Wednesday, August 1, 2012

tudung raya, kasut raya, underwear raya pun ada!

assalamualaikum..

hari ni dah masuk 12 Ramadhan kan..cepat betul Ramadhan ni berlalu..lagi 18 hari dah raya..kalau gi shopping malls tu, memang dah meriah dah dengan lagu raya..ada yang cakap radio pun dah pasang lagu raya. tapi i belum dengar lagi setakat ni..

jadi, sempena dengan gaji i dah masuk hari ni, tapi kena potong academic incentive (bengang gile wehh, time2 nak raya ni laa kan ko nak cari pasal dengan aku wahai HR) maka untuk hilangkan stress pasal tu, marilah kita cerita pasal benda2 yang seronok like shopping  for raya!yeayyy!! dah ler gaji kena potong, tapi nak jugak perabih duit kan?? ish ish ish..takpe2..i  dah order biskut raya, kerepek raya and batang buruk raya.. maka, kalau hujung bulan nanti dah takde duit, kita makan je lah biskut dan kerepek raya tu..;-D

talking about persiapan raya, ni i list down lah apa yang i prepare untuk raya tahun ni yang tak berapa excited sangat pasal raya sebelah encik hubby..hohoho..bukan i bias ok..tapi itulah hakikat..mesti lah sedih tak dapat salam abah ngan mama di pagi raya, tapi sebab sedar diri menjadi isteri orang kenalah amek nombor giliran balik kampung..for me, takde issue sangat pasal balik kampung ni. memang dah turn dia pun tahun ni, maka daripada masam muka bergaduh dengan suami dan dapat dosa free, baiklah kita redha jer. next year, turn i jangan lah u buat2 lupa pulak yer hubby.

first sekali mestilah persiapan untuk si little captain kan..baju bajan dia semua dah settle dah, jeans pun dah beli. baju melayu kaler hijau pun dah beli from mamayayazone. satu set ngan sampin u! kalau korang yang masih belum jumpa baju melayu or baju kurung n kebaya untuk anak2 tu, silalah terjah mamayayazone. size newborn 1-3 months pun ada. seriously irresistible. sume comel2 weh..rambang mata i tengok. especially baju kurung n kebaya untuk gegirl..geramness!!they are made from cotton, colourful..eh senang cerita memang sangat comel. tak caya, gi lah terjah sendiri. erm..erm..kasut n sandal raya untuk Rafique pun dah ada..

for myself, dah beli sepasang baju kurung ready made, tinggal nak alter kelabuhan jer..standard r tu orang ada sindrom kependekan ni kan, kalau beli baju ready made mesti kena alter punye. sepasang lagi kain dah dihantar untuk buat dress/jubah which ever you wanna call it. dan tukang jahit merangkap my husband's aunt pulak bersetuju untuk amek lagi sepasang kain kalau nak di buat dress.maka, i akan ajak hubby pergi beli kain sepasang lagi dengan kadar yang segera. =)  dan hasrat di hati nak beli kasut baru juge..i takdelah jenis yang sampai 2-3 persalinan semua baru sempena raya, tengok poket sendiri mau ingat laa kan..tapi sebab dah lama tak beli kasut baru, rasanya reasonable kot nak beli kasut baru..hehe..

as for hubby, apa pun tak prepare lagi untuk dia. kecuali dia dah beli jam raya! sempat lagi tuh..i cakap, kena shopping untuk i and settlekan beli barang lain dulu baru shopping untuk dia. pasal dia dah beli jam!wakakaka..saya isteri kejam. hubby tak yah beli kasut baru pasal kasut dia 4-5 pasang tu dok tersadai je pun dalam shoe rack, jadi sila pakai kasut yang dah ada tu!

tentang persiapan raya yang lain, kuih-muih, kerepek-merepek raya sudah diorder. tinggal hulur-hulur duit jer lagi..duit raya pun hubby dah tukar..turn raya sebelah family dia kan, maka dia lah yang bertanggungjawab untuk itu. tapi masa turn raya sebelah family i pun dia gak bertanggungjawab!hahaha..maka disini, dapatlah disimpulkan, ape yang belum settle untuk raya adalah (ni i susun ikut priority) :

1. kain i sepasang untuk jahit dress
2. baju melayu hubby kaler hijau
3. duit kuih-muih raya
4. tudung raya
5. kasut raya i
6. duit upah my dresses
7. jeans hubby
8. baju jalan2 hubby
9. seluar rafique 1/2 helai

oemgeeee...looking at the list, i dah mula berpeluh. kena kira budget betul2 ni...bahaya..karang ada yang makan kerepek je lepas raya.erm..korang dah siap ke persiapan raya?

k bai..



4 comments:

Ann Ilias said...

same goes to husband.
kasut dah banyak tersadai smpai ada yg tak pernah pakai
tu pun sibuk nak beli kasut raya lagi
so sound dia
kalau nk beli kasut raya, kena beli sekali utk i
terus senyap
tak jadi lettuw
hahaha

KAK RAINBOW said...

cakap pasal kasut raya nak jugak beli kasut raya seab dah lama tak beli.

cuma semalam baru tersedar banyak beli untuk anak dari mama dan papa raina. apa2 pun byk kat anak je sejak ada anak ni.

hihihihi

ok kita sama2 lap peluh tgk list shopping raya. kan best kalau duti berkepok2 kan dina. hahaha

Dina Zakaria said...

ann : haha..hubby i dah surrender. dia ckp takpe lah..sbb raya tahun ni kat sebelah dia, so bg chance dina happy beli kasut etc..kikiki..

nurul : hurm..mmg pun..kalau shopping utk anak, laju je tangan..xde pikir langsung lg dah.. ini dina gaya2 anka lelaki.kalau anak pompuan...tak tahu lah camane nnt..

Hanis MY said...

Huhu terliur baca baju melayu utk 1-3 months happy shopping dear wiken ni elok sgt la nk outing