-joli kejap. I sebenarnya nak gi Gambang Resort tu.. tapi call sana cakap dah fully booked..=(  pastu konon2 plak, xpe lah tido kat Kuantan.. call hotels pun fully booked. heran. mana lah datang ramai sangat nak bercuti ni? semua orang baru habis exam gak ke? padahal the week before was school holiday! maka, dapat disimpulkan zaman sekarang ni bercuti xde nak musim2..sepanjang masa lah ramai je orang..cuma non-peak time tak la hectic sangat..masih boleh bernafas dengan baik.

Maka tak survey apa pun nak gi Pangkor tu, hubby call je hotel tersebut buat reservation. plus kami dapat discount sebab Pangkor Island Beach Resort (PIBR) ni sama management ngan Mid Valley city..so, as hubby is a gold card member, maka kita layan jer lah..sebabnya nak gi berehat je pun..tak kesah mana2..asal dapat tukar angin.

 untuk ke PIBR ni feri dia tak sama ngan main island..hanya boleh naik dari jeti Lumut sahaja..tak boleh naik dari Marina.. feri yang sama bawak untuk 2 resort je..tak ingat apa nama resort lagi satu tu.. so, untuk make sure kita memang guest kat dua resort ni, dorang hanya akan benarkan guest yang dah buat reservation je untuk beli tiket feri ni.. so, agak lama proses untuk beli tiket sebab dorang akan check ngan hotel dulu everytime orang nak beli tiket. maka, agak jenuh beratur disitu especially sebab ada few people yang tak buat reservation.  tiket pun agak mahal sket compared to main island. RM19/person  pergi balik for adult. Rafique tak kena charge pun, under 4 yo. Kalau feri ke main island RM10/adult..



ini budak excited. tak senang duduk dia kena tunggu lama ayah queue beli tiket.. nak naik ship..nak naik ship..


dah dapat naik feri dia tak nak duduk pun..all the way, Rafique n hubby dok luar..amek angin..sempat buat kawan haa..siap borak bahasa dorang..budak tu orang penang ngn dialek penang pekat..tapi Rafique yer yer je bercakap, macam lah paham ape budak tu cakap..belasah jer laa yang..=P he was very excited nak tengok fish dalam laut tapi laut pangkor was not as beautiful as Tioman lah dari pandangan i..air dia x sejernih tu..probably sebab x jauh sangat dari mainland kot..perjalanan dari Jeti Lumut ke  Pangkor ni amek masa setengah jam jer..tak sempat nak mabuk laut pun..hehe..

sampai kat jeti tu, kami dibawa naik bas resort ke PIBR..free aje..kira complementary lah..tak sampai 5 minit pun naik bas tu.. sampai kat hotel ada welcoming drinks and hula hula dance menyambut kami..ecewahhh..feeling macam gi Bora Island aje..nyanyi lagu waka waka siap.. seb baik laa dia sediakan air tu, kalau tak memang jenuh laa perit tekak menunggu check in proces.. took quite long jugak..padahal time nak beli tiket tadi pun dah isi borang segala macam nak check in..so, ini macam ulang buat keje dua kali..bengang gak r kan..tapi staff dia cakap nak make sure orang yang sama check in dengan beli ticket feri..for security issues..maka, layan jer laa..maybe laa dorang ada sebab tersendiri kan..asalkan kami selamat sudah..


 worth the wait..room is super big..with king bed. yehhaaaa!!! satisfying laa dengan jumlah yang dibayar tu..kami amek ocean wing.. 


beach is just few meters away from our room..ada balcony at every room..boleh hidup udara pantai.=)
kt pondok tu dah pantai tu.. tapi agak frust gak bila kami tahu ocean villa punya harga beza sikit je dengan bilik kitorang ni.. kalau tahu, amek ocean villa mesti lagi best.. for room rates korang check sini eyh.. 

budak ni belum sempat ape2 lagi dia dah rasmi dulu dengan poo poo..pastu sambung dengan edisi rendam berendam pulak..nak tido pun tak boleh..jenuh tunggu dia main air..anyway, ada banyak gak laa complementary activities kat resort ni..fishing, bird feeding and some activities for the kiddos.. tapi i tak amek gambar sangat.. just enjoying the moments =) and many more exciting activities tapi kena bayar la..boleh sewa bike, body boarding, jet ski, banana boat etc..yang paling bagus, tak yah bawah duit, tulis je nanti dia masuk dalam account kita.. so, nak balik nanti ready jer laa bayar.. yang bagus bukan apa, sebab tak yah nak pikir pasal wallet etc time nak berenjoy sakan tu kan.. ada island hopping package jugak..tapi we ols tak sempat.. kami pergi 1 night je pun sebab isnin hubby kena keje.. =(







petang tu kami lepak kat pantai and swimming kat pool.. Rafique si gedik taknak pijak pasir pantai..geli..sabor jer laaa..mengada datang dari mana tah.padahal umur belum setahun dah kena rendam kat laut..haishh..tapi tu mula2 pegi pantai la..dah masuk dalam laut pandai plak seronok main ombak taknak naik..puas pujuk ajak gi swimming kat pool pulak.. kat resort ni ada 2 pool..yang bestnya pool takde orang sangat..sebab ramai orang kat beach..mat salleh mana laa nak layan pool sangat dah.. dorang datang sini nak berjemur..so, we ols conquer la.. ni nak kena rajin-rajin bawak rafique gi pool balik r..sebab dia macam dah penakut sikit ngan air..lama tak swimming.. tapi dah lama ok je. so, nak kena selalu practice..i should seriously start looking for a swimming lesson for him.

malamnya kami berbbq buffet..we got 50% discount for F&B.. hohoho..memang berbaloi laa..buffet for 2 at less than RM90.. Makanan sangat best and the buffet spread was heaven. especially bab seafood lah.. i memang gamble je masa tu..gasak laa mata gatal ke ape lepas makan ni, janji dapat makan seafood yang fresh tu! tapi alhamdulillah i x kena allergic attack. hubby yang sakit kepala malam tu..banyak sangat makan kambing la tuu.. again, no picture during the buffet..we are busy eating..kehkehkeh..buffet breakfast dia pun sangat satisfying. variety. from malay to western, segala ada..mee goreng mamak pun ada with teh tarik.. seronok tengok mat salleh minum teh tarik..hihihi..plus their staffs pun sangat friendly.. kalau mak bapak ni sibuk nak makan, they even help to take care of our young ones.. i can say, it worth every penny =)

itu jer lah cerita short vacation cum babymoon ini.. hehe.. rafique dah sibuk tanya bila nak gi pangkor lagik? hahaha.. sabo jer laa...

Wednesday, January 25, 2012

cuti cuti bukit melawati

hi all..

dah start keje belum??mesti ramai still in holiday mode kan?? n how's ur holiday??
it was busy holiday for me..sabtu ahad ke melaka..isnin mandi sungai kat Lopo Blue River and semalam pulak ke Bukit Melawati, Kuala Selangor..dalam dua2 gaji belum masuk, panjang gak lah langkah..asalkan tak masuk shopping mall, kira selamat lah..=)

jom i story mory pasal Bukit Malawati..


my little captain lah orang yang paling seronok..bukan main dia dok mengejar monkey..



untuk yang tak tahu, Bukit Malawati ni kat Kuala Selangor..weekend and public holiday, private vehicles tak boleh naik ke atas bukit sana, kena naik train..harga tiket rm5 for adult, kids under age 12 free je..


budak kecik ni masam benar muka nya..panas kot..


adik dan kakak..10 tahun beza umur..tapi macam sebaya kan?????? i yang sweet 17 ke my sister yang tua sebelum usia???LOL!!


Sesampainya di puncak bukit...waaaahhhhhhhh...cantiknyerrr....





sibuk dah budak ni tunjuk sana monkeys, sini birds...excited dia!!


monyet ni semua friendly..jinak sangat..

i pun enter frame..tapi sebenarnya i takut..hihi..


dah lepas monkey, kejar birds pulak..

by the way train dengan tiket rm 5 per person tu bawak kita pergi 2 places actually..naik bukit malawati itself, then pergi ke taman ikan air tawar which is just nearby..so, very worth it lah rm5 tu...kalau rasa nak daki bukit malawati tu pun boleh..kalau u all larat silakan..i surrender awal2 dah..;-)

fish!!

birds!!



ikan buaya???^_^

all in all, sangat seronok lah kesimpulannya bawak captain Rafique pergi jalan2 ke sana..len kali, kalau boring + takde duit, boleh lah pergi lagi..bagi chance rafique tengok animal alive....

daaaaaaaaaaaa...



Thursday, January 12, 2012

lake dragon feeding at sunway lagoon

hari ahad yang lepas kami pergi Sunway Lagoon..my FIL kasik tiket free untuk 3 parks - Wet park, amusement park and wild life park..this is actually my third time went there..first masa darjah 4 kot masa mula2 sunway lagoon bukak dulu..hubby lagi lah berpuluh kali dah gi pasal dulu dia keje kat Sunway Resort Hotel tu kan..so, this time pergi purposely untuk menggembirakan budak kecik ni jer lahh..we all pergi dengan my brother-in-law's family sekali..sama2 dapat tiket free..hihi..


pemilihan tarikh sejurus selepas sekolah bukak memang tepat la..tak ramai orang sangat..even pekerja sunway lagoon pun cakap ok sangat kitorang datang last weekend, sebab sepanjang cuti sekolah pack gile!!nak duduk pun takde tempat..pool pun agak tak berapa nak bersih, pasal over crowding..

gambar sket jer..=( orang takde kamera kan sekarang ni..pakai i pong mana lahh nak clear sangat..


ni budak over excited dapat air..as usual..kitorang conquer kids pool yang dekat ngan tempat orang naik slide yang tinggi tu..xde orang langsung kat situ..maybe sebab tinggi sangat so that parents with young kids malas nak naik..hanya orang yang nak main slide tinggi tu jer naik situ..


lepas dah bermandi sakan , we all pergi wild life park n petting zoo..kat petting zoo pun takde orang..maybe sebab located at a secluded area kot..jauh kena jalan, tu pasal orang tak gi..makanya, zoo keeper tu kasik kitorang dekat sekilo sawi gak lah utk feed kat rabbit, chicken n tortoise yang ada kat situ..best lah petting zoo ni..budak2 mesti suka..rafique n danish mula2 takut ngan rabbit yang sangat jinak tu..tp lepas tu, dah excited feed them sambil nyanyi2 old mc donald had a farm!!=)

rafique still takut2..abg danish berbaju biru tu dah start feed the rabbit..=)


i pun feed the rabbits gak..chomel tahu rabbits ni..jinak sangat...lama gak we all dok lepak kat petting zoo ni..sebab dengan niat nak tunggu masa untuk Arapaima feeding pukul 4 petang..korang mesti penah dengar cerita pasal lake dragon kat sunway lagoon's lake tu kan??lake dragon yang dimaksudkan tu actually ikan Arapaima ni lah..ada 4 ekor Arapaima sebesar 6-9 feet each dalam tasik tu!!Tp malangnya kami kurang bernasib baik sebab none of the Arapaimas naik ke water surface on that day..the zoo keeper oun pelik sbb cuaca sgt sesuai utk dorang naik on that day actually..maka frust lah menunggu selama 30 minit..untuk pengetahuan korang, tasik sunway lagoon tu dalam gile tau..30 feet deep!!


itu jer lah cerita kami ke Sunway Lagoon..tak gi amusement park pun..sebab 2 kanak2 dah penat..mak bapak dorang lagi2 lah penat..hihi..


as a conclusion, i highly suggest u all bawak anak2 pergi petting zoo tu..seronok sangat!!yer lah budak2 zaman sekarang ni especially yang takde kampung, kenal ayam, itik, kambing semua tu tengok kat TV or gambar jer..so here's the chance for them..ada jugak binatang lain macam snake, parrot, monkey etc..learning beyond classroom sangat kan..=)

ok, bye..

Tuesday, January 3, 2012

beach in terengganu darul iman

balik dari kelantan last week kami lalu terengganu..hubby yang setuju nak drive, i on je..boleh makan keropok lekor..=) jalan jauh sikit pun takpelah yang penting ada pemandangan cantik..boleh tengok pantai..

kamera tinggal kat kampung, jadi gambar kat i pong hubby jer lahh..gambar gelap pun nak tepek gak..suka hati i lahhhh..;-D






that's it. tu je yang ada pun..
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...