long live!!!

Monday, January 30, 2012

hidup dalam ketakutan macam zaman jepun!!

assalamualaikum hari isnin minggu ke 5 tahun 2012..


eh..dah masuk minggu ke 5 rupanya..cepat betul masa berlalu..baru lagi rasanya mendengar letupan mercun new year (dalam mimpi) hari tu..


minggu ke 4, tahun 2012 adalah sangat horror untuk i..hidup diselubungi ketakutan..pasal kat rumah malam2 rasa macam bila2 masa jer bom akan jatuh atas rumah lalu rumah meletup "KEBABOMMMM!!!" iyerlah..kita di Malaysia kan masyarakat majmuk..hidup berbilang bangsa..perayaan pun ada macam2..jadi musim chinese new year, kenalah sanggup terima cabaran mercun diserata alam..


jiran tetangga i pulak semuanya bukan melayu..kanan kiri adalah chindian (i've to get ready for deepavali too!!!) barisan depan rumah semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa chinese..jadi, bila mereka beraya berbom sana, berbom sini, tak kan nak suruh dorang berenti main mercun sebab 1 rumah dikalangan banyak2 rumah ni ada seorang budak bernama Rafique Zaquan beragama islam, berbangsa melayu nak tido..make sense kahh???


sudahnya, i peluk rafique kuat2, pejam mata rapat2 dengan Rafique..asalkan kau jangan main bom kau lepas pukul 12 sudah..kalau lepas pukul 12, nescaya keesokan hari masuk berita jam 7.30 pagi kat tv3, seorang wanita ditangkap kerana membakar kereta Wald milik jirannya..;-p


i akan terus cuba menjadi jiran yang memahami..cuba menjadi rakyat 1 malaysia yang bertoleransi..insyaallah..sekaligus membuatkan i menyelami perasaan nenek moyang kita yang hidup di zaman pemerintahan jepun di tanah melayu dulu..tiap2 hari dengar bunyi bom meletup sana sini..dan jugak menyelami perasaan ibu2 di bumi Gaza..terpaksa biarkan anak main dikawasan luar rumah walaupun tahu bila2 masa jer bom akan meletus-letus..sebab kalau nak tunggu betul2 selamat, xde lah chance anak2 dorang nak main..


cabaran dan dugaan i xde lah sebesar mana pun berbanding dengan mereka2 tu..mercun2 tu pun, kalau i join pergi tengok sekali kat luar rumah, mestilah rasa seronok jugakk..jadi, SABAR DINA...SABAR!!!





kalau i cadangkan kat PM supaya wujudkan undang2 tempat main mercun dimusim perayaan, agak2 PM akan layan tak???

3 comments:

ida_F said...

iye. memang mencabar betul. lebih-lebih lagi ada anak kecik. akak beraya cina di rumah mak akak yang berjiran dgn chinese. mujur anak-anak tido penat bermain, tak kesah bunyi bising.

MrS. F!zA said...

hihihi mmg betul2 blh berdegup jntung kalo asyik meletup je..sabar jelah kan..kata 1 msia..hehhe

MyRule said...

Hehehe...umah i kat shah alam ni takder bunyi2an. Tapi kalau balik umah nenek mentua kat muar..siaplah..bukan takat sampai 12am..sampai ke subuh..memang x lena tido..