long live!!!

Friday, March 1, 2013

Miyagi restaurant - korean dishes

semalam adalah hari pertama bergelar penganggur. akhirnya hari yang dinanti tiba jugak. 6 bulan penantian sudah berakhir. now dah boleh fokus kat study, no need to worry about work anymore. harapnya betul2 fokus lah..jangan asyek lagha ke lain pulak jadinye nanti.

Thanks students for the farewell luncheon..ni kuabadikan kenangan bersama some of them kat sini..ada yang dok nanges sok sek sok sek dah tu..i'm trying my best not to pour it out. malas r nak sedih2, tak cool r.=P



tapi bila orang dah nanges salam peluk kita, takat mana lah pun nak mantain cool. banjir gak laa kejap..some of them i dah ajar dorang since diploma level lagi, tu pasal feeling lebih sikit..tapi semua pun sayang jugak..i'm praying that all of them will graduate timely and success in their whole life and thereafter. aaammiinnnnn..

dengan kawan2 opismets i macam takde feelings sangat. bukan sebab tak sayang tak rindu korang (i know you guys are reading..huhu) cuma tak rasa cam nak berpisah pun. opis tu 2 jengkal je kot dari umah i..tiap kali keluar umah, mesti lalu. so, chances untuk jumpa dorang adalah sangat tinggi. agak2 boring nak lunch sensorang, turun jer laa lunch kat opis tu. pastu sah2 kalau i nak gi shopping hulla hulla kat KWC, mesti ajak dorang. jadi ape kejadahnya nak sedih2 kan? bazir air mata je..harap mereka yang di opis akan terus rindu suara saya. mesti sunyi opis tanpa suara "perkasa" i..hikhikhik

sebagai an unemployed person, jadi haruslah kita merewang semalam..dan tak lain tak bukan mesti lah dengan para opismets ku..i told u, memang tak yah nak sedih sangat berpisah ngan dorang. takde sempat nak rindu-rinduan pun, jumpa lagi. kang next week puan aja the tokey kain cotton bawak stock kain dia, dah sah2 i nak join jugak barang sekeping dua..dah kena turun menjenguk jugak..LOL! penganggur tak sedar diri ni namanya. nak shopping pakai air liur ke hape?

back to cerita merayau semalam, we went to Miyagi Restaurant, Bangi..makan korean dishes u ols!!haa ni pasal penangan tengok cerita korea lah ni..terliur korean food pulak...bukan i sebenarnya..i ni jenis kurang nak berani sangat experimenting with the tastebuds. tapi sebab takde keje kan, maka kita ikut jer lah..ke Bangi kita yuk!




ni lah antara makanan-makanannya..dari segi kesedapan, i tekak Malaysian. selain dari tempura prawn tu, yang lain so-so aje for me..tak tahu lah kan kalau korang suka.. for sure, i'm not going there again...hihi..price wise, agak mahal jugak laa..udang 5 ekor tu, RM 26. Meals set macam 2 gambar kat atas tu starts at RM27 .. kalau salmon, tak silap i RM 40++..

 Ini budak yang mengekori i semalam. orang makan, dia main drum pakai chopstick. belasah ler labuu..


last shot sebelum balik dengan anak busyuk saya.. dah nak sama panjang ngan ibu dia kot..tapi nak gak berdokong lagik..tak larat lah ibu wahai anak.and me wearing my new breastfeeding peplum. =) lupa nak amek gambar close-up sikit baju tu..i'm one happy mummy wearing that breastfeeding peplum top.so, lovey dovey. and it's my very first breastfeeding top i tell u..huhu..ape jadah tah..sebelum2 ni takde sebok nak breastfeeding top pun. ni anak dah masuk 2 tahun setengah dah pun! anyway, tak breastfeed pun boleh jer pakai baju tu..

that's all for now. nak siapkan assignment ni. petang ni nak gi akad nikah my ex-housemate pulak..huhu..who says unemployed person have so many leisure time? =P

bye...

7 comments:

~*Dandelicious Princess*~ said...

mane eh beli peplum for bf ni eh? santek.

Nory Zoulkefle said...

tk penah lagi try makanan korea...

sedapp ek?

Peri PiA said...

Handsome anak bujang deena

i ni suke gak nak merasa mknan pelik2,tp hubby xsuke

deena awanis said...

dandelicious princess : me custom made..insyaallah before raya i'll open for custom order. add my fb: Dina Zakaria and like my page kat : Miss Wish wardrobe (fb)if interested ok..

Nory : not for my malay tekak..hehe

pia : haha..dah bujangan kan dia??

Nieyxzha Hassan said...

Wah! Dina jadi bussinesswoman plak eh..nanti nieza add..comel la peplum dalam instag..

Gambar makanan kat atas tu..pergh! Meleh air liur..^-~

deena awanis said...

nieyxha : thanks..=)

Rara Nasuha said...

Sedap! dah try. rasa macam nak pergi makan setiap hari kat Miyagi. . btw, Jepun bukan Korea :)