Saturday, May 29, 2010

Ibu, pulangkan tangan Elya....


Elya seorang kanak2 berusia 3 tahun yang banyak menghabiskan masa sehariannya bersama pembantu rumah kerana ibu & ayahnya sibuk bekerja. 1 hari Elya bermain dihalaman rumah, mencoret-coret tanah menggunakan sebatang lidi. Tiba2 Elya terjumpa sebatang paku berkarat dan mula mencoret kereta baru ayahnya yang berwarna hitam. Kereta itu jarang dibawa ke pejabat kerana masih baru.Akhirnya, penuhlaa kereta itu dengan "lukisan" Elya...

Apabila ibu & ayahnya pulang, Elya begitu seronok & bangga menceritakan pada ayahnya tentang lukisan yang dilukis pada kereta ayahnya itu. malangnya, bukan pujian yang diterima Elya tetapi kemarahan yang sangat dahsyat!! Elya dihukum. Bagi mendisiplinkan Elya, ayahnya bukan sahaja memarahi, tetapi juga tangan dan belakang Elya dipukul..Mula2 dengan kayu pembaris, kemudian ranting & lidi di sertai luahan emosi yang x dapat dibendung lagi.

"Maaf ayah!!sakit...sakit.." jerit Elya sambil menahan sakit kerana tangannya mula berdarah. Ibu Elya hanya mendiamkan diri kerana bersetuju tindakan disiplin yang dikenakan oleh suaminya.



2 hari selepas itu, tangan Elya mulai membengkak. Apabila diberitahu oleh pembantu rumah, ibu Elya hanya berkata "Sapukan krim sahaja!"

Hari berganti hari, suhu badan Elya mula naik & luka tangannya sudah dijangkiti kuman..sedangkan ibu & ayah Elya yang sibuk bekerja hanya menyuruh pembantu rumah memberi Panadol & sapukan krim sahaja. Hingga lah pada suatu malam, Elya meracau2 kerana suhu badannya yang terlalu tinggi, barulah pasangan suami isteri itu membawa Elya ke hospital.

Selepas diperiksa, doktor memberitahu demam Elya berpunca dari tangannya yang sudah dijangkiti kuman & busuk akibat luka2 itu. Doktor memberitahu keadaan Elya sangat kritikal dan mereka tiada pilihan lain selain memotong tangan Elya bagi menyelamatkan nyawanya.

Mendengar berita itu, kedua ibu bapanya sungguh terkejut bagai disambar petir!Dengan juraian air mata & tangan menggeletar, mereka menandatangani surat persetujuan bagi memotong tangan anak yang dikasihi itu.

Selepas proses pemotongan selesai, Elya terjaga dan bingung melihat tangannya dibaluti kain putih ditambah pula melihat ibu, ayah serta pembantu rumah menangis disisinya...

"Ayah, Ibu, Elya janji x akan buat lagi. Elya sayang Ibu, Ayah & kakak..Elya minta maaf kerana conteng kereta ayah..."

"Ayah, pulangkan tangan Elya. Elya janji x akan buat lagi. Macam mana Elya nak main dengan kawan2 kalau ayah ambil tangan Elya??"

"Ibu, pulangkan tangan Elya sekejap ye, Elya nak salam dengan Ibu & Ayah.."

* * * * * * * * * * * * * * *

Moral of the story : there's many other way untuk mendisiplinkan anak.. FIKIR sebelum bertindak..


3 comments:

Sheherazade said...

:(

tak sayang anak btl

btl tu,mak bapak dlm citer ni otak singkat ikut emosi jer..

otak letak mana ntah

MrS ieyda♥♥♥ said...

luv this story...sob sob:'(

e.l.i.z.@ said...

k.eli penah gak baca kisah ni.....paham sgt² perasaan ayah dia tu hahahha ye la, kdg² k.eli pun diuji kesabaran ngan kenakalan bdk² tp sbb baca kisah ni, mmg slalu bare in mind, FIKIR dulu sbelum bertindak..so kira bila nk mrh, mrh je la, tgn tak naik ah heheheh