long live!!!

Wednesday, November 16, 2011

safety at work

semalam i citer pasal kereta idaman sebab cik Vivi I masuk lubang masa nak masuk parking kat ofis..sebab masih neves nak cerita pasal cik Vivi yang dah masuk lubang, kita tukar perhatian ke arah lebih positif dulu.


cenggini ceritanya..i masuk keje lewat semalam sebab pergi amek gambar passport yang diperlukan untuk submit IELTS's registration form. dan masalah parking di kalangan masyarakat opis i sememang nya amat sangat lah meruncing. sape datang lewat, merasa lah tawaf bangunan 4-5 kali untuk cari parking, pastu selitlah mana2 yang dirasakan wajar..


jadi, bila tiba2 round pertama i dah nampak 1 "parking lot" kosong, laju2 terus masuk parking tu..sekaliiiiiiiiiiii....kedepek masuk lubang..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! nanges.tayar depan sebelah kiri masuk lubang.alaa..lubang tu lubang longkang sebenarnya, yang empat segi tu..tapi tutup dia mana tah pergi..grrrr!!! dah la parking tu kat belakang bangunan, cemana niiiiiii???sambil air mata dah bercucuran, tepon hubby.mengadu.


belum pun hubby angkat tepon, ada pakcik jual nasi lemak kat opis kitorang datang tolak..dia rileks je, siap senyum lagi. dia kata dah banyak kete jatuh lubang. dorang kat situ (pakcik2 peniaga) dah biasa tolong2 angkat kereta jatuh lubang ni..and to my surprise, banyak rupanya lubang2 sebegitu rupa kat situ. i tak tahu sebab jarang datang lewat sampai kena parking kat belakang ceruk tu..



seb baik cik Vivi ku yang dah sedia berjerawat batu sana sini tu takde rosak ape..lega...


yang buat i marah tu, tak kan lah dah banyak kes berlaku, none of them bother to lodge report to facilities ke hape..tak kan nak tunggu kete CEO jatuh dalam lubang tu dulu baru korang nak cari something utk tutup lubang2 tu?? in which tak mungkin lah kete CEO nak lalu lorong belakang tu utk cari parking, pasal dia dah ada parking lot dia depan lobby. kalau i jadi dia pun i tak kuasa nak gi pusing2 kat lorong belakang tu.


xpe lah kalau korang tak nak repot, i dah tolong report as soon as naik opis semalam. jawapan dari orang facilitiese tu pulak "that's not our territory actually. but we'll see what we can do" and i replied to him "u cannot just see, u MUST do something!!!" tak boleh tak, employer mesti bertanggungjawab. kalau tak buat sendiri, hire contractor or report to whatever channel to DO something on this. sebab tempat tu takde orang lain lalu kecuali staff company ini dan jugak our students..ini baru kereta masuk lubang tu, kalau orang jatuh dalam lubang tu, ape cerita?????


tengok lah dalam seminggu ni. harap ada lah dorang cari grating untuk tutup lubang tu.kalau xde gak, i complain lagi. jangan sampai i complain direct to DOSH sudah.


ofis korang ada tak issue2 yang boleh membahayakan keselamatan macam ni???

2 comments:

MrS. F!zA said...

pergh.. bahaya tu deena..akk terbyg2 bca cerita deena..kalo org yg naik kereta mahal sure ngis tgk sebelah tyr msuk lubang..

diorg tk amik kisah eh hal2 mcm ni..tggu org jtuh mati dlm tu baru nk amik tindakan\

nanonano said...

dena, klu na, g amek mana2 btg kayu g cacak kt ctu as peringatan kt org lain plak
dah jd kebajikan tu, heheehe
apelah derang ni xnk lsg buat ape2