Tuesday, October 9, 2012

5 pcs of clothes at RM 67. NO JOKE!

Found a new monthly pitstop..hehe..First time pergi hari ni..dan hasil adalah sangat memberangsangkan.
Just imagine, i dapat beli 2 helai maxi dress, 1 helai inner, 1 helai blouse dan 1 helai cardigan with the total money spent for all of them is RM 67 SAHAJA!!! this is serious ok. 

nak tahu kat mana???

gambar cilok dari sini.

nama tempat ini adalah Kenanga Wholesale City..terletak dekat dengan Times Square..kalau berminat nak pergi, sila lah google maps jalan nak menuju ke sana ye..masa yang paling baik untuk pergi adalah siang hari office hour..kahkahkah..KWC ni dibuka pada pukul 10pagi setiap hari. Weekdays sampai pukul 8 malam je, but on weekend they extend their operation sampai pukul 10 malam. Sila pergi terjah cepat2 sementara parking masih free. I nasihatkan sila lah cari parking basement sebab parking atas dia berlingkar-lingkar sakit kepala pusing baru sampai tingkat 9 tempat parking.

Apa yang i boleh summarize tentang KWC ni dia adalah shopping heaven untuk para wanita yang tak kesah tentang brand. Tak ada barang branded di jual di sini. Semua barang yang dijual adalah sangat murah. As i mentioned earlier, semua yang i beli tu total sum adalah RM 67 sahaja. Maxi dress (sleeveless) yang biasanya dijual dengan harga RM 40-50 kat luar sana tu, i beli dengan harga RM20 sahaja!!murah kann??? Yang membuatkan i sangat sasau hari ni adalah blouses korean style. Selalunya tengok kat facebook or blogshop banyak jual dengan harga RM30++, kat sana boleh dapat dengan harga RM15-25. =) 

Syarat nak beli dengan harga murah dikebanyakan kedai minimum 3 pieces tapi ada jugak yang murah even beli sehelai. Eh bukan baju ala2 korea je banyak kat sana, baju untuk pare muslimah sejati pun banyak. Cardigan boleh dapat as cheap as RM 10 tahu!

80% barangan yang dijual kat KWC ni adalah pakaian dan perhiasan wanita, 15% pakaian kanak-kanak dan 5% pakaian lelaki. So, i nasihatkan kalau nak pergi sana elok lah kalau korang pergi dengan officemate ke, housemate ke, adik-beradik perempuan ke..toksah lah bawak suami..mesti dia mati kutu nanti. kesian..You all nak browse through 8 tingkat bangunan yang penuh dengan baju-bajan tu pun mesti tak senang hati nanti. Lainlaa kalau yang belum kawen kan..Boyfriend or tunang tu sudi aje jadi bodyguard... Satu lagi faktor yang menyebabkan korang kena bawak sepasukan kawan adalah sebab kalau lagi ramai, beli lagi banyak, mesti boleh dapat harga lebih murah. 

Kat KWC tu, barangan dia memang cater wide range of ladies..dari yang suka pakai jubah, baju kurung, seluar, skirt, blouse, t-shirt muslimah, dress, blouse korea, just name it! Korang akan rasa nak masuk setiap kedai yang ada kat sana sebab barang yang dijual adalah berlainan.. Kalau husband korang jenis yang tak kisah mengikut si isteri browsing through 8 tingkat tu, boleh jer bawak anak pergi sekali sebab tempat dia pun selesa, air-conditioned. Memang sangat berbeza dengan GM plaza.

As a conclusion, I will definitely go there again next month! Ok Uranus team? Set tarikh siap-siap. Taknak dah bukak poplook. hehehe..

Bye...

11 comments:

KAK RAINBOW said...

wahhhh teruja nak jugak terjah ni

wardah @ fie shah said...

Kita pun nak pergi tp tak pergi2..haiii..

Delimasari said...

adeiiiii - nk pegi

sharEna said...

teringin dah nak pegi..klu lepak rmh kakak kt KL boleh la ajak pegi sini hehehe

Ann Ilias said...

husband pernah mentioned psl KWC ni sbb boss dia beli cardi dgn harga murah
mmg patut pergi psl kita tak kisah ttg brand sgt
thanks sharing Dina
:)

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

pernah dengar tapi tak pernah pergi..kena pergi jugakla nanti..nak cr blouse..

Izzatul Azma said...

Menyimpan angan2 nk pergi tapi tak terpegi2 hahaha sbb rasa jauhnya kat KL nun :P

Dina Zakaria said...

Sila yer u ols..terjah jangan tak terjah!

Anonymous said...

Dina, baju2 kt ctu boleh try dulu x??
dh lama plan tp pg pon lg..wlpn sekankang kera ngn opis je..hehe..
-amal-

Dina Zakaria said...

Hi amal..sorry tak perasan komen..
baju kat sana tak ley try la..

fadhilah7 said...

salam..
boleh tumpang tanya tak
tshirt muslimah ada jual tak kat sana?
minat nak beli banyak2...
nak tuka wardrobe :)