Tuesday, December 21, 2010

sibuk macam lebah


2 hari x update blog mahupun berjalan riadah ke blog kamu dan kamu dan kamu semua..bukan sebab xde mood mahu berbelog tapi xde masa untuk mencurah kasih sayang disini..(^_^)

pagi isnin masuk keje dengan mood malas tapi diberi perasaan hiba sebab kena jaga exam..sangat hiba ok bila kena jaga exam secara mengejut.jaga exam sangat memerlukan persediaan mental dan fizikal..fizikal sebab kena berdiri tegak dan meronda sekitar dewan exam mencari tahu kot2 ada yang ngelat bawak toyol atau duduk secara sopan di depan dewan exam diperhatikan oleh berpuluh pasang mata yang mungkin men'stalk' lecturer berperut lipat2 ini instead of jawab exam. persediaan mental pulak diperlukan sebab 2 jam setengah kena diam tanpa berborak..itu beban paling berat lahh..nama pun lecturer kan, mana boleh mulut dok diam rite??

tengah hari semalam pulak menguruskan perihal2 adik2 murid (x nak sebut anak murid sebab saya masih muda) yang nak pergi ke latihan practical.sejurus itu harus dibahagi2kan supervisor untuk projek tahun akhir mereka.harap semua adik murid akan pergi ke tempat praktikal dan belajar dengan rajin lalu cepat dapat kerja dan teringatkan pensyarah disini lalu menghantar barang 10% gaji mereka buat pendidik tersayang ini.boleh??

hari ni pulak dimulakan dengan menyiapkan minit meeting jumaat lepas.dah siap hantar ke encik boss lalu sambung tanda report final year project adik murid yang dah buat presentasi (apa ek word bahasa melayu untuk presentation?) tapi sampai sekarang belum abes satu pun..ada dua sebab sebenarnya yang menjadi punca x abes marking lagi sedangkan ada 4 laporan yang perlu disemak.sebab pertama : report beliau terlalu "menarik" serta sangat sedikit kesalahan *eyes rolling* dan sebab kedua pulak sebab pergi beli CD baru untuk Rafique.;-)

sekian di sini entry tanpa backspace dengan niat cuba minimize penggunaan perkataan bahasa inggeris serta ditaip tanpa henyti dalam masa 5 minit sebab nak mengkonsultasi beliau yang repeat final year project.

daaaaaaaaaaaaaaaaaa

5 comments:

Unknown said...

omak aihh sibuk bebenor bunyinya tu deena oii.. arghhh jga exam sure la boring kan berdiri tegak je tnpa bercakap..hehehe

Mrs Nageb said...

sangat busy ya...sabor deena :)

LyNn HaMzAh said...

memang la busy sungguh...

Dina Zakaria said...

memang bizi sungguh..dari pagi tadi dok bukak nak wat entry baru, sampa petang nih, baru berjaya tulis 2 patah perkataan..blog jiran tetangga pun jenguk cepat2 jerr..

Sheherazade said...

n ai xsangka komen dr u msk hihi,thanks