long live!!!

Wednesday, September 4, 2013

preparing rafique to be abang long =)

Assalamualaikum..


Dalam lebih kurang 3 bulan lagi Rafique dah nak jadi abang besar. Dup dap dup dap.. Rasa macam bukan kena prepare Rafique, tapi i sendiri ni kena mentally and physically prepared to be a mom of two. Wohhoo..sorang pun dah mengah.. I wonder how will I look lepas anak dua nanti? Mampu lagi ke nak "berupa" orang? =P


 I personally feel umur 3 tahun memang dah sesuai sangat laa nak jadi abang. 1 or 2 years old macam kecik sangat.. tapi many others ok je kan korang yang dapat baby lagi even before your eldest turn 3. So, masing-masing punya planning lah macam mana.. We all memang dari dulu plan nak jarakkan at least 3 years. Konon nak manjakan Rafique puas2 dulu..Alhamdulillah jugak takde "accident" berlaku until we are both ready. Bila dah nak tiba masanya ni, I plak yang macam gerun. Tengok rafique steady je..ada laa jugak time2 dia cakap tak nak baby..tapi most of the time dia suka je cium "baby", tickle "baby". 


Ni ha latest pictures of abang long to be.. payah nak amek gambar senonoh sekarang ni..dia asyek nak bergerak. nak snap pakai phone lagi susah. asal nampak henpon nak main game...tu laa limited gambar dia sekarang ni..bukan tak nak amek cuma takde yang menjadi.




sepanjang bulan Ogos lepas memang tak hantar dia umah babysitter. bonding session lah kononnya.. rasanya memang tak akan hantar lagi dah sampai i bersalin..saje laa konon nak spend lebih masa dengan dia..nok menaip entry pun dia dok atas riba ni ha.. gi office ikut.. gi beli kain bawak..gi collect data bawak..hangkut ke mana ku pergi. tapi sian gak katt dia kekadang tu..especially time gi sampling hari tu. dua minggu dok dalam kete je tiap2 hari..memang boring laa dia..kalau gi ofis ok lagi dia boleh lari sana sini melasak.. tapi redah je lah.. sem ni pun dah takde amek paper. so, xpe lah.. jaga dia sesambil.. dah cakap kat babysitter dia kalau ada hal penting, meeting ke, presentation or seminar hantar gak lah kat dia..




Budak ni super obses dengan super heroes sekarang ni..especially ultraman..pantang nampak.. 7 keturunan ultraman dah ada bela kt umah tu.. dah la rumah sempit, nak kena bela ultraman dia plak. penat nak kutip! i tak minat sebenanrnya introduce super heroes ni..sebab dia jadi kasar.. asyek nak bersilat je..tapi tu lah heran tu..dia macam tahu je bila ada cerita kartun ultraman superman spiderman kat tv..instict anak lelaki..sabo je lah..


Sekarang ni kitorang cuba laa channel dia ke arah kartun lain. tu pasal bawak dia pergi tengok despicable me 2 ari tu..so, sekarang ni playtime dia dh terbahagi pada dua..yellow monster time ngan ultraman time..kurang lah sikit nak bergusti bersilat..not bad laa jugak investment RM 19 gi tengok wayang tu =P



Hasil dari tengok despicable me, sibuk nak cari toys yellow monster plak..jenuh pusing One Utama masuk segala kedai toys mencari. last-last jumpa kat Jusco Cheras Selatan, RM 20/ set. selamat duit ibu. dulu i'm quite fussy about his toys.. time baby kan dia selalu masuk toys dalam mulut. so, risau laa kalau beli toys murah pastu xde tertellan leaded paint ke hape kan.. now takpe dah, beli mainan murah2 pun.. dia bukan kesah ngan harga pun.. yang penting nak beli selalu. adoiiiiyaii..pening. semedang beli toys. cuma bab ultraman dia dah pandai fussy sket sekarang ni.. dah tak nak ultraman yang seploh hinggit 5 ekor tu..sebab dia tahu cepat patah.. hubby je laa melayan beli ultraman rm40 sekor kat toy r'us  tu..kalau i, jangan harap. ibu cheap skate ok!


Ape lah entry ni tak berkait langsung dah ngan tajuk...wakakaka.. actually i ada baca banyak articles kat internet pasal preparing the first child for the second baby hari ni (when i supposed to be prearing for my presentation next week. =P lalalala)... just a little preparation to get some ideas camane nak handle 1 demanding toddler and another baby coming. takut jugak kalau tetibe rafique resistant towards baby.. i dah laa nanti nak balik pantang kat kampung. Rafique ni bukan nak sangat ngan orang lain.. 

So, tujuan utama entry ni sebenarnya nak mintak korang share experience (bagi yang dah ada 2 atau lebih anak) atau bagi suggestion kat I on how to manage this issue.. ok tu je. sekian. assalamualaikum =)


2 comments:

surimaya said...

Hai.. dah lama jugak tak BW kat sini. saja jenguk2. rasa macam nak share experience mom of two jugak.. and yg best nya, my 1st kids only 1y 3m bila datang 2nd baby.ngeh2..
so far, kakak tu memang susah sikit dengan orang lain, even dengan family. dengan daddy dia pun! semua dengan i.. masa i balik pantang kat umah my mom, my husband hantar dan balik semula sebab kena keje. datang ambik we all bila i dah 44 hari.
guess what?it was scary..hahaha.. kita dah la sakit (czer), dengan baby lagi. time nak tido punya lah..mak aii.. sorang tido, sorang nangis. so yang tido akan bangunn nangis jugak!! masa tu dengan i sekali nangis (betul tak tipu). i cuma motivate diri sendiri , cakap to myself "diorang akan tido, cuma ambik masa sikit.." cakap macam tu byk2 kali, lama2 cool down sikit.my mom selalu cakap, penat jaga kakak dari jaga baby sebenarnya. sebab dia merengek2, nak dukung selalu.. mmg tak larat, tp icuba jugak layan sebab tak nak dia rasa terabai bila ada baby baru.
tapi, kakak tu yang agak susah dengan orang lain, lama-lama dah ok. maybe sebab dia tau dia tak de sapa dah. ibu pun bz dengan baby baru. then dia mula ok dengan my mom, my sisters dan brother. pantang nampak diorang nak keluar je, dia tunggu awal2 lagi kat pintu. mintak orang bawak. hehe..
after all, i rasa idea kitorang untuk i balik pantang kat kg tu salah.. lebihi meletihkan sebab 2-2 anak nak kena jaga. kalau kat rumah sendiri, boleh jugak mintak tolong husband kan. then, we all decide for the next (lambat lagi kot..), i nak pantang kat rumah sendiri je.. slow2 la masak sendiri untuk pantang. sebab my mom pun keje, so dia tak lah selalu dapat masakkan untuk i. just bila kita balik rumah family, ramai sikit. kalau penat ke apa tak lah terasa sangat.
oush, panjang pulak ek.. rasa mcm blog sendiri. hehe.. itu semua experience i je. bukan nak takut-takutkan you. cuma maybe you ble prepare and expect something.. pepun, semoga selamat semuanya..

selaseh said...

tapi bila dipikirkan balik... untung abg dpt adik baru... sbb dia ada member nak main. Seronok nanti tengok gelagat si abang acah-acah adik.. mmg seronok