Wednesday, September 25, 2019

Naik kereta ke Hat Yai dan Koh Samui dari Rantau Panjang.

Haluuu..

Hari ni nak share dengan korang trip Kak Dina ke Hatyai dan KOh Samui nak kereta. Jalan darat sis.. Ni semua abah punya keinginan, nak sangat dia road trip ke Selatan Thai ni. Kalau ikut kitorang, memang nak naik flight je lah. Takde lah penat. Trip ni 6 hari5 malam untuk kitorang yang dari Shah Alam ni. Trip ni sebenarnya berlaku bulan 9 tahun 2018. Dan selepas setahun baru aku upload ke blog. Hahahaha.

Shah Alam - KB (461 km)  tidur KB 1 malam
KB - Hatyai (267 km) tidur Hatyai 1 malam
Hatyai- Koh Samui (365 km) tidur Koh Samui 2 malam
Koh Samui - Hatyai (365 km) tidur Hat Yai 1malam
Hat Yai - Shah Alam (541 km) tidut kat rumah... hoyeahhh!!

Total perjalanan 1999 km, tak masuk lagi yang jalan2 kat Hatyai Koh Samui. Mau dekat 2500K=km agaknya. Jauh perjalanan, luas pemandangan kann..


 Ni lah peta perjalanan dari Rantau Panjang ke Hat Yai. Kononnya 4 jam, sekali almost 7 jam lah..


Perjalanan kitorang dari Kota Bharu, demi nak konvoi 2 kereta, tu yang balik KB dulu. Gigih  demi kebahagiaan mama abah tersayang kan. Boleh laa.. Bukan selalu. Bukan i yang drive pun.. kihkih...

Kitorang masuk melalui Golok. Kastam Golok ni memang tak strict langsung. Kalau setakat nak seludup budak2 takde pasport tu memang takde hal lah.. hahhha.. tapi anak2 i memang ada pasport, maka beratur je lah bersama kami.

Kesilapan kitorang masa tu ialah tak siap2 buat travel insurance dan tak tukar duit siap2. Maka, buang masa lah jugak kat Golok tu dekat 2 jam sebab kebetulan hari Jumaat, kedai banyak tutup. Pastu orang rushing nak gi semayang Jumaat. Lagi satu, queue beratur nak masuk Golok pun agak laa panjang.

So, korang mohon beringat lah tukar duit siap2.

Orang dok beli simkad, kitorang berwefie dulu..

So, mari Kak Dina cerita cara yang paling mudah untuk korang bawa kereta masuk ke Thailand. Korang hanya perlukan :


1 - Kereta hak milik orang yang memandu, atau pergi sekali sama2 trip tu.
     Kalau tuan kereta tak ikut sama, atau kereta sewa korang kena mintak tuan dia buat surat
     kebenaran.
2 - Geran kereta
3 - Travel insurans (boleh buat kat Malaysia ataupun kat Thailand)
4 - Lesen memandu Malaysia yang tidak tamat tempoh..
5 - Pasport make sure lah masih hidup jugak.


Travel insurance tu kastam or imigresen takde mintak pun, tapi lebih selamat kalau kita buat. Bagi peace of mind lah sikit kat negara orang ni kan. Harga untuk kereta dalam RM 30-50 je bergantung jenis kenderaan dan berapa lama insurance tu valid. Pilih la sendiri mengikut kesesuaian.


Sebelum masuk kat border, silalah isi minyak sepenuh-penuh tangki kereta korang.PetrolThailand mahal sekali ganda guys.. Masa kami pergi tu, minyak kat Malaysia RM 2.10 RON 97. Kat Thailand dah RM 3.90 macam tu kalau korang convert. Memang trip kali ni, minyak adalah antara perbelanjaan yang palinggggggg menyakitkan hati. hahaha. Maka, terus rasa bersyukur jadi rakyat Malaysia yang aman makmur damai sejahtera ini.



Minyak kat Thailand ni setiap petrol pam macam lain2 harga. Dorang kena publish macam gambar ni. Kat setiap petrol pump. Kalau korang rajin naw2, silakan lah survey sebelum isi minyak. Tapi kami memang tak buat begitu. Isi je mana yang perlu. Sebab kita nak bercuti, tenangkan otak. Ni dok serabut nak kira harga minyak pulak kan..

==


So, pada hari kejadian korang nak masuk border tu nanti, di border Malaysia ada banyak orang buat servis isi borang putih tu. Sebenarnya tak perlu pun tak pe, bawak pen sendiri, kalau pergi ramai make sure banyak pen. Jangan sebatang pen kongsi 20 orang pulak! hazab laa..

Ohhh.. make sure jugak korang dah booking hotel mana yang korang nak menginap kat Hatyai or Koh Samui tu nanti. Actually kalau belum booking pun tak pe je, syarat dia kena tulis kat borang putih tu.. Sama je macam korang masuk negara lain pun. Setakat ni, Kak Dina tak pernah kena lagi laa sampai tahap kastam telepon hotel tanya kita book hotel dah ke belum. hahaha..

tapi dah itu syaratnya, sila lah make sure. untuk kemudahan kita jugak kan. Especially pergi ramai2, jangan la nak mengada buat pasal masa tu baru nak booking hotel. Buang masa guys..

Duit pun lebih jimat dan menguntungkan kalau korang tukar di Malaysia. Pada zaman sekarang. Duit dorang (THB) lagi mahal dari duit kita (MYR). sOB sob Sob.. menangis di bucu katil x membantu pun. hadap je lahhh.. what to do.

==

Lagi satu, ketika korang dok sibuk nak buat insurans lah, nak beli simkad lah apa semua, beringat lah jugak polis kat Thailand tu memang cari peluang je nak saman korang, Dia ada garis line merah kat tepi jalan yang sebenarnya tak nampak sangat punnnn... tapi tiba2 dia gi saman wehhhh!!


Masa tu kami berhenti nak tukar duit. Orang ada dalam kereta pun dia sama jugak! Kena bayar masa tu jugak😂 Dia ambil IC, suruh ikut dia gi balai. Adik Kak Dina memang dah berasap telinga dah masa tu.. Tapiii.. kita nk buat macam mana kan.. Dia cakap Thailand, kita jawab bahasa melayu. Bertekak la macam mana pun, tetap tak kesudahan. Maka kena bayar 2000THB, lebih kurang RM 300. Kahkahkah.. Gelak je lah mampu. Pengalaman weh, belum gerak ke Hatyai pun lagi ni, dah macam2 hal.

Travel ramai2 ni memang memerlukan kita jadi tenang, jangan beremosi. Cool je, walaupun hati banyak panas.

So, kesimpulan entry ni ialah, kalau korang nak jalan tu jangan la buat perangai macam kitorang ni. Selalu kalau naik flight, kemain well prepared checklist bagai. Ni, bila roadtrip rasa macam simple je..Thailand je punnnnn.. Kononnnn... Sekali, almost 3 jam buang masa kat border. Gitu lah kesahnya. Tapi, percayalah. Senang je prosesnya. Tak rumit langsung. Yang buat lama tu, beratur panjang je.

Korang boleh estimate masa dalam 1jam ke 1 jam setengah untuk acara beratur kat imigresen kastam ni kalau kena hari cuti. Just make sure korang tak buat perangai macam kitorang je. Isi minyak Tukar duit siap2, elakkan diri dari kena saman.

Maka, lepas dah settle semua tu, dalam pukul 2 petang kitorang pun mulalah bertolak, ikut Waze. Lalu jalan kampung. Bila masuk Narathiwat Pattani tu memang ada kawasan yang agak scary sebab ada banyak gila post2 askar tu. Yang macam kita tengok dalam tv, kawat berduri, askar pegang senapang. Nak ambil gambar pun tak berani, semua senyap je dalam kereta. Hahaa..

Tapi askar2 tu xde tahan ke apa pun... Maybe sebab nampak nur di wajah kitorang kot.. hihi.. Pastu nak hujan lah pulak. Siap macam puting beliung tu ha.. Tapi sebab pantai ni cantik, berhenti jugak ambil gambar. Walaupun angin kemain bertiup kencang. Pantai ni macam kawasan perkampungan je, tak dikomersilkan. Sebab tu bersih, cantik kot.. Walaupun ribut dah nak sampai tu, rasa tenang je..Subhanallah..




Then kitorang singgah kat salah satu surau kat Pattani untuk jamak Zohor Asar. Surau tu comel je. Tapi sangat bersih dan terjaga. Tapi takde sediakan telekung. Mungkin style kat sana memang surau x sedia telekung kot. 2 kali surau yang kitorang singgah, takde telekung. Mujur i bawak telekung travel, hadiah dari founder Zara Awliya. Telekung cantik naw2, sejuk naw2. Major love to telekung Zara Awliya. Sila lah beli kalau nak travel.



Begitulah perjalanan hari tu. Kitorang sampai Hatyai, pukul 7 petang, hari dah gelap. Dah maghrib dah. Check in, kat hotel.Next entry, i ols cerita kisah kat Hatyai pulak. Hotel yang Kak Dina highly recommend untuk korang stay kat Hatyai, sangat berbaloi-baloi. Tunggu....

=============


Kalau korang nak Makin Muda, Makin Sihat setiap hari, mari lah usha Audela Multi 17 terbaru ni. Produk muslim guys. Buy Muslim first kan.. Audela Multi 17 bukan sahaja boleh bantu korang kuruskan badan, tapi boleh dapat kulit cantik bersih floles jugak.


Lebih 50, 000 wanita telah berpuas hati dengan Audela. Jom dapatkan Audela dari Kak Dina, hari ni.
ORDER NOW!




No comments: