long live!!!

Monday, June 3, 2013

Rafique at the zoo

arghhhhhhh...stress yang amat nih..
cita2 nak update blog on story mory ke zoo negara..
sekali tengok gambar dalam memory card, satu habuk pun takde..konpius..konpius..
mana laaa pergi gambar tu semua??
masa pergi zoo hari tu hubby hangkut kamera gabak, so i memang tak amek pic pakai phone la..and nowwww mana pergi gambar tu semua???? arghhhhh..super stress. gile tak best nak cerita takde pictures =(

maka diumumkan disini, semua gambar dalam entry ini bukan hak milik i..hanya untuk tujuan hiasan semata2 yang i dapat dari pakcik google untuk menambahkan keceriaan kat entry ni..



 bagi yang tak pernah lalu depan zoo negara, ni lah mercu tanda zoo negara..dari tepi jalan MRR2 tu dah nampak dah..maka takdelah orang nak sesat cari zoo negara.. Rafique nampak je harimau tu dah menjerit dah..


ini pulak harga tiket ye kawan2..anak2 bawah umur 3 tahun tak yah bayar, free aje.. oleh sebab  itu disarankan bawak laa anak anda pergi sebelum berumur 3 tahun..jimat belanja.. =) dan juga tak disarankan bawak warga tua walaupun dapat tiket harga RM 10 sahaja..sebab tempat ni sangat lah luas..konfem penat nak berjalan. dan jangan lupa bawak my kad ye..walaupun time i pergi tu akak kaunter tu tak mintak mykad pun (maybe muka kitorang jelas2 kemelayuan kot..) mana lah tahu kalau time korang nak pergi tu, cashier kat kaunter ticket tengah period pain ke..tetibe nampak muka korang macam Aishwarya Rai ke dah tak pasal2 nak kena bayar mahal..so, dont forget to bring your IC.

Untuk anak2 pulak sila laa bawak pushchair or buggy mereka yer..karang tak pasal jenuh nak berdokong pulak..Rafique yang memang tak suka pushchair tu pun surrender..penat sangat jalan.. 

anyway, dinasihatkan korang sampai je zoo tu terus beli tiket train dulu ye..tiket train RM3/adult and RM2/child. Jangan jadi macam kitorang..We thought tram ticket boleh beli kat mana2 stesyen..dan sebab excited sangat masa mula2 sampai laju jer jalan, maka tak beli ticket tram.bila dah penat, tanya tram yang lalu lalang, baru tahu ticket kena beli kat entrance. maka, sekian terima kasih. memang kami jalan kaki jer laa pusing 1 zoo tu.


1st thing yang kami tengok masa sampai tu adalah animal show..animal show ni diadakak kt zoo amphitheatre. setiap hari pukul 11 pagi dan 3 petang for an hour..So, sebaiknya korang plan laa timing tu sama ada, sampai pergi tengok show dulu atau tengok show bila nak balik.. sebab bila korang dah start jalan ke belakang2, dah jauh nak patah balik pergi amphitheatre ni.. show tu memang sangat best. even untuk kita yang dewasa ni pun excited tengok those animals..


ni haa dapat sekeping gambar rafique masa tengok animal show.. parrot tu datang ambik duit kat tangan rafique..yang pompuan sebelah rafique tu zookeeper lah.. pandai dorang ni train binatang2 ni bagi dengar cakap.. =) Rafique sampai hari ni kalau tetibe datang perangai mengada dia, tunjuk tangan kat kita "hand rafique sakit..bird bite" yer jer lahh...tah zaman bila lagi bird bite..mengada.

target kami yang utama masa pergi zoo tu nak bawak rafique pergi tengok orang utan..nape tah rafique tetibe je few weeks before pergi zoo tu dia suka sangat kat orang utan..tapi ape centre kat zoo negara agak mengecewakan..we were expecting something interesting lah memandangkan location dia agak jauh ke belakang..nak kena panjat bukit plak tuh..tapi yang ada sekor je orang utan..tu pun asyek duduk je..boring..monyet pun tak banyak..agak kecewa jugak disitu.

tiger and lion yang rafique suka pun tido masa kitorang pergi tu..2-3 round gak laa kitorang pusing tempat tiger and lion..rafique siap menjerit "lion wake up wake up!!" dia sorang je laa budak yang menjerit kejut lain..gelak je tourists tengok.. i rasa maybe sebab kitorang pergi kat area situ time tengah hari..so, semua binatang baru lepas lunch and mengantuk. bad luck..

satu peristiwa kelakar gila masa tu rafique menanges melalak masa i nak bagi makan kat gajah..


dekat tempat gajah ni ada orang jual tebu..so, kita boleh laa bagi sendiri gajah tu makan..i pun saje lah nak try..masa i hulur tebu tu kat gajah, Rafique menangis sakan... "NO ELEPHANT!!DONT EAT IBU. DONT EAT IBU." pejam mata siap. tangan dok  NO NO...sedih betul. hahaha...maybe sebab i pergi dekat ngan gajah tu..gajah tu plak besar gila. tu yang dia takut sangat gajah makan ibu dia..lepas daripada tu, jalan tak lepas tangan i..takut gajah nak makan ibu lagi. =p

Secara kesimpulannya, berbaloi laa masa dan tenaga dan jugak duit bayar tiket tu.. eventhough some of the animals hanya ada sekor dua je (probably because of the cost membela binatang2 tu they cant afford untuk bela banyak) Rafique sangat enjoy..exposing him to the real animals instead of asyek tengok dalam buku dan tv. 

I rasa "timing" pun penting jugak kot.. My SIL penah bawak his son pergi zoo masa umur 2y++ and turn up anak dia tido je dalam push chair masa dorang pergi sana..I rasa maybe sebab dia tak excited kot..macam Rafique at this moment dia memang sangat suka dengan wild animals..probably untuk menaikkan minat anak u ols, 2-3 weeks before pergi tu, boleh laa tunjukkan dorang animals semua ni kat buku, tv or youtube untuk encourage or stimulate them. So, bila dorang dah biasa tengok kat tv, dapat tengok in real, mesti dorang excited. 

Pastu kan..kalau ada anak yang cikgu tadika dia cakap ada lawatan gi zoo negara, seboleh mungkin kalau ada masa dan diberi kebenaran oleh cikgu, parents spent laa masa untuk temankan anak masing2 ye..Masa i pergi tu banyak sangat kindy yang bawak students masing2 pergi lawatan.. Most of the kindy allow parents untuk accompany. So, apa yang i tengok, i rasa kesian kat budak2 yang mak bapak tak join sekali..sebab dorang macam "lost"..cikgu tak sempat kot nak entertain ramai2..yer laa..kids that age kan suka sangat tanya itu ini, so when they want to ask their teacher they have to wait for turns..dan biasanya budak2 yang "super active" laa yang akan dapat attention cikgu dulu. just my 2 cents. =)

As a summary, jangan lupa bawak push chair yang light weight dan senang dilipat, mineral water and IC. Pakai pakaian yang selesa..Heels is a big no no unless you are planning to have a tram booked for yourself ;P Pakaikan topi kat anak sebab panas weh..dan make sure beli tiket tram as soon as sampai kat zoo tu..

That's all from me..
Bye...

6 comments:

Ajamahiyaa said...

Rafique the BOSS sgt comel......seb bek ibu xkene makan dgn elephant..heeee ;)

Hartini Omar said...

nice. akak suka ibu2 dan ayah2 muda yg rajin spent time dgn anak2 wpun dalam kebizian. gud job deena. harap ramai lg lpasni yg akan follow this kind of activity

wpun dekat, trust me, ada org sampai tua x pernah pergi zoo negara!

untunglaa fiq fiq. hehe

Lynn Hamzah said...

dah lama x pergi zoo negara nie...

Puan Jiha said...

owh mang tension kalau gambo takde....I went to Zoo Negara few times dah....last sekali masa Aqeef less than 1 year...muka buat dek je la tak heran sgt

Farah Diana said...

Salam perkenalan.. ;)

Dah lama kot x pg zoo negara ni.. Kecik2 dlu je slalu pegi sbb rumah dekat n tiket masuk pn murah.. Kene pg lg ni.. :)

http://qaseh-delima.blogspot.com

deena awanis said...

kak aja : kahkahkah..memang lawak wey..tp spontan kan so, tak sempat nak amek video or gambar. kalau dpt mesti best tu..

kak lyd : saya laa tu..sama2 first time masuk zoo negara ngn rafique =D

Jiha : Aqeef tak paham lagi kot time tu..kalau bawak skrg ni mesti dia excited =)