Sunday, June 20, 2010

Abah saya...

ini abah saya...sama x muka kami??kadang2 orang cakap muka saya sebijik muka abah, kadang2 ada jugak yang cakap saya sebijik macam mama..*eh, muka saya boleh berubah2 mengikut suhu persekitaran ke ape??* macam salamander laa pulakk..

kenapa saya suka abah saya????

sebab dia besttttt!!!hihihi..kalau xde abah, xde lah saya..macam mana pulak zygot saya nak terbentuk dalam perut mama 23 tahun dulu kalau abah saya xde kannn??

abah saya...

suka bagi nasihat panjang lebar..pastu saya akan mula touching and meleleh air mata..kalau cakap tepon pun saya boleh meleleh air mata.kalau kat depan dia, mesti saya cover2 bajet hati keras laa konon..padahal mata saya sudah merah, berendam lautan air mata..

kadang2 saya rasa macam nak panggil jer abah saya masuk time lecture untuk bagi ceramah motivasi FREE OF CHARGE kat students saya..supaya dorang pun termotivasi sebagaimana saya yang selalu jer kena motivasi..

kadang2 saya terfikir, mungkin jugak abah saya kena tukar profession..kalau abah saya jadi motivator, silap2 Dato' Fadzilah Kamsah pun boleh kalah!! hihihihihi...

abah saya..

kerja sangat kuat..dari muda sampai lah sekarang..kerja dari pagi sampai malam cari rezeki untuk kami adik beradik yang suka shopping!!heehhehe..tapi abah x pernah mengeluh..abah selalu cakap "selagi dia ada atas muka bumi ni, mintak laa apa saja kalau kami nak tuntut ilmu. sebab ilmu tu je yang abah tinggalkan sebagai harta pusaka untuk kami kelak.."*ohh..saya nanges lagi*

abah saya...

mahu kami berjaya dunia dan akhirat..walaupun saya dah tua bangka, dia sentiasa ingatkan saya untuk solat..dia masih jaga saya seperti saya masih kecil walaupun saya sebenanrnya dah bawak baby dalam perut saya..dia masih pandang dan peluk saya seperti saya adalah seorang anak kecil..sebab..dia sentiasa nak jadi abah saya...

abah saya...

suka berkongsi pengalaman..semua kisah yang dia pernah lalui, kesusahan, kesenangan, kegembiraan, dia akan kongsikan..supaya dapat saya jadikan pedoman dalam hidup saya..sebab dia x mahu anak2 melalui keperitan yang telah dia lalui tanpa tunjuk ajar seorang ayah..

abah saya..

walaupun dah lama berpisah dengan mama tapi tetap menjaga ibu kepada anak2nya..masih memberi nafkah kepada mama..*kadang2 mama wat muka kesian baru dia bagi* huhuhu..walaupun mereka berpisah, kami x pernah kekurangan kasih sayang dari mama dan abah..mama dan abah sentiasa ada apabila kami memerlukan mereka..

abah saya..

tak mahu saya balas jasanya dengan wang ringgit..walaupun saya dah bekerja, dan mampu hulurkan sedikit belanja *yang saya tahu x kan cukup untuk tampung perbelanjaannya* dia tetap x mahu..dia hanya mahu saya jadi anak dan isteri solehah..anak yang akan sentiasa doakan kesejahteraannya di dunia dan akhirat..


abah..

saya saaaaayang abah..

nobody will ever replace u in my heart forever..

semoga abah dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki..

semoga saya mampu balas jasa abah satu hari nanti..

amin...

* * * * * * * * * * * * * *

saya dah call abah tadi untuk ucapkan selamat hari bapa..
kamu sudah ke???

kalau belum, ambil handphone mahal kamu tu cepat2, dail no telefon abah kamu dan tunjukkanlah tanda ingatan kamu kepadanya sementara masih ada kesempatan..


* * * * * * * * * * * * * *


Takziah buat coursemate saya, Shatirah Abdul Rahim yang baru kehilangan ayah tercinta jam 11.45 pagi semalam..

Al-Fatihah buat ayahnya..

7 comments:

e.l.i.z.@ said...

untungnya awak ada abah yg sgt baik, kerja siang mlm utk family.....

myQza said...

oh my!

sebak betul baca entry ni.

walau haluan berbeza, kamu masih dapat kasih keduanya tiada tara!

Sheherazade said...

nice nya ayah deena,syukur la :)

dia nmpk muda :)

Al-Fatihah utk kawan Deena

Dina Zakaria said...

~kak eli~

alhamdulillah..tapi rasanya semua ayah pun kerja cari rezeki untuk bagi yang terbaik untuk anak2 kan..

Dina Zakaria said...

~pia~

nak dina mintak kan tips awet muda dari abah ke???;-)

Dina Zakaria said...

~tedi~

aku pun nanges 2,3 kali masa tulis entry ni..hikhik..

e.l.i.z.@ said...

haah betul tu..utk ayah yg bertanggungjawab je la heheh..k.eli sedih tgk org yg xde ayah..cousin k.eli ada 2org yg xde ayah..mom k.eli penah bela dorang