Showing posts with label postgraduate study. Show all posts
Showing posts with label postgraduate study. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

off scholarship : mybrain15

assalamualaikum..

ni pagi2 nak membebel pasal mybrain15..i bebel ni bukan sebab tak bersyukur..syukur sangat2 lah kerajaan malaysia sudi bagi saya scholarship tu..walaupun tak laa banyak macam gaji u ols, cukup laa untuk beli spender tanpa meminta duit suami. syukur sangat2..tapi dalam bersyukur pun, i sangat rasa pihak KPT perlu meningkatkan mutu servis mereka..

sebab pertama adalah mereka perlu faham yang kebanyakan orang yang further postgraduate studies adalah mereka2 yang telah pun mempunyai tanggungjawab lain selain dari study. bukan macam masa undergrads..xde duit boleh call mak bapak suh bank in kan.. silap2 siap ada yang kena tanggung ibubapa jugak..or perhaps adik yang masih sekolah..dan yang agak pasti mestilah sekurang-kurangnya ada hutang kereta..oleh sebab itu pihak mybrain sepatutnya kena lah pikir jugak pasal ni kan.. offer letter dah dapat since December 2012, May 2013 baru duit elaun sara hidup masuk. wajar ke tak korang rasa?

Anyway, alhamdulillah i punya elaun dah dapat selepas sengsara 3 bulan tak bergaji mintak duit kat hubby nak beli spender. I really can't live like that. sungguh sesak terasa dada everytime nak gi kelas kena mintak duit belanja kt hubby..rasa macam budak darjah 3 kot sebab darjah 4 mama dah start bagi weekly pocket money. ini kira ok lah kan, i ni ada suami. kalau yang tak kawen lagi tu, agak2 laa jugak kan umur 27 tahun nak mintak duit belanja kat mak bapak lagi...haishhhh..

seriusly, KPT really need to look into this problem. kenapa ambil masa sampai 5 bulan untuk proses elaun tu? i know, KPT bukan handle biasiswa i sorang ataupun 10 orang..tapi, agak2 lah jugak...gaji dapat tiap2 bulan..x kan keje 2 bulan sekali kot..and this is my 2 cents : I rasa prosedur kat government agencies ni kebanyakan nya terlalu panjang. That's why i took long time to complete. Contohnya, ada 10 orang yang perlu approve 1 invoice. maka nak tunggu 10 orang tu lah yang kejap meeting kat Johor, kejap kursus kat New Zealand yang menjadikan proses tu lama dan lambat.. maka mungkin kalau dapat dipermudahkan/ simplify steps tu maka kami dan juga sape2 jer lah yang perlu berurusan dengan mana2 agensi kerajaan tak perlu menunggu terlalu lama..

ini pendapat i lah..maaf kalau menyinggung hati dan perasaan sesiapa. tapi logiknya disitulah ye..i apply mybrain on July 2012. Dapat offer letter December 2012. Dapat elaun May 2013. It took almost 1 year for a cycle. And as a postgraduate students, there's lots of things can happen within  that 1 year. A friend of mine for instance terpaksa tolak tawaran untuk belajar yang dia tunggu2, sebab until the day nak register belum dapat offer letter from Mybrain after waiting for months. Mungkin takde rezeki dia..qada' dan qadar Allah..tapi kalau results and offer letter tu keluar dalam tempoh yang reasonable mungkin lagi baik nasib dan rezeki dia. wallahualam..

dan untuk sesiapa yang tengah stress menunggu reply, jawapan dsb dari pihak mybrain15 toksah lah call dorang kat hotline buat patah jari korang je dail number banyak2 kali.. kalau emel kat dorang pun kena sabar menunggu 1-2 weeks.. staff customer service dia yang paling efficient adalah yang in-charge kat FB. tulis terus kat wall facebook mybrain15, I nsyaallah tak yah tunggu lama for respond. jangan lupa sertakan sekali no rujukan berkaitan dan no ic.

Tu jer la..nak bebel..pada yang ada niat nak sambung belajar kat dalam Malaysia, provided you are not a goverment staffs, sila lah apply mybrain15 ni.. Insyaallah dapat..cuma kena ada kesabaran yang tinggi menunggu khabar dari pihak sana. ok bye.