Showing posts with label tadika. Show all posts
Showing posts with label tadika. Show all posts

Tuesday, August 20, 2013

Tadika mahal vs tadika murah?

Assalamualaikum wbt...

Selamat hari raya ke 13. Entry raya tak sempat buat. rasa macam tak perlu dah kot..gambar dah post kat fb kat instagram..=D Teruk sangat prestasi blog sekarang ni..bukan ku minta jadi begini..busy yang amat. masa untuk diri sendiri pun susah nak cari ape tah lagi masa untuk blog kan.. cuba laa yang terbaik supaya blog ni tak berkubur.. update 1 bulan sekali pun ada gak update kan..


Sebelum ke tajuk asal, sikit cerita pasal adik baby.. dah masuk 6 bulan ye yang dalam perut ni..lasak yang amat. lagi lasak dari rafique dulu kot.. masa scan last month tak nampak lagi gender nya..doctor cakap most probably perempuan kata doctor...masa tu memang berbunga riang laa..kembang setaman. tapi tak berani nak kembang sangat. sebab mata sendiri tak nampak lagi. tapi makin hari rasa macam this time is gonna be a boy again pulak..considering kelasakan dia dalam perut ni laa..movement dia at 6 months ni macam movement dah cukup bulan.. tak kesah laa boy ke girl pun.. kalau girl syukur yang amat sangat. lepas ni boleh rehat lama sikit. kalau boy pun syukur yang amat sangat jugak. yang penting sihat walafiat dan jadi anak soleh/solehah nanti. =)

Maaf lah ye adik baby..ibu ni tak update sangat pasal awak..sian awak..


Sekarang kembali ke tajuk utama. tentang tadika. tentang rafique lah sebenarnya.. dari last year lagi i dah gedik nak hantar rafique pergi skool. tapi sebab mama n mil tak bagi maka postpone dulu. next year, rafique dah masuk 4 tahun. rasanya dia dah ready sangat untuk gi skool. dan asyik tanya je bila rafique nak gi skool ibu? i pun dulu start gi tadika umur 4 tahun. I'm a proud products of Taski =) 3 tahun ok gi sekolah kat Taski, gila ape tak proud...


I memang nak cari tadika yang islamic sket.. pendidikan agama dari awal ni sangat penting kot..bukan kita tak ajar kat rumah cuma kalau ramai2 belajar solat kat skool tu macam fun lah sikit kan..kat umah setakat ikut 1 rakaat je. dalam kes rafique, dia suka time sujud je..sujud lama ke main.. doa panjang sangat kot.. ;-D

So, seperti yang semua sedia maklum antara islamic pre-school yang glamer sekarang ni adalah Brainybunch and Little Caliphs la..eh bukan i cari sekolah yang glamer untuk hantar anak. cuma, dah i ni cari kat internet je, so, itu laa yang banyak jumpa bila google "islamic montessori". i suka sistem montessori ni sebab dia built skills through games.. bukan nya belajar macam zaman kita ikut buku jer..looks fun! mungkin sebab dulu takde montessori sistem ni (at least i tak gi montessori school) tu yang buat nampak menarik kot..ntah laa..hehe


Some other criterias yang i cari selain dari islamic based adalah clean, dekat ngan rumah, boleh hantar dari pagi sampai petang sebab leceh kot kalau nak amek dia balik tengah hari. nak bagi dia naik van untuk gi babysitter's house rasa macam he's too small for that. tak berani nak take that risk dan kalau boleh english medium. Sekarang ni kitorang kat umah converse in mix language (bm-bi) ngan dia..In which ramai yang cakap tak bagus gitu... So far kitorang tengok dia ok je..takde laa jadi lembap pun sebab mix language tu..huhu..Dengan harapan kalau dia gi school which use fully english his language will be polished. itu je.. bukan menganak tirikan bahasa melayu tapi gi sekolah rendah, sekolah kebangsaan nanti dia mesti belajar cakap bahasa melayu punya..bukan i ada plan nak gi hantar dia international school pun.=P  or maybe not plan yet until now. kot laa tetibe tahun depan jadi milionnaire, income RM100K per month, masa tu nanti i register laa dia kat international school. =P


Jadi sekarang ni bila dilihat-lihat dan direview based on readings on the net, i dapati yang paling berkenan dihati adalah brainybunch berdasarkan sistem yang mereka provide dan jugak at BBIM memang speak in full english.. ada sesetengah yang lain walaupun they claim that their medium of teachings is english yet they don't converse fully in english, guna bahasa rojak macam i gak.. 


cumaaaaaa, yang menjadi i kurang sket terhadap BBIM ni sekarang adalah disebabkan oleh banyak review yang cakap BBIM 'cekik darah'. hohohoo... OT adalah RM20 sejam. pastu kalau bulan yang cuti sekolah, tetap kena bayar sedangkan kita tak hantar anak ke sekolah. Dan ada fees lain yang macam2 like sports day la..graduation day laa...kata nya graduation day ni, kalau yang tak graduates that year pun kena bayar sebab dia ada macam ada annual concert gitu laa kot..  dari segi achievement lain, parents nampak berpuas hati. maka disini timbullah persoalan, wajar atau perlu ke nak hantar anak ke tadika yang mahal gini? 


BBIM punya registration fee plus buku uniform etc etc tu around RM 1800. Monthly fees  RM 580 for full day tak termasuk OT. I tengok registration fees Little Caliph pun RM 1000++ gak tapi takde full day program. Fees for per month RM 380 kalau tak silap untuk half day. I can tolerate the monthly fee and registration fee. Tapi yang macam tak best tu sebab ramai yang cakap banyak "hidden cost". I tak gi field survey lagi kat tadika2 lain yang ada sekitar kawasan rumah ni, do share with me biasanya registration fees untuk masuk tadika berapa ye?? And do suggest tadika yang bagus dengan reasonable fees around Hulu Langat to me..


Mungkin ramai yang akan cakap, nak benda bagus, kena laa spend that money. I agree. Tapi tu lah nak tanya, perlu ke hantar anak ke tadika seperti yang i cakap tu? or am i being toooo ideal? or toooo fussy about this issue? Considering that i bukannya orang kaya raya; but i am willing to invest on my son's education if it is really worth it. Anyway, I'm a product of Taski Abim. Boleh je further study sampai pHD pun... kannn???


what do you think? korang ada experience ngan BBIM or Little Caliphs? korang hantar anak kat tadika mana?? share your opinion pleaseeee...... =)

k bai...