Showing posts with label phD. Show all posts
Showing posts with label phD. Show all posts

Monday, October 15, 2012

Part-time job, anybody interested?

Assalamualaikum..

I sepatutnya sedang mengadap segulung map dan meneruskan misi mapping of study location yang sepatutnya disiapkan sebelum Rabu. But I end up, sitting in front of laptop, dan menghadap muka surat blog tersayang ini pulak. Rasa bersalah ada juga kepada supervisor yang sekarang sedang berada jauh nun di Portugal sana, but i consider ini as part of my job task as well..hehe..to make me happy (lepas update belog yang dah menjadi sarang labah-labah) so mesti i boleh buat kerja dengan tenang dan bersemangat! 




ini lah dia map yang menyusahkan hidup i selama beberapa minggu ini..anyhow thank to MPKj at least they provide (read : bayar) me with this map. kalau tidak, mahunye i kena kira sebijk2 rumah kat daerah Kajang. oooemgeee... can't imagine kalau betul2 kena buat macam tu.hopefully this map will cooperate well with me these days, also GIS system provided by MPKj. Kalau nama je ada sistem, tapi tak membantu, memang nak kena kutuk berdas-das lah lepas ni.


Now, sila jeling ke checklist di side bar kiri blog kusam kelam ni. Panjang berjela i punyer phD checklist. I am just hoping that i can finish within 3 years.. Since I am going to be jobless by February 2013, please please KPT sila approve myBrain15 scholarship for me.. I am looking high and low for other scholarship too tapi banyak yang nak hantar pi belajar ke overseas which I couldn't do so. Mana nak letak hubby and Rafique kalau I nak terbang jauh-jauh sana tu. My hubby wasn't the type yang akan ikut bini pergi study overseas bagai tu, usah harap lah..!!I know it from the beginning, thus tak berangan pun nak jadi overseas grads. untunglah kau AJ (ok, aku jeles!) but I'm still hoping that  I at least could get one of the split programs. Dapat lah jugak attach kat university overseas tu nanti. I dont think hubby will object if I'm going for short period. And i myself no need to worry about "Hari Poligami Sedunia" yang dicadangkan oleh caller HotFM pagi tadi tu. Kuang asam jawa betul orang tu.


Ini pula lagi satu faktor yang buat i agak bersemangat juga bekerja sepanjang minggu lepas dan minggu ini.

 It is official. I am a STUDENT again. This time, compared to masa lampau (macam zaman dinosaur bunyinye) I feel excited to be a student. I rasa mungkin sebab dah lebih clear dengan matlamat hidup sendiri kot..compared to those days when I was forced to study..takde sape ugut kalau tak pass SPM, kena kawen ngan mamat sebelah rumah.  =P  now takde sape paksa. sukarela cari pasal, jadi sendiri mahu ingat lah ye Dina!! kalau kau fail this time, tempah lah kulit cover thesis tebal-tebal untuk tutup muka sendiri selama 7 keturunan. Hope I will not need to do that. Inshaaallah...


Looking at what written at the back of the matric card, i rasa macam nak cubit pipi sendiri. kakaka..unbelievable kot.. Selepas habis PMR, i was no longer in the "1st class" students. SPM punye result? Tak yah cerita lah..buat malu je ungkit kisah zaman kegelapan. Kat Matric pun, i was so-so aje.. compared to other roomates yang semua dapat 4-flat for both semesters. Heran betul tengok dorang tu. Makan nasi lauk buku ke ape? =D Then, masa degree lagi lah sadis..i was'nt in the "red carpet" team but we are the "tikar mengkuang". Sadis betul nama group ni. Tambah pulak masih ingat lagi hari poster presentation for our degree thesis, i was crying (in hesitation) sebab terpilih as top 5. sebab ape i nanges? thought we can go to enjoy ourselves selepas setahun berhempas pulas as soon after the poster presentation. yet, selected as top 5 means i need to work over the night to re-present my work for the final judgement the next day. so, bye-bye to movie. Bangang tak bangang lah i masa tu, melalak kat bilik supervisor "saya tak nak present esok doctor..pilih laa orang lain..saya nak gi mid valley, tengok wayang!" i seriusly can't accept the fact that i used to be like that before!!and turned out i am now doing my doctoral research with the same supervisor!!wakakaka.. yang heran tu, dia asyek lah suruh i sambung master dengan dia, sambung phd ngan dia..berani betul Dr. Kulan tu. Dia tak takut ke i buat perangai bengap tu lagi sekali???hehehe..


Just in case any of my readers are adik-adik yang masih lagi belajar, never looked down to yourself!You'll never know your true potential inside. ecewahhh..i pinjam kata2 supervisor AJ (aku baca kat twitter ko aku rasa) >> You don't need to be brilliant to get doctoral degree, but determination and hard work. 

Insha Allah, I will. 

Dan sebagai penutup entry yang takde intro ni, I nak mengumumkan that I need
  part-time enumerators for my research on children safety at home .. kajian akan diadakan di kawasan2 bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang which include Cheras, Ulu Langat, Semenyih, Beranang, Bangi and some part of Serdang too. Lagi bagus kalau u all tinggal di kawasan-kawasan yang disebutkan tadi, then you don't need to travel jauh-jauh sebab kami pun tak sediakan transport. Sesiapa yang berminat atau ada adik, abang, sepupu sepapat yang tengah menganggur atau ada banyak tenaga untuk didermakan kepada i (dont worry i bukan lintah darat cekik darah ke ape, we'll pay for your energy)  ke arah masa depan negara yang cemerlang gemilang terbilang, maka sudi-sudikan lah hantarkan butir-butir berikut (Nama, No-telefon, E-mel, FB id, Alamat semasa, pekerjaan- kalau students tuliskan bidang apa dan tahun berapa you all study) ke emel saya : gs35109@mutiara.upm.edu.my. kami akan sediakan latihan kepada calon yang terpilih. Syarat yang paling utama adalah fasih berbahasa melayu. =)

That's all i guess...tolong sampaikan information ini pada sape2 yang mungkin berminat ye..jasa anda amatlah dihargai, hanya Allah yang dapat membalasnya.

Bye.. 

Monday, September 17, 2012

and the journey had begin

assalamualaikum..

Selamat Hari Malaysia..
seronok betul hari ni membaca status kawan2 di facebook..bawak anak pergi playground..jalan sana..jalan sini..and me? stuck in front of this notebook and pile of papers to be work on.

hohoho...baru masuk minggu ke-3 first semester i dah rasa the sacrifice to be made..and its going to be a longgg way to go..i believe. Actually, I'm kind of enjoying it as I'm doing something that I really have interest in, cuma rasa sedih sebab kena sacrifice masa bersama family..working over the weekends for two weeks in a row now, really makes me thinking apa gaya lah agaknya in future?ini baru kat starting line.

i know and i am mentally ready..it is not going to be a journey for myself saje..it involves hubby and Rafique. there's a lot of sacrifice to be made by them as well. hope they will stand strong through this. semalam for example, hubby and Rafique went to kenduri without me. sebab i need to do my work. kalau i pergi 3-4 jam harus dah terkorban begitu saje..

anyhow, i'm hoping that this is only temporary..ye lah..we are now in the planning phase kan, mesti banyak kerja kena buat, kena plan betul2..i believe in the quote "IF YOU FAIL TO PLAN, YOU ARE PLANNING TO FAIL" obviously dont want to be one of those. Maka, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Hopefully, bila dah start data collection, everything will smooth sailing..Amin..

hari Jumaat ni, I'll be having an ethics defence. please pray for me. tak approve ethics, lambat dapat duit, lambat ler start project. maka, kalau ethics takde problem, in sha Allah by November boleh start collect data. =) i really hope i can finish this within 3 years. so that i'll graduate before 30. pray for me please yer kawan-kawan..


and this cheeky boy of mine..


will turn 2 in 8 days..belum mahu wean off..dan tak nampak gaya macam nak wean-off langsung. nak sleep training pun tak berjaya lagi. but somehow, i feel better to let him sleep with me..dah ler ibu ni memanjang busy, nak main dengan dia pun tak sempat these days.. at least, if he's sleeping with us, ada jugak lah bonding time di situ.. ^__^

as a conclusion, cita2 nak buat birthday party untuk Rafique this year tinggal cita2 dan angan2 jer lah..ibu is too busy to organize a party. plus, duit pun dah tak tahu nak korek mana pasal dah buat bayar yuran..hehehe..sorry yer Fiqfiq..kita cuba lagi next year.




Thursday, July 26, 2012

progress

PROGRESS OF ABAH

sudah berumur 49 tahun pada selasa lepas..alhamdulillah..walaupun takde hadiah bulan ni, insyaallah beli hadiah untuk abah bila balik kampung nanti. i already have something in mind to buy for him as a a birthday gift. tak mahal but i believe it means a lot to him. nanti dah beli i share apekah benda itu. tungguuu...

abah dah banyak berubah dari abah yang saya kenal sejak dari kecik dulu..abah i sekarang bukan lagi abah yang garang. abah saya bukan lagi abah yang sekali jeling, tak yah bukak mulut pun sume anak lari mencicit pergi mandi and semayang maghrib..abah sekarang dah jadi tok bah yang melayan Rafique cakap kat telepon sampai setengah jam walaupun Rafique cuma sebut  "tak, no, bah" dok ulang tu je pun..tapi abah layan jugak. kengkadang i naik konfius. betul ke abah aku ni boleh buat gitu. hihihi...

dan bila i call dia cakap happy birthday, dia tanya Rafique tak nak nyanyi untuk tok bah ke?? aiyoooo..bukan nak cakap thanks sebab anak wish. asyek2 cucu dia je...nyampah i tauuu..


PROGRESS OF RAFIQUE

he turns 1 year 10 months yesterday..another 2 months to go to breastfeed him..kalau ikut perasaan malas, rasa macam nak wean off dah sekarang ni..sebab Rafique ni dia ada satu perangai suka mimilk tapi sebenarnya tak mimilk pun...haaaa..konpius kan?? camni camni..dia mintak nak mimilk, tp bila i bukak, dia minum jap, pastu dia tgk tv atau main tapi bila i baru nak tutup, dia mintak balik..and so on...haaa..gitu lah kekdahnya..

tapi i rasa dia sebenarnya nak suruh i duduk n tengok dia main saje..taknak bagi ibu dia gi basuh baju, jemur baju , kemas etc..kesian lahh anak ni..bukan ibu tak nak duduk je main ngan Rafique sepanjang masa, nak memang nak, but duty calls lah sayang..tambah lagi dengan hubby yang keje more than 12 hours daily  sekarang ni, semua household tasks i handle sorang-sorang..tak kan nak harapkan encik hubby yang balik keje pukul 1-2 pagi tu jugak jemur baju n mengemas..sian lah dia..ye dok?? aiyaaa...

in term of his vocab progress, sangat memberangsangkan lately..he captures a lot of word. sometimes i got surprised! like this morning, masuk je kete, dia cakap " bu, dai (kedai) ter (water)" amboiiiii..sejak bila pandai ajak gi kedai ni anak?? i rasa ni pasal atuk dia selalu bawak gi kedai belikan air untuk dia lah ni.. and somehow he manage to put words as sentence..3-4 words each sentence. good enough. happy to see his development. 

yang i rasa paling comel about Rafique these days adalah dia akan mengaku ape je yang dia buat..dia sepahkan makanan, dia ngaku. dia buang sampah merata, dia ngaku. kalau kita tanya sape poo poo smelly pun, dia cakap "fiqfiq" that's how he pronounce himself. ^_^ kalau jumpa bird he'll say " hi bird, nem (name) fiqfiq" (hi bird my name is fiqfiq) sambil jari telunjuk kat dada dia..

our latest trick to keep him calm while waiting for food kalau makan kat luar adalah....bring his colouring book and colour pencil.





berjaya laa buat masa ni..sampai ayah ngan ibu pun kena coloring dengan dia..and few books to read in case lama sangat nak tunggu foods..budak2 kan cepat boring..jadi kena ada varieties lah..maka gitu lah kekdahnya..nak kena punggah books dia ke hulu ke hilir..

PROGRESS OF MY STUDY

alhamdulillah dah dapat black and white on the grant funding. worth 140000 USD a year and its going to be a 2 years project. hope everything will go smoothly. semalam dah berskype dengan my SV and co-SV. in this research, dia ada macam terbalik sket. my SV is not the Principal Investigator for this research but my co-SV..ni semua management issues laaa...under this research project, ada 2 orang doctoral students..me and another doctoral candidates of John Hopkins itself..so, we'll be working hand in hand for this project. for her, my co-SV is her SV while my SV is co-SV. haaa..gitulahh cerita dia. 

it's a large amount given to us. i am nervous about it. risau lah kan..orang bagi kepercayaan kat kita handle duit half a million to be spent, they must be expecting something very big..and at the same time i feel very honoured since ada 22 research proposal applying for the grants, my reaserch project adalah 1 out of 3 yang berjaya. kembang bermangkuk-mangkuk rasanya..hehe..alhamdulillah..syukur Allah permudahkan jalan i..

bulan Ramadhan dan Syawal ni will be a hectic months for me. there's a lot of thing to do, a lot of reading to be made since we are in the planning stage. kan biasa kita dengar, "if you fail to plan, you plan to fail" warhhhh..takuutttt.. please pray for me dear family and friends..

masa discussion with them last night, i feel like resigning from work hari ni jugak because i can imagine the whole load on my backbone now. moga2 i berjaya lah mengharungi challenge ini..lucky enough i have sparring partner lah kan..at least kalau kena grill oleh my SVs to, i takdelah sorang2, kami berdua..hehehe..

so, kawan2..please please please..pray for me..moga Allah S.W.T mudahkan jalan i..semoga Allah S.W.T tabahkan hati i dan hubby i..i know this is not going to be a challenge to myself only, but to the three of us. hubby and rafique pun kena tolong ibu baca journals jugak yer lepas ni..haha..

enough till now. thanks for bare with me until the end of this long entry.
selamat berpuasa dan selamat berbahagia.
bye.



Tuesday, July 3, 2012

hari ini hari yang penting dalam hidup saya..

bismillah..

hari ni nak pergi submit my phD application form ke GSO.
proposal tu dah ok kot..2-3 hari ni macam ada confident lebih sikit bila baca proposal..
doakan urusan ini dipermudahkan..
sangat tak sabar nak bergelar student semula..
dan yang paling tak sabar adalah untuk bergelar full-time-students..
dan yang paling paling paling paling palinggggggg (kalau ada cikgu BM baca marah dah ni) tak sabar nak tulis Dr. Nurdina Awanis bt Zakaria as my name.. (>_*)
jauh benar berangannya ye..

insyallah..



Friday, June 15, 2012

Thanks UPM, Thanks JHU

hola ho ho ho..

dah jumaat..yeay!!i am very excited for tomorrow..nak jumpa bride-to-be..
tak sabar nak gosipping and sharing those tips..wakaka..
among my BFF, i'm the first one who got married. tu pasal, dorang ni kalau dekat2 nak kawen mulalah nak tanya tips2 kononnya..padahal wa takde tips pun..not even 3 years in marriage life kot..
kalau nak tips lagi baik tanya orang lama2 yang dah berjaya kekalkan perkahwinan sampai 30-40 tahun..
tapi, setakat nak share pengalaman i boleh laa kot..=P


and last 2 days i got a good news from my supervisor..kami berjaya dapat research grantt from John Hopkins University yang i dok sibuk2 prepare early this year..worth USD 140 000 per year..alhamdulillah...syukur tak terhingga pada Allah..banyak berita gembira minggu ni..and i'm kind of excited to activate the project. doakan semua urusan berkaitan the research project and my phD journey akan dipermudahkan Allah S.W.T ye..


to my supervisor, Dr. Kulan from UPM and my co-supervisor, Dr. Abdul Ghafoor from John Hopkins University(JHU) :

 Thanks for giving me this opportunity..Tunjuk ajarku sifu!


Thursday, December 1, 2011

mulakan december dengan semangat

how time flies..

its december already..the last month of 2011..

dan i akan mulakan december dengan penuh semangat untuk berjuang completekan my 2011 wishlist yang belum kesampaian..hihi..kan hari tu i cakap kena postpone dulu misi phD..tapi sekarang i rasa i nak teruskan tahun ni jugak..i MESTI teruskan supaya lebih banyak kotak kat wishlist check box on my left side bar dapat ditanda sebelum berakhirnya 2011..insyaallah..


dok gebang kecoh2 bersemangat nak completekan misi ni pasal i dah berjaya sign up to enroll as phD student..ececehhh..walaupun proposal masih lagi di awan awangan...hikhik..takpe..december kan 31 hari..huhu..sesape yang berminat nak enroll master and phD di UPM untuk intake february 2012, mari2..anda masih ada 30 hari untuk berbuat demikian..bukan anda ada 30 saat ok..


satu lagi faktor yang buat i lebih semangat nak teruskan misi ni sebab i'm gonna do something that i'm currently fond of..which is kids a.k.a children a.k.a budak2..sejak ada anak ni, memang ni lah benda yang i suka..jadi, i need to do research which is related to kids..so that i akan jadi rajin sket nak baca..eh..takde lah sampai tukar bidang pediatrics pulak..x layak..masih in line with my field >> safety..cuma kena tune sket from occupational health to public health..insyaallah..

wish me luck peeps..and doakan supaya 'malas' pergi jauh2, 'rajin' datang dekat2 i..

cuma kannn....sedih tauuu....



degree grad ramai2..


master pun grad ramai2..walaupun tak semeriah masa degree..


phD nanti ada geng tak agaknyaaa???



Friday, October 14, 2011

makin jauh

hari ni dah masuk 14 october 2011 yer kawan2..pejam celik pejam celik rupanya tinggal dua bulan setengah jer lagi sebelum tahun 2011 sampai ke penghujung..cepat betul masa meninggalkan kita yang lalai dan leka ni..kalau dijeling ke sidebar kiri, wishlist 2011 yang berkaitan dengan phD masih belum bertanda walau satu kotak pun..sobs..


nak nanges pun ape lah gunanya kan??sape suruh diri sendiri malas??sibuk sangat lah konon kan???padahal dok melangut kat FB je pun kalau takde keje..kalaulaa satu hari, spent 1 jam jer sekalipun mengadap proposal, kurang2 pun sejak 4-5 bulan yang lepas hari ni mesti dah boleh bawak proposal jumpa SV..pastu mesti boleh enroll ngan rasa bangga..


tapi semenjak dua menjak ni phD tu rasa makin jauh pulak ngan diri ni..haissshhh..there's soo many things i need to juggle with..u all pun tahu lah kan, being a working mum, mana nak settle hal family, hal keje and hal study pulak..sume tu tentu perlukan kekuatan mental..dan i ni tak sambung study lagi pun dah nak stress bagai..ape cite??


dulu masa final semester master degree, baru kawen, walaupun takde anak pun betapa lah susahnya nak focus to study..or..mungkin tu sebab mood penganten baru???;-) ini kan pulak bila ada anak yang dah super lasak dan perluka 110% attention from me..i pun tak nak lah jugak kalau i asyek busy ngan keje n study, anak pulak terabai..sian lah Rafique kalau takde orang nak layan dia main football, baca storybooks, tengok boboiboy n spongebob (ibu yang tengok sebenarnya)..


baru2 ni i ada attend a 4 days competency course which includes few assignments to be done in order to be competent..itupun dah huru hara rasanya..ngan balik rumah tengok anak dah tido lagik..sedih tauu!!itu cara2 short course..kalau nak tunggu abeskan 3-4 years for phD macam mana gaya lah agaknya??


i bet it is not easy..sebab tu i kagum kalau married peoples, kekadang tu umur dah dekat 50 pun masih berjaya graduates..tak payah phD pun takpe, nak graduate degree pun bukan senang tahu bila dah ada banyak komitmen ni..weekdays keje, weekend belajar, family, assignments, outstations etc etc..belum masuk cerita anak tak sihat, esok kena hantar assignments..which of these two will be the priority???headache, NO??


dah..sekarang i rasa macam i ni mencipta alasan pulak sebab kotak2 tu tak bertanda lagi..to be honest, memang i yang malas..malas nak pikir, malas nak stress, malas nak kusut..semua masalah ada penyelesaian dia kecuali M.A.L.A.S. serves me right la kan kalau kotak tu tak bertanda pun??


entry ni takde hala tuju pun..entahlah..mungkin takde rezeki i this year..moga2 next year kekuatan itu muncul kembali..now, wondering whether i should remove them from my 2011 wishlist...hurmmm...

Wednesday, May 11, 2011

scholarship

hi all..

nampak tak kat wishlist 2011 i tu dah semakin panjang list nya??sebab i dah masukkan few more wishlists related to my phD..nak further study kena laa buat proposal dulu before boleh apply to enroll dan jugak apply for scholarship kan??moga2 jalan i dipermudahkan..


Nak scholarship by poket sendiri macam x mampu jer..kalau tuition fees around RM 2K per semester kali 8 semester (max) dah jadi RM 16K tuuuu..mana nak cekau??duit ASB pun ciput ajooo...ni pun kalau ada grant untuk projek..kalau xde grant, nak kena fund project by pocket sendiri gak??fhewww..lagi masak!! itu baru tuition fees kat Malaysia's IPTA..what if kalau nak study abroad???

ikut keinginan dihati memang nakkkkkk sangat further study kat over the sea nun..degree & master xde chance..mana tahu kot phD ni ada chance nak merasa dok negara orang..orang kata further study kat UK susah..ada gak kata US lagi susah compared to UK..and got few suggestions supaya i put New Zealand as an option..tapi entahlaaa..boleh ke i study abroad??bawak hubby ngan Rafique ikut??apa hubby i nak buat sementara i belajar 3-4 tahun kat overseas sana tu??jadi full time house husband??ke cari keje kat sana??ok gak tu kan..new exposure for him too..(hubby i malas nak sambung study) ^_^ >>> mode:berangan..


nak sambung study overseas konon..kalau dapat further kat Malaysia pun dah cukup baik..=P my current option nak wat kat UPM..with my supervisor masa degree dulu..jap lagi ni nak gi jumpa dia lah..anyhow, dia adalah sangat supportive untuk i further study ke oberseas..new exposure he said..kalaulaaa rezeki itu milik saya... ^_^ (berangan lagi...)


dulu hubby macam x sokong sangat bila i cakap teringin nak further study kat oversea..tapi sekarang macam dia setuju jer...siap boleh layan i berangan lagikk..jadi mungkin i perlu terus berangan (sambil usaha gak laaa)..moga angan2 itu akan jadi kenyataan..


berangan x salah kan?? FREE jer, x kena bayar punnn!!dari angan2 laa bermula cita2..dan kalau cita2 tanpa usaha, jadi laa angan2 mat jenin..i x mo jadi mat jenin..


p/s : hati x tenang kurier (CDs) dalam bilik CEO..huwaaaaaaaaaa...