Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

hari ni hari yang menggembirakan


sempena boleh bukak blog kat opis.. sempena saya dah tender resignation hari ni, saya update blog dengan few pics of raya yang baru dapat from our "official photog" of hari raya...hehe..








ni gambar raya kedua tersesat..budak ni nak bagi dia diam, tak melasak masa gi beraya kat umah orang, bagi jer henfon, main lah dia game selagi ada bateri.

ok tu je..malam ni nak balik kampung sebelah my family pulak.
please pray for our safe journey pergi dan pulang nanti..

bye..


Thursday, August 16, 2012

raya kat mana?


assalamualaikum!!!

two more days at work peoples before kita bercuti selama seminggu untuk berhari raya bersama sanak saudara..woot woot!! ke dah ada yang sampai kat kampung?? cemerlang eyh.. lagipun untuk elakkan jam, it's god to not travelling during the peak hour. i guess majority bercuti for a week lah kan..just amek 3 days extra je pun..as for me memang the company tutup for the whole week, maka memang wajib cuti walaupun hubby tak bercuti panjang..ada jugak dengar2 khabar u ols bercuti sakan sampai 2 weeks ek??kemain sakan lah beraya..


so, raya di mana? kampung suami ke isteri?? sape yang raya di KL/Selangor tu roger2 lah..boleh i pergi beraya..i raya sebelah husband dulu, minggu Merdeka nanti baru hubby dapat cuti lama sket untuk balik Kelantan..plus, nak attend my cuzzy's wedding kat Kelantan on 1st September nanti..by the way, memang turn dia pun tahun ni. jadi, i dah mentally and physically ready untuk berhari raya tak dapat salam mama and abah di pagi raya ..takpelah lambat sikit pun, asalkan boleh balik lama sikit nanti kan...


jangan gaduh2 berebut nak balik kampung sape ok..i believe most of us memang dah ada sistem giliran balik kampung berhari raya kan??cuma redha dan pasrah jer lah..adat berumah tangga gitu lah..tak kira turn mana pun, family kita jugak kan..lebih baik enjoy jer berhari raya kat mana dulu pun, sebab yang utama nak bermaafan dengan family sambill mengeratkan silaturrahim..jangan sebab asyek "nak menang", dapat dosa kering pulak akibat masam muka dengan suami di hari raya..no no no...


jadi di kesempatan 2 hari sebelum raya ni, i nak memohon maaf atas segala salah silap terkurang terlebih sepanjang u ols baca blog suam2 kuku i nih...kot ada yang terasa, terkasar bahasa, terkecik hati with what i wrote here, mintak maaf banyak2 yer..i did'nt mean it (most of the time)..tapi ada gak kekadang tu, blog ni menjadi tempat melepas geram.hehehe..jadi, ampun maaf dipinta yer..

yang paling utama, tak kira lah raya di mana, di kampung siapa dulu, keselamatan mesti diutamakan..





drive safely..eat safely..live safely..

pesanan khidmat masyarakat dari Kapten Rafique Zaquan ^__^

Wednesday, August 1, 2012

tudung raya, kasut raya, underwear raya pun ada!

assalamualaikum..

hari ni dah masuk 12 Ramadhan kan..cepat betul Ramadhan ni berlalu..lagi 18 hari dah raya..kalau gi shopping malls tu, memang dah meriah dah dengan lagu raya..ada yang cakap radio pun dah pasang lagu raya. tapi i belum dengar lagi setakat ni..

jadi, sempena dengan gaji i dah masuk hari ni, tapi kena potong academic incentive (bengang gile wehh, time2 nak raya ni laa kan ko nak cari pasal dengan aku wahai HR) maka untuk hilangkan stress pasal tu, marilah kita cerita pasal benda2 yang seronok like shopping  for raya!yeayyy!! dah ler gaji kena potong, tapi nak jugak perabih duit kan?? ish ish ish..takpe2..i  dah order biskut raya, kerepek raya and batang buruk raya.. maka, kalau hujung bulan nanti dah takde duit, kita makan je lah biskut dan kerepek raya tu..;-D

talking about persiapan raya, ni i list down lah apa yang i prepare untuk raya tahun ni yang tak berapa excited sangat pasal raya sebelah encik hubby..hohoho..bukan i bias ok..tapi itulah hakikat..mesti lah sedih tak dapat salam abah ngan mama di pagi raya, tapi sebab sedar diri menjadi isteri orang kenalah amek nombor giliran balik kampung..for me, takde issue sangat pasal balik kampung ni. memang dah turn dia pun tahun ni, maka daripada masam muka bergaduh dengan suami dan dapat dosa free, baiklah kita redha jer. next year, turn i jangan lah u buat2 lupa pulak yer hubby.

first sekali mestilah persiapan untuk si little captain kan..baju bajan dia semua dah settle dah, jeans pun dah beli. baju melayu kaler hijau pun dah beli from mamayayazone. satu set ngan sampin u! kalau korang yang masih belum jumpa baju melayu or baju kurung n kebaya untuk anak2 tu, silalah terjah mamayayazone. size newborn 1-3 months pun ada. seriously irresistible. sume comel2 weh..rambang mata i tengok. especially baju kurung n kebaya untuk gegirl..geramness!!they are made from cotton, colourful..eh senang cerita memang sangat comel. tak caya, gi lah terjah sendiri. erm..erm..kasut n sandal raya untuk Rafique pun dah ada..

for myself, dah beli sepasang baju kurung ready made, tinggal nak alter kelabuhan jer..standard r tu orang ada sindrom kependekan ni kan, kalau beli baju ready made mesti kena alter punye. sepasang lagi kain dah dihantar untuk buat dress/jubah which ever you wanna call it. dan tukang jahit merangkap my husband's aunt pulak bersetuju untuk amek lagi sepasang kain kalau nak di buat dress.maka, i akan ajak hubby pergi beli kain sepasang lagi dengan kadar yang segera. =)  dan hasrat di hati nak beli kasut baru juge..i takdelah jenis yang sampai 2-3 persalinan semua baru sempena raya, tengok poket sendiri mau ingat laa kan..tapi sebab dah lama tak beli kasut baru, rasanya reasonable kot nak beli kasut baru..hehe..

as for hubby, apa pun tak prepare lagi untuk dia. kecuali dia dah beli jam raya! sempat lagi tuh..i cakap, kena shopping untuk i and settlekan beli barang lain dulu baru shopping untuk dia. pasal dia dah beli jam!wakakaka..saya isteri kejam. hubby tak yah beli kasut baru pasal kasut dia 4-5 pasang tu dok tersadai je pun dalam shoe rack, jadi sila pakai kasut yang dah ada tu!

tentang persiapan raya yang lain, kuih-muih, kerepek-merepek raya sudah diorder. tinggal hulur-hulur duit jer lagi..duit raya pun hubby dah tukar..turn raya sebelah family dia kan, maka dia lah yang bertanggungjawab untuk itu. tapi masa turn raya sebelah family i pun dia gak bertanggungjawab!hahaha..maka disini, dapatlah disimpulkan, ape yang belum settle untuk raya adalah (ni i susun ikut priority) :

1. kain i sepasang untuk jahit dress
2. baju melayu hubby kaler hijau
3. duit kuih-muih raya
4. tudung raya
5. kasut raya i
6. duit upah my dresses
7. jeans hubby
8. baju jalan2 hubby
9. seluar rafique 1/2 helai

oemgeeee...looking at the list, i dah mula berpeluh. kena kira budget betul2 ni...bahaya..karang ada yang makan kerepek je lepas raya.erm..korang dah siap ke persiapan raya?

k bai..



Tuesday, November 8, 2011

aidil adha..

assalamualaikum..

hari ni tuesday blues lah kan sebab baru masuk keje lepas cuti raya haji or u all masih bercuti kat kampung lagi??i balik kampung atuk hubby kat Bestari Jaya a.k.a Batang Berjuntai ajo...dokek ajo pun..balik pagi2 raya, siap sempat hubby pergi semayang raya kat sana..jom lah layan pics during our korban..hubby took part this year..maybe tahun depan i pulak ker..insyaallah kalau ada rezeki..





posing dengan lembu dulu before korban..rafique mula2 tu takut bila bawak dia dekat ngan lembu..selalunya kan tengok dalam gambar or tengok dari jauh jer..ni kat depan mata kan..tapi kejap jer laa takut2 pun..lepas tu dah excited tunjuk cows sana sini..kat masjid yang kitorang korban ni ada 9 ekor lembu sumenye including sekor yang kerajaan sponsor..


ni lepas lembu tu dah tumbang..masa dia nak sembelih tu, dia panggil semua yang took part untuk sama2 pegang badan lembu tu termasuk laa encik baju kuning tu..=) at the same time, masa nak sembelih tu, dia takbir ramai2..masa tu sayu sangat rasa..lama betul i tak pergi tengok orang korban ni..kalau masa kecik2 dulu, memang laju laa nak mengikut abah gi tempat korban every time raya haji..


lembu yang sudah terkorban..dalam banyak2 lembu yang korban kat sini ari tu, lembu kitorang ni yang paling baik..cepat je dia dah tumbang..dia dah redha kot jadi korban..mati syahid..;-) ada lembu2 yang lain tu, sampai terlepas la..seb baik takde orang kena tanduk ngan lembu..



ni masa nak mula lapah kulit dia..encik baju kuning hanya posing semata2 jer tu..tengok baju pun tahu kan??kalau AJK yang tukang sembelih tu, takde makna laa nak pakai baju melayu bagai..=P

we were on candid camera!!HOHOHO..suka lah gambar ni..i cilok from my aunt's FB..

Sekian saje berita hari raya korban kami..minggu ni menu semua daging lah kan??daging masak merah, masak kicap, masak hitam, masak kurma, kari daging???selamat makan daging semua..pastu kita sakit kepala secara berjemaah pulak..hihi..

daaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Friday, September 9, 2011

ape plan weekend ni?

its friday n i'm pretty sure most of our schedule this weekend(even every weekends) of this month are jam packed with open house invitation.am i right? i personally got 3 to attend tomorrow (saturday) and 2 more on sunday excluding visiting my aunts who staying nearby!!!wuhhooooottt!

WHICH MEANS???

Diet plan ruin.huhuhu.

thanks to breastfeeding that i don't need to worry about putting on so much weight during this festive season.additional 1 or 2 kg won't bring me to overweight category either O:-)

anyhow,enjoy ur festive season!open house is not about foods only.its get together time to tightened our ukhwah.foods are just bonus!!eat in moderation so u won't need to spend the money u hardly earned neither on slimming tea nor pills.

have a safe weekend.enjoy ur open houses!

Wednesday, September 7, 2011

review of Maybelline Mascara and Dior Foundation

gara2 upload gambar raya wordless wednesday tadi, ada pulak orang bertanya i pasal skin care n pakai make up ape sebab nampak cantik..huhuhu..mesti pic lain i buruk kan??tu pasal tetibe gambo nampak cantik, terus orang tanya..hukhuk.. tapi takpe laa..i buat laa entry gedik cerita pasal kecantikan just for u my lovely reader cik adik manis..orang lain kalau tak lalu nak baca, skip jer laa yer u all..


pasal skin care i simple2 ajo..takde pakai brand mahal2 pun skarang ni..cut budget untuk perkara2 yang lebih penting..Alhamdulillah blessed with skin yang tak de masalah serius..fine lines sebagai tanda usia meninggalkan zaman REMAJA tu ada gak laa sikit2..pejam mata jer laa..bab mekap memekap ni, i memang suka sebenarnya..cuma sejak ada Rafique (tak abes2 nak kaitkan ngan anak) kurang sikit masa membelai diri..ecewwaaahh..mandi pun sambil2 anak tunggu depan pintu..kalau nak gi keje tu, memang banyak bare faced jer lahh..takat tepek2 bedak sikit..eye liner n blusher kalau sempat..eh orang tak tanya pasal gi keje lahh dina, orang tanya pasal gambar raya!!


ok fine.gambar bertudung hijau tu, unedited..taken by IPONG ajo..i takde DSLR segala..nak kata tak cantik, i pun suka pic tu..rasa macam cantikkk jer..#perasan tapiiiii..itu bukan wajah bare-faced darlinggg...karang tepek wajah bare-faced pucat lesi, pitam u ollss tengok i!!i do make up..light2 ajer laa..coz my make-up artis bangun lewat..raya pertama tu,mekap done by my sister..tu pasal sempat bereyeshadow bagai..kalau ikut i punya make up scheme, foundation (kalau rajin),compact powder, eyeliner, blusher, lip balm n gloss (kalau rajin). that's it..less is more!!RIGHT?? kunnnuunnn..



now, i wanna share my review on two make up stuffs that i recently used..and have fallen in love with them!!!



first is mascara Maybelline..Volum' Express The Colossal Washable Mascara..alaa yang packaging kaler kuning ni haa..



i ni sebenarnya bangsa kurang menggemari mascara walaupun bulu mata kontot dan tak lentik sebab pertama, tak reti pakai selalu bergumpal dan sebab kedua pulak payah kalau nak solat kat luar..nak kena bawak make up remover segala, memang bukan i lahh tuuuu!!!Kalau tak pakai mekap remover mula lah hitam macam mata panda jadiknyer..so, baik tak yah pakai.

nak dijadikan citer..i punyer i liner dah abes..pastu, mintak hubby belikan baru sebagai hadiah raya..hihihi..tapi rezeki dimurahkan Illahi, mama i telah kasik sebatang eye liner MAC untuk anakanda ini, so tak yah ler beli eyeliner..tapi sebab hubby dah janji nak belikan eyeliner, tak kan laa kita nak lepaskan begitu saje, i tukar laa kepada Mascara..i bukan cekik darah tau..daripada janji nak beli eyeliner MAC rm90, dah reduce ke Mascara Maybelline rm30++..not bad whattt???=D

untuk pertama kalinyer, i rasa gembira memakai mascara..tak bergumpal..senang jer sapu..bahagian hujung mata pun boleh sapu..kalau tak, jenama i mesti pakai mascara separuh jer..sebab mesti comot..ngeeee..=) daku yang skill pakai mascara memang score D+ pun rasa ala2 dapat B+..takleh kata A..menipu pulak tuhhh..bulu mata pun takde rasa berat sekilo..ohh..i'm lovin it!! practice makes perfect!!tak lama lagi, rozita che wan pun kalah ngan i lahhh!!HAHHAA..pastu bila cuci, dia memang tak comot..LIKE LIKE LIKE!!!pasni nak gi jalan2, rajin lah bini mu ini pakai mascara wahai hubby..kata u minat Rozita Che Wan kan???ni haa Dina Che Zakaria..demi mu hubby, kat umah pun i pakai mascara gak nanti (ENTAH BILA NANTI ITU).usaha ke arah menggembirakan hati suami gak ni namanya kannnn????


maka, belilah Maybelline Volum' Express The Colossal Washable Mascara!!MURAH, JIMAT, BERKUALITI..=)



another product is Diorskin Sculpt Foundation..ini disambar kala pergi ke Alamanda pada bulan puasa..jalan2 jer kononnya sementara bukak puasa..sekali tertest kat tangan..pastu salesgirl dia offer test kat muka..pastu hubby cakap nampak smooth..pastu terus fall in love.pastu terrrrbayar and terrrrbawak balik.=) sekali lagi, i sebenarnya cuba untuk menggembirakan hati suami..suami kata cantik, takkan nak lawan cakap pulak dokkk???
ini second time beli foundation..first time beli MAC..stick foundation..tapi i tak happy sangat..this one is liquid foundation.texture yang lebih ringan dan tak rasa macam pakai foundation pun..tak melekit..kulit nampak flawless u all!!sume sebok tanya i pakai skin care ape time raya ari tu..padahal i pakai foundation..tu pasal flawless semacam kulit ni..try tak pakai..memang tak dapek laa nak flawless..


me n my official make up artist bila balik kampung..sesape kat area Kota Bharu, nak gi dinner ke..nak bertunang ke..boleh laa nak mintak budak ni mekapkan..make up light2 gitu..charge murah2 jer..dia baru dok belajar2..adik i baru form 4..sekadar suka2..n cover duit poket dia jer..


itu jer laa kot yang dapat di share..sekian.
daaaaaaaaaaaaaaaaaa...

WW : gambar raya lagi.sila jangan muntah..



Tuesday, September 6, 2011

hampehsss punyer tailor


raya this year sepatutnya sangat seronok laa for me..first time beraidilfitri sebagai isteri dan ibu at my side..raya umah mama i kan..cer try raya side husband, mesti kurang seronok..hihihi..seronok jugak sebab first time jadik tukang kutip duit raya Rafique..ish ish ish..ibu ngajor anak bad attitude..raya bukan untuk kutip duit raya semata2 ye adik2..kita beraya untuk bermaaf-maafan tau..pesanan khidmat masyarakat daripada Puan Dina..sekian time kaseh..


napekah anak buat muka camni???ibu punyer laa menyengih di situ..

orang salam, dia pun nak jugakkk nyibuk..potong queue pulak tuh..yang kecik ni patutnya queue belakang sekalik kan??



walaupun dok seronok, dua ronok dan beronok2 lagi beraya bersama family, ada jugak sesuatu yang kurang ronok berlaku..BAJU RAYA I TAK SIAP!!!takde sedondon dondon di pagi raya tau!!GRRRRRRRR...marah betull..pedih jer hati tengok orang berdondon satu family..kemain lah mama i dah beli kain sedondon kuning for me, mama n my sister..warna kuning di raja u olllsss!!!bulan 6 lagik dah hantar tailor tauuuuu...sekaliiiii tak siap.last2 yang bertemakan kuning hanya para gentlemen in the family including Rafique Zaquan..sebab beli baju melayu dorang 2 hari sebelum raya..nampak disitu apekejadah hantar baju raya kat tailor sejak bulan 6???


sobs...


ampun b..i tau i banyak dosa kat u..u pun banyak gak dosa kat i kannnn??? =P


pasangan suami isteri tak sedondon..my hubby kata "kan baju u ada bunga kuning2 tu..boleh laa" ayat nak sedapkan hati isteri dia..


my sister lagi sedih tau, tiga pasang baju dia kat tailor tuu..sumer tak siap!!!hampagas punyer tailor!!Mula2 dia cakap ngan mama hari Jumaat sebelum raya, pastu postpone ke ahad, pastu postpone pulak ke malam raya!!!MALAM RAYA MAMA I 'MASAK RENDANG' KAT UMAH TAILOR TU SAMPAI PUKUL 2 PAGI!!!!tapi end up tak siap jugakkkkk!!!dia janji nak hantar lepas semayang subuh pagi2 raya..lepas subuh call, kata lepas semayang raya pulak..lepas semayang raya call????TAK ANGKAT LANGSUNG DAH!!!


ape perasaan korang kalau mende ni jadik kat korang???marah tak??atau pun masih boleh senyum lebar???

dasar tukang jahit tamak!!kot yer tak sempat, sila bagitahu awal2..kurang2 pun siapkan laa sepasang sorang baju raya orang tuuu..eh..bukan we all bertiga punye baju jer tau tak siap..there's many others yang senasib ngan we olss!!!kuang hasam betolll!!kalau dia bitau 2-3 ari sebelum raya, kot boleh laa kita gi carik baju raya lain dulu..ini tidak, janji janji janji..tapi macam SI**!!! haaa...kan dah sumpah seranah caci maki disini..marah tauuu!!!seb baik dia deal ngan mama i..kalau deal ngan i, memang haku pi tiaww dia cukup2..


i rasa sepatutnya semua tukang jahit dah tahu kan capability dorang dalam menjahit baju..so, pepandai laa estimate berapa pasang ko boleh jahit untuk sepanjang bulan puasa..and i think that's why selalu tukang jahit 1bulan or 2 bulan sebelum raya dah stop amek tempahan..ini tidak, orang hantar ko angguk!!pastu????ini gaya2 hantar kain bulan 6 tau..bukannya hantar last minit..ini dah masuk kes naya lah i rasa..boleh naik court tak???kite gi civil court..ada sesape sudi jadi lawyer i???kalau menang, kita share denda dia jahit baju kita 1 tahun tanpa henti, FREE OF CHARGE!!wakakakaka...

ni dia pasukan baju raya persalinan pertama tak siap..=(


yang lewat tu dah satu hal, hasilnye pulak tak seperti yang digembar-gemburkan..cutting wise, OK memang selesa dipakai dan rasa cam nice jer ngan badan but design wise, suka2 hati dia jerrrr nak buat kain aku tu jadik cemane..lain kita mintak, lain pulak yang kuarnyer!!!i mintak dia jahitkan manik, tapi kuarnye sulam..sulam kalau cantik tak ape..ini, kain wane kuning, sulam pun kuning jugak..mane laa nak berseri baju tu..seb baik i memang berseri2..HAIHHHH!!!tapi i seriously tak suka tau tailor yang memandai camni..kalau ko tak sempat ke ape, sila bagitau...consult dulu customer whether nak ke tak kalau buat camni..respect customer's right okkkk!!!aku bukan hantar ko jahit for FREE!!kan??kan??kan???


marah memang marah, tapi xde laa spoil sangat mood raya..cuma bengang gak laa..last2 jadi laa tema biru kuning tahun ni..lelaki sumer kuning..perempuan sume biru..huhu..belasah lahh labuuuuuu...



atuk i join geng kuning..nenek i pakai baju biru gak tuh tau..tapi sarung tudung purple..belasah jer laaaaaaaa!!

buah hatis (plural) berbaju kunings...sobs..#jeles


beraya bersama my darlings BFF on raya ke-2..ada sekeping jer pic dalam kamera comel i..lain sumer kamera gedabak orang lain..huhu


i love this pic..^_^


ini laa baju kuning yang digembar-gemburkan itu..patutnya pakai 1st raya tapi raya ke-4 baru dapat pakai..nanti2 laa i letak full spec baju nih..


kesimpulan dari kisah diatas, i takmo dah hantar kat tailor tuu..mama pun i tak kasik hantar dah kat situ..susah wat keje ngan kaki belit n tak reti nak respect hak orang..kalau kain murah2 macam i takpe gak..what if orang tu beli kain sampai beratus or beribu???tak marah kalau tailor jahit tak macam kita idamkan????


ok lah..takmo kutuk dia banyak2 dah..membazir jer pahala puasa dapat kat dia..
daaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Monday, September 5, 2011

Al-hafiz Ustaz Rafique Zaquan

morninggggg!!

selamat hari raya ke-7..dan selamat mula bekerja..;-)

Mood bekerja kelaut sungguh..cam tak puas lagi bercuti raya..huhuhu..
dasatt penangan raya..mengalahkan budak2 ey..seminggu sebelum raya mood kelaut, seminggu lepas raya baru recover balik mood nak kerja..hikhik..sekali boss potong gaji 2 minggu yang mood kelaut tu baru padan muka i kannn??


i bercoti-coti 11 hari, blog pun sama lah jugak bercoti..bizi lah..mana sempat nak update blog time cuti..ngehngehngeh..i've loadsss of stories to share..for today, mulakan dengan cerita2 Rafique beraya dulu yukkk..

* * * * * * * * * * * *

this baby of mine is very excited nak beraya tauu..pagi2 raya dia laa yang bangun dulu kejut semorang..mandi pagi2 buta lepas subuh pun rileks jer..macam paham laa sangat nak raya..last minute shopping for his baju raya, alhamdulillah ada saiz n warna seperti yang dikehendaki..sedondon laa dengan ayahnya..i????next entry i citer pasal sedondon2 ni ok..panas hati tau tengok orang pakai baju sedondon satu family!!SOBS..

yang paling best tu, Rafique is in a verrryyy good mood sepanjang beraya..xde masalah langsung..breastfeed him siap2 dalam kete masa otw ke tempat beraya, and he will behave sepanjang kat rumah orang..with bonus wat muka comel make everyone gerammsss ngan dia..macam artis dah Rafique..semorang sebok dok ngambik pic dia..sebab anak i memang gile glamer..pantang tengok kamera ada flash, mesti sengih..ikut perangai saper lah niiii????

layannn pics si bolat a.k.a motak berbaju raya k....

ada bakat jadik ustaz tak??

Al-hafiz Ustaz Rafique Zaquan;-D aik, promote ubat sakit mata ke ni sayang???


ramai dah ngaku mak mertua nih...sila amek nombor for interview yer..kikiki..


ustaz in leisure mode..nak pujuk dia nanges, bawak naik kete bagi dia main stereng, konfem settle..=)


new skill developed..panjat tangga..umah we ols takde tangga..sekali dapat jumpe tangga kemain sonok si kecik ni turun naik..siap berlumba lagik tu haaa..berdebar mak ni haa nengok dia..naik tangga pun pakai gear 5..


ohh..ohh..rafique nak adik ke sayang???;-) pantang tengok ada baby..dia pun sibuk laa..nak tolong jaga..n nak tolong enjut rocker tu..silap hari bulan karang tolong tepuk muka baby..kus semangat...anak dara orang tuuuuuu...


ada bakat jadik abang tak??



obviously si kecik ni memang pandai nak main ngan orang..dia suka kawan ngan orang laki..kalau tengok kazen2 yang lelaki dok main kejar sana sini, dia pun sibuk laa nak mengejar..tapi tercicir laa kat belakang pasal belum dapat kaki..dalam hati, mesti dia kata "siaplaaa next year..aku kejar korang balikkkk.." Tengok bebudak tu main lawan2, kemain dia mengekek gelak sakan..macam orang agah dia jer..perasan!! and, pandai carik gaduh gak..especially with his cousin, Danish..si abang tu elok jer dok main, dia pegi ketuk kepala orang tuh..tak pasal2..ish ish ishhh...


raya this year, we all veryy excited pergi jalan..sonok gak upenyer kutip duit raya untuk anak nihh..HAHAHHA..alhamdulillah rezeki Rafique murah betul..around RM500 gak duit raya dia..so, sekarang ni, antara ibu, ayah ngn Rafique, Rafique laa yang paling kaya kott..ibu pinjam dulu duit ley sayang??hihihi..NO NO NO!!!!esok lusa nak gi bukak account untuk Rafique..duit yang orang bagi time baru lahir dulu pun belum simpan lagi nih..ingat nak bukak ASB..korang bukak account ape ek untuk anak??


kan i cakap Rafique behave masa raya kan..pastu bila orang bagi duit raya kat dia, pandai amek..pastu menyengih bukan main..sampai dorang sumer cakap i dah train Rafique siap2 suh sengih bila orang kasik duit raya..pandai politik lahh anak ibu neh..=)

k laa..that's it..Raya about Rafique..
next entry baru tayang pic raya ibu ngan ayah Rafique pulak..

daaaaaaaaaaaaaaaaa...

Thursday, August 25, 2011

he's now 11 months..

assalamualaikum..

minggu ni mood blogging ke laut..
asyek fikir nak raya je ni..
tak sabar nak balik kampung malam ni..
semoga kami selamat sampai..
doakan yer...

today, 25th August 2011 maka genaplah my prince charming berumur 11 bulan..happy 11 months young baby...OOOHHH HOW TIME FLIES (cliche sangattt!!)..in just another month, he'll turn 1 YEAR!!


may u grow and become a generous hearted guy, clever baby, obedient child to your parents and also a Muslim who always adhere to Allah..amin...

enjoy the video of this clever baby of mine peeps!!



day by day, makin banyak yang dia nak explore, makin banyak dia nak belajar..makin penat gak kita melayan kerenah dia..harap i pun terus banyakkan belajar bersabar..hehehee..gigi belum tumbuh langsung, tapi semua benda pun dia dah makan >> chicken, meat, prawn etc..recently i dah start introduce seafood to him, and alhamdulillah he dont have any allergy so far..in fact sangat suka makan..gooood boy.

currently tengah belajar nak berdiri..so we all kena sentiasa standby laa dekat dia..kang terlentang tibe2, satu hal pulak karang..cepat jalan yer sayang..ibu dah tak larat nak mendokong..current weight tak pasti..dah lama jugak tak timbang..yang pastinya, more than 10KG..fhewww...

cukup la untuk hari ni..kot2 i tak sempat nak update belog dah (malam ni dah nak balik kampung), i nak ucap selamat hari raya kat u all sumer..maaf zahir batin lah yer kot ada tersalah tersilap..terasa hati ke dengan apa yang i tulis..mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki yer..drive carefully sepanjang musim perayaan ni..tak kira apa nak buat sepanjang musim raya ni, Safety First ok!

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Monday, August 22, 2011

baju raya munge2..




fitting baju raye rafique..
not soo baju raya laa sebenarnya..beli dah laaammmaaa giler..
before he was born kot..huhuhu...

how's this??
jambu tak???kikiki ^_^

Thursday, August 18, 2011

raya 2011 preparation

assalamualaikum..

dah masuk 18 hari puasa..so, boleh laa kot citer pasal raya..
kalau hari ke-8 puasa dah citer pasal raya, macam melampau tak pernah raya pulak gayanya kan..mengalahkan budak sekolah rendah..
kalau nak tunggu hari ke-28 puasa, time tu memang konfem2 dok sibuk ngan ketupat lemang rendang sumer, tak lalu dah nak update blog..;-D

Tahun ni tahun pertama raya sebagai mak orang..last year pulak, raya pertama sebagai isteri orang..tapi excitement nak raya tak berapa sangat sebaabbbb raya bukan kat kampung sendiri (rumah in-law), pertama kali raya jauh ngan mama..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... dan lagi excited wat preparation menunggu perot meletup!!rasa macam nak beliiii jer sumer baju baby yang ternampak kat depan mata!!oh oh..baby's clothing are tooo cute to be resisted!!!

tahun ni, orang kecik yang dah tak bape kecik lagi tu dah ada kat depan mata, haruslaa lagi hover mak dia ni ha!!!part baju Rafique, rasanya t-shirt dah beli 5 helai and 4 helai kemeja..untuk seluar pulak 2 helai shorts and 4 helai long pants..cukup laa tu kot for casual wear..kalau ikut nafsu, memang ada jer yang berkenan everytime lalu kat shopping mall..tapi sendiri mau ingat laa kan..karang ibu ngan ayah pakai baju buruk jer..kasut pun dah ada..sepasang udah laa yer anak..kang kalau beli 2-3 pasang, wat sakit hati pulak..kejap benar boleh pakai..jadi, part Rafique, tinggal nak beli baju melayu jer la..


some of baju raya rafique yang dirembat kat Isetan time sale ari tu..



part i pulak, baju kurung dah beli ready made sepasang..and 2 pasang lagi dah hantar tailor kat Kelantan masa balik ber"out-station" for 2 weeks dulu tu..so, 3 pasang cukup ler..1 of it ala-ala dress laa..and berjaya convice tukang jahit untuk buat nursing pocket!!gumbira cheq!!tinggal nanti nak beli tudung lah pulak..kasut i tak beli baru kot..berlambak heels yang dok tersadai jer dalam kotak..sebab skrg ni fasa malas nak berheels time pergi keje..seliper Crocodile tu gak yang ku sarung tiap2 hari..maka, pakai yang mane ada jer la..


ala2 gini laa kot dress i tu..tapi ade bling2 lah sket..baru meriah!!kata raya kan..;-D



yang pasti, nak shopping untuk hubby lah weekend ni or paling lewat pun minggu depan..baju melayu belum beli...ini kena beli sekali ngan Rafique..nak cari yang sama tone..by the way, our theme colour this year is YELLOW!!!kuning diraja u ollsss...;-D kita tengok laa jadik raja ke tak nanti yer..baju kemeja mungkin beli sehelai jer kot baru for hubby..baju kemeja dia dah berlambak2, all looks new..sebab pergi keje pakai t-shirt jer..jadi, hubby kata dia tak kesah tak beli baju kemeja baru..tapi dia nak kasut baru..hubby i memang giler kasut tau!!boleh lawan laa kotak kasut dia ngan kasut i kat umah tuh..and mungkin i nak belanja hubby beli jeans sehelai kot..Levi's ada sale tak eyh???his favourite brand tu..lama dah pun tak beli jeans baru..shian hubby...or ada sesape tahu Levis' wat warehouse sale ke before raya ni???HIHIHI...#cheapskate

untuk abah, i already bought him Quran electronic before puasa hari tu..siap sound awal2, skali ngan hadiah raya..boleh camtuh????hihihi..untuk mama pulak nak beli tudung Fareeda sehelai..dah janji ngan dia..tu yang selang 2-3 hari call tanya dah beli lom tudung raya dia tu..over excited lah pulak mama neh!!adik2 duit raya dah ler ey..lgpun ada gak beli t-shirt sehelai sorang utk dorang time Isetan sale ari tu...bolehh laa tuhhh...

kesimpulannya, peruntukan yang perlu disediakan adalah untuk:

Rafique's >> baju melayu SAHAJA!!! (peringatan utk diri sendiri)
Mine >> upah baju 2 pasang (RM 110) + tudung for both me n mama
Hubby's >> baju melayu, kasut, jeans, kemeja 1 helai maybe...


R.A.B.A.K. barang2 orang laki dah ler mahal!!!duit raya pun belum tukar lagi ni...bulan ni pulak motor hubby banyak gak meragam..tukar sport rim, tukar tayar..kete pun nak kena tukar tayar gak tu kot before balik kampung ni!!!HADOIIIIYAIIIIII...tapi safety first kan??mesti utamakan ape yang lebih penting ok..

u all punyer persiapan raya cam mane??orang government sonok laa shopping sakan sebab dapat bonus kan???

daaaaaaaaaaaaaaaa...