Monday, October 31, 2011

puding peach hasil keras-tangan saya

heyya!!

instead of takde bakat atau malas (whichever u feels like calling it) membaking dan memasak, i suka buat puding..walaupun takde laa pandai sangat2, sekurang2nya puding yang i buat konfem akan jadi dan konfem akan habis!!jadi, i memang suka lah kalau i buat something dan orang makan sampai habes licin..by the way, who donts kan??=P


hari sabtu yang lepas, i buat puding peach ini..first time sebenarnya buat puding peach..i buat puding dan letak dalam bekas comel2 macam ni, untuk dijadikan hantaran sempena majlis merisik adik ipar i..


ok tak rupa puding peach i ni?? walaupun namanya puding peach, tapi ada cherry jugak kat atas tu sebab hubby kata kena letak jugak cherry, baru menyerlah warnanya!!jadi isteri mithali kena laa jugak ikut cakap suami even tak setuju sangat..belasahhhh jer laa labu..


lepas dah buat, kita wrapped dia dengan plastic supaya tak tercemar dengan bacteria2 yang berterbangan di udara masa kita nak bawak gi umah "bunga" yang hendak dirisik yer puan2..;-) i feel sooo funny when my uncle say the word "bunga" untuk bahasakan diri orang yang kami nak risik tu..sebab dah terang2 we all sumer memang kenal dengan beliau..still nak ber"bunga" bagai..hohoho..lain laa kalau tak tahu nama..hihi..memang sopan santun habes!!LOL!!


side view dia macam ni lah..sebelum masukkan layer bawah tu, i potong peach kecik2 letak dalam mangkuk comel tu..then, ikat reben sket dikaki mangkuk..kan namanya hantaran, kena lah disediakan cantik2..puding yang tak berapa enak, terus nampak yummylicious..kikiki..


eh..eh..puding tu enak tau!!resepi i google2 jer..tapi lupa lak kat mana sourcenye..boleh lah cuba kalau u all nak..sini i kasik resepi yang i guna tu..and i alter sesedap hati..;-)

bahan2 nya:

  1. sepeket agar2
  2. telur sebijik riuh sekampung
  3. buah peach
  4. gula
  5. susu cair
  6. pewarna
  7. tepung custard
steps:
  1. masak sepeket agar2 dengan 600ml air, 400 ml susu cair dan 250gm gula. bring to boil. >> i letak gula sket jer sebab i masukkan peach syrup tu skali..susu cair i ganti ngan fresh milk pasal itu jer yang ada dalam peti..jangan letak EBM pulak.karang tak pasal korang dapat anak susuan..hihihi
  2. asingkan 1/5 dari bahan kat atas ni dalam bekas lain. masukkan beberapa titik pewarna yang korang nak warna ape.. >> i guna warna hijau..nak merah, boleh letak sirap.kalau korang nak banyak layer, pandai2 laa bajet sendiri berapa banyak yang korang nak asingkan tu..
  3. pukul sebijik telur dengan 2 sudu tepung custard dan 10ml air. >> tapi i tak pakai telur pun sebab kebetulan pulak telur takde dalam peti ais..tepung custard tu i lebihkan sket bagi menaikkan lagi seri warna kuning tu..
  4. masukkan bahan kat no.3 ke dalam 4/5 bancuhan agar2 tadi tu..bring them to boil.
  5. potong buah peach kecik..letakkan laa kat dalam mangkuk tu.. >> step ni i tambah sendiri.resepi yang i amek tu tak ajar pun..kalau korang tak nak letak pun boleh..tapi kalau letak baru laah ada feel makan puding boleh gigit2 peach cuts tu..
  6. tuangkan bancuhan custard td..
  7. tuangkan lah layer atas tu ikut suka hati korang nak buat berapa warna.

dah siapppp!!!masukkan dalam peti ais kerana puding sememangnya enak dimakan sejuk2..nyumnyum..next time buat, i rasa i tak nak dah campur agar2 kat custard tu..kurang feel laa texture dia..anyway, it still depends on your preference...


bila dah tengok puding2 comel jer letak dalam bekas camni, rasa macam nak wat bisnes jual puding dalam bekas comel jer..ada ke orang nak beli ek??maybe boleh buat untuk hantaran, deserts untuk majlis kawen or birthday party pun macam comel jer..boleh kumpul duit buat beli CD untuk Rafique lagi..hihihi..i tau laa u ols pun pandai wat puding gak..tapi kan kalau nak buat majlis2 tu sume, mesti tak sempat nak buat sendiri sume sekali..haaaa..that's when i come into picture!!LOL..kalau nak tempah contact laa i..HAHAHA..

daaaaaaaaaaaaa...

4 comments:

juelee said...

nampak yummy la dina..
ala kita ni bukannye tak pandai cuma M je lebey hehehhe jue pun sama...
nak dapat Rajen tu susahhh sgt...

Unknown said...

delicious!!!

Noli said...

hihi..tak thn part jgn letak EBM lak..hehe.ramaila ank susuan..hihi

Unknown said...

keras tgn tp menjadi..akk tk apa gemar puding tu yg tk bape nk cuba belajar buat..