Showing posts with label milestone. Show all posts
Showing posts with label milestone. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

progress

PROGRESS OF ABAH

sudah berumur 49 tahun pada selasa lepas..alhamdulillah..walaupun takde hadiah bulan ni, insyaallah beli hadiah untuk abah bila balik kampung nanti. i already have something in mind to buy for him as a a birthday gift. tak mahal but i believe it means a lot to him. nanti dah beli i share apekah benda itu. tungguuu...

abah dah banyak berubah dari abah yang saya kenal sejak dari kecik dulu..abah i sekarang bukan lagi abah yang garang. abah saya bukan lagi abah yang sekali jeling, tak yah bukak mulut pun sume anak lari mencicit pergi mandi and semayang maghrib..abah sekarang dah jadi tok bah yang melayan Rafique cakap kat telepon sampai setengah jam walaupun Rafique cuma sebut  "tak, no, bah" dok ulang tu je pun..tapi abah layan jugak. kengkadang i naik konfius. betul ke abah aku ni boleh buat gitu. hihihi...

dan bila i call dia cakap happy birthday, dia tanya Rafique tak nak nyanyi untuk tok bah ke?? aiyoooo..bukan nak cakap thanks sebab anak wish. asyek2 cucu dia je...nyampah i tauuu..


PROGRESS OF RAFIQUE

he turns 1 year 10 months yesterday..another 2 months to go to breastfeed him..kalau ikut perasaan malas, rasa macam nak wean off dah sekarang ni..sebab Rafique ni dia ada satu perangai suka mimilk tapi sebenarnya tak mimilk pun...haaaa..konpius kan?? camni camni..dia mintak nak mimilk, tp bila i bukak, dia minum jap, pastu dia tgk tv atau main tapi bila i baru nak tutup, dia mintak balik..and so on...haaa..gitu lah kekdahnya..

tapi i rasa dia sebenarnya nak suruh i duduk n tengok dia main saje..taknak bagi ibu dia gi basuh baju, jemur baju , kemas etc..kesian lahh anak ni..bukan ibu tak nak duduk je main ngan Rafique sepanjang masa, nak memang nak, but duty calls lah sayang..tambah lagi dengan hubby yang keje more than 12 hours daily  sekarang ni, semua household tasks i handle sorang-sorang..tak kan nak harapkan encik hubby yang balik keje pukul 1-2 pagi tu jugak jemur baju n mengemas..sian lah dia..ye dok?? aiyaaa...

in term of his vocab progress, sangat memberangsangkan lately..he captures a lot of word. sometimes i got surprised! like this morning, masuk je kete, dia cakap " bu, dai (kedai) ter (water)" amboiiiii..sejak bila pandai ajak gi kedai ni anak?? i rasa ni pasal atuk dia selalu bawak gi kedai belikan air untuk dia lah ni.. and somehow he manage to put words as sentence..3-4 words each sentence. good enough. happy to see his development. 

yang i rasa paling comel about Rafique these days adalah dia akan mengaku ape je yang dia buat..dia sepahkan makanan, dia ngaku. dia buang sampah merata, dia ngaku. kalau kita tanya sape poo poo smelly pun, dia cakap "fiqfiq" that's how he pronounce himself. ^_^ kalau jumpa bird he'll say " hi bird, nem (name) fiqfiq" (hi bird my name is fiqfiq) sambil jari telunjuk kat dada dia..

our latest trick to keep him calm while waiting for food kalau makan kat luar adalah....bring his colouring book and colour pencil.





berjaya laa buat masa ni..sampai ayah ngan ibu pun kena coloring dengan dia..and few books to read in case lama sangat nak tunggu foods..budak2 kan cepat boring..jadi kena ada varieties lah..maka gitu lah kekdahnya..nak kena punggah books dia ke hulu ke hilir..

PROGRESS OF MY STUDY

alhamdulillah dah dapat black and white on the grant funding. worth 140000 USD a year and its going to be a 2 years project. hope everything will go smoothly. semalam dah berskype dengan my SV and co-SV. in this research, dia ada macam terbalik sket. my SV is not the Principal Investigator for this research but my co-SV..ni semua management issues laaa...under this research project, ada 2 orang doctoral students..me and another doctoral candidates of John Hopkins itself..so, we'll be working hand in hand for this project. for her, my co-SV is her SV while my SV is co-SV. haaa..gitulahh cerita dia. 

it's a large amount given to us. i am nervous about it. risau lah kan..orang bagi kepercayaan kat kita handle duit half a million to be spent, they must be expecting something very big..and at the same time i feel very honoured since ada 22 research proposal applying for the grants, my reaserch project adalah 1 out of 3 yang berjaya. kembang bermangkuk-mangkuk rasanya..hehe..alhamdulillah..syukur Allah permudahkan jalan i..

bulan Ramadhan dan Syawal ni will be a hectic months for me. there's a lot of thing to do, a lot of reading to be made since we are in the planning stage. kan biasa kita dengar, "if you fail to plan, you plan to fail" warhhhh..takuutttt.. please pray for me dear family and friends..

masa discussion with them last night, i feel like resigning from work hari ni jugak because i can imagine the whole load on my backbone now. moga2 i berjaya lah mengharungi challenge ini..lucky enough i have sparring partner lah kan..at least kalau kena grill oleh my SVs to, i takdelah sorang2, kami berdua..hehehe..

so, kawan2..please please please..pray for me..moga Allah S.W.T mudahkan jalan i..semoga Allah S.W.T tabahkan hati i dan hubby i..i know this is not going to be a challenge to myself only, but to the three of us. hubby and rafique pun kena tolong ibu baca journals jugak yer lepas ni..haha..

enough till now. thanks for bare with me until the end of this long entry.
selamat berpuasa dan selamat berbahagia.
bye.



Tuesday, June 19, 2012

21 recent facts about Kapten Rafique Zaquan

sempena Kapten Rafique cukup 21 bulan next week, i'm gonna write some facts about this little boy of mine. since my blogging mode was like disappearing these day, not sure whether i'll make it 21 or not.but i will try my best.

1. he already knew where i kept his crayons, water colours etc. i kept them out of his vision sbb nak make sure dia hanya guna those things under supervision bagi mengelakkan mural2 cantik di dinding rumah. so now, bila dia dah tahu mana i simpan, he will use his kuasa veto dengan meraung sekuatnya utk dapatkan kaler2 terbabit anytime he wish for. susah nak kawal. alhamdulillah dinding masih selamat daripada mural. harap akan terus selamat.

2. dia adalah kaki meraung nowadays. masa kecik2 dulu kemain lah susah nak nanges. sampai ada neighbour heran bila masa i ada anak. but these days, i believe semua neighbours pun dah boleh cam suara anak sape menangis tak kira masa tuh. haishhh...

3. dah pandai menjerit kalau kita tak bagi apa yang dia nak. he will scream sambil tangan genggam and ketap gigi dan kepala menggeletar. can you imagine? kekadang i rasa i nak je record video dia menjerit tuh..funny tau! tapi selalu tak kena timing. tak sempat nak grab camera atau phone.

4. he loves to draw. kalau dulu i yang ajak dia drawing , now he usually initiate it. (refer point no 1.). kalau tanya dia lukis ape, mesti dia jawab bird! ;)

khusyuk with his drawing..

ni last night punye "bird".. kat mana tah bird nya..


5. he is a very the manja boy. i can't imagine him having a baby sister or baby brother at this age. mesti dia asyek jeles je dengan adik dia. silap2 jadi mangsa buli baby tu nanti! (this means, BETTER DON'T)

6. Rafique still breastfeed up to now but mix-mode. hehe...i no longer pumping at work. he's only direct breastfed. kat rumah babysitter, dia dah minum FM.

7. he drinks FM once only throughout 8-10 hours at his babysitter's. itupun 4-5 oz sahaja. itu pun guna sippy cup instead of bottle feeding. dia refuse to be bottle fed since kitorang cuti panjang early this month. so, i'm gonna letgo MAM feeding bottles yang masih baru and in very2 good condition very soon. ada sape2 berminat?ada 4 bijik. 2 kecik, 2 besar. nanti ada masa i amek gambar.

8. he no more longging for me as soon as balik keje bergayut lama2 like he used to. balik keje, mesti ngempeng like 30-40 minutes. now, lepas balik keje i can straight away have my own sweet time dalam bilik air to clean myself. this is an improvement!


9. if he wants to mimilk, dia akan ambil satu pillow, tarik tangan i bawak pergi dalam bilik atau sofa (ikut selera dia lah nak minum kat mana) then say "sleep"  sambil tepuk2 bantal. ni tanda nak suruh i baring. then bila i dah baring he will say "nak mimilk". now rafique has his own SOP!

10. he pooped twice daily! wakakaka..poopoo pun nak cerita kah??hehehe.. i rasa sbb dia makan banyak kot sekarang ni. this explain why dia dah kurang mimilk.

11. putting him in his carseat is a struggle for me these days..masya allah...kena bersilat bagai baru lah berjaya to fastened his seat belt. menangis? that's a must!!

12. kalau dapat my handphone, dia letak kat telinga, usually upside down lah and say " yo" (hello) pastu semua nama yg dia tahu, dia akan sebut. cth: yo, yah kak bang nek tok bah ti..bu work.. (padalah i was sitting beside him. i pulak yang work??)

13. if my mum or dad or anybody called, to talk to him, susah betul nak bagi dia keluar suara. dia akan dengar je.. sambil angguk2 kepala.hahaha..kalau kita suruh bye2..dia bukan cakap, but lambai tangan! kena buat video call lah gitu sayang oi..

14. he dont like ice-cream. that's good..=) ibu boleh habiskan semua.

15. sangat2 suka keropok. he pronounce it as pokpok. any keropok would do. thus, i kena make sure ada keropok ikan yg belum goreng tu untuk buat stok. atau beli keropok sayur yg colourful tu. that's better compared to jajan2 yang banyak perasa tu kan?? any idea?? maybe i should consider preparing home-made kerepek kot after this..

16. sangat2 suka upin ipin and mickey mouse.. kalau ada rezeki this year i wanna held his 2nd birthday with mickey mouse theme. mesti Rafique seronok.. moga dimurahkan rezeki.

17. rafique dah pandai "baca doa" makan dan doa tidur..=) ma...na..minnn... << doa makan versi Rafique

18. sangat2 suka buat hal bila i nak solat..ini memang buat i geram betul dengan dia. especially waktu nak solat maghrib kan..dah lah waktu pendek. me n him berdua je kat rumah, hubby biasa nya balik dah malam. nak siapkan dia, siapkan diri. solat maghrib pun dah kul 8. time tu lah dia nak buat hal! geramnya lah rasa. seb baik lah anak..

19. obsess to shoes..sebijik ikut perangai ayah dia. mak dia used to be like that. sejak dah kawen ni je slow sebab dah malas nak pakai heels.. pantang weh nampak shoes kat mana2..mesti dia jerit2 shoes  terjuih2 mulut tu..sampai tersembur air liur..bukan shoes utk kid je. high heels pun dia scream over. and he even tried to put my heels on!! OMG!

20. seorang yang sangat penggeli..dia punye buat muka geli, memang boleh buat kita geli hati..

21. he is fond of balls, animals and cars..i tengah nak develop interest towards aeroplane. ;D

yay!! i manage to write 21 facts about him..=)
how's your toddler? sama macam Rafique tak?






Tuesday, January 31, 2012

rafique 16 months milestones

lama rasanya tak update panjang lebar about my little pilot..
owh..he had turned 16 months last week..
alhamdulillah rezeki untuk minum susu ibu masih ada..
i feel so grateful that i'm still standing even not that strong anymore..
yang penting i tetap akan terus berjuang..berjuang dengan hati sendiri..berjuang dari rasa malas..

ya Allah, kuatkan semangat hamba-Mu ini..


dan anak bujang i terus membesar dengan sihat dan kuat.. rarely fallen sick..
alhamdulillah..


what he can do now???


soooooooooooooooo many things he can do obviously!!panjat kerusi, katil dan terjun balik ke bawah freestyle lagi..buat hati ibu rasa nak pecah!!naik tangga dah takde nak duduk naik satu2 dah, dia main nak langkah macam orang besar jer..kecut perut tengok anak sorang ni..kalau kita dokong dia naik tangga cukup marah, independent boy sangattt!!


and he loves book so much!!especially book yang ada animals pictures..sampai malam pun dok hadap..DENGAN SYARAT, dia tak nampak handphone or tab disekeliling dia..kalau tak, memang tak de lah nak layan book..huhu..so, ibu dengan ayah kena behave jugak lah..no hp, no tab during his reading session..to keep his attention.


susah nak ambil gambar dia sekarang ni..memangjang bergegar!!tak dok diam punye pasal..kalau tak pun, dia sibuk nak amek kamera or hp dari kita..



balls are still on top of his list anyway..tak kira lah jumpa ball n balloon kat mana pun, mesti tunjuk..but i've learned that its not necessary for me to buy the thing everytime he pointed..sbb rafique tak nanges pun kalau x bagi. he just want to show us << we take it this way..haha.. tak larat dah jugak nak belikan ball sebenarnya..kat rumah tu dah macam2 jenis ball ada..variety of size n colours..dari yang rm2 sebijik sampai rm40 sebijik!!yang mahal keje ayah dia lah..yang 2 inggit baru ibu belikan..*cheapskate* after all its still a ball kan?? =P


recent achievement adalah he can count!!;-D when we say "one" rafique will say "two", we say "three" he'll say "por" we say "five" he'll say "six" sampai situ jer lah..yang lain tu tak sempat nak capture lg..yang ini encik hubby yang ajar..i feel like crying masa first time dengar ni..mula2 tu ingat coincidence je..but afer trying for few times, dia memang tahu!!ya allah, babies are so absorbance!!!dan cita2 ibu nak teruskan phonics belum termampu lagi..pasal tak jumpa dah video kat youtube yang i cari hari tu..hampehs betul..takpe, nanti i usaha lagi..


rafique pun dah pandai mengadu sekarang ni..asal jatuh, terhantuk sket, mesti cakap "kit" means sakit lah..tapi tak kira lah jatuh atau sakit kat bahagian mana sekalipun, yang dia tunjuk kepala atau ibu jari kaki jer..jatuh terduduk pun, sakit kat kepala..tah pape tah..hahaha..saje jer nak buat ibu rasa cam nak geget..



rafique also understand words like nose, ear, give me, take that, kiss, salam, flying kiss, clap your hands, stomp your feet, blink your eyes, smelly (dia tutup hidung), bismillahirahmanirrahim (tadah tangan, terus amin..tak sempat nak baca doa)..


mulut dia sekarang ni bukan main pot pet lagi..apa kita cakap, semua dia ikut..some of his vocab at 16 months : cat, dog, bird, bu (ibu), fish, eat, sit, up, kit (sakit), lip (sleep), bebei (bye2), bibi (baby), pen (elephant), well (nak tengok video all is well..huhu), no, book, nek (nenek), pin (upin ipin), pah (tumpah), tik (cantik), car, tak (truck), nak, fik (rafique)..the rest dia cuma ikut je ape kita cakap walaupun dia x tahu maksud..ibu n ayah kena berjaga2 lah dengan percakapan sekarang..sebab takut anak ikut..=D


yang paling latest, my little pilot suka tengok video all is well dalam cerita 3 idiots..anak i layan hindustan u olllss!!ni pasal masa preggy kan dia dulu, i memang suka pun tengok 3 idiots tu..hahaha..layan lah short video ni..as usual lah bukan boleh pun nak amek gambar or video banyak2 sekarang ni..


semoga rafique zaquan terus membesar dengan sihat dan kuat serta jadi anak yang bijak dan soleh..insyaallah..

Monday, November 14, 2011

rafique is almost 14 months

lagi 11 hari rafique dah cukup 14 bulan bersamaan 1 tahun 2 bulan..rasa macam lama jer tak update perkembangan Rafique kat sini..update blog pun pemalas skrg ni..bila tiap2 ari ada kelas, and both subjects memerlukan i perah otak buat notes baru, maka ini lah jadinya..

ok.lets get back to topic.

alhamdulillah..since last week Rafique dah berjalan dengan stable..dia dah mula berjalan 2-3 minggu lepas..tapi malas2 lahh..sebab asyek jatuh..pastu bila dia jatuh, dia malas nak bangun balik..merangkak lagi laju dia rasa agaknya..start from last week, dia dah confident berjalan ke hulu ke hilir..kalau jatuh pun, dia bangun balik..comel betul terkedek2 berjalan tuh!!hihi..nama pun mak kan, anak berak pun kata comel..=P


he's now obsessed to balls!!and balloonnsss...eh.nak kata balls pun tak jugak.sebenarnya dia suka kick everything yang ada kat kaki dia..bawak dia gi playground, dia bukan sebok nak main slide sume tu, dia sibuk nak kick seliper budak2 lain yang dorang tinggalkan tuh..kalau kat playground tu dia nampak ada abang2 main ball, mula lah dia sibuk tunjuk2..pastu orang tak main ngan dia, MARAH!!hishhh..awak tu kecik lagi lah sayang oi..main ball ngan ibu n ayah kat umah sudahla..


same goes bila naik kete..kete we ols, memang almari kasut bergerak.dulu kasut i ngan hubby jer..skarang campur kasut si kecik pulak..maka seronok lah si bulat ni sepak sana sini..kalau tak dapat kasut kitorang, dia mesti amek ape2 campak kat bawah tu n kick sana sini..huhuhu..nak duduk dalam car seat memang susah lah sekarang ni..10 minit maximum tahan, lepas tu konfem dia menjerit.unless dia tido.satu cara to make him sit longer dalam car seat, bagi makanan..habes tu, kalau perjalanan takes 1-2 hour or 8 hour untuk balik kelantan, tak kan selama tu asyek makan jer anak weh???


favourite tv program ialah sports, lebih2 lagi bola sepak..memang dia layan..kekadang tu ngadap sampai 15-20 minit..which is impossible for other program including cartoon. kalau cartoon super striker ke hape namanya tu (pasal bola gak) baru dia layan..lain2 cite ada laa 10 saat dia tengok..ada sekali tu, berita ke ape ntah pasal swimming match, kemain khusyuk anak i tengok awek pakai swim suit!!!LOL!! iklan soccer kids pun dia suka gak tengok..asal nampak sekilas ada bola jer kat tv, terus sebut "goal"..


ibu ngan ayah nak Rafique jadi pilot bila besar nanti..tapi nampak macam kecenderungan ke arah sports lah pulak si bolat ni..atau lebih tepat lagi football..hurmm..anak ibu nak jadik footballer kah?? ^_^


gigi sekarang ni ada 4 batang yang dah fully tumbuh.2 atas, 2 bawah.masa nak tumbuh gigi tu xde demam pun tapi last 2 weeks dia demam pasal ada 8 toothbuds baru keluar..doc cakap pasal banyak sangat gigi nak tumbuh serentak, 4 atas, 4 bawah..sian rafique..since its totally normal for baby nak tumbuh gigi sampai demam, lega lah sikit hati ni..


dan yang paling memudahkan i sekarang ni adalah rafique dah mula makan family food.he ate almost everything that we ate..kecuali spicy foods la..jadi i kena masak secara sihat lah..tak boleh letak garam banyak2 sangat..he refuse all kind of purees..food bagi direct jer..tapi being me yang malas nak mengemas all his mess, i prefer to spoon fed him..hehehe..korang camane pulak??biar jer ek baby makan sendiri??dulu i selalu gak kasik dia "makan" sendiri.tapi sabo jer lah nak mengemas lepas tu..


mulut Rafique sangat lah bising sekarang ni..tangan tu macam2 dia nak tunjuk..semua benda pun nak tunjuk..yang dia dah boleh sebut cat, ball, goal, bu (for ibu, sometimes mama), yah (ayah) tapi banyak words yang tak faham lahh..he also understand some simple words..ball, fish, cat, book,eat, goal..more words to come insyaallah..=)


really enjoy watching his development..from lying down to meniarap..then crawl, climb and now walk!!i'm feel so grateful with his achievement..syukur ke hadrat Illahi yang memberikan Rafique all those ability to grow and develop all the skills..moga i terus jadi ibu yang sabar dengan karenah si bolat yang sedang nak membesar ni..always reminding myself that he's just a baby who loves to explore..tapi kekadang ada gak terlepas geram..hihi..

daaaaaaaaaaaa...



Tuesday, October 11, 2011

rafique 12 months milestones

dah 2 minggu delay to update about my baby milestones..busy sangat lah kononnya..


movement milestones:

at the age of 1 year 2 weeks old Rafique masih belum berjalan sendiri..kalau pegang tangan dia atau dia pegang kat kerusi or walker, bukan main laju lagi dia..kalau berdiri sendiri without pegang boleh laa tahan 5-10 saat dengan stable..kadang2 tu ada gak dia langkah 1-2 steps pastu kedepek jatuh..tak pun, baru berdiri kita lepas tangan dia dah duduk..berat bontot tol lah Rafique neh..

panjat memanjat katil n sofa tu memang bahaya betul stunt action dia..gerun kita yang tengok ni..memang kena stand-by laa..kang tak pasal terlentang karang..satu hal la pulakk..ohhh..rafique pun dah pandai tendang bola!!





hand and finger skills:


rasanya he already master the gross motor skill..boleh masukkan blocks in the bin as well as bring them out of then bin..tapi tak reti lagi laa sort according to shape..tangan cukup kuat untuk campak ape saje ke bawah katil which includes handphone, laptops dan jugak tab..seram betul budak kecik nih..

he can use pincer grip like pegang pen etc, use his pointing finger tunjuk sana sini..and obviously dah mula nak imitate our movement..like pegang telefon dan bawak ke telinga, main angrybirds, friut ninja kat tab or iphone ayah..dan tak lupa korek pusat orang..pantang nampak baju terselak, sebok laa dia nak korek pusat orang!! ;-)

rafique pun dah pandai salam dengan ibu..siap cium tangan u ols..tapi ngan ibu sahaja..ngan orang lain tak nak..not even with his ayah..?? flying kiss pun boleh buat tapi belum ada bunyi "muahhh" tu lagik..its okay baby..practice makes perfect!!;-D


language milestones:

mulut manjang pot pet2..suara dah la garau..hikhik..he can say "buuuu" for ibu, "goal" for ball as well as anything that he can kick, "kakak","car", "nak" for both nak and tak nak..he understand the word "NO"..cuma selalunye tu faham kejap jer laa, 2 saat lepas tu buat balik..one more thing dia dah faham maksud "take"..


at the beginning of video kat bawah ni, rafique say "car..




social and emotional response :


he loves to be in a place with many peoples..like shopping complexes, kenduri etc etc..peramah tahu anak bujang i neh..kalau orang tegur, mula laa menyengih..pastu wat muka shy shy cat gitu..provided orang tu tak datang pegang dia laa..tengok boleh, pegang jangan!!

once broken, consider sold.boleh ke cam tuh??dah macam gelas..sangat2 manja lah sekarang ni..tido malam, nak kena ada both ibu n ayah atas katil..even kalau ayah dia bangun dari katil pun dia marah2..padahal dia nak tido tu, ibu ni ha yang bagi susu..ayah tu takde effect pun dok baring kat sebelah..tapi tak boleh jugak..hishhh..perangai mane datang tah cenggini..

other than ball, his current favourite "toy" is berus gigi..he can brush *read: bites gigi 2 batang sambal hisap ubat gigi tu..gosok gigi masa mandi, pastu bawak laa berus gigi tu sampai ke mane2..dah 2 kali dah beli berus gigi baru ni, ntah mane2 dia campak toothbrush dia..


rafique masih tak suka tengok tv, kecuali part interval tv3 kids yang ada mende alah macam jell-O kaler hijau lompat2 tu..time tu je dia focus tengok..pergi kat tv n kiss tv..lain punyer citer, ibu ngan ayah lah yang tengok..harapnye sampai ke besar laa Rafique tak suka tengok tv..senang sket ibu..tak yah berebut nak tengok tv..=)


and one more thing, Rafique takut bila bunyi kuat tibe2..lets say kalau macam dia tersalah tekan remote kuar kat bahagian yang takde channel tu kan ada bunyi buzzing kan, terus nanges!!tak pun suddenly terkuat bunyi tv..again..M.A.N.J.A..seb baik laa jenis mudah nak ubat kalau nanges..kalau idak, jenuh laa memujuk dia..


* * * * * * *


fasa anak super lasak ni buat i kekadang rasa give-up..ada je keje dia..kejap mengemas kat kitchen cabinet..jap lagi drawer baju..jap lagi rak tv, book rack..fhewww...sabo jer laa..i rasa fasa toddler ni memang dorang nak 110% attention from the parents..he will behave if kita duduk n main sama2 ngan dia..but the truth is tak kan laa kita ni nak duduk main ngan dia jer..banyak lagi keje lain kena buat..jadi, banyak2 laa sabar yer deena..

any parenting tips to share dengan i??meh ler..sesak bila pikir nak buat itu ini dengan anak yang melasak tak berenti even a minute..campur pulak ngan hubby yang selalu balik lewat..and the key word mestilah S.A.B.A.R..

KAN??????????????

Wednesday, September 14, 2011

Rafique sudah tumbuh gigi

finally..after menjeles omak melihat anak orang lain umur 7-8 bulan dah tumbuh gigi n penat menyengih bila orang tanya apasal Rafique tak tumbuh gigi lagi, akhirnya semalam pada umur 11 bulan 19 hari his first two toothbuds sudah keluar!!alhamdulillah..=) sweet tau anak i pilih umur nak kuar gigi..macam tahu2 jer birthday ibu dia 19/11..so, terbalik ngan itu, jadi lah 11 bulan 19 hari..kalau 19 bulan baru tumbuh gigi, mahu menanges air mata darah ibu dia menunggu!!hihihi..


i memang selalu dok usaha nak membuka mulut si kecik tu nak tengok ada toothbuds ke tak..tapi since monday i perasan Rafique suka sangat nak tarik tangan i nak masukkan dalam mulut dia..tapi i tak kasik..tangan kita kan kotor..not good lah kasik baby hisap..then, semalam masa dok menggomol dia, i boleh pulak biar dia menyonyot jari and ............... "hubbbyyyyyy!!!rafique dah ada gigi!!!!" terperanjat Rafique tetibe ibu dia menjerit!!kikiki..


OVER EXCITED!!!!


actually, Rafique got diarrhea tau since Friday last week until Sunday..some of MCDP friends told me maybe sebab nak tumbuh gigi..huhu..never know pulak ada kaitan diarrhea ngan nak tumbuh gigi..and turn out memang betul Rafique tumbuh gigi..ape pun syukur sangat Rafique tak demam n meragam sebab nak tumbuh gigi ni..cuma semalam jer, bangun nak main kul 3.30pagi..being emak pemalas, i on kan nursery rhymes kasik dia layan..kahkahkah..i sambung tido2 ayam..

now, menunggu masa dia nak melangkah pulak..berdiri agak stable dah jugak for 10-15 seconds..nak melangkah tu cam berat benar kaki tuh..penakut pun yer..kalau pegang kat sofa, laju jer dia dari hujung ke hujung..




congratulation sayang for your toothbuds....pasni ibu dah takyah blend food rafique..yay!!but, please don't bite me yehh..lap u..muahhhsss

Thursday, August 25, 2011

he's now 11 months..

assalamualaikum..

minggu ni mood blogging ke laut..
asyek fikir nak raya je ni..
tak sabar nak balik kampung malam ni..
semoga kami selamat sampai..
doakan yer...

today, 25th August 2011 maka genaplah my prince charming berumur 11 bulan..happy 11 months young baby...OOOHHH HOW TIME FLIES (cliche sangattt!!)..in just another month, he'll turn 1 YEAR!!


may u grow and become a generous hearted guy, clever baby, obedient child to your parents and also a Muslim who always adhere to Allah..amin...

enjoy the video of this clever baby of mine peeps!!



day by day, makin banyak yang dia nak explore, makin banyak dia nak belajar..makin penat gak kita melayan kerenah dia..harap i pun terus banyakkan belajar bersabar..hehehee..gigi belum tumbuh langsung, tapi semua benda pun dia dah makan >> chicken, meat, prawn etc..recently i dah start introduce seafood to him, and alhamdulillah he dont have any allergy so far..in fact sangat suka makan..gooood boy.

currently tengah belajar nak berdiri..so we all kena sentiasa standby laa dekat dia..kang terlentang tibe2, satu hal pulak karang..cepat jalan yer sayang..ibu dah tak larat nak mendokong..current weight tak pasti..dah lama jugak tak timbang..yang pastinya, more than 10KG..fhewww...

cukup la untuk hari ni..kot2 i tak sempat nak update belog dah (malam ni dah nak balik kampung), i nak ucap selamat hari raya kat u all sumer..maaf zahir batin lah yer kot ada tersalah tersilap..terasa hati ke dengan apa yang i tulis..mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki yer..drive carefully sepanjang musim perayaan ni..tak kira apa nak buat sepanjang musim raya ni, Safety First ok!

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Monday, July 25, 2011

selamat ulang bulan yang ke 10 sayang..

oh my oh my...in just another 2 months, you'll turn 1..
macam tak percaya jer ibu dah berjaya memBESARkan seorang manusia..
kalau 10 bulan yang dulu Rafique seberat 2.96kg, sekarang dah 10.8kg!!
kalau 10 bulan yang dulu Rafique hanya sepanjang 48 cm, sekarang dah separuh dari ketinggian ibu kamu yang tak berapa nak tinggi ni..
kalau 10 bulan yang dulu Rafique cuma reti tido, minum susu n nanges jer, sekarang tidak lagi!!!
there's sooooo many things u've achieved..


Rafique dah pandai panjat kerusi..
panjat katil is still in progress..sebab katil ibu tinggi sangat..


Rafique pun dah pandai merangkak cari ibu kat kitchen atau bilik air sambil panggil "mamamamaamama"
belasah lah sayang..mama pun mama lahhh...
kalau ibu kat dalam toilet, Rafique tunggu laa depan pintu toilet tu sambil ketuk2 pintu..
ibu nak membuang pun tak tenang..=D



Part makan sangat mencabar..sebab Rafique nak makan apa yang orang lain makan..paling suka laa dia kalau kita suap apa kite makan..nak jadi besar, kena laa tumbuh gigi cepat2 yer sayang...


gigi maintain tak de lagi..tapi gusi banyak tajam woooo!!
sakit bila dia gigit..kekadang tu rasa cam nak putus nipple ibu ni wehh..
kalau ikutkan geram, mahu jer sumbat botol terus..
tapi bila dia dah tido,

tengok muka dia yang sayu time tido tu, terus tak jadi nak pikir pasal stop breastfeeding him..NO NO NO..pastu terus rasa cam bersalah to have that kind of feelings..tah papetah ibu ni kan Rafique??insyaallah..ibu akan terus kuat hati untuk terus breastfeed Rafique selama yang mungkin..tapi Rafique kena janji don't bite ibu lagi tau!!kalau bite, ibu picit hidung Rafique nanti..



Rafique dah pandai berperang ngan ibu time nak pakai baju or change CD...
sangat pandai gelak..macam faham jer laa orang cakap ape ngan dia..as his name "Rafique" he is a real good accompany..kalau stress lepas balik keje, stress tunggu hubby balik lewat, borak2 ngan Rafique terus jadi happy..=)

Kejayaan yang paling besar untuk bulan ke 10 ni, u know how to express your anger..
tapi ibu belum sempat lagi nak take video on that..later laa ibu amek..
tapi walaupun anak ibu punyer laa genggam tangan, ketap gusi bergetar2 pun, u still looks cute baby..and ibu memang tak ley nak marah..gelak lagi ade la..hihihi..

paling suka kalau masuk bilik air..
nak cuci poo poo pun dia ingat nak mandi..
tak dapat mandi (main air) mula laa nak marah..
pastu ibu n ayah need to be extra cautious during shower time now, sebab Rafique dah pandai nak stand dalam bath tub!!it's dangerous laa..

last few days, dapat pulak skill baru..
bukan setakat mengemas yang kat depan mata jer, drawer pun Rafique dah tahu cam mane nak bukak..and dashboard too!!!muka bangga jer bila dia berjaya bukak..
makin banyak laa tempat dia boleh mengemas pasneh...

rasanya ada lagi kot pencapaian baru..tapi ibu tak ingat dah...nanti2 kalau ada idea lagi, ibu tulis lagi..


happy 10 months young birthday baby!!!

the two of you means the whole world to me..
love love love you soooooo much..
muahhhhss!!


Monday, June 27, 2011

my 9 months old debot

ayat cliche on 25th of every month : cam baru jer lagi bersalin..eh..eh..Rafique is now 9 months!!!

HAPPY 9 MONTHS OLD BIRTHDAY BABY!!


sempena 9 months old birthday, Rafique nak tayang body sket lahh..;-D

currently my prince charming weighs 9.85kg..pinggang hampir patah mendukung si not-so-kecik-anymore ini..nak pulak time orang dokong pun bukan reti dok diam..pusing kanan, pusing kiri, tunduk nak capai kaki..???



he is one active baby..tak boleh dok diam walau seminit..kalau time dia tengah main, suddenly we hug him, confirm dia marah giler!!mesti melalak punyer..ayah dia paling suka sakat Rafique camtu...hishhh..pastu bila anak nanges, sape yang kena pujuk??? ibuuuu jugakkk...


sangat ligat merangkak satu rumah..masuk bawah meja..kalau dulu, i tinggal dia tengah main n dia perasan i xde, dia nanges..now, he know mana na nak cari ibu dia..mesti dia crawl pergi ke bilik ataupun kitchen..tetibe dah terjengul mengintai i..hihi..so tomeyy!!yang bahaya nya, pantang nampak pintu bilik air terbukak, laju je dia menuju ke situ..now memang kena make sure pintu bilik air tertutup la..pastu lantai pun mesti sentiasa free from anything yang boleh masuk mulut..laju je tangan dia tu..especially kertas..terlebih rajin pulak dia..buku untuk baca laa sayang oii, bukan dihisap..adoiiila...

dok giat memanjat..pastu bila panjat, dengan tak berapa stable, terhuyung hayang boleh berani2 pulak lepas tangan..kalau nasib tak baik n ibu pulak terlalai sket, memang terlentang ler..kalau i dah stand-by kan bantal kat belakang dia ok la..tapi ada gak time2 tak dapat diselamatkan..hadoiiilaa anak..seb baik ari tu ada tengok kat si kechilku chak!! paed tu kata, kalau lepas baby jatuh dan takde perubahan dari segi minum susu dan main dan nanges, then ok..unless kalau jatuh n baby tak nanges, then there's something wrong..fhewww!!

gigi belum ada walau seketul..tapi berlagak nak makan sumer yang orang makan..and he's quite fussy about his food..instant food tak layan okehhh!!!masa nak gi penang last week, this lazy mummy was thinking about make things easy >> buy cerelac!! tapi, satu sudu je masuk mulut dia..another second, dia dah tutup rapat his mouth..tak nak..rejected!! he's a big fan of my cookings..finally i got one!! (@_@)


latest achievement is he know how to clap his hands!!YAY!!!clever baby..bila kita cakap "Rafique, clap ur hands" he will clap...wave bye2 pun dah terer..also gimme 5!!laju jer gimme 5 ngan kita..his all time faveret, mesti laa "fly"..pastu nak lama2 plak tuh..kalau ngan ibu ni memang tak larat laa..kejap2 boleh ler..and recently, Rafique macam suka jadik kaki repot..hihihi..balik umah lepas balik dari baby sitter je, banyak betul mulutnyer..papapapapa..mmumumumumu..mamammamamama..lallalalala..bububububu..macam2 bunyi laa kuar..ngan mimik muka sekali..and he love pouting so much nowadays..panjang pulak tu muncung nyerr..nanti i kasik tunjuk muncung panjang itu k..

that's all for today..nak gi pump..jap lagi dah nak balik..
daaaaaaaaaaaaaa..


Tuesday, April 26, 2011

the handsome prince turns 7 months

HAPPY 7 MONTHS YOUNG BIRTHDAY BABY!! ;-D


muka masam sebab marah i took his toys..kalau x amek toy tu memang x nampak muka dia in this pic coz he keep on goyang the toys..



some updates on Rafique:

currently weigh 8.5kg >> ibu dia dah x larat to carry him for more than 10 minutes..

crawls at 6 months 2 weeks old..sekarang dah lajuuuuu..

makin menjadi2 manjanye >> asal nampak i hulur tangan..mana i pergi, dia pun nak mengekor jer..orang dah pandai merangkak kan..

loves jumping a lot..he really have strong legs..

favourite bf position >> sambil meniarap atas badan i..sesak nafas tahu kena hempap ngan budak bolat ni..sampai dia tidur lena pulak tu..

putting him to sleep is verrryyyyy difficult nowadays..fuhhhh..mencabar..sometimes i need to let him bergayut for about 1 and half hour..sometimes he wants to bergayut like 'forever'..i tarik jer, dia jaga..haiyaaa...

putting clothes on him is another chapter..kalau dulu, buat laa apa nak buat pun, pakai lotion ke, minyak ke, bape lama pun dia x nanges..sekarang is tome to melasak..sebelum i sempat pakaikan lotion, all his "make-up" stuffs dah tunggang langgang keluar dari bakul..

mesti terhantuk like 3-4 kali sehari..lasak x hengat, yet manja..but he just need me to hug him for a while to keep him calm..thank god..nanges x meleret2..^_^

love to watch football..good companion to his ayah..=D

reading time is very fun for him..tapi bukan for me..he is very busy tarik2 the book from my hand..

belum tumbuh gigi and not yet seated by himself..very soon hopefully..

toys is not so interesting any more..he loves remote controls (be it TV, ASTRO or aircond), handphones, netbook, even sepit baju..as long as bukan toys..

can wave "bye-bye"..tapi looks like tengah perah something..huhuhu..

is addicted to his CD stash..as i arrange his CDs on a rack, asal lalu jer kat rak tu, he will grab one..and kalau time to change, i kena amek 2 pcs of CD..1 untuk ditukar, 1 untuk dia main..i f not, i need to berebut ngan dia that very piece of CD..the colours attract him i guess..

Favourite nursery rhymes is "Itsy Bitsy Spider"..dah pandai goyang kepala when listen to the song..=)




i thought this is going to be a short post..but when it comes to Rafique, there's always sooooo many things to talk about..

till then, bye...


Friday, April 22, 2011

aktiviti malam jumaat


Hari jumaat yang indah..
dimulakan dengan dapat pam 8 oz pada pukul 4.50 pagi,
kemudian makan nasi lemak yang sedap pada pukul 8 pagi

dan sekarang nak share sedikit aktiviti malam jumaat dengan u all..

jangan takut untuk play video aktiviti malam jumaat kami kat bawah ni ok..
status "U" NOT 18 SX..kahkahkah..


it's an achievement!!
my baby is now ready to explore his world by crawling..
congrats Rafique Zaquan!!
ayah had promised to buy u a present for this achievement kan??
nanti kita tuntut k..
muaaahhhhh..

so happy for him..walaupun Rafique termasuk dalam kategori yang lambat meniarap, tapi he's now in the category yang cepat merangkak..alhamdulillah..so, mummies don't worry much about baby's milestone as each baby have unique development pace..mungkin lambat certain things, but ur baby mungkin advance or other milestone pulak..=)


Friday, April 8, 2011

jom layan video Rafique buat push up..

good morning...
mulakan hari dengan layan video nih k..




dah mula nak merangkak my little prince charming..
this video was taken on Monday.tapi semalam he already move one step forward!!

good job baby..
work harder.
love u.muaaahhhhh!!

kawan2 yang sebaya ngan Rafique pun mesti dah wat aksi tonggeng2 montot camni kan??

Wednesday, March 30, 2011

Rafique 6 months milestone

alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T sepanjang membesarkan Rafique selama 6 months ni xde masalah yang sangat crucial..mild fever, demam campak je..normal non-life threatening diseases..biasalah for babies yang immune system not yet fully developed kan..paling teruk demam yang baru2 ni berkahak sampai kena nebulizer tuh la..syukur sangat nothing so serious..

sekarang ni Rafique tengah giat nak mengangkat bon bon nyer..nak merangkak..tapi bab "menjalar" dia memang dah hebat..menjalar pakai gear reverse sangatlah laju..gear satu dah ok, tengah usaha nak ke gear dua pulak tu..kejap jer letak, dah kemana2 perginyer..tu pasal yang sampai jatuh katil hari tu..tido pun lasak, nasib ler...lagi satu expertise dia is berpusing cam jarum jam..hehehe..comel jerr..


he's no longer angry kalau kita letak dia baring, sebab dia akan laju2 meniarap, pastu meneruskan exploration dia- berpusing, mengundur..current favourite toys adalah handphone ayah dia (sebab dia tahu tepon ibu x best, xde nursery rhymes) and remote controls..mainan lain sumer dia x layan kalau nampak this two things..

dah pandai grap things and pass toy from one hand to another..and he capture falling things too!!pastu suka sakat ayah dia, sengaja campak mainan jatuh dari katil coz he knows ayah dia akan ambilkan balik..clever boy..

his latest interest is driving!!

bukan main happy kalau dapat steering tu..


duduk..i'll say not yet fully sit on his own..he still need support..and he loves mirror sooo much!!looking at his reflection make him giggles!!!perasan hensem lah anak ibu tuuuu..

foods??i've started to give him porridge one week before he turns 6 month..BS said dia nampak lebih tenang coz his stomach is full..cuma yang i perasan he really inherit the "picky eater" traits from us..hahaha...x selera makan kalau menu yang sama..nak kena variety..so, i kena belajar more baby food recipes laa..so far i bagi porridge with broccoli, porridge with potatoes, porridge with ikan bilis..then campur pulak broccoli with ikan bilis..camtu laa lebih kurang..mashed potatoes pun kekadang i campur ngan broccoli..will go for more varieties to satisfy him..insyaallah..

erm..i have few questions here...u all bagi baby makan berapa kali sehari ek??i mean heavy meal..breakfast, lunch & dinner??breakfast and lunch??or cemane??lagi satu, pernah bagi rusk x kat baby??milna rusk or farleys rusk??i de jugak bagi as finger foods between meals..sebab Rafique macam nak menggigit..ok ke ek bagi rusk for 6 months old baby??

thats all for now..
jom jenguk my blogshop..

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Friday, February 25, 2011

5 months old Rafique Zaquan

hai everyone..i turn 5 months old today...


how times flies..
happy birthday baby..
petang nanti ibu gi beli kek birthday Rafique k..
ibu ngan ayah makan, Rafique tengok jer laahh..

and sebagai hadiah untuk my clever Rafique >>>>> ibu bawak gi inject esok k..hihihihi

lagi gambar my busyuk masyam..
fresh from oven.taken this morning..


milestones for this month??


  • as mentioned earlier, finally Rafique dah boleh meniarap..much later compared to babies yang sebaya dengan dia..but never mind baby..take ur own sweet time..mungkin lambat meniarap..tapi sape tahu maybe he'll walk at 10 months like his dad..=) *pray*

  • sebab dah pandai meniarap kan..changing him is no longer an easy task..berpeluh ibu dia nak tukar CD..baru letak dah berpusing..letak baring balik, amek minyak or lotion, pusing lagik..dan lagi dan lagi dan lagi..x tahu bape banyak kali nak kena pusing dia ke depan bila nak siapkan dia..fuh fuh..@__@

  • sekarang tengah practice angkat dada..can hold his head steadily for few minutes already..good job baby..

  • bables a lootttt...macam2 bunyi kuar.. babababababa..bubububuubu..auuubbbbbrrrr (sambil sembur air liur)..macam2 lagi lahh..=) dan hasilnyer habes rambut ibu berguguran satu rumah..

  • i think he already knew that Rafique Zaquan is his name..sebab bila panggil nama "Katie" - his beloved playtime friend, dia x pandang pun..

  • dah pandai gelak!!sangat best r bila bergomol n tickle2 kat leher, armpit n tapak kaki dia..i'm sure i'm gonna miss that moments so much someday..(x kan anak umur 23 tahun pun nak main geletek2 cenggitu kot??)

  • paling marah kalau letak dia baring..x mahu baring lama2..nak duduk..duduk with suport laa..tapi bila dah duduk lama2, nanges jugak.nak berdiri pulakkk!!haiyyoooo...awak tu baru 5 bulan lah sayang..

  • he's a picky eater!!mana lagi tumpah kuar kalau x ke nasi kan??^__^ usually i buat his mashed potato with carrot and blend them..tapi yesterday rasa cam malas nak blend, so i just mashed pakai sudu jer..maybe the texture x selembut being blend, he refused to eat..adooiiiyyaiiii anak ibu nehh...

  • everything yang ada kat tangan mesti nak masuk mulut punye..

  • enjoy watching old mac donald or any nursery rhymes kat i phone ayah dia..time sibuk2 nak bersiap pergi keje, i on jer nursery rhymes tu..settle!!

mata sape lagi bolat???

itu lah yang i ingat wat masa ni..kalau ada lagi, update later pulak..

finally, let mak dia pulak enter frame ek..asyek muka dia jerr overshadow i kat sini..

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...











Friday, January 28, 2011

4 months Rafique Zaquan

achievement for this month:

dah pandai grap a rattle..or anything yang bersaiz segenggam tangan kecik comel tu..pernah one time, we all beratur kat Tesco and the was soooo long when Rafique dah mula boring dok dalam unmoving stroller lama2..so, ayah dia mintak satu plastik from the cashier and let him play!!!hahaha..seronok betul dia..terus x jadi nanges..

anyway, plastic bag,handkerchiefs and aluminium foil can be a great stimulating toy to your baby tau!!just to stimulate their senses with variety of textures..cheap toys..=) provided under provision lah yer..


he already raise himself up on straightened arm while lying on his tummy..tapi masih belum boleh meniarap by himself..huhuhu.. skip one step lah nampaknyer..


dah pandai ketap bibir macam pic ni..
most of the time actually..geram kat ibu ke sayang??


makin pandai "berborak", smile and gelak..macam faham je kita gurau ngan dia..berborak pun dah macam2 bunyi keluar..and he smiled delightly!!=)


favourite past time is main air liur..buat bubbles!! I have a video on this actually tapi nape entah x ley nak upload vidoe tu..kuciwa tol!!and people keep on asking me "ada pape yang mengidam tapi x dapat ke??" heh, still lying on the old wives tales kah??


he can recognize us!!i mean his parents..and people close to him laa..balik keje, amek dia kat rumah babysitter mesti tersengih jer..memang buat i x sabar nak tunggu 4.30 pm everyday..masa pergi kak mimi's engagement ceremony the other day, sape2 amek dia pun dia x kesah..but he didn't smile or talk pun..diam jer..but when he saw me, terus senyum..and me??? melted!!


now diaper change time wasn't as easy as before..dia sebok nak tolong ibu..kaki tangan semua nak gerak.i baru letak minyak kat perut dia, dia dah tolong sapukan..rajin betul anak ibu neh..

my sexy baby..still can fit s size for his CD..tapi very soon kena change to M size..


waktu malam is very challenging to me now..few days back, Rafique macam mengigau..tengah tido, tetiba jer menangis macam takut or sakit..then, semalam asyek merengek jer masa tido..he only sleeps well when i hug him..ohh baby..shian laa ibu sayang..

his favourite colour is yellow..his yellow moon..his yellow rattle..ayah punyer MU towel (sebab towel tu banyak kaler kuning & merah)..

my baby sleeping with his YELLOW headed Katie (nama manja caterpillar tu)..this pic was taken masa first time try the new MAM bottle..alhamdulillah he's fine with it..


and Rafique dah start solid food..huhu..berat hati sebenarnya tapi setelah discuss ngan hubby, fikir pro and cons, we decided to start solid for him..x pe lah..even x exclusive breastfed for 6 months pun, i will keep on breastfeeding him selama termampu..

and for intro, i gave him pisang lenyek with ibu's milk..looks soo yummy for Rafique..dekat setengah gak laa pisang sekali makan..he really love it!! will introduce more fruits & veges to him later..Rafique jangan jadi macam ibu yang x suka makan sayur yer sayang..=D

see my momot..dia x suka pakai bib..kalau pakaikan bib, konpem ditariknyer..rimas kot..

semoga Rafique terus membesar dengan sihat dan kuat..
cayang Rafique a lot..
mmuuuaaahh!!

by the way, Rafique nak mintak tolong auntie dan uncle sumer yang baik hati untuk like gambar ni..
time kaseh..

Saturday, December 25, 2010

3 months already!!

Rafique turn 3 months today!!
happy birthday my prince..

so, lets check his achievements for this month based on Your Baby Today..

  • Your baby can bring his hands together. achieved!!

  • With a mighty effort, baby can raise his chest, supported by his arms, when he lies on his stomach. achieved!! i have video on this in my handphone actually..kalau rajin, nanti i upload here..

  • Baby can roll over (one way). achieved!! (since 2 months)

  • He reaches for objects. achieved!! dah pandai nak gapai toys yang kami hang dekat stroller n his glider..=)

  • Baby can put some weight on his legs when you hold him upright. achieved!! standing straight..saaangat happy kalau kita pegang dia berdiri camtu..sampai my hubby cakap nak belikan Rafique walker..haiyyaaa..anak tu belum duduk pun lagi dah nak kasik walker..

  • He makes sounds like "ah goo." x tahu laa bunyi ape..banyak sangat dah bunyi dia..asyek nak ajak orang borak jer..

  • Baby laughs out loud. of coz!!asal layan dia borak, memang seronok laa dia..

  • He squeals when he's happy. achieved!!

  • Baby smiles spontaneously. achieved!! and dah pandai smile to respond to us..masa dulu kan he just smile for no reason..

  • He can focus on very small objects. x perasan pulak..hihi

  • Baby turns toward the sound of a familiar voice. yap!!dah kenal suara ibu n ayah dia..=) and maybe his auntie yang dah take care of him for this 3 weeks kot..

well done son!!!