Thursday, February 14, 2013

countdown

assalamualaikum..

saya baru balik dari Pavillion. mengular sakan hari ni. farewell party katanya..nak cerita pasal the so-called farewell party pun tak seronok sangat sebab gambar from official photographer tak dapat lagi. haaa..kelas mak jemah! farewell "party" ada OP. =P hahaha..takdelah..just one of my colleague yang pandai snap snap..tak hire dia pun dia snap jugak. maceh kak lydia. kami di Uranus akan menantikan kehadiran gambar2 tersebut dengan hati yang tabah.

jadi, i nak share sedikit perasaan dalam hati memandangkan ada 10 hari je lagi untuk i lalui as a kuli. hoiii tak sabar wehhh nak tanggalkan title tu. 6 bulan tunggu. jenuh. its normal lah kan sesape yang nak dah resign mempunyai perasaan dah takde mood nak kerja, malas, tak berminat etc etc yang sewaktu dengannya..sebab hati dah takde di tempat itu. betul tak? pergi kerja sekadar buat ape yang perlu. memang betul-betul melepas batuk di tangga. kalau tak pikir masih ada tanggungjawab sebagai pendidik, memang i dah tak datang kerja sejak 6 bulan yang lalu. tapi sebab responsibility itu, maka gagahkan juga. just imagine, 6 bulan i tunggu, now tinggal 10 hari jerrrr!!!!

excited?

of course lah...no need to mention, ramai dah tahu kot i stress ngan management company ni.. kalau cerita kat sini, 14 muka surat pun belum tentu habis.. kalau tak sebab i ni bonded sebab ditaja oleh kampeni tercinta ini untuk sambung master dulu, maybe dah lama i blah kot...

 jadi, bermula 28 February 2013, i will be officially unemployed! tak payah mual dengan perangai manusia-manusia yang menyakitkan hati. tak payah sakit hati pikirkan  kenapa begitu, kenapa begini. dan mungkin jugak dapat kurangkan titik-titik hitam dalam hati. i berdoa untuk yang terbaik. moga keputusan yang i buat ni adalah yang terbaik untuk diri sendiri, family dan jugak bangsa agama dan negara. sangat excited untuk jadi full-time student. tak payah nak bagi masa untuk family-kerja-study lagi. siang study, malam family. weekdays study, weekend family. harap nya semudah itu lah. =)

sayang?

4 tahun 6 bulan disini..mesti lah sayang.. banyak kenangan pahit, banyak jugak kenangan manis..especially dengan Uranus family lah..Uranus family yang semakin berkurangan..dulu penuh satu bilik, now tinggal di hujung aje..lepas kami pergi, harap keluarga Uranus yang lain akan terus bertabah hati. kalau nak join kami, lebih dialu-alukan..hehehe..bukan setakat Uranus family je...colleagues lain pun kebanyakannya semua best..sporting..ada laa satu dua yang selalu kaki spoil..tapi mostly semua boleh dibawa "berbincang". hehehe..nak buat keje pun senang..takde banyak konspirasi kat sini. i believe, susah dah kot nak dapat environment kerja macam kat sini..i learned a lot dari cerita hubby yang selalu tukar tempat kerja..macam-macam kes..tikam belakang, tikam depan, sisi kiri kanan semua ada..kami kat sini, kerja dengan aman damai..(lahhh sangattt)..hahahha.. 

sayang jugak student2 especially my degree student..tak sempat tengok first batch graduates..they still have another year to go..harap mereka pun tak lupa i, macam i tak lupa mereka..sobsob (lap hingus) 

takut?

sebab bila dah unemployed, maknanya takde gaji..kalau takde gaji, maknanya takleh shoppinggggg!!!!hehehehe..makan tu insyaallah suami mampu tanggung kot..i makan sikit jer..=P tapi sebab dah biasa ada duit sendiri kan..menjadi penganggur adalah sesuatu menyeramkan..walaupun i akan dapat scholarship, tapi entah bila masuknya duit tu..harapan utama sekarang adalah duit grantt. aigoooo..please please...cepat lahhh duit grantt tu release..dah 3 bulan pending ni..adoiii la nye pun...stress kalau pikir pasal ni. next month, nak beli spender pun kena mintak duit laki kah? tak cool betul! maka, kalau ada sesape nak sedekah amal jariah boleh lah sedekahkan kat i mulai bulan depan. jenguk lahh ke MissWishWardrobe, "sedekah" amal jariah ni memang amalan mulia. hehehe...sempat lagi iklan tuh!

ohhh...takut jugak sebab lepas ni takde alasan dah kalau tak score and perform well in study..dulu penat keje lah, busy lah, meeting lah, audit lahh...segala macam lah...now, kalau fail ke tak produce paper ke, memang takde alasan lain dah nak cakap kat Dr, Kulan except for "saya malas r doc..." boleh gitu??? kena lempang sedas ngan SV baru padan muka. dah lah coming semester ni amek 2 subjects.. Medical Statistics and Epidemiology pulak tu. hambekkkk!! memang mathematician, statistician lah jadinya..jangan terbelit ngan graf sendiri sudah.


eh, panjang jugak tulis pasal perasaan ni rupanya..ingat tadi takde idea. so, countdown start now. 10 hari bekerja saje tinggal termasuk hari ni. tapi hari ni dah petang, dah nak balik. start esok, tinggal 9.esok tak datang keje sebab ada urusan kat UPM , tinggal 8. Isnin selasa next week pun ada kelas kat UPM, tinggal 6. The following Isnin Selasa pun ada kelas kat UPM, tinggal 4 hari untuk i completekan segala kerja yang belum complete. Tukar template slides for 2 subjects (14 topics each), attend students presentations on 5 topics, 2 sets of test questions. cukup ke masa nak buat dalam 4 hari? ohhh lupa..exit form belum isi, kemas barang lagi???? like seriusly???????????

 maka, dengan ini sekali lagi saya memberi tahu kepada yang konfius dengan entri sebelum ini, saya hanya mengandungi lemak sahaja. takde baby dalam perut i. dinding uterus dah "runtuh" dah pagi tadi. so, memang tak yah nak retest post-test segala. dah konfem tak pregnant. dan ye, sila cuba lagi di musim akan datang. tu pun kalau cukup konfiden level nak amek 2 papers while pregnant. I nak cakap kat hubby, kita postpone next year je lah yerr...harap beliau bertabah.

bye...





2 comments:

Sheherazade said...

all the best deena

i pon dah tukar keje,after 4 years

still "homesick" lagi,tgh sesuaikan diri

Dina Zakaria said...

owh..good luck to u too pia..