Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

countdown

assalamualaikum..

saya baru balik dari Pavillion. mengular sakan hari ni. farewell party katanya..nak cerita pasal the so-called farewell party pun tak seronok sangat sebab gambar from official photographer tak dapat lagi. haaa..kelas mak jemah! farewell "party" ada OP. =P hahaha..takdelah..just one of my colleague yang pandai snap snap..tak hire dia pun dia snap jugak. maceh kak lydia. kami di Uranus akan menantikan kehadiran gambar2 tersebut dengan hati yang tabah.

jadi, i nak share sedikit perasaan dalam hati memandangkan ada 10 hari je lagi untuk i lalui as a kuli. hoiii tak sabar wehhh nak tanggalkan title tu. 6 bulan tunggu. jenuh. its normal lah kan sesape yang nak dah resign mempunyai perasaan dah takde mood nak kerja, malas, tak berminat etc etc yang sewaktu dengannya..sebab hati dah takde di tempat itu. betul tak? pergi kerja sekadar buat ape yang perlu. memang betul-betul melepas batuk di tangga. kalau tak pikir masih ada tanggungjawab sebagai pendidik, memang i dah tak datang kerja sejak 6 bulan yang lalu. tapi sebab responsibility itu, maka gagahkan juga. just imagine, 6 bulan i tunggu, now tinggal 10 hari jerrrr!!!!

excited?

of course lah...no need to mention, ramai dah tahu kot i stress ngan management company ni.. kalau cerita kat sini, 14 muka surat pun belum tentu habis.. kalau tak sebab i ni bonded sebab ditaja oleh kampeni tercinta ini untuk sambung master dulu, maybe dah lama i blah kot...

 jadi, bermula 28 February 2013, i will be officially unemployed! tak payah mual dengan perangai manusia-manusia yang menyakitkan hati. tak payah sakit hati pikirkan  kenapa begitu, kenapa begini. dan mungkin jugak dapat kurangkan titik-titik hitam dalam hati. i berdoa untuk yang terbaik. moga keputusan yang i buat ni adalah yang terbaik untuk diri sendiri, family dan jugak bangsa agama dan negara. sangat excited untuk jadi full-time student. tak payah nak bagi masa untuk family-kerja-study lagi. siang study, malam family. weekdays study, weekend family. harap nya semudah itu lah. =)

sayang?

4 tahun 6 bulan disini..mesti lah sayang.. banyak kenangan pahit, banyak jugak kenangan manis..especially dengan Uranus family lah..Uranus family yang semakin berkurangan..dulu penuh satu bilik, now tinggal di hujung aje..lepas kami pergi, harap keluarga Uranus yang lain akan terus bertabah hati. kalau nak join kami, lebih dialu-alukan..hehehe..bukan setakat Uranus family je...colleagues lain pun kebanyakannya semua best..sporting..ada laa satu dua yang selalu kaki spoil..tapi mostly semua boleh dibawa "berbincang". hehehe..nak buat keje pun senang..takde banyak konspirasi kat sini. i believe, susah dah kot nak dapat environment kerja macam kat sini..i learned a lot dari cerita hubby yang selalu tukar tempat kerja..macam-macam kes..tikam belakang, tikam depan, sisi kiri kanan semua ada..kami kat sini, kerja dengan aman damai..(lahhh sangattt)..hahahha.. 

sayang jugak student2 especially my degree student..tak sempat tengok first batch graduates..they still have another year to go..harap mereka pun tak lupa i, macam i tak lupa mereka..sobsob (lap hingus) 

takut?

sebab bila dah unemployed, maknanya takde gaji..kalau takde gaji, maknanya takleh shoppinggggg!!!!hehehehe..makan tu insyaallah suami mampu tanggung kot..i makan sikit jer..=P tapi sebab dah biasa ada duit sendiri kan..menjadi penganggur adalah sesuatu menyeramkan..walaupun i akan dapat scholarship, tapi entah bila masuknya duit tu..harapan utama sekarang adalah duit grantt. aigoooo..please please...cepat lahhh duit grantt tu release..dah 3 bulan pending ni..adoiii la nye pun...stress kalau pikir pasal ni. next month, nak beli spender pun kena mintak duit laki kah? tak cool betul! maka, kalau ada sesape nak sedekah amal jariah boleh lah sedekahkan kat i mulai bulan depan. jenguk lahh ke MissWishWardrobe, "sedekah" amal jariah ni memang amalan mulia. hehehe...sempat lagi iklan tuh!

ohhh...takut jugak sebab lepas ni takde alasan dah kalau tak score and perform well in study..dulu penat keje lah, busy lah, meeting lah, audit lahh...segala macam lah...now, kalau fail ke tak produce paper ke, memang takde alasan lain dah nak cakap kat Dr, Kulan except for "saya malas r doc..." boleh gitu??? kena lempang sedas ngan SV baru padan muka. dah lah coming semester ni amek 2 subjects.. Medical Statistics and Epidemiology pulak tu. hambekkkk!! memang mathematician, statistician lah jadinya..jangan terbelit ngan graf sendiri sudah.


eh, panjang jugak tulis pasal perasaan ni rupanya..ingat tadi takde idea. so, countdown start now. 10 hari bekerja saje tinggal termasuk hari ni. tapi hari ni dah petang, dah nak balik. start esok, tinggal 9.esok tak datang keje sebab ada urusan kat UPM , tinggal 8. Isnin selasa next week pun ada kelas kat UPM, tinggal 6. The following Isnin Selasa pun ada kelas kat UPM, tinggal 4 hari untuk i completekan segala kerja yang belum complete. Tukar template slides for 2 subjects (14 topics each), attend students presentations on 5 topics, 2 sets of test questions. cukup ke masa nak buat dalam 4 hari? ohhh lupa..exit form belum isi, kemas barang lagi???? like seriusly???????????

 maka, dengan ini sekali lagi saya memberi tahu kepada yang konfius dengan entri sebelum ini, saya hanya mengandungi lemak sahaja. takde baby dalam perut i. dinding uterus dah "runtuh" dah pagi tadi. so, memang tak yah nak retest post-test segala. dah konfem tak pregnant. dan ye, sila cuba lagi di musim akan datang. tu pun kalau cukup konfiden level nak amek 2 papers while pregnant. I nak cakap kat hubby, kita postpone next year je lah yerr...harap beliau bertabah.

bye...





Wednesday, September 5, 2012

tender resignation.why and how??

assalamualaikum...

berikutan dari entry lepas yang i bagitahu that i have tender my resignation, ramai pulak yang bertanya kenapa..kat twitter di tanya, kat fb ditanya..wah gituu!!maka, terlintaslah di otak untuk buat entry ni..ala2 press conference artis pulak eh..tap ok gak ah kalau tulis kat sini sebab2nya..kot 10 tahun akan datang i dah lemah daya ingatan ke, boleh gak rujuk kat blog ni kenapa i buat keputusan untuk tender dari company tercinta..hehe..

tujuan utama adalah sebab i mahu focus 50% kepada study saje..eh..tak boleh 100%, kata dah ada family kan..jadi 50-50 lah kot..kalau sekarang ni, study dan kerja 25-25 saje..kan ker banyak beza dia tu..family memang tak buleh nak buat ape dah..busy macam mana pun, anak kena kasik tido dulu baru boleh study malam2..rumah pun kena kasik kemas dulu, baru boleh buat keje dengan otak yang tenang..macam mana nak focus kat study kalau kain segunung tak berlipat, lantai melekit tak bersapu??ye dok??jadi senang cerita sekarang ni study jatuh no 3 dalam list kehidupan i sebab kerja pun perlu diutamakan gak sebab tu tanggungjawab yang dibayar gaji. kalau e-mail2 not attended, nak study pun hati tak senang. jadi, sebab itu lah i rasa adalah sangat perlu untuk i menjadi seorang full-time student. dari tangga ke 3, study akan naik ke tangga ke 2, family will always comes first. insyaallah...

sebab kedua adalah sebab i dah saturated dengan company sekarang ni..4 years plus working in the same place dan I rasa i really need fresh air. I ni memang jenis yang tak boleh setia dengan kerja lah i rasa..baru kerja 4 rahun pun dah rasa boring, muak, mual tengok dinding dan pintu yang sama. i wonder how those peoples who loyally serve for goverment or company for years..abah for example, he had been working for the same company since the past 10-12 years.hoiii..bapak bosan tu i rasa..hehe..

sebab ketiga adalah lepas 4 tahun bekerja di company terbabit, I belum dapat feel of satisfaction. . I agree that I memang tak pernah bercita2 nak jadi cikgu, lecturer apetah lagi..but after 4 years, I can say that i enjoy teaching and sharing. tapi.....something is missing somewhere.gituuu kannn..entah lah, its just time to MOVE ONE i guess..takkan selama-lamanya nak berada di takuk yang lama. plus, I'm still young what?? masih perlu lebih ilmu, lebih pengalaman..masih dalam jangkamasa untuk explore apa yang sesuai dengan jiwa i, ape yang tak..kot la.....wa tulis sini memang sedap jer lah menaip kan.. ;-D

sebab ke-4, i rasa macam i loser. wakakaka..serious weh.. i am not trying to underestimate IPTS students. but this is serious. susah sangat nak mengajar subject health sciences ni kepada students yang takde background science. I can say 80% of my students were from art stream masa SPM. maths pun cukup2 makan je, asal ada dalam sijil SPM. while we here are moulding them to be healthcare professional. it is not easy. kalau students yang berminat dan ada effort untuk maju, alhamdulillah. but majority tak berada on the right track. they join bukan kerana minat, bukan kerana nak belajar, tapi sebab parents yang suruh further study in this field. kalau student 1st year yang jawab, parents suruh pilih this course, i think that's quite normal. tapi kalau dah sampai masuk final year pun tak nampak arah tuju, masih nak salahkan parents yang pilihkan this course, this is soo pathetic.sadis tahu!

i faham perasaan yang di suruh oleh  parents to further study in this or that field. I was there too, once. I felt thankful pulak pada abah yang paksa i amek course ni. sebab kalau i berdegil gak nak pergi buat medic or pharmacy kat indon dulu (ikut kawan punye pasal) i don't think I will be here now. ntah2 i tak graduate pun pasal i bukan rajin sangat orangnya..hehe..tapi parents perlulah juga ukur baju di badan anak mereka. bak kata abah, result biologi i bukan bagus sangat pun nak jadi doktor. =P jangan sebab cita2 u ols nak anak jadi pilot (i lah tuuu..), kita paksa dan bagi pressure pulak pada mereka. sebab end up, yang nak belajar tu mereka. hantar kat university terhebat mana pun, kalau orang tu sendiri malas, memang sorry to say lah ye..membazir aje..unless kau beli saje sijil tu, that is another story. 

itu jer lah kot sebab2 kenapa i tender yang i boleh tulis kat sini. sebab2 lain, biarlah disimpan dalam hati saje bagi tak mengaibkan pihak lawan.hahaha..kalau i tulis semua nanti, u ols terus tak lalu makan sebab kesian dengan nasib i..haha.. please pray for my success..moga2 i dapat jalan yang lebih sesuai dengan i..i tak menolak kemungkinan yang i maybe join other company/organization atau dalam kata lain tak study full time pun..tapi tu semua bergantung pada keadaan. untuk terus berada di mana i berada sekarang adalah 90% mustahil. i am tired of this place. takde selera langsung dah nak bekerja. nasib baik sedar diri ni masih dibayar gaji je, maka gagahkan diri buat kerja dan mengenangkan tanggungjawab pada students belum habis lagi. kalau boleh blah sekarang, memang i blah dah..tapi memandangkan takde kemampuan nak compensate them with 6 months salary, maka bertabahlah.


cukuplah luahan hati untuk hari ni. kepada sesiapa yang ada niat nak tender, boleh lah mintak soft copy draft surat tender dari i..i bagi free jer..tu pun i amek dari kak dayah, tukar nama dengan ID je.haha..

ok bye..






Thursday, July 26, 2012

progress

PROGRESS OF ABAH

sudah berumur 49 tahun pada selasa lepas..alhamdulillah..walaupun takde hadiah bulan ni, insyaallah beli hadiah untuk abah bila balik kampung nanti. i already have something in mind to buy for him as a a birthday gift. tak mahal but i believe it means a lot to him. nanti dah beli i share apekah benda itu. tungguuu...

abah dah banyak berubah dari abah yang saya kenal sejak dari kecik dulu..abah i sekarang bukan lagi abah yang garang. abah saya bukan lagi abah yang sekali jeling, tak yah bukak mulut pun sume anak lari mencicit pergi mandi and semayang maghrib..abah sekarang dah jadi tok bah yang melayan Rafique cakap kat telepon sampai setengah jam walaupun Rafique cuma sebut  "tak, no, bah" dok ulang tu je pun..tapi abah layan jugak. kengkadang i naik konfius. betul ke abah aku ni boleh buat gitu. hihihi...

dan bila i call dia cakap happy birthday, dia tanya Rafique tak nak nyanyi untuk tok bah ke?? aiyoooo..bukan nak cakap thanks sebab anak wish. asyek2 cucu dia je...nyampah i tauuu..


PROGRESS OF RAFIQUE

he turns 1 year 10 months yesterday..another 2 months to go to breastfeed him..kalau ikut perasaan malas, rasa macam nak wean off dah sekarang ni..sebab Rafique ni dia ada satu perangai suka mimilk tapi sebenarnya tak mimilk pun...haaaa..konpius kan?? camni camni..dia mintak nak mimilk, tp bila i bukak, dia minum jap, pastu dia tgk tv atau main tapi bila i baru nak tutup, dia mintak balik..and so on...haaa..gitu lah kekdahnya..

tapi i rasa dia sebenarnya nak suruh i duduk n tengok dia main saje..taknak bagi ibu dia gi basuh baju, jemur baju , kemas etc..kesian lahh anak ni..bukan ibu tak nak duduk je main ngan Rafique sepanjang masa, nak memang nak, but duty calls lah sayang..tambah lagi dengan hubby yang keje more than 12 hours daily  sekarang ni, semua household tasks i handle sorang-sorang..tak kan nak harapkan encik hubby yang balik keje pukul 1-2 pagi tu jugak jemur baju n mengemas..sian lah dia..ye dok?? aiyaaa...

in term of his vocab progress, sangat memberangsangkan lately..he captures a lot of word. sometimes i got surprised! like this morning, masuk je kete, dia cakap " bu, dai (kedai) ter (water)" amboiiiii..sejak bila pandai ajak gi kedai ni anak?? i rasa ni pasal atuk dia selalu bawak gi kedai belikan air untuk dia lah ni.. and somehow he manage to put words as sentence..3-4 words each sentence. good enough. happy to see his development. 

yang i rasa paling comel about Rafique these days adalah dia akan mengaku ape je yang dia buat..dia sepahkan makanan, dia ngaku. dia buang sampah merata, dia ngaku. kalau kita tanya sape poo poo smelly pun, dia cakap "fiqfiq" that's how he pronounce himself. ^_^ kalau jumpa bird he'll say " hi bird, nem (name) fiqfiq" (hi bird my name is fiqfiq) sambil jari telunjuk kat dada dia..

our latest trick to keep him calm while waiting for food kalau makan kat luar adalah....bring his colouring book and colour pencil.





berjaya laa buat masa ni..sampai ayah ngan ibu pun kena coloring dengan dia..and few books to read in case lama sangat nak tunggu foods..budak2 kan cepat boring..jadi kena ada varieties lah..maka gitu lah kekdahnya..nak kena punggah books dia ke hulu ke hilir..

PROGRESS OF MY STUDY

alhamdulillah dah dapat black and white on the grant funding. worth 140000 USD a year and its going to be a 2 years project. hope everything will go smoothly. semalam dah berskype dengan my SV and co-SV. in this research, dia ada macam terbalik sket. my SV is not the Principal Investigator for this research but my co-SV..ni semua management issues laaa...under this research project, ada 2 orang doctoral students..me and another doctoral candidates of John Hopkins itself..so, we'll be working hand in hand for this project. for her, my co-SV is her SV while my SV is co-SV. haaa..gitulahh cerita dia. 

it's a large amount given to us. i am nervous about it. risau lah kan..orang bagi kepercayaan kat kita handle duit half a million to be spent, they must be expecting something very big..and at the same time i feel very honoured since ada 22 research proposal applying for the grants, my reaserch project adalah 1 out of 3 yang berjaya. kembang bermangkuk-mangkuk rasanya..hehe..alhamdulillah..syukur Allah permudahkan jalan i..

bulan Ramadhan dan Syawal ni will be a hectic months for me. there's a lot of thing to do, a lot of reading to be made since we are in the planning stage. kan biasa kita dengar, "if you fail to plan, you plan to fail" warhhhh..takuutttt.. please pray for me dear family and friends..

masa discussion with them last night, i feel like resigning from work hari ni jugak because i can imagine the whole load on my backbone now. moga2 i berjaya lah mengharungi challenge ini..lucky enough i have sparring partner lah kan..at least kalau kena grill oleh my SVs to, i takdelah sorang2, kami berdua..hehehe..

so, kawan2..please please please..pray for me..moga Allah S.W.T mudahkan jalan i..semoga Allah S.W.T tabahkan hati i dan hubby i..i know this is not going to be a challenge to myself only, but to the three of us. hubby and rafique pun kena tolong ibu baca journals jugak yer lepas ni..haha..

enough till now. thanks for bare with me until the end of this long entry.
selamat berpuasa dan selamat berbahagia.
bye.



Tuesday, July 3, 2012

hari ini hari yang penting dalam hidup saya..

bismillah..

hari ni nak pergi submit my phD application form ke GSO.
proposal tu dah ok kot..2-3 hari ni macam ada confident lebih sikit bila baca proposal..
doakan urusan ini dipermudahkan..
sangat tak sabar nak bergelar student semula..
dan yang paling tak sabar adalah untuk bergelar full-time-students..
dan yang paling paling paling paling palinggggggg (kalau ada cikgu BM baca marah dah ni) tak sabar nak tulis Dr. Nurdina Awanis bt Zakaria as my name.. (>_*)
jauh benar berangannya ye..

insyallah..



Friday, June 15, 2012

Thanks UPM, Thanks JHU

hola ho ho ho..

dah jumaat..yeay!!i am very excited for tomorrow..nak jumpa bride-to-be..
tak sabar nak gosipping and sharing those tips..wakaka..
among my BFF, i'm the first one who got married. tu pasal, dorang ni kalau dekat2 nak kawen mulalah nak tanya tips2 kononnya..padahal wa takde tips pun..not even 3 years in marriage life kot..
kalau nak tips lagi baik tanya orang lama2 yang dah berjaya kekalkan perkahwinan sampai 30-40 tahun..
tapi, setakat nak share pengalaman i boleh laa kot..=P


and last 2 days i got a good news from my supervisor..kami berjaya dapat research grantt from John Hopkins University yang i dok sibuk2 prepare early this year..worth USD 140 000 per year..alhamdulillah...syukur tak terhingga pada Allah..banyak berita gembira minggu ni..and i'm kind of excited to activate the project. doakan semua urusan berkaitan the research project and my phD journey akan dipermudahkan Allah S.W.T ye..


to my supervisor, Dr. Kulan from UPM and my co-supervisor, Dr. Abdul Ghafoor from John Hopkins University(JHU) :

 Thanks for giving me this opportunity..Tunjuk ajarku sifu!


Friday, January 6, 2012

hai lah anak..

done with speaking test..my turn was scheduled to be at 2.40pm tapi diawalkan ke pagi tadi sebab the other candidates from our Ipoh Campus haven't arrived. so, i potong queue lah..cepat2 settle, lagi bagus!!


for 1st part, i was asked to speak about my job...why i love my job..why i choose this profession..bla..bla..bla..

second part >> to describe about a workplace that i know

while the last part sounds like this "to what extent an office building affect your work performance"


sound easy kan??but when it comes to speak in english and you are nervous (it is an exam anyway!!) it is not as easy as that..tapi boleh la...i belasah ajor..janji cakap..sian examiner tu..mesti pening nak paham ape i cakap..sory yer Madam..lucky me, the examiner is a good person..senyum jer..somehow, kurang sket laa nervous.hihi..


enough about speaking, esok the other 3 components pulak.jom study.

before that, i nak cerita pasal semalam.

i went to shopping tudung with my two colleagues- Kak Azie n Kak Aja..and kitorang bawak the little captain together..seronok kemain si kecik dapat gi kedai tudung banyak cermin..cak2 sakan kat cermin..sambil cak2 sempat lah pulak buat projek poo poo..hadoiii lah Rafique oii..dah laa takde extra CD..sebab plan nak gi kejap jer kan..i dari opis, amek dia kat rumah BS terus keluar..

maka, terpaksa lah pergi ke Carrefour, beli pampers Mami Pokai. lalu bawak lah budak itu ke baby room kat Carrefour BTHO itu..yang sedih nya, baby room tu very comfortable if you go there to breastfeed your baby but not to change diaper ESPECIALLY with poo!!!sinki dia comel aje..macam sinki bilik air tu..ngan paip rendah lagi..cemane kekdahnya nak basuh poo poo budah debab ni..

cenggini lah rupa sinki sempit tu..=(


tapi i usahakan jugak lahh sumbat dia bawah paip tu..naseb baik jugak i bertindak bijak dengan take off all his clothes including his shirt. sebab as usual budak kecik tu memang pantang dapat air, harus dia nak berkubang punyer..kalau tak, konfem kena gi beli baju dia pulak kat Carrefour semalam tanpa dirancang.


dah selesai part cuci mencuci, i pun letak dia bawah sambil dia menggelupur tak puas main air dia boleh pulak kencing atas lantai baby room tu dan tak sempat nak angkat dia, KEDEPEK dia duduk pulak atas air kencing tu..stress!!!rasa macam nak nanges masa tu jugakkkk..dah ler dia basah abes sume tu xde towel nak lap.campur pulak berkubang ngan air kencing lagikkkk...HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!


again, kena cuci..angkat dari sinki, nanges again..lucky jugak i beli Mami Pokai yang pull-up pants tu..senang sket nak pakai kan cepat2 sebelum dia kencing atas lantai buat kali kedua..fuhfuhfuh..sakit jantung mak kamu wahai anak..haha..


jenis ibu kurang handle anak bila jalan kat luar cenggini lah jadi..honestly, bila kuar ke mana2, most of the time my husband will take charge of Rafique..baik dokong, masa makan or diaper change..kalau tolak push chair ngan minum susu tugas i lahh..=D jadi bila kena handle Rafique kat luar sorang2, i sedikit (or sebanyak) kelam kabut.haha..

itu jer lah nak cerita pun..

what's your weekend plan??esok saya exam dan ahad nak ke Sunway Lagoon..yay!!

daaaaaaaaaa...



the day has come..

the DAY has come.

i'm nervous.

my turn for the speaking test was scheduled to be at 2.40pm today..

i don't know what to expect because i did not sit the mock test for speaking earlier, but i'll try my best.



and tomorrow will be the exam for the other 3 components; listening, reading and writing.



band 6?? band 7?? band 8?? band 9??
it's scarrrryyyyy!!!

i wish i'll score at least band 7 for the IELTS..hopefully..


Wednesday, December 28, 2011

doakan saya.

just came back from a long holiday break.

and i'm taking 2nd mock test for IELTS in 7 minutes time.


wish me luck friends...=)

Thursday, December 15, 2011

ok fine. saya jakun.

blog terabai pasal weekend yang panjang bersambung dengan attend a course sampai tengah hari tadi..sekarang baru ada "own sweet time" untuk update belog.

the course i'm attending is about Childhood Injury Prevention organized by WHO. nak kata course pun tak sangat, sebab its more to experience sharing among Asian countries. participants are around 20++ representing their countries. dan yang paling best tu, on my first day attending the course, i've been introduced to other participants by the President of WHO Asia in which aku pun tak kenal sape that man is..woohhhoooo..and he clearly pronounced my name!!

mana nya dia tak kenal, satu2 nya peserta "sesat"..agaknya, organizer dah cakap ngan dia, out of all participants, akan timbul satu budak pompuan nama sekian2 yang u tak kenal..hahahha..coz everybody in the course looks like they already know each other even they are from different part of the world..orang2 yang sama field kan..obviously they've met each other in previous conferences etc.well well well..termalu lah kejap i bila being introduced as "phd student" sebab i'm not even submitted my application form!!



this is my "supervisor" - Dr.Kulanthayan..dialah yang bertanggung jawab bawak i to attend that course..he's a very active researcher in the road safety field..he used to be my supervisor during my first degree..and now i'm back to work with him again for my phd sebab dr.kulan adalah supervisor yang sangat cool..in fact, the most cool lecturer among our lecturers..and even me myself not as cool lecturer as him..=) paling best, dr.kulan ni memang sangat dedicated to work.i just told him my rough idea of my phd last week, and the next day he already e-mail me all the contacts he have that possibly can help me throughout the process, and ajak pulak i pergi course for FREE!!


Out many other participants, i'm soo interested with this Mongolia's participant. her name is Dr. Onorjagal as if in "o-no-ya-ga"..sangat soft spoken orangnya dan kulitnya sangat gebussss.. yang buat i tertarik menarik tu, kat Mongolia sana tuh, dorang masih pakai baju bajan yang macam kita tengok cerita cina zaman dulu2 tu with the steel head gear or all the fancy head gear!!dan kuda masih menjadi transport utama mereka..


ini namanya Dr. David..orang WHO worldwide..sangat humble orangnya..i respect dengan cara dia yang faham tentang kekangan bahasa untuk berkomunikasi as english is not everyone's mother tongue..walaupun i punye English pun masih berterabur and langsung x fluent, tapi i bersyukur lahir di Malaysia..sebab bahasa inggeris i (and most malaysians) masih boleh difahami..eh seriusly, i rasa macam tengah amek listening test jer bila dengar Cambodians or Laosans or Vietnamese cakap...its because of their dialects i guess..or mungkin kah i dah lama tak korek telinga?? erkkk..


attentive listeners..nak taip sms pun tak sampai hati tau..


this is the most interesting part of this course..hahaha..i'm representing Malaysia on this course..;-) it's my first time tau!!cam cool jer rasa looking at this name tag..auwww!!ok fine. nak cakap saya jakun pun cakaplahhh...tak kesahh..tapi semua name tag orang lain begin with Prof or Dr..except me..=( how i wish to see "Dr.Nurdina Awanis" written there..

that's all for now..
daaaaaaaaaaaaaaaaa...


Thursday, December 1, 2011

mulakan december dengan semangat

how time flies..

its december already..the last month of 2011..

dan i akan mulakan december dengan penuh semangat untuk berjuang completekan my 2011 wishlist yang belum kesampaian..hihi..kan hari tu i cakap kena postpone dulu misi phD..tapi sekarang i rasa i nak teruskan tahun ni jugak..i MESTI teruskan supaya lebih banyak kotak kat wishlist check box on my left side bar dapat ditanda sebelum berakhirnya 2011..insyaallah..


dok gebang kecoh2 bersemangat nak completekan misi ni pasal i dah berjaya sign up to enroll as phD student..ececehhh..walaupun proposal masih lagi di awan awangan...hikhik..takpe..december kan 31 hari..huhu..sesape yang berminat nak enroll master and phD di UPM untuk intake february 2012, mari2..anda masih ada 30 hari untuk berbuat demikian..bukan anda ada 30 saat ok..


satu lagi faktor yang buat i lebih semangat nak teruskan misi ni sebab i'm gonna do something that i'm currently fond of..which is kids a.k.a children a.k.a budak2..sejak ada anak ni, memang ni lah benda yang i suka..jadi, i need to do research which is related to kids..so that i akan jadi rajin sket nak baca..eh..takde lah sampai tukar bidang pediatrics pulak..x layak..masih in line with my field >> safety..cuma kena tune sket from occupational health to public health..insyaallah..

wish me luck peeps..and doakan supaya 'malas' pergi jauh2, 'rajin' datang dekat2 i..

cuma kannn....sedih tauuu....



degree grad ramai2..


master pun grad ramai2..walaupun tak semeriah masa degree..


phD nanti ada geng tak agaknyaaa???



Thursday, May 19, 2011

begini perancangannya...

berikutan dari jumpa my supervisor last wednesday, selepas mendapat beberapa petikan ayat sinis from my beloved Dr.Kool, i sedar diri bahawa setelah hampir 3 years graduated for my degree, after 3 years disuruh produce journal paper oleh beliau, jurnal paper itu x jugak muncul2..hihihi..jadi langkah pertama yang perlu diambil ke arah phD yang mantoppss adalah menghasilkan jurnal paper tersebut sebagai langkah mencambahkan idea for my phD proposal...which meanssss...

A LOTTTTTT OF READING NEED TO BE MADE!!!

SILA JANGAN MALAS NURDINA AWANIS!!!

U HAVE 2 WEEKS TO PREPARE IT!!

JANGAN BIKIN MALU FAMILY HOKKAAAYYYY!!!



KALAU i lama tak hupdate blog pasni, i tengah baca jurnals (laahh sangattt) tu maknanya...
=) =) =) =)



meh i citer sket my current planning for my phD ni..sekarang ni i adalah kena bond dengan company sebab i amek scholar for my Master..bonding selama 2 tahun setengah (yuran master dulu RM 18k) ini akan habes pada February 2013..dan i pulak adalah sangat teringin nak pergi negara orang for phD ni..tambah pulak mendapat sokongan padu my supervisor serta hubby, makin menjadi2 laa semangat berkobar2 ni..my supervisor suggest me to join MAHEVA program which is lebih kurang macam twinning program..tapi my phD will be from UPM..cuma i akan buat attachment in one of the university in EU countries yang i pilih nanti for up to 18 months..for research purpose laa..


kenapa pilih this program??

nape x amek terus phD from that university???


faktor utama ialah kos..untuk MAHEVA ni, i just need to pay tuition fees for UPM which mungkin akan cari scholarship jugak for this..i pergi over the seas tu just for research purpose which i dont need to pay any fee plus the program will give me monthly allowance of 1800 euro per month..

faktor kedua ialah, sebab i dont want to delay my phD enrollment..as i said before i bonded dengan company skrg for another one and half year..which mean kalau i nak further overseas i need to wait for another 2 years (bonding + 6 months tender), around August 2013 baru i boleh start..but now, with my current planning i dah kena start expand idea about my research, prepare proposal and insyaallah paling awal September 2011 or latest by January 2012 i dah boleh enroll in phD program kat UPM with part-time status..dan ketika itu mungkin jadi meroyan kejap sbb banyak sangat jawatan >> isteri, ibu, pekerja & pelajar!!!AT THE SAME TIME!! boleh kerrr tuuuu??

faktor ketiga pulak sebab my supervisor laa..i dah biasa work with him since my degree..he's the best!!never regret to work with him..sangat mudah untuk discuss and he can tolerate well with his student..1 dalam seribu kot nak cari supervisor camni..hihihi..karang i pegi study obersea, i x paham mat salleh tu sumer cakap laju2, campur lagi i yang terlebih fluent to speak in english, lagi lahhh haru..research ke mane, i ke mane..hihihihi

cukup kot 3 reason ek..



back to my study plan..kalau i enroll January 2012, nak tunggu i abes bonding n resignation tender pada August 2013 tu, i dah pun selamat lalui 3 semester kat UPM (insyaallah)..by the time, 3 papers yang wajib amek dah settle..proposal dah mantap laa kottt masa tuuu..so lepas tu boleh laa terus pergi overseas tu (kalau ada rezeki) for 12 to 18months for the research purpose...haaaa..gitu laa perancangannya..kita hanya merancang, Allah jugak yang tentukan...kalau i berjaya stick to this plan, maka i akan berjaya save selama 1 tahun setengah..penting planning ni..nanti kalau sampai umur 30 pun dok belajar lagik, bila masa nak kasik adik pulak kat Rafique..rite??

jadi, meh aminkan ramai2 untuk i..AMIIIINNNNNNN...






MY INSPIRATION..LOVE U BABY!!

nak gak letak gambar rafique walaupun xde kaitan ngan entry..hihi

Wednesday, June 9, 2010

one step closer..

full result together with result for research project came out already yesterday after 3 months of waiting..

xde laa dapat first class but enough to at least make me proud of myself!!

hoyeahhh!!!

I'LL BE GRADUATING SOON!!!!

*click the picture for clearer view of the date if u feels like sending me flower or chocolate bouquet..hehhehe*

yang paling happy, kalau diizinkan-Nya i akan berjaya naik stage amek scroll "berdua" nanti..moga2 this will meresap dalam jiwa my baby supaya "rajin" belajar cam mummy nyer..hikhikhik...

and the most important thing, it is one step closer to my dream..kalau boleh i wanna get the title "Dr." at the beginning of my name before the age of 30..coz i wanna make my mum, dad and hubby proud of me..i nak mama i rasa sejuk perut dia mengandungkan i..=)

so still have another 6 years & half laa for me..kawan2, sila doakan i berjaya yek..

Wednesday, June 2, 2010

work journey dan angan2 mat jenin ku..


Happy 2nd anniversary at work to me!!!

pejam celik, pejam celik dah 2 tahun rupanyer i keje kat sini..maknanyer dah 2 tahun gak ler i menyandang tugas sebagai pendidik walaupun sejak dari zaman sekolah dulu, amat sangat x nak jadi cikgu...sebab x sanggup nak berhadapan students yang perangai cam diri sendiri kot..hehehe..

tapi bila dah jadi cikgu neh walaupun tak dipanggil cikgu dan x dapat cuti yang banyak macam cikgu sekolah barulah tau betapa susahnya nak jadi pendidik..yer laa kan..diri sendiri kena betul dulu sebelum kita nak ajar orang, nanti x pasal2 pulak kasik ajaran sesat..jadi ayah pin la pulakkk..because for me, cikgu, lecturer atau apa2 jer yang bermaksud sama dengannya bukan setakat bagi ilmu yang ada dalam text book or lecture notes jer, tapi jugak bertindak as role model to all of the students..

lets say, kalau kita nak nasihat dorang supaya jangan masuk lambat masa lecture or jangan ponteng lecture, we have to walk the talk laa kan..tapi i pun ada gak laa kekadang tu TERlewat sket atas sebab2 tertentu well, nobody's perfect rite??? ;-) but usually i will inform them earlier, so that dorang x kan tercengang2 tunggu i dalam kelas..

cabaran??? too much & too many untuk diceritakan dalam entry ni..mau muntah u ols dengar citer i nanti..i rasa mengajar orang tua lagi susah dari ngajar budak2 kecik coz definitely dorang ni sometimes lagi panjang akal dari kita..kalo bab2 merepek laa..dan sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi.kalo budak kecik senang kot,x dengar kata boleh tarik jer telinga or denda berdiri atas kerusi.kalau yang dah tua bangka neh, x kan nak suruh berdiri atas kerusi gak kot???mahu roboh kerusi tu nanti!!hikhikhik...


selingan jap. pic was taken with some of my students during World OSH day celebration 2010 at NIOSH.

recently dapat good news from students 1st batch i ajar..where many of them dah dapat placement in Ministry of Health as Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran...alhamdulillah..and it really do makes me happy..rasa cam berbaloi je i memekak terpekik terlolong ajar dorang dulu..

masa mula2 kerja kat sini dulu, terasa gak nak join industry plus jelous ngan kengkawan yang join industry, but now i think if i'm going out of this company later which is definitely i'm not going to work here sampai mati, i'm still going to be in education line..insyaallah kalau ada rezeki nak sambung phD bila my baby dah besar sket nanti and kalau ada rezeki nak join IPTA pulak..berangan x hengat okkkkk...hehhe..kalau ada sesape yang nak sponsor i atau tahu mana2 source yang sudi nak sponsor phD i tu nanti, jangan segan2 kasi tau i yek..

wisk me luck k people..

tatatititutu


Thursday, February 25, 2010

sudah siap!!

hari ni i dah selamat hantar a copy of my thesis to Pusat Kembangan Pendidikan UKM and I was told that our viva will be held on the 6th & 7th of March..oh ye, nak berlagak sikit disini, thesis yang i submit tadi, i binding sendiri tau!!!first time tau guna binidng machine tu!!heehehe..


ok lah..harapnye my turn will be on the 6th March sebab kalau I viva on 7th March, macam mane i nak pergi tengok teater kat UPM tanpa rasa bersalah pada 6th March tu nanti??

pinky notes : dah terbayang2 dah ni pakai jubah konvo with perut yang buncit!!!=)

selamat bercuti semua...

tatatititutu


Wednesday, February 24, 2010

sempat ke???


tomorrow is the final submission date for my thesis..

thesis that are not submitted tomorrow will be FAILED!!!

hoh???

sempat ke i siapkan today???still a lot of changes to be made..=(

niat di hati, masuk keje ari ni nak focus to the thesis amendments but so unfortunate me,keje banyak cam ni...

*

*

*

hampehs!!!

hope i sihat walafiat malam ni, so that boley buat keje kat rumah..semoga sakit pinggang and sakit belakang i ni berada di tahap terkawal pada malam ni..behave please!!!

the most important thing is my supervisor's satisfaction bila baca my thesis esok..kalau x puas ati jugakkkk....**oh, i x nak fikir ape akibatnye tu**

ok la..nak balik dan teruskan perjuangan...

tatatititutu

Sunday, February 21, 2010

:: thesis mode ::

bahawasanya saya, dengan ini, berjanji akan fokus kepada amendments yang perlu dilakukan terhadap thesis saya dengan bersungguh-sungguh pada hari ini. saya juga berjanji, tidak akan bukak blogs dan juga facebook selagi amendments yang perlu dilakukan belum siap dengan jayanya!! (padahal skarang ni sebok dok chat ngan my fwen kat facebook sambil menaip entry ini)

this pic was taken masa graduate for my Bachelor Degree..ini menunjukkan perasaan i yang x sabar rasanya mahu pakai begini lagi skali.. cuma tahun ni bley laa i naik stage "berdua"..**wink**

ok la..dah bye-bye kat my fren di FB itu..nak bye-bye kat sini jugak!!

tatatititutu

Thursday, February 18, 2010

not enough to be celebrated!!

entry ini adalah susulan dari entry semalam..

ye, saya sudah dapat my final semester result..harapan nak graduate dengan first class hancur musnah..hehe..harapan tanpa usaha beginilah jadinye ye adik2..sila jangan jadikan panduan.

oooppss.. NO.NO.NO. dont ask me the exact pointer ok..it's embarassing..kalau i tulis pointer i kat sini, maknanye, inilah entry terakhir yang i akan buat..no more blogging.malu.masalahnya, kalau i x tulis entry, kesian pulak anak cucu cicit i nanti susah nak cari sejarah hidup tentang nenek moyang mereka ni nanti..huh..apekah???

actually, its enough to make me graduate this year, but not enough to make me satisfied, ape tah lagi untuk dicelebrate dengan gilang gemilang nye..sedar diri laa Dina..ko nak dapat pointer gilang-gemilang, masa lecture ko asyek menghilang-hilang!! banyak cantik muka hang!!!

ok lah..ape pun, i tetap bersyukur..Allah tu Maha Adil..Dia bagi i cukup sebagaimana yang i mampu dan layak..tapi siyesly, kalau Dia bagi i pointer yang lagi tinggi pun, i rasa i tetap mampu menanggungnya kot..hehehe

come, check out sikit pics (memang ni je pics yang i ada sepanjang 1 tahun setengah buat master course ni)..

ini i bersama 2 orang rakan yang juga sama kurang perjuangan berbanding warga2 SPKI (Sarjana Pengurusan Keselamatn Industri) lain yang lebih berusia lagi berusaha..hehhehe

ini sesi melantak lepas briefing tentang final project kami..this is what i like about goverment agency!! asal meeting, makan.. ceramah, makan. kursus, makan.. try pergi company aku tengok, harapan ler nak ada makan lepas meeting or training, dugaan bertimpa2 dalam kepala otak lagi ader laa...

please scroll down for more pics..tapi u ols jangan salah faham ye, I BUKAN SAMBUNG MASTER UNTUK JADI BOMBA!! but these pics was taken masa we all pergi training for fire safety at Akademi Bomba Malaysia in Kuala Kubu Baru..this training is a requirement for the subject..memang x sia2 i berpeluh2 ketiak pegi training ni weh, i dapat A tu for subject Explosion & Fire Safety ni....T_______________T


please click for bigger image..itupun kalau bigger image tu enough untuk u ols cari which one is me..**hikhik*





tamat sudah cerita i untuk hari ni..sesape yang berminat nak dapat M.Sc in Industrial Safety Management in UKM, sila sedia duit RM 22000 (yuran dah naik harga, masa i register dulu RM 18000 je) dan register ngan Pusat Kembangan Pendidikan UKM ataupun kalo xde duit, sila mintak scholarship ngan company yang u ols keje (kot2 bos kamu mahu invest in safety) then boleylaa u ols berasa selamat walaupun x keje ngan tekun selama 2 tahun setengah tanpa risau kena pecat sebab dah kena bonding...hoyeah!!!kalau kena pecat, the company have to pay you back ler kan???that's what agrement is all about rite??hehhe..**menarik2**

sekian, terima kasih..

tatatititutu

Wednesday, February 17, 2010

bersediakah aku??

morning!!

back to work after 4 hari cuti..students cuti this whole week..staffs pun ramai yang amek peluang bercuti sebab school kids pun bercuti..so, mood di kolej sangat laa suram..

masuk je keje tadi dikejutkan dengan berita result for my final sem will be released soon..whoa!!!!

DUP DAP...DUP DAP...

cam x bersedia je nak tengok result this semester..none of these 3 subjects yang betul2 strong..hukhuk..padan muka ko dina, sape suh x study betul2 dulu!!!

walaupun x sehebat sem lepas, (hoh..hebatler sangat result sem lepas tu..) harapnyer xde la sampai kena repeat sem..hehhe..ooo..jangan salah faham ye, our cut off point to repeat sem is not 2.0, but 3.0..tu yang wat i neves semacam nihhh...

I WANT TO GRADUATE THIS YEAR!!

doakan saya ye...

tatatititutu


Saturday, January 30, 2010

impian tinggal harapan..

4 hari tinggal blog..

demi memastikan impian terlaksana..

namun..

impian kini hanya tinggal kenangan...

aku pasrah..

dan sedar atas kekurangan diri..





note 1 : short update due to a very busy schedule.

note 2 : Malam besok pada jam 11.59 p.m giveaway akan ditutup secara rasmi. the lucky duos will be announced on the 1st February.TUNGGUUUUUUU!!!


Tuesday, January 26, 2010

ILMU KORANG TAK BERKAT!!!

salam..

hari ni masuk keje awal..7.20 a.m dah sampai opis..wah!!kagum nya i dengan diri sendiri!!huhu..maunyer x kagum kalo ade lagi 3 hari je nak siapkan my dissertation sedangkan chapter 4 and 5 masih kabur lagi kelam...hakhakhak...
:26:

susaaaaahh sangat for me to do my work at home malam2..sian woo laki i kena tengok tv sorang2 kalo i bz ngan keje..biarlah orang nak kata "eley, itupun x ley wat kat umah ke??macam ler dia sorang ade laki.." or whatever orang nak cakap..yang penting i can't do it at home..so, insyaallah 2,3 ari ni i akan memanfaatkan masa kat ofis lepas siap tugas2 wajib untuk wat dissertation tu..masuk keje awal and balik sama2 ngan hubby i kul 6 pun x pe.janji x yah wat malam2..
:3:


yang wat i sakit hati is many of my coursemates yang dah kaya-raya tu sedap2 je berlagak ngan i dorang dah siap sebab UPAH some undergrads students to do the SPSS analysis!!!sedangkan we ols yang x berapa nak kaya raya ni have to crack our heads to remind back all those statistical analysis!!!!warrrgghhhhhh!!!geramnyer i!!! xpe2..u ols grad ilmu x berkat!!~~ayat dengki demi menyedapkan hati sendiri~~
:37:

huh!!x heran ler kalo stakat dapat Master ngan penuh tipu helah camtu..thesis tipu!exam tipu!ingat i x tau ke korang pakat bawak masuk notes masa final exam ari tu???kalo stakat tactic korang tu, i memang ley baca laa..students i lagi hebat tahap first class ok kalo bab bawak toyol nih!!so, i'm kinda expert lor nak cam orang bawak toyol..kalo korang dapat 4.0 skali pun, sikett pun aku x heran la!!!
ILMU X BERKATT WEH!!!!

heh..ko pehal dina, x siap dissertation nak psycho lebey plak!!

:angry:

ok lah. 29 JANUARI 2010 i akan hantar jugakk kt atas meja Prof.Arifin x kira cam mane rupanye..hehehhe..harapnyer boley laa lepas untuk viva 6 February nanti..


:33:nak grad jugak tahun ni. tak kira. nak jugakkkkkk!!

tatatititutu