long live!!!

Tuesday, August 20, 2013

Tadika mahal vs tadika murah?

Assalamualaikum wbt...

Selamat hari raya ke 13. Entry raya tak sempat buat. rasa macam tak perlu dah kot..gambar dah post kat fb kat instagram..=D Teruk sangat prestasi blog sekarang ni..bukan ku minta jadi begini..busy yang amat. masa untuk diri sendiri pun susah nak cari ape tah lagi masa untuk blog kan.. cuba laa yang terbaik supaya blog ni tak berkubur.. update 1 bulan sekali pun ada gak update kan..


Sebelum ke tajuk asal, sikit cerita pasal adik baby.. dah masuk 6 bulan ye yang dalam perut ni..lasak yang amat. lagi lasak dari rafique dulu kot.. masa scan last month tak nampak lagi gender nya..doctor cakap most probably perempuan kata doctor...masa tu memang berbunga riang laa..kembang setaman. tapi tak berani nak kembang sangat. sebab mata sendiri tak nampak lagi. tapi makin hari rasa macam this time is gonna be a boy again pulak..considering kelasakan dia dalam perut ni laa..movement dia at 6 months ni macam movement dah cukup bulan.. tak kesah laa boy ke girl pun.. kalau girl syukur yang amat sangat. lepas ni boleh rehat lama sikit. kalau boy pun syukur yang amat sangat jugak. yang penting sihat walafiat dan jadi anak soleh/solehah nanti. =)

Maaf lah ye adik baby..ibu ni tak update sangat pasal awak..sian awak..


Sekarang kembali ke tajuk utama. tentang tadika. tentang rafique lah sebenarnya.. dari last year lagi i dah gedik nak hantar rafique pergi skool. tapi sebab mama n mil tak bagi maka postpone dulu. next year, rafique dah masuk 4 tahun. rasanya dia dah ready sangat untuk gi skool. dan asyik tanya je bila rafique nak gi skool ibu? i pun dulu start gi tadika umur 4 tahun. I'm a proud products of Taski =) 3 tahun ok gi sekolah kat Taski, gila ape tak proud...


I memang nak cari tadika yang islamic sket.. pendidikan agama dari awal ni sangat penting kot..bukan kita tak ajar kat rumah cuma kalau ramai2 belajar solat kat skool tu macam fun lah sikit kan..kat umah setakat ikut 1 rakaat je. dalam kes rafique, dia suka time sujud je..sujud lama ke main.. doa panjang sangat kot.. ;-D

So, seperti yang semua sedia maklum antara islamic pre-school yang glamer sekarang ni adalah Brainybunch and Little Caliphs la..eh bukan i cari sekolah yang glamer untuk hantar anak. cuma, dah i ni cari kat internet je, so, itu laa yang banyak jumpa bila google "islamic montessori". i suka sistem montessori ni sebab dia built skills through games.. bukan nya belajar macam zaman kita ikut buku jer..looks fun! mungkin sebab dulu takde montessori sistem ni (at least i tak gi montessori school) tu yang buat nampak menarik kot..ntah laa..hehe


Some other criterias yang i cari selain dari islamic based adalah clean, dekat ngan rumah, boleh hantar dari pagi sampai petang sebab leceh kot kalau nak amek dia balik tengah hari. nak bagi dia naik van untuk gi babysitter's house rasa macam he's too small for that. tak berani nak take that risk dan kalau boleh english medium. Sekarang ni kitorang kat umah converse in mix language (bm-bi) ngan dia..In which ramai yang cakap tak bagus gitu... So far kitorang tengok dia ok je..takde laa jadi lembap pun sebab mix language tu..huhu..Dengan harapan kalau dia gi school which use fully english his language will be polished. itu je.. bukan menganak tirikan bahasa melayu tapi gi sekolah rendah, sekolah kebangsaan nanti dia mesti belajar cakap bahasa melayu punya..bukan i ada plan nak gi hantar dia international school pun.=P  or maybe not plan yet until now. kot laa tetibe tahun depan jadi milionnaire, income RM100K per month, masa tu nanti i register laa dia kat international school. =P


Jadi sekarang ni bila dilihat-lihat dan direview based on readings on the net, i dapati yang paling berkenan dihati adalah brainybunch berdasarkan sistem yang mereka provide dan jugak at BBIM memang speak in full english.. ada sesetengah yang lain walaupun they claim that their medium of teachings is english yet they don't converse fully in english, guna bahasa rojak macam i gak.. 


cumaaaaaa, yang menjadi i kurang sket terhadap BBIM ni sekarang adalah disebabkan oleh banyak review yang cakap BBIM 'cekik darah'. hohohoo... OT adalah RM20 sejam. pastu kalau bulan yang cuti sekolah, tetap kena bayar sedangkan kita tak hantar anak ke sekolah. Dan ada fees lain yang macam2 like sports day la..graduation day laa...kata nya graduation day ni, kalau yang tak graduates that year pun kena bayar sebab dia ada macam ada annual concert gitu laa kot..  dari segi achievement lain, parents nampak berpuas hati. maka disini timbullah persoalan, wajar atau perlu ke nak hantar anak ke tadika yang mahal gini? 


BBIM punya registration fee plus buku uniform etc etc tu around RM 1800. Monthly fees  RM 580 for full day tak termasuk OT. I tengok registration fees Little Caliph pun RM 1000++ gak tapi takde full day program. Fees for per month RM 380 kalau tak silap untuk half day. I can tolerate the monthly fee and registration fee. Tapi yang macam tak best tu sebab ramai yang cakap banyak "hidden cost". I tak gi field survey lagi kat tadika2 lain yang ada sekitar kawasan rumah ni, do share with me biasanya registration fees untuk masuk tadika berapa ye?? And do suggest tadika yang bagus dengan reasonable fees around Hulu Langat to me..


Mungkin ramai yang akan cakap, nak benda bagus, kena laa spend that money. I agree. Tapi tu lah nak tanya, perlu ke hantar anak ke tadika seperti yang i cakap tu? or am i being toooo ideal? or toooo fussy about this issue? Considering that i bukannya orang kaya raya; but i am willing to invest on my son's education if it is really worth it. Anyway, I'm a product of Taski Abim. Boleh je further study sampai pHD pun... kannn???


what do you think? korang ada experience ngan BBIM or Little Caliphs? korang hantar anak kat tadika mana?? share your opinion pleaseeee...... =)

k bai...




7 comments:

MyRule said...

I pun plan nak antar ammar gi tadika next year. Tapi x sempat survey lagi. Tapi bab perlu hantar or tak ke tadika mahal tu, depends pada parents. Kalau mampu y not kan. Semua nak yang terbaik. Cuma sekolah yang bagus belum tentu melahirkan pelajar y bagus. Ia membantu lah.

So far, i ambil contoh yang terdekat dgn i je dina. Abang n kakak i, dedua hantar anak2 diorg ke taska biasa2 je. Maksud i. Biasa je, ada ajar english, arab, math etc. Bukan kindy yang famous la. Tapi so far, anak2 diorg ok. Just nice.

Lagi satu, kita as parents sure kenal anak kita cane kan? So, kena pilih ikut kesesuaian ank gak. Ni je la yang boleh bagi pendapat :)

izzatul azma mohd asri said...

Waa Dina ! Kasih setahun pun belum tapi dari sekarang pun kita dah fikir jugak nanti nak hantar preschool mana. Awal sangat fikir bukan sebab apa, sebab the cost ! Woo, gugur rambut dibuatnya kalau fikir all the cost ni kan..

Kalau orang yang mampu tak apalah. Kalau yang tak mampu, macam mana :(

NURUL JAMIAN said...

aku pun tengah pening jugak fikir pasal nak hantar raina kat tadika mana.

ikut hati aku nak hantar little chalips je.

tapi ciri2 yang aku tgk mestilah :

1)islamic
2) dekat dengan rumah
3)kalau boleh nak half day je sebab aku mmg plan nak raina tetap duduk dengan babysitter dia. sebab babysitter raina ni aku tgk rajin jugak ajar anak aku mcm2 mcm doa makan dan lain2. anak aku ni jenis peel dgn org lain yg dia ngam dia mendengar kata tapi dgn aku atau husband aku kemain tak dgr ckp manja kemain
4) ada pendekatan dalam penggunaan bahasa inggeris

pendapat aku tadika mana2 sekarang mahal kan yuran dia. harap2 jumpalah tadika yang sesuai. mcm aku dulu masuk tadika perpaduan je. boleh jugak belajar sampai universiti. hahaha.

eh beb dulu masa aku mengandungkan raina pun dia dalam perut aku pun lasak kemain. sampai doc dan nurse scan perut aku pun ckp baby dlm perut aku memang lasak sgt. tapi keluarnya perempuan. so no wonder raina skrg melasak wei. hehehe

lia said...

little caliph area akak ada full day... cer call lil caliph area situ sendiri, lg puas hati...

Puan Jiha said...

Jiha pon baru survey Taska for Aqeef....plus in Penang, apa aje lah option yang ada

So I chose yang dekat dengan rumah, islamic, english oriented, contents pon bagus, activities pon fun and yang penting tak cekik darah...dah jumpa dah satu ...5mins away je from my house

I am a product of Tadika Kemas je
(hahah tu pon setengah tahun je masa 6 tahun, pastu pindah Melaka, mak kata takyah masuk Tadika...terus tunggu masuk sekolah rendah je dulu ahhha)

Ainul Mustafa said...

ainul hantar arreessa ke little caliph. Alhamdulillah nampak byk sgt good progress english & islamic. Alhamdulillah dia boleh baca Al-Fatihah lancar, surah al-ikhlas lancar cuma pelat la skt. mula2 nk hntr p BB jgk tp selain mahal BB cuti kalau cuti sekolah.bayangkan kalau cuti sekolah hujung thn sebulan lebih takkan ainul nak kena ambik cuti jgk. leceh sgt.taknak susahkan PIL & parents ainul.yelah diaorg nk rehat kita p hntr anak plk. lama plk tu.

deena awanis said...

Thanks semua for the opinion and experience.. kena check little caliph kat sini laa camtu whether they have full time program or not.

and kena survey gak tadika2 lain..kalau ada taski pun ok gak kot..islamic teachings is more important now. english rasanya masih boleh tolerate on that kot..