Friday, March 2, 2018

Tips mulakan bisnes tanpa modal

Dengan kehidupan zaman sekarang ni yang perlukan banyak duit, semua orang pun pasti sentiasa cari peluang untuk tingkatkan pendapatan kan? Ye lah, nak masuk toilet pun kena caj RM 0.50. Dah takde tandas awam yang free macam dulu-dulu. Kalau ada pun kat petrol pump. Pergi petrol pump Petronas nak pergi toilet free, singgah kejap, masuk kedai Mesra, beli pulak keropok kerepek jajan air, habislah RM 15 kat situ! Takde dah yang FREE😅

So, tak pelik la zaman sekarang, semua orang cari peluang buat side income. Peluang buat pendapatan tambahan. Nak menampung keperluan dan kehendak keluarga masing-masing. Memang duit bukan segalanya, masalahnya segalanya perlukan duit sekarang ni.. Nak tak nak, kita semua kena akur laa..

I cukup kagum dengan kemampuan kaum wanita khasnya, yang mampu ada kerja hakiki 9am-5pm, uruskan suami dan anak-anak, sempat lagi buat bisnes sampingan. Dulu, mungkin agak susah nak merealisasikan benda ni, tapi zaman sekarang, semua benda online. Buat hisnes pun main tekan-tekan henfon je duit dah masuk akaun. Sungguh tak mustahil langsung dah. Beza sekarang, nak ke tak nak je ubah kehidupan dan nasib keluarga masing-masing.

5 tahun lepas, masa saya mulakan perniagaan online, saya langsung tak tahu wujudnya kebolehan untuk buat bisnes tanpa modal ni. Saya fikir, nak mula bisnes mesti kena ada modal. Saya yang naif sangat campur dengan tak terdedah kepada peluang-peluang macam ni.. makanya keluarkan laa duit savings yang tak berapa nak ada tu, RM 5000 untuk mulakan bisnes pertama saya.

Yang sedih dan sungguh patheticnya, ilmu bisnes apa pun takde, bakar duit untuk buat baju jenama sendiri... sekali buat, projek pertama je dah hangus terbakar duit savings tersebut😢


If I could turn back time, I pasti akan google dulu “bisnes  tanpa modal” sebelum buat apa2.. huhu..Sebab zaman sekarang ni mudah sangat setakat nak buat side income RM2000-3000 sebulan. Dah ke tak payah keluar modal banyak-banyak beli stok (yang belum tentu terjual tu), ada yang langsung tak perlu pergi berlengas-lengas beratur kat pejabat pos. stok apa pun tak tengok. Yang penting rajin promote je! Modal kan henfon yang dok pegang kat tangan setiap masa tu je😍😍

Bertuah orang zaman sekarang ni. ..

So, kalau korang tengah fikir apa bisnes yang sesuai korang buat untuk tambah pendapatan diri dan nak bantu family, korang pilih “niche” atau produk yang korang memang suka, yang korang memang minat. Sebab bisnes ni bukan benda yang boleh jadi sekelipan mata. Ambil masa. So, kalau korang buat benda yang korang tak berapa minat, takut korang cepat give up je.

Minat bergaya, pilih produk fesyen.
Minat makan, pilih produk makanan. Kerepek ke, air ke, kuih ke, katering ke..
Minat nak cantik, boleh pilih produk-produk kecantikan.
Minat travel, pilih laa untuk bisnes pakej percutian.

If you do what you love, you don’t need to work even a day! Gitewww..

Pendek kata, awak kenal laa diri sendiri minat apa, then pergi laa google “dropship ______” produk yang korang nak jual tu. Contohnya “Dropship produk kecantikan” Kalau tak jumpa jugak, boleh try “bisnes produk kecantikan tanpa modal” In shaa Allah boleh jumpa.

Kalau dah susah sangat tak jumpa, kau jadi lah Dropship produk akak yang dah gerenti viral kat instagram ni ha.. Audela by Nad Zainal nama dia. Testimoni beribu dah. Dulu kami bukak stokis je, sekarang dah boleh jadi dropship. Stok tak yah pegang, modal tak yah keluar, pejabat pos tak yah pergi. Gambar cantik-cantik nak promote kat facebook instagram pun semua kami bagi.

Komisyen? Up to RM 70 sebotol. Haaa.. kau bayang laa kalau 1 hari jual 1 botol pun, dah boleh dapat side income RM 2100 sebulan. Serius nak generate income thru online kat facebook dan instagram korang? Meh register kat sini.

Kami alu-alukan semua yang nak cari duit raya extra tahun ni, untuk sertai kami sebagai agen jualan. Banyak gila benefits, malas nak cerita banyak, gi usha kat website Audela Beauty k..



Selamat berniaga. Selamat buat duit!
Assalamualaikum.

No comments: