Showing posts with label toddlers activity. Show all posts
Showing posts with label toddlers activity. Show all posts

Monday, June 3, 2013

Rafique at the zoo

arghhhhhhh...stress yang amat nih..
cita2 nak update blog on story mory ke zoo negara..
sekali tengok gambar dalam memory card, satu habuk pun takde..konpius..konpius..
mana laaa pergi gambar tu semua??
masa pergi zoo hari tu hubby hangkut kamera gabak, so i memang tak amek pic pakai phone la..and nowwww mana pergi gambar tu semua???? arghhhhh..super stress. gile tak best nak cerita takde pictures =(

maka diumumkan disini, semua gambar dalam entry ini bukan hak milik i..hanya untuk tujuan hiasan semata2 yang i dapat dari pakcik google untuk menambahkan keceriaan kat entry ni..



 bagi yang tak pernah lalu depan zoo negara, ni lah mercu tanda zoo negara..dari tepi jalan MRR2 tu dah nampak dah..maka takdelah orang nak sesat cari zoo negara.. Rafique nampak je harimau tu dah menjerit dah..


ini pulak harga tiket ye kawan2..anak2 bawah umur 3 tahun tak yah bayar, free aje.. oleh sebab  itu disarankan bawak laa anak anda pergi sebelum berumur 3 tahun..jimat belanja.. =) dan juga tak disarankan bawak warga tua walaupun dapat tiket harga RM 10 sahaja..sebab tempat ni sangat lah luas..konfem penat nak berjalan. dan jangan lupa bawak my kad ye..walaupun time i pergi tu akak kaunter tu tak mintak mykad pun (maybe muka kitorang jelas2 kemelayuan kot..) mana lah tahu kalau time korang nak pergi tu, cashier kat kaunter ticket tengah period pain ke..tetibe nampak muka korang macam Aishwarya Rai ke dah tak pasal2 nak kena bayar mahal..so, dont forget to bring your IC.

Untuk anak2 pulak sila laa bawak pushchair or buggy mereka yer..karang tak pasal jenuh nak berdokong pulak..Rafique yang memang tak suka pushchair tu pun surrender..penat sangat jalan.. 

anyway, dinasihatkan korang sampai je zoo tu terus beli tiket train dulu ye..tiket train RM3/adult and RM2/child. Jangan jadi macam kitorang..We thought tram ticket boleh beli kat mana2 stesyen..dan sebab excited sangat masa mula2 sampai laju jer jalan, maka tak beli ticket tram.bila dah penat, tanya tram yang lalu lalang, baru tahu ticket kena beli kat entrance. maka, sekian terima kasih. memang kami jalan kaki jer laa pusing 1 zoo tu.


1st thing yang kami tengok masa sampai tu adalah animal show..animal show ni diadakak kt zoo amphitheatre. setiap hari pukul 11 pagi dan 3 petang for an hour..So, sebaiknya korang plan laa timing tu sama ada, sampai pergi tengok show dulu atau tengok show bila nak balik.. sebab bila korang dah start jalan ke belakang2, dah jauh nak patah balik pergi amphitheatre ni.. show tu memang sangat best. even untuk kita yang dewasa ni pun excited tengok those animals..


ni haa dapat sekeping gambar rafique masa tengok animal show.. parrot tu datang ambik duit kat tangan rafique..yang pompuan sebelah rafique tu zookeeper lah.. pandai dorang ni train binatang2 ni bagi dengar cakap.. =) Rafique sampai hari ni kalau tetibe datang perangai mengada dia, tunjuk tangan kat kita "hand rafique sakit..bird bite" yer jer lahh...tah zaman bila lagi bird bite..mengada.

target kami yang utama masa pergi zoo tu nak bawak rafique pergi tengok orang utan..nape tah rafique tetibe je few weeks before pergi zoo tu dia suka sangat kat orang utan..tapi ape centre kat zoo negara agak mengecewakan..we were expecting something interesting lah memandangkan location dia agak jauh ke belakang..nak kena panjat bukit plak tuh..tapi yang ada sekor je orang utan..tu pun asyek duduk je..boring..monyet pun tak banyak..agak kecewa jugak disitu.

tiger and lion yang rafique suka pun tido masa kitorang pergi tu..2-3 round gak laa kitorang pusing tempat tiger and lion..rafique siap menjerit "lion wake up wake up!!" dia sorang je laa budak yang menjerit kejut lain..gelak je tourists tengok.. i rasa maybe sebab kitorang pergi kat area situ time tengah hari..so, semua binatang baru lepas lunch and mengantuk. bad luck..

satu peristiwa kelakar gila masa tu rafique menanges melalak masa i nak bagi makan kat gajah..


dekat tempat gajah ni ada orang jual tebu..so, kita boleh laa bagi sendiri gajah tu makan..i pun saje lah nak try..masa i hulur tebu tu kat gajah, Rafique menangis sakan... "NO ELEPHANT!!DONT EAT IBU. DONT EAT IBU." pejam mata siap. tangan dok  NO NO...sedih betul. hahaha...maybe sebab i pergi dekat ngan gajah tu..gajah tu plak besar gila. tu yang dia takut sangat gajah makan ibu dia..lepas daripada tu, jalan tak lepas tangan i..takut gajah nak makan ibu lagi. =p

Secara kesimpulannya, berbaloi laa masa dan tenaga dan jugak duit bayar tiket tu.. eventhough some of the animals hanya ada sekor dua je (probably because of the cost membela binatang2 tu they cant afford untuk bela banyak) Rafique sangat enjoy..exposing him to the real animals instead of asyek tengok dalam buku dan tv. 

I rasa "timing" pun penting jugak kot.. My SIL penah bawak his son pergi zoo masa umur 2y++ and turn up anak dia tido je dalam push chair masa dorang pergi sana..I rasa maybe sebab dia tak excited kot..macam Rafique at this moment dia memang sangat suka dengan wild animals..probably untuk menaikkan minat anak u ols, 2-3 weeks before pergi tu, boleh laa tunjukkan dorang animals semua ni kat buku, tv or youtube untuk encourage or stimulate them. So, bila dorang dah biasa tengok kat tv, dapat tengok in real, mesti dorang excited. 

Pastu kan..kalau ada anak yang cikgu tadika dia cakap ada lawatan gi zoo negara, seboleh mungkin kalau ada masa dan diberi kebenaran oleh cikgu, parents spent laa masa untuk temankan anak masing2 ye..Masa i pergi tu banyak sangat kindy yang bawak students masing2 pergi lawatan.. Most of the kindy allow parents untuk accompany. So, apa yang i tengok, i rasa kesian kat budak2 yang mak bapak tak join sekali..sebab dorang macam "lost"..cikgu tak sempat kot nak entertain ramai2..yer laa..kids that age kan suka sangat tanya itu ini, so when they want to ask their teacher they have to wait for turns..dan biasanya budak2 yang "super active" laa yang akan dapat attention cikgu dulu. just my 2 cents. =)

As a summary, jangan lupa bawak push chair yang light weight dan senang dilipat, mineral water and IC. Pakai pakaian yang selesa..Heels is a big no no unless you are planning to have a tram booked for yourself ;P Pakaikan topi kat anak sebab panas weh..dan make sure beli tiket tram as soon as sampai kat zoo tu..

That's all from me..
Bye...

Tuesday, June 19, 2012

21 recent facts about Kapten Rafique Zaquan

sempena Kapten Rafique cukup 21 bulan next week, i'm gonna write some facts about this little boy of mine. since my blogging mode was like disappearing these day, not sure whether i'll make it 21 or not.but i will try my best.

1. he already knew where i kept his crayons, water colours etc. i kept them out of his vision sbb nak make sure dia hanya guna those things under supervision bagi mengelakkan mural2 cantik di dinding rumah. so now, bila dia dah tahu mana i simpan, he will use his kuasa veto dengan meraung sekuatnya utk dapatkan kaler2 terbabit anytime he wish for. susah nak kawal. alhamdulillah dinding masih selamat daripada mural. harap akan terus selamat.

2. dia adalah kaki meraung nowadays. masa kecik2 dulu kemain lah susah nak nanges. sampai ada neighbour heran bila masa i ada anak. but these days, i believe semua neighbours pun dah boleh cam suara anak sape menangis tak kira masa tuh. haishhh...

3. dah pandai menjerit kalau kita tak bagi apa yang dia nak. he will scream sambil tangan genggam and ketap gigi dan kepala menggeletar. can you imagine? kekadang i rasa i nak je record video dia menjerit tuh..funny tau! tapi selalu tak kena timing. tak sempat nak grab camera atau phone.

4. he loves to draw. kalau dulu i yang ajak dia drawing , now he usually initiate it. (refer point no 1.). kalau tanya dia lukis ape, mesti dia jawab bird! ;)

khusyuk with his drawing..

ni last night punye "bird".. kat mana tah bird nya..


5. he is a very the manja boy. i can't imagine him having a baby sister or baby brother at this age. mesti dia asyek jeles je dengan adik dia. silap2 jadi mangsa buli baby tu nanti! (this means, BETTER DON'T)

6. Rafique still breastfeed up to now but mix-mode. hehe...i no longer pumping at work. he's only direct breastfed. kat rumah babysitter, dia dah minum FM.

7. he drinks FM once only throughout 8-10 hours at his babysitter's. itupun 4-5 oz sahaja. itu pun guna sippy cup instead of bottle feeding. dia refuse to be bottle fed since kitorang cuti panjang early this month. so, i'm gonna letgo MAM feeding bottles yang masih baru and in very2 good condition very soon. ada sape2 berminat?ada 4 bijik. 2 kecik, 2 besar. nanti ada masa i amek gambar.

8. he no more longging for me as soon as balik keje bergayut lama2 like he used to. balik keje, mesti ngempeng like 30-40 minutes. now, lepas balik keje i can straight away have my own sweet time dalam bilik air to clean myself. this is an improvement!


9. if he wants to mimilk, dia akan ambil satu pillow, tarik tangan i bawak pergi dalam bilik atau sofa (ikut selera dia lah nak minum kat mana) then say "sleep"  sambil tepuk2 bantal. ni tanda nak suruh i baring. then bila i dah baring he will say "nak mimilk". now rafique has his own SOP!

10. he pooped twice daily! wakakaka..poopoo pun nak cerita kah??hehehe.. i rasa sbb dia makan banyak kot sekarang ni. this explain why dia dah kurang mimilk.

11. putting him in his carseat is a struggle for me these days..masya allah...kena bersilat bagai baru lah berjaya to fastened his seat belt. menangis? that's a must!!

12. kalau dapat my handphone, dia letak kat telinga, usually upside down lah and say " yo" (hello) pastu semua nama yg dia tahu, dia akan sebut. cth: yo, yah kak bang nek tok bah ti..bu work.. (padalah i was sitting beside him. i pulak yang work??)

13. if my mum or dad or anybody called, to talk to him, susah betul nak bagi dia keluar suara. dia akan dengar je.. sambil angguk2 kepala.hahaha..kalau kita suruh bye2..dia bukan cakap, but lambai tangan! kena buat video call lah gitu sayang oi..

14. he dont like ice-cream. that's good..=) ibu boleh habiskan semua.

15. sangat2 suka keropok. he pronounce it as pokpok. any keropok would do. thus, i kena make sure ada keropok ikan yg belum goreng tu untuk buat stok. atau beli keropok sayur yg colourful tu. that's better compared to jajan2 yang banyak perasa tu kan?? any idea?? maybe i should consider preparing home-made kerepek kot after this..

16. sangat2 suka upin ipin and mickey mouse.. kalau ada rezeki this year i wanna held his 2nd birthday with mickey mouse theme. mesti Rafique seronok.. moga dimurahkan rezeki.

17. rafique dah pandai "baca doa" makan dan doa tidur..=) ma...na..minnn... << doa makan versi Rafique

18. sangat2 suka buat hal bila i nak solat..ini memang buat i geram betul dengan dia. especially waktu nak solat maghrib kan..dah lah waktu pendek. me n him berdua je kat rumah, hubby biasa nya balik dah malam. nak siapkan dia, siapkan diri. solat maghrib pun dah kul 8. time tu lah dia nak buat hal! geramnya lah rasa. seb baik lah anak..

19. obsess to shoes..sebijik ikut perangai ayah dia. mak dia used to be like that. sejak dah kawen ni je slow sebab dah malas nak pakai heels.. pantang weh nampak shoes kat mana2..mesti dia jerit2 shoes  terjuih2 mulut tu..sampai tersembur air liur..bukan shoes utk kid je. high heels pun dia scream over. and he even tried to put my heels on!! OMG!

20. seorang yang sangat penggeli..dia punye buat muka geli, memang boleh buat kita geli hati..

21. he is fond of balls, animals and cars..i tengah nak develop interest towards aeroplane. ;D

yay!! i manage to write 21 facts about him..=)
how's your toddler? sama macam Rafique tak?






Wednesday, June 6, 2012

water colour painting

selepas entry semalam, i baru tersedar that we have water colour set yang masih belum dibuka..bought it for quite sometimes, tapi macam tak bersedia nak bagi lil captain experimenting. bukan dia yang tak sedia, ibu dia yang not-yet-mentally ready kot..hehe..

i was planning to do hand painting stamping..tapi bila i tried to paint his hand, he refused to be painted sambil buat muka geli.huhuhu..pembersih habis lah kononnya tuh..pegang brush tu pun dia pegang dengan hujung jari je..anyway, that's how it started la..5 minit lepas tu dah mula tak terkawal..he wants to dip the brush inside the colour tub, tapi tak nak paint on the paper...one colour after another, sudahnya bercampur2 warna kat each tub tuh..hadoiiilahh..


and the next 5 minutes..

*

*

*

*

*

*

TARRAAA!!!




orang lain painting dengan tangan, Rafique painting pakai perut!! sampai CD pun kena tempias jugak..

dan hasil from his 1st time water colour painting session..




Abstract painting by Rafique.. ^_^
ni agaknya luahan perasaan rafique yang bermaksud "ibu ni nak sangat bagi orang main water colour, pastu nak bising2 pulak. suka hati lah orang nak draw ape pun..." 


i guess lah... ;)