long live!!!

Tuesday, July 24, 2012

baju raya from famous designer. kau mampu?

wakaka..tajuk tak bley blah bulan puasa cari pasal ek..
ni haa..orang sana sini dok kecoh kepoh pasal 20 by Rizalman kat Tesco la, Aviraya by Jovian Mandagie kat First Lady lagi ngan Radzuwan Radziwill raya collection kat poplook. macam-macam ada weh..ni baru minggu first puasa, esok dah minggu ke-2, ke-3 ape tah lagi kuar..orang dok kecoh2, laju2 pergi terjah, tapi sebab i bajet pun takde maka terjah on-line saje lah..usha dulu mana yang berkenan dihati..kot dapat gaji nanti ada stok lagi, boleh lah tapau barang sekeping..=P

setelah dilihat, dibelek, diteliti (gambar je pun), ni lah yang i suka dari banyak2 design yang ada tu..

yang ni one of the design from 20 by Rizalman..teal blue kot colour dia. i suka sebab jarang kot jumpa baju kurung bergaris melintang camni, pastu siap ada macam renda hitam kat bahu tu nampak macam edgy look. smart. tapi kalau i pakai masa raya nanti (tu pun kalau i belilahhh...), i takdelah letak rama-rama segedabak tu atas kepala. susah nak tunduk2 makan ketupat, lemang nanti. lagi parah, if rama2 jatuh dalam rendang, dah contaminated rendang. membazir je!

another Rizalman's yang i suka warna hitam ni..very classy look..kalau pakai mesti ada feel ala2 puteri raja zaman dahulu kala. kannn???? tapi i macam tak setuju lah rizalman suruh model tu pakai mcm veil kecik ke hape yang tutup2 muka sikit tu, baik dia pakai cucuk sanggul yang kaler gold tu. mesti lagi traditional. haaa..apekejadah tah i dok komplen orang tu pakai cucuk sanggul ke tidak. kalau rizalman baca pun, dia mesti kata, kau tu buta fesyen, mana tahu. OK. fine.

kalau dari collection Jovian Mandagie, Aviraya tu pulak, i suka yang dua ni...

light pink ni sangat sweet...kalau i pakai mesti lagi sweet..wahahhahaa..gituhhh..

and this dark blue-cream baju..siap ada geometrical design kat tangan tu haa..cantik! i very the like.paling suka yang ni lah kot.=)

sedap lah kan berangan nak yang itu, suka yang ini, komplen yang itu. pasal ni tak de guna modal satu sen pun..beli ke tak tak tahu lagi..semua pun bergantung pada big boss. kena ajak big boss gi usha kat First Lady and Tesco ni....tapi kalau i cakap sebab nak usha baju mesti dia tak nak pergi, jadi alasan terbaik adalah beli barang dapur. huhuhu..hurm....ada yang dah gi usha ke??ke korang dah beli pun??ni nampak design cantik2 ni, harap material and jahitan dia pun kemas lah..kalau yang dah pergi usha tu, bagi lah review sket ye..

ok.bye..


8 comments:

Ainul said...

hari tu tgk yg rizalman.kain mcm tak best sgt.entah le sbb tak try pon.hehehe...jovian blm lg.this week nk terjah.

Hanani said...

yang baju rizalman kaler hitam tu cantik...kalau buat sendiri macam ok gak kan..pas bersalin nantila nampaknya

NURUL JAMIAN said...

yg rizalman punya tak minat jenis material dia tp JM ok sikit tp tak beli pun sbb dah beli kain hantar kat tailor just tgk2 je

Hanis MY said...

lawa2 seme belilah dina... ahkak jauh sgt nk beli wuwu...

Peri PiA said...

nangis,teringin ....mahai le

♥ ROS ♥ said...

Cntik baju design diorg tp saiz ros susah nak dapt :(

deena awanis said...

ainul, nurul : tu lah..dina baca review pun ramai ckp material tak cantik..=(

kak hanis : nak dina tolong belikan ke??haha

pia : agak ler mahal..kalau kain dia cantik, maybe berbaloi lah walau mahal..tp sbb org kata kain dia x bape elok, x kan nak beli semata2 sbb designer made kan..

ros : mana tau susah saiz, try la dulu..hehe

Ann said...

Salam,
Sy ada baju rizalman yg design itam putih tu. Size L. en suami terslh bli size. huhu.
Harga RM140 termsk postage. Harga original RM180.
Bminat? Emel myeongdongsha@yahoo.com