Wednesday, January 18, 2012

antara kecewa dan kesian..

semalam petang pergi pasar malam ngan my hubby n rafique..kitorang ni memang jarang gi pasar malam..pasal hubby i memang kurang ngan tempat2 crowded gitu..pasal dia dah keje kat tempat crowded kot..Rafique excited giler lah dia.."bird" kiri, "bird" kanan..banyak sangat nampak angry bird..semua dia nak tunjuk lah..last2 hubby belikan dia sebijik belon gas angry bird tu..walaupun kat rumah dah macam2 segala bentuk angry bird dah ada..xpe lah anak punye pasal..tapi dah ada belon tu kat tangan pun dia sibuk lagi tunjuk orang lain punyer bird..aiyooooo..cukup2 lah yer anak..


next, move on ke acara membeli makanan untuk dimakan..hubby tak nak makan berat.jadi kami beli lah seekor rangka ayam goreng, 5 bijik apam balik rangup dan sebijik murtabak ayam..konon nak makan lite2 kan??cenggini punyer beli, lite2 lagik ke??tapiiiiiiiiiiiiii..last2 memang lite2 sungguh lah kitorang makan semalam..pasal rangka ayam tu dah berbau!! apam balik rangup pulak, liat!!agaknya yang tak habes semalam dia kasik kat kitorang..hampehs betull..maka, sebijik murtabak untuk diisi kedalam 3 perut KECIL kami..hambek ko..nak sangat makan lite2..


i tahu bukan semua penjual kat pasar malam tak bertanggung jawab macam ni..ada jugak yg sedap bahan2 jualan dorang..tp kes2 yang macam ni lah menjejaskan imej dan kredibiliti para penjual kat pasar malam sekalian..nak jual, jual lah yang elok..tak baik tau buat orang camni..ni kira kes fraudulent jugak kan??boleh ni kalau gi komplen kat persatuan pengguna..tapi konfem lah tak buat kan..ni kes kerugian rm7 je.kalau rm 700 baru lah kita kelam kabut.tapi bayangkan berapa ramai orang yang senasib dengan kitorang beli ayam busuk n apam balik liat kat pasar malam tu semalam???


ok. habis cerita kecewa.


i rasa very common lah kalau kita gi mana2 pasar malam ke..pasar ke..makan2 kat gerai ke jumpa orang mintak sedekah..pemandangan yang sangat biasalah kat mana2 pun kan??nak bagi ke tak nak tu depends kat korang lah..sebab i pun penah kena tipu dengan orang2 minta sedekah ni..rasanya ramai kot dah aware dengan sindiket minta sedekah ni..kalau nampak yang elok2 cukup kaki tangan, tp tahu nak hulur tangan minta sedekah i memang tak suka bagi..at least kalau jual tisu ke ape nampak jugak lah effort..i paling suka kalau orang buta yang main muzik tu..at least dia ada effort..lantak lah kau betul2 buta ke..kau pakai spek buat2 buta ke..yang penting effort kau tu..bukan sekadar tadah tangan..



tapi lain lah pulak kes kalau memang takde tangan ke, takde kaki ke..itu memang kesian..tapi kalau dipikir2kan balik, ada jer orang lain yang tak cukup sifat tapi masih mampu berdikari dan tak hidup atas belas ihsan orang lain..tapi yang itu i tak nak cerita lah..sebab dorang mungkin ada kekangan masing2..jadi, terpulang lah pada si pensedekah..kalau nak bagi, bagi..tak nak bagi tak yah..tapi bila nak bagi tu, jangan lahhh buat macam hina sangat dorang tu..jangan lah dicampak duit seposen, 20 sen korang tu..letak elok2 tak boleh ke??ape perasaan korang kalau orang campak ayam masuk dalam pinggan korang???sentap kannn???ingat dorang tu takde hati perasaan ke??mentang2 dorang mintak sedekah korang boleh buat sesuka hati korang ke??macam lah banyak sangat yang ko bagi tu..paling banyak pun singgit kot..tu pun nak berlagak!!



pastu i lagi kesian bila orang yang peminta sedekah tu bawak anak yang masih baby..comel pulak tuh!!geram jer rasa nak gi cubit pipi.eh. terus terfikir betapa beruntungnya kita..betapa beruntungnya anak2 kita..bukan lah kita lahir atas duit..tapi sekurang2nya kita tak perlu lalui semua tu..tido atas katil, pagi2 celik mata tengok upin ipin kat tab..anak dorang tu ada??entah makan, entah tak, kita pun tak tahu..



Rafique Zaquan anak ibu,

rafique kena selalu ingat..walaupun kita tak kaya, tak pakai kereta mewah,tak duduk rumah banglo, tak makan dalam pinggan emas, sekurang2nya Rafique sentiasa ada makanan..sentiasa ada tempat untuk tidur, tak payah jalan kaki jauh2 or not even perlu naik turun bas..Rafique mesti jadi anak yang bersyukur..bersyukur dilahirkan dalam keadaan yang lebih senang dari orang2 yang susah..bersyukur sebab jugak sebab ada orang yang sudi jagakan Rafique masa ibu ngan ayah pergi keje, cari rezeki untuk keluarga kita..ibu n ayah akan sentiasa cuba bagi yang terbaik untuk Rafique dan adik2 (ehem..) setakat yang kami mampu..ibu nak Rafique jadi orang yang bersyukur dengan segala apa yang Rafique ada..

love u sayang..

7 comments:

My Azie said...

suke yang last sskali tu :)

wardah @ fie shah said...

Betul, kena selalu pesan kt anak supaya bersyukur kan. Nak² sekarang ni apa nak je dapat.

Rosmawani♥ said...

Mmg kekadang ros xska beli pasar mlm.. Diorg ada sestgh perangat blik yg xabis :)

Dina Zakaria said...

kak azie, fie :semalam cakap macam tu kat rafique masa dalam kete..pastu rasa macam sebak sangat..betapa anak kita bernasib baik..

ros : hurm..itu lahh..tp masa nak beli tu nampak macam panas..=(

ღnFashyaღ said...

dina, kadang2 peminta sedekah ni dari sindikit. yang takde kaki tangan tu mungkin orang sindikit yang saja potong kaki tangan supaya orang lebih simpati. (Pengaruh tgk cerita slumdog millionnaire)hihi.
Memang kesian, lagi2 bila tgk ada anak kecik.

Mrs Nageb said...

last paragraph tu sangat bermakna okeh...harap anak2 kita nanti membesar dengan baik kan. adik? ehem2 too :)

Dina Zakaria said...

fashya : kalau betul lah org sindiket tu yg potong kaki tangan dorang, lg kesian..jahat betul..dah kena potong2, pastu penat kena dok tengah panas mengemis dgn nak jalan pun susah, duit dapat kat org sindiket tu,,ishhhh..jahat..kejam!!

mrs nageb : amin...hihi..