Tuesday, May 15, 2012

Dati Norjuma wannabe

hello tuesday..

today i'm wearing tudung bawal 3 tone..


cuba tengok gambar atas dengan bawah..ada persamaan tak???hahaha..


ini gayanya orang takde modal nak update blog, tapi nakkkkk jugak update..konon nak kejar duit nuffnang..tapi kejadahnya gelabah nak banyak income kalau BE tadak??woooooo...sedihh...

eh sebenarnya kan i baru perasan lama dah tak letak gambar camwhoring muka sendiri macam ni kat blog..pasal sekarang ni rasa malu dan segan macam menebal sket..pasal muka tak semenggah lately..sekarang dalam "healing" proses..konon lahh kan..nanti bila dah cantik, i nak letak gambar banyak sampai orang semua meluat balik2 muka i je kat blog.. ^__^ bila tiba masa tu nanti, tolong lah sesape ingat2kan, bawak2 mengucap sket..ingatkan i bahawa orang lain dah nak muntah hijau tengok muka i je..



jadi, berbalik kepada cerita Datin Norjuma wannabe..actually nak cerita pasal tudung bawal bertone cetusan idea beliau ni ha..i ni kalau ikutkan paling suka tudung bawal..sebab i rasa pakai tudung bawal buat i feeling2 muda belia..rasa macam gadis remaja gitu..kalau pakai tudung instant, terus feeling mak orang tiba.. tu pasal hari ni letak gambar kat blog..pasal feeling gadis remaja lah tuh..

tudung bawal memang common lah kan..dari dulu sampai sekarang kalau namanya rakyat malaysia, orang melayu beragama islam macam tak sah kalau tak kenal tudung bawal, even orang tak bertudung pun tahu..orang lelaki pun tahu..tapi kalau tanya orang cina, maybe lah dia ingat u sebenarnya nak sebut ikan bawal. cuma pembaharuan yang Datin Juma buat kat tudung bawal bertone ni macam membuatkan fesyen tudung bawal menjadi lebih segarr gitu..eceh...yer yer je lah i kan..

yang best nya ngan tudung bawal ni di mata i adalah selain daripada membuatkan i rasa muda belia (rasa cam umur 14tahun pun ada) dia juga mudah dibentuk pasal tak lembik sangat..tetibe teringat zaman sekolah dulu, my friends suka dok tiup tudung bila tudung kemek ditiup angin..korang pun mesti penah buatkan?? selain dari tu jugak, penjagaan tudung bawal adalah sangattt senang..hanya sumbat di dalam washer machine setelah dipakai..tak perlu hand washing macam tudung instant apetah lagi nak dry cleaning, memang tak payah..usah mengada nak dry cleaning tudung bawal. harga dia sehelai sama ngan sekali hantar dry cleaning service. jadi, sgt mudah bagi orang pemalas macam i.

dan faktor yang palingggggg penting adalah tudung bawal tone2 plain ni adalah sangat murah..harga sehelai tudung yang nyata jelita tu boleh beli 20 helai tudung bawal ni. kalau yang tu baru dapat 3 kaler, pasal 3 layer. yang ini boleh kadi stok untuk sebulan tiap2 hari pakai tudung baru..=)

secara kesimpulannya, i'm in love with it..i baru ada 2 helai je pun tudung tone2 ni..tudung bawal yang biasa tu banyak lah..sekarang konon membara nak mem"bawal" kembali. tapi kita tengok lah nanti sejauh mana kewibawaan i dalm bab iron meng'iron' nanti..

till then..see ya!!


6 comments:

juelee said...

tudung bawal ni best, die evergreen.. cumanya jue malas nak iron huhuhu.. kalau g travel lagi la malas nak iron..

mamaelly said...

ihiks.. dina..elly slalu tepek muka sendiri kat blog..mesti ramai yg muntah..hikhikhik

Dina Zakaria said...

jue : haa..bab iron ni laa leceh sket kan..esp kalau travel..takde iron board..huhu..

elly : ayoomakk..tak cakap elly tau.dina ckp dina jer..hihi..

KAK RAINBOW said...

cantik tau dina

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

trase jugak nak pakai bawal balik..tudung bawal sume nieza dah simpan elok-elok dalam almari...sume yang tersadai kat hanger sume yang instant..biase la..bile mak buyung datang malas die..sambar je pe yang patut..asal tudung..tak matching pon takpe...huhu

Dina Zakaria said...

nurul : sape?dina ke?wakakka..datin juma mmg cantik!nak amek feeling cantik cam dia lah nih..kikiki...

nieyxha : tak matching mmg trend skrg..colour block katanya..=D