Showing posts with label first time. Show all posts
Showing posts with label first time. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012

rafique's 1st movie!

holllaaa..


selamat hari selasa..lambatnye gaji masuk..letih lah menunggu..hari ni macam tak masuk lagi je ni..
esok lah kot..bestnye orang petronas dapat bonus banyak..eh..eh..dengar2nya orang UEM pun dapat bonus banyak..eh AJ?? =p bonus i ciput ajo..jadilah daripada xde langsung..

ni bukan nak cerita pasal bonus pun..ni nak cerita satu lagi cerita basi..pasal Rafique's first time watch movie.. dah macam trademark pulak yer sekarang ni..asyek update cerita basi jer i ni..takpelah nak cerita jugak..senang sket, kalau Rafique tanya bila first time dia tengok movie, i boleh belek balik blog ni tengok tarikh..hihi.. it was last 2 week punye saturday. a day before we went Viva Home Mall..

so, what did we watched??


SeeFood... =)
keberanian nak bawak Rafique ni pun pasal dia memang suka "pishhhhh".. *mulut kena muncung abes ek* ^__^ and as expected rafique was soooo excited at the first 20 minutes. tapi xde lah sampai jerit2..pish pish pish dari tempat duduk jer lah..good boy. lepas 20 minit, dia dah mintak mimilk..huhu..dan seterusnya, pish dalam mimpi jer lah..ada 40 minit kot dia tido, dah dekat2 nak abes baru dia bangun. tu pun i yang kejut. sedap tido, sejuk kan dalam wayang tu..haha..

xde ape sangat pun yang berlaku..lepas bangun, dia sambung tengok pish..ok je..anak orang lain lagi kuat suara. so, Rafique dalam kategori terkawal la..anyway for me, takde masalah lah kot bunyi suara budak2 time tengok kartun..nama pun cerita budak2 kan..kita yang "menumpang"..seronok je masing2 dengarnya dok mengomel..comel pun iyer..

tapi i salute habes lah..Malaysia dah melangkah dengan laju in film making..syabas!! KRU ke ek yang buat filem tu?? i malas nak google. hubby i dah towards the end dia baru cakap "eh, apesal cerita ni background dia macam malaysia?ada wau, batik?" sian laki aku tak tahu rupanya movie ni Malaysian made. ;)


saje tepek gambar ni walaupun xde kaitan..hihi..rafique sibuk tengok "ipen" kat belakang.hubby overexcited pulak. haha..

waffle n float...the perfect match! our teatime for that day..yumsy...

conclusion for the day, len kali boleh bawak lagi Rafique tengok wayang..tapi movie2 yang bersesuaian lah..and encik hubby...what about the upin ipin the musical?jadi tak?? *i tolong tanya on behalf of rafique*

that's all..bye...

Friday, March 9, 2012

cheap way to have an enjoyable weekend : horse ride

hello weekend..

u all ke mana weekend ni??
x pergi mana2??
dok KL je??


what??

xde bajet. <<< ini i sebenarnya. hihi..


ok2..keep on reading. i'll share with u another cheap way to spend your weekend in KL. sape kata KL ni semua mahal?? u also can spend time in KLCC with very low budget. trust me..;) yang paling penting adalah buka hati untuk bergembira.hihi..

jadi tuan2 dan puan2..hari ni saya mahu bawa anda naik horse carriage di Taman Tasik Titiwangsa..yay!!




budak ini adalah sangat excited.first time tengok horse secara real kan..jakun sikit lah..selalu tengok dalam tv atau kat books je..dia intai hidung horse tu.nasib baik tak korek hidung horse.hihi..



horse carriage rides disini adalah sangat2 affordable. rm 1 for an adult/round while rm 0.50 for kids. i've told u..very the cheap okeh.. itu untuk kereta kuda. kalau nak feeling2 ala Qabil Ambak atau Quzandria pun boleh..RM2 per round for adult, and RM 1 per round for kids untuk mengalami pengalaman menaiki kuda...tapi sila jangan berangan nak naik kuda, sambil bawak anak. Qabil Ambak pun x penah buat macam gitu. it is strictly NO!! jadi, Rafique pun belum boleh naik. nanti Rafique dah 2 years ++ boleh la kot. this time, my nephew jer pergi horse ride tu. rafique naik kete kuda sahaja. itu pun 2 rounds. lepas habis 2 round, x nak turun. mampus!! hubby, sila bela kuda sekor kasik anak u ni naik kuda tiap2 hari.;)


by the way, kalau u all (yang belum kawen) nak perasan macam cinderella on your big day, pun boleh..sewa kuda sekali ngan carriage tu RM250 per event kata horse keeper tu. in details, i tak pasti. sila pergi sendiri dan tanya. yang kawen tahun 2009 sama ngan i, x sempat naik kereta kuda, nanti majlis celebration jubli emas anniversary u kita nanti, kita berarak naik kereta kuda ramai2..nak??
ini a moment of life. susah nak cari 2 budak ni berbaik pegang2 tangan bagai ni..selalunya dorang main libas2 dahi masing2 ngan raket badminton jer..hoshi punyer pasal boleh pegang2 tangan. ada sedikit penambahbaikan disitu. alhamdulillah..


lepas naik kuda betul, naik kuda tipu pulak..main kat playground sampai puas..sampai Rafique dah tahap x larat nak jalan..hulur tangan, suruh dokong..surrender!!!hihi..lepas tu, gi bekfes, balik tido dari kul 11 sampai pukul 1.30 tgh hari. =)


kalau nak pergi, kena pergi pagi2 buta lah..horse ride tu pun sebab we all adalah orang terawal sampai. kul 8.45pg dh kat situ..dia bukak kaunter kul 9, jadi we all peserta paling awal..yg lepas2 tu semua dah kena beratur tunggu queue. xde lah lama mana pun queue tu..sebab dorang ada banyak kot kuda kat situ..

so, esok lusa ada masa boleh lah bawak anak korang naik kuda..jalan2 jumpa hoshi..

enjoy your weekend. i nak gi kenduri weekend ni..x sabar nak tengok orang berarak bawah pedang.

bye...







hihi..











Thursday, December 15, 2011

ok fine. saya jakun.

blog terabai pasal weekend yang panjang bersambung dengan attend a course sampai tengah hari tadi..sekarang baru ada "own sweet time" untuk update belog.

the course i'm attending is about Childhood Injury Prevention organized by WHO. nak kata course pun tak sangat, sebab its more to experience sharing among Asian countries. participants are around 20++ representing their countries. dan yang paling best tu, on my first day attending the course, i've been introduced to other participants by the President of WHO Asia in which aku pun tak kenal sape that man is..woohhhoooo..and he clearly pronounced my name!!

mana nya dia tak kenal, satu2 nya peserta "sesat"..agaknya, organizer dah cakap ngan dia, out of all participants, akan timbul satu budak pompuan nama sekian2 yang u tak kenal..hahahha..coz everybody in the course looks like they already know each other even they are from different part of the world..orang2 yang sama field kan..obviously they've met each other in previous conferences etc.well well well..termalu lah kejap i bila being introduced as "phd student" sebab i'm not even submitted my application form!!



this is my "supervisor" - Dr.Kulanthayan..dialah yang bertanggung jawab bawak i to attend that course..he's a very active researcher in the road safety field..he used to be my supervisor during my first degree..and now i'm back to work with him again for my phd sebab dr.kulan adalah supervisor yang sangat cool..in fact, the most cool lecturer among our lecturers..and even me myself not as cool lecturer as him..=) paling best, dr.kulan ni memang sangat dedicated to work.i just told him my rough idea of my phd last week, and the next day he already e-mail me all the contacts he have that possibly can help me throughout the process, and ajak pulak i pergi course for FREE!!


Out many other participants, i'm soo interested with this Mongolia's participant. her name is Dr. Onorjagal as if in "o-no-ya-ga"..sangat soft spoken orangnya dan kulitnya sangat gebussss.. yang buat i tertarik menarik tu, kat Mongolia sana tuh, dorang masih pakai baju bajan yang macam kita tengok cerita cina zaman dulu2 tu with the steel head gear or all the fancy head gear!!dan kuda masih menjadi transport utama mereka..


ini namanya Dr. David..orang WHO worldwide..sangat humble orangnya..i respect dengan cara dia yang faham tentang kekangan bahasa untuk berkomunikasi as english is not everyone's mother tongue..walaupun i punye English pun masih berterabur and langsung x fluent, tapi i bersyukur lahir di Malaysia..sebab bahasa inggeris i (and most malaysians) masih boleh difahami..eh seriusly, i rasa macam tengah amek listening test jer bila dengar Cambodians or Laosans or Vietnamese cakap...its because of their dialects i guess..or mungkin kah i dah lama tak korek telinga?? erkkk..


attentive listeners..nak taip sms pun tak sampai hati tau..


this is the most interesting part of this course..hahaha..i'm representing Malaysia on this course..;-) it's my first time tau!!cam cool jer rasa looking at this name tag..auwww!!ok fine. nak cakap saya jakun pun cakaplahhh...tak kesahh..tapi semua name tag orang lain begin with Prof or Dr..except me..=( how i wish to see "Dr.Nurdina Awanis" written there..

that's all for now..
daaaaaaaaaaaaaaaaa...


Tuesday, September 6, 2011

hampehsss punyer tailor


raya this year sepatutnya sangat seronok laa for me..first time beraidilfitri sebagai isteri dan ibu at my side..raya umah mama i kan..cer try raya side husband, mesti kurang seronok..hihihi..seronok jugak sebab first time jadik tukang kutip duit raya Rafique..ish ish ish..ibu ngajor anak bad attitude..raya bukan untuk kutip duit raya semata2 ye adik2..kita beraya untuk bermaaf-maafan tau..pesanan khidmat masyarakat daripada Puan Dina..sekian time kaseh..


napekah anak buat muka camni???ibu punyer laa menyengih di situ..

orang salam, dia pun nak jugakkk nyibuk..potong queue pulak tuh..yang kecik ni patutnya queue belakang sekalik kan??



walaupun dok seronok, dua ronok dan beronok2 lagi beraya bersama family, ada jugak sesuatu yang kurang ronok berlaku..BAJU RAYA I TAK SIAP!!!takde sedondon dondon di pagi raya tau!!GRRRRRRRR...marah betull..pedih jer hati tengok orang berdondon satu family..kemain lah mama i dah beli kain sedondon kuning for me, mama n my sister..warna kuning di raja u olllsss!!!bulan 6 lagik dah hantar tailor tauuuuu...sekaliiiii tak siap.last2 yang bertemakan kuning hanya para gentlemen in the family including Rafique Zaquan..sebab beli baju melayu dorang 2 hari sebelum raya..nampak disitu apekejadah hantar baju raya kat tailor sejak bulan 6???


sobs...


ampun b..i tau i banyak dosa kat u..u pun banyak gak dosa kat i kannnn??? =P


pasangan suami isteri tak sedondon..my hubby kata "kan baju u ada bunga kuning2 tu..boleh laa" ayat nak sedapkan hati isteri dia..


my sister lagi sedih tau, tiga pasang baju dia kat tailor tuu..sumer tak siap!!!hampagas punyer tailor!!Mula2 dia cakap ngan mama hari Jumaat sebelum raya, pastu postpone ke ahad, pastu postpone pulak ke malam raya!!!MALAM RAYA MAMA I 'MASAK RENDANG' KAT UMAH TAILOR TU SAMPAI PUKUL 2 PAGI!!!!tapi end up tak siap jugakkkkk!!!dia janji nak hantar lepas semayang subuh pagi2 raya..lepas subuh call, kata lepas semayang raya pulak..lepas semayang raya call????TAK ANGKAT LANGSUNG DAH!!!


ape perasaan korang kalau mende ni jadik kat korang???marah tak??atau pun masih boleh senyum lebar???

dasar tukang jahit tamak!!kot yer tak sempat, sila bagitahu awal2..kurang2 pun siapkan laa sepasang sorang baju raya orang tuuu..eh..bukan we all bertiga punye baju jer tau tak siap..there's many others yang senasib ngan we olss!!!kuang hasam betolll!!kalau dia bitau 2-3 ari sebelum raya, kot boleh laa kita gi carik baju raya lain dulu..ini tidak, janji janji janji..tapi macam SI**!!! haaa...kan dah sumpah seranah caci maki disini..marah tauuu!!!seb baik dia deal ngan mama i..kalau deal ngan i, memang haku pi tiaww dia cukup2..


i rasa sepatutnya semua tukang jahit dah tahu kan capability dorang dalam menjahit baju..so, pepandai laa estimate berapa pasang ko boleh jahit untuk sepanjang bulan puasa..and i think that's why selalu tukang jahit 1bulan or 2 bulan sebelum raya dah stop amek tempahan..ini tidak, orang hantar ko angguk!!pastu????ini gaya2 hantar kain bulan 6 tau..bukannya hantar last minit..ini dah masuk kes naya lah i rasa..boleh naik court tak???kite gi civil court..ada sesape sudi jadi lawyer i???kalau menang, kita share denda dia jahit baju kita 1 tahun tanpa henti, FREE OF CHARGE!!wakakakaka...

ni dia pasukan baju raya persalinan pertama tak siap..=(


yang lewat tu dah satu hal, hasilnye pulak tak seperti yang digembar-gemburkan..cutting wise, OK memang selesa dipakai dan rasa cam nice jer ngan badan but design wise, suka2 hati dia jerrrr nak buat kain aku tu jadik cemane..lain kita mintak, lain pulak yang kuarnyer!!!i mintak dia jahitkan manik, tapi kuarnye sulam..sulam kalau cantik tak ape..ini, kain wane kuning, sulam pun kuning jugak..mane laa nak berseri baju tu..seb baik i memang berseri2..HAIHHHH!!!tapi i seriously tak suka tau tailor yang memandai camni..kalau ko tak sempat ke ape, sila bagitau...consult dulu customer whether nak ke tak kalau buat camni..respect customer's right okkkk!!!aku bukan hantar ko jahit for FREE!!kan??kan??kan???


marah memang marah, tapi xde laa spoil sangat mood raya..cuma bengang gak laa..last2 jadi laa tema biru kuning tahun ni..lelaki sumer kuning..perempuan sume biru..huhu..belasah lahh labuuuuuu...



atuk i join geng kuning..nenek i pakai baju biru gak tuh tau..tapi sarung tudung purple..belasah jer laaaaaaaa!!

buah hatis (plural) berbaju kunings...sobs..#jeles


beraya bersama my darlings BFF on raya ke-2..ada sekeping jer pic dalam kamera comel i..lain sumer kamera gedabak orang lain..huhu


i love this pic..^_^


ini laa baju kuning yang digembar-gemburkan itu..patutnya pakai 1st raya tapi raya ke-4 baru dapat pakai..nanti2 laa i letak full spec baju nih..


kesimpulan dari kisah diatas, i takmo dah hantar kat tailor tuu..mama pun i tak kasik hantar dah kat situ..susah wat keje ngan kaki belit n tak reti nak respect hak orang..kalau kain murah2 macam i takpe gak..what if orang tu beli kain sampai beratus or beribu???tak marah kalau tailor jahit tak macam kita idamkan????


ok lah..takmo kutuk dia banyak2 dah..membazir jer pahala puasa dapat kat dia..
daaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Monday, September 5, 2011

Al-hafiz Ustaz Rafique Zaquan

morninggggg!!

selamat hari raya ke-7..dan selamat mula bekerja..;-)

Mood bekerja kelaut sungguh..cam tak puas lagi bercuti raya..huhuhu..
dasatt penangan raya..mengalahkan budak2 ey..seminggu sebelum raya mood kelaut, seminggu lepas raya baru recover balik mood nak kerja..hikhik..sekali boss potong gaji 2 minggu yang mood kelaut tu baru padan muka i kannn??


i bercoti-coti 11 hari, blog pun sama lah jugak bercoti..bizi lah..mana sempat nak update blog time cuti..ngehngehngeh..i've loadsss of stories to share..for today, mulakan dengan cerita2 Rafique beraya dulu yukkk..

* * * * * * * * * * * *

this baby of mine is very excited nak beraya tauu..pagi2 raya dia laa yang bangun dulu kejut semorang..mandi pagi2 buta lepas subuh pun rileks jer..macam paham laa sangat nak raya..last minute shopping for his baju raya, alhamdulillah ada saiz n warna seperti yang dikehendaki..sedondon laa dengan ayahnya..i????next entry i citer pasal sedondon2 ni ok..panas hati tau tengok orang pakai baju sedondon satu family!!SOBS..

yang paling best tu, Rafique is in a verrryyy good mood sepanjang beraya..xde masalah langsung..breastfeed him siap2 dalam kete masa otw ke tempat beraya, and he will behave sepanjang kat rumah orang..with bonus wat muka comel make everyone gerammsss ngan dia..macam artis dah Rafique..semorang sebok dok ngambik pic dia..sebab anak i memang gile glamer..pantang tengok kamera ada flash, mesti sengih..ikut perangai saper lah niiii????

layannn pics si bolat a.k.a motak berbaju raya k....

ada bakat jadik ustaz tak??

Al-hafiz Ustaz Rafique Zaquan;-D aik, promote ubat sakit mata ke ni sayang???


ramai dah ngaku mak mertua nih...sila amek nombor for interview yer..kikiki..


ustaz in leisure mode..nak pujuk dia nanges, bawak naik kete bagi dia main stereng, konfem settle..=)


new skill developed..panjat tangga..umah we ols takde tangga..sekali dapat jumpe tangga kemain sonok si kecik ni turun naik..siap berlumba lagik tu haaa..berdebar mak ni haa nengok dia..naik tangga pun pakai gear 5..


ohh..ohh..rafique nak adik ke sayang???;-) pantang tengok ada baby..dia pun sibuk laa..nak tolong jaga..n nak tolong enjut rocker tu..silap hari bulan karang tolong tepuk muka baby..kus semangat...anak dara orang tuuuuuu...


ada bakat jadik abang tak??



obviously si kecik ni memang pandai nak main ngan orang..dia suka kawan ngan orang laki..kalau tengok kazen2 yang lelaki dok main kejar sana sini, dia pun sibuk laa nak mengejar..tapi tercicir laa kat belakang pasal belum dapat kaki..dalam hati, mesti dia kata "siaplaaa next year..aku kejar korang balikkkk.." Tengok bebudak tu main lawan2, kemain dia mengekek gelak sakan..macam orang agah dia jer..perasan!! and, pandai carik gaduh gak..especially with his cousin, Danish..si abang tu elok jer dok main, dia pegi ketuk kepala orang tuh..tak pasal2..ish ish ishhh...


raya this year, we all veryy excited pergi jalan..sonok gak upenyer kutip duit raya untuk anak nihh..HAHAHHA..alhamdulillah rezeki Rafique murah betul..around RM500 gak duit raya dia..so, sekarang ni, antara ibu, ayah ngn Rafique, Rafique laa yang paling kaya kott..ibu pinjam dulu duit ley sayang??hihihi..NO NO NO!!!!esok lusa nak gi bukak account untuk Rafique..duit yang orang bagi time baru lahir dulu pun belum simpan lagi nih..ingat nak bukak ASB..korang bukak account ape ek untuk anak??


kan i cakap Rafique behave masa raya kan..pastu bila orang bagi duit raya kat dia, pandai amek..pastu menyengih bukan main..sampai dorang sumer cakap i dah train Rafique siap2 suh sengih bila orang kasik duit raya..pandai politik lahh anak ibu neh..=)

k laa..that's it..Raya about Rafique..
next entry baru tayang pic raya ibu ngan ayah Rafique pulak..

daaaaaaaaaaaaaaaaa...

Friday, July 15, 2011

tips : travelling by plane with an infant

3 July was the date..kena tulis tarikh untuk record diri sendiri..first time Rafique naik aeroplane..first time jugak for him seeing aeroplane secara live..first time jugak i nak handle my little captain yang tak reti dok diam tu naik aeroplane..i sorang2 pulak tu..





hubby pesan jangan neves2..rileks2 sudah..semakin u neves, semakin laa rafique neves..*macam hypothesis yang buat time UPSR jer bunyinyer*



luckily, on the flight to KB, we got seat 1A and 2 extra seats..sebelah we all takde orang..lepas take off, cabut seat belt, letak si kecik tu kat sebelah..first 10 minutes, ok laa lagi..duduk sambil makan his biscuits..the following minutes, x ley dok diam, i letak kat atas lantai, kasik dia berdiri, pegang n panjat seat..seb baik laa dok seat depan sekali, ada space untuk dia bergerak bebas..



tapi panas tak sampai ke petang..hala balik dapat seat 2C..sebelah n sekeliling sumer ada orang..pastu seat baris ke2, kalau dah namanya AirAsia punya local katerbang, harus laa lagi sempit dari bas..muat2 jer lutut kita..ngan seat tegak je tu..anak bujang yang tak reti dok diam tu, belum pun lagi steward announce nak take off, dia dulu dah start enjin..hadoiiilaaaaa...sumer orang tengok..dia tak nanges, tapi geliat laa, gelisah, pusing sana sini..fhewww!!!nak panjat orang yang dok sebelah i laa..fenin2..

lepas jer flight take off, stewardess kan nak hantar makanan untuk passenger..boleh dia pegang bontot stewardess yang lalu tuh!!grrrrrr!!!siot tol..kecik2 tangan tak bedung!!seb baik stewardess tu tak marah..hihihi...then, yang senior FA (lelaki) tu agaknya, dia nampak Rafique yang tak keruan kena duduk tempat sempit tu, dia amek Rafique..dokong sambil pergi hantar makanan kat orang..kesimpulan dari cerita di atas, Rafique round satu kapal terbang pada hari kejadian..adoiii laaa anak..pas ni ibu tak ley naik Air Asia kot bawak Rafique..



here are some tips to share with mums yang bakal bawak baby for the first time naik flight..

1) change your baby diaper as soon before naik flight..dengan harapan he won't poo poo on the flight..but as a precaution, do bring extra diaper...karang tak pasal2 gelabah tak de pampers..kan kak dayah???;-D

2) Bring along his toys or books..lagi bagus toys or books baru..u know, baby kan cepat bosan..kalau benda baru, they'll take longer to explore..#however, this is not working for Rafique..sigh...



3)bring his finger food..biscuit laa kot..kering..takde laa baju dia comot momot pulak nanti..dah satu hal nak tukar baju atas flight..

4) bring milk (if you are not breastfeeding) or water for him/her..i breastfeed Rafique masa take off..to help him cater the pressure changes..bila dia gulp tu dengan secara tak langsung akan hilangkan rasa berdengung dalam telinga tu..kita kan selalu telan air liur bila rasa berdengung..tapi cemana pulak nak suh baby telan air liur kan??so this is how..=)

5) spare a small plastic bag in your handbag..in case ur baby muntah masa nak take off or touch down..seb baik Rafique ok jer..

6) bring baby wet wipes along..kalau tumpah makanan ke..dia muntah ke..senang nak wipe..

7) if u travel alone in the flight with ur baby, dont bring any extra hand luggage..only ur handbag..leceh nanti..mana nak handle luggage, mana nak handle baby lagi..

8) mintak infant seat belt from flight attendance on duty before take off..u can get it for free!!so, safety first!!for


all pics taken masa flight to KB..
HAPPY WEEKEND PEEPS..

daaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Monday, June 20, 2011

hancur berderai hatiku..

sob..sob..sob..

kunun pergi holiday nak gembira2, sekali prangggg!!!


cermin kete pecah di hari pertama kat Penang ni..
itupun selepas perut kenyang makan nasi kandaq tengah hari semalam..adoiii laa..
maka, in conjunction with Father's Day semalam, this must be unforgettable 'present' to my hubby..huhuhu..

kenapa jadi macam ni???we all pun tak tahu..
lebih kurang setengah jam sebelum benda ni berlaku, we all park kete kat Nasi Kandar Subaidah, kat Gurney Drive..lepas settle melantak nasi kandaq, kunun nak pergi botanical garden..sekali pergi kat kete, nampak macam berkilat semacam jer cermin tingkap kat bahagian co-driver..sekali tengok..sudah retak 12 ribu rupenyer cermin tuu..


nak kata ada orang mesin rumput ker, terpelanting batu, xde pulak..in happen just like that..seb baik ada tinted, so tinted laa yang "hold" serpihan2 tu..kalau tak konfem dah berderai ni..nak nanges pun ada tengok cermin tu jadi camtu..mahu nyer tak nanges???dah nampak dah duit bakal berterbangan begitu saje..hancur berderai hatiku seiring dengan cermin retak seribu tu..dah kena cancel project nak bodek hubby gi Mothercare Mid-Year Sale..huhuhu


sekarang hubby pergi seminar..petang karang habes seminar baru hubby pergi repair cermin tu kot..sebab semalam ahad kan workshop tutup..me n Rafique dok kat hotel while waiting for my friend to come...sape lagi dok penang ?? jom bawak we all pergi jenjalan..


daaaaaaaaaaaaaa...

Monday, April 18, 2011

definisi gembira yang kini dah berubah

selamat hari isnin..

korang gembira tak hari ni??
i gembiraaaaaaaaaa sangat sebab pada pukul 10.50 pagi masih dirumah bersama Rafique..;-D

2-3 hari lepas i chat with a friend..my ex-classmate masa degree..hope he'll read this..
di sebok dok cakap xde awek nak kat dia sebab asyek bizi ngan keje laa..kalau yang ada pun x memahami dia laa..bla bla bla bla..dan suruh i tolong carikan awek untuk dia..hurm????

pastu tiba2 cakap kesian kat i sebab dah ada baby x ley GEMBIRA macam dulu lagi..WTH??

HELLOOOO KAWAN!!GEMBIRA BOLEH BERPUNCA DARI MACAM2 OK...

mungkin satu masa dulu gembira bermaksud dapat tido secara marathon dari pukul 3 pagi sampai pukul 3 petang lepas siapkan esaimen...atau dapat marathon 3 movie dalam 1 hari..atau dapat melalak 3 jam kat redbox tanpa henti...atau ukur keluasan Mid Valley or Times Square dari pagi sampai malam n last2 hanya beli maggi sepeket..atau mungkin main boling 3 games sampai patah sumping
sume kuku..

tapi sekarang, for me HAPPINESS means :

bangun pagi, boleh menggomol my prince charming dan x payah rushing2 bersiap pergi keje...atau dengar gelak tawa si bujang i tu...atau melepak depan tv sambil makan eskrem dengan hubby (share 1 sudu jer tau..romantik gituuu!!!)..atau hubby makan masakan i sampai bertambah-tambah..atau...bawak my prince charming pergi potong rambut???


atau...dapat shopping CD secara pukal!!!

p/s : x sabar menuggu sebahagian dari 'mereka' menjadi milikku..=D

APA PULAK DEFINISI GEMBIRA KORANG??

Monday, January 24, 2011

ingat korang je ker boleh menang??i pun bertuah jugak tau!!

hahahaa..

kalo korang ingat tajuk tu adalah menggambarkan i nak carik gaduh, ternyata korang silap okkk...
sebaaabbb...

motif tajuk adalah nak berlagak!!!

I menang giveaway okkkk..



giveaway ni anjuran mommamia..

thanks to the organizer..

sorry laa entry sangat berbaur berlagak..sebab i memang nak berlagak pun!!hahahha..

first time menjadi bertuah dalam apa juga bentuk lucky draw, harus laa i bangga kott..

kasik chance laa ekk..=)


Tuesday, November 9, 2010

Rafique @ IKEA

good morning peeps..

as promised in the previous entry, hari ni mahu citer pasal Rafique's first outing..and we went to IKEA..nampaknyer Rafique sangat mengikut perangai ibu, suka berjalan..=) behave jer throughout the day..x naughty nor cried pun masa kat IKEA tu..well done boy!!macam ni boleh laa ibu bawak Rafique jalan2 selalu..

"test drive" baby cot kat IKEA..tertido siap...empuk sangat tilam tu kot..

Ayah, Rafique nak white coloured changing table, cot & cupboard macam ni yer..;-D

Doing some shopping with nenek & tok bah..

Tok Bah, Rafique x nak cawan laa..Rafique nak Weego bottle!!

lepak ngan ayah kat single seater berharga RM 1999..Bapak mahal!!nak tunggu beli sendiri entah biler, dapat duduk pun jadik lerrr..anyway, me n hubby sangat suka background tu..cantik kan??

i got u a flower ibu!!

shian ayah kena carry Rafique sehari suntuk..stroller Rafique tertinggal kat umah wan kat Meru..belum amek lagi..ibu dokong??mana boleh..ibu x ley angkat barang berat lama2..=D

pic banyak lagi, tapi x larat nak edit..ni pun update while he is on my lap..My prince charming ni dah pandai demand sekarang..x mo duduk sorang2..either sleep together & hug him or sleep on my lap..kalo x, jangan harap laa encik kecik ni nak tido..adooiiyyaaiii..cemane nak pergi umah babysitter kalo cenggini gaya???

Wednesday, October 20, 2010

20.10.2010

what so special about today??

hari ini dalam sejarah kelahiran Nurdina Awanis Zakaria, i berjaya mandikan baby berusia 26 hari..hihihi..yeahh!!i mandikan Rafique sendiri hari ni wacakaplu..giler kehebatan terserlah!!hahhaha..

selama ni i memang x berani nak mandikan Rafique..yer laa..kepala & tulang temulang baby kan lembut, kang kasik kat i yang x berapa nak lemah lembut ni, ade pulak patah riuk anak ku sayang itu..x berani weh nak tanggung risiko tuh..dah ler Rafique xde insurance coverage lagi tuh.. (>_<)

tapi, memang gelabah habes lah i!!masa cabutkan baju dia tu, i still rasa confident lagi..sekali dah masuk lam bilik air, pegang dia sambil mulakan percubaan nak masukkan dia dalam bath tub, weyyy menggeletaq tangan cheq!!!aiyoyo...boleh ka ini macam??

mahunyer x menggelabah i, ngan si Rafique asyek dok menendang2, kang i masukkan dalam bath tub tu, tergelincir, lemas, sape susah??x mahu laa gambar i kat muka depan Berita Harian esok pulak!!!

penyudahnyer, x masukkan Rafique dalam bath tub pun..i amek air tu, sapu2 kat kepala, muka n badan dia jer..mandi P.Ramlee jer laa jawabnye anak ibu hari ni..hahaha..

Rafique pulak, dah ler i tengah gelabah2 ayam, boleh pulak dia yang memangnya jarang nanges masa shower melalak secara hebatnya tadi..nak kata sebab lapar, i dah bf dia sebelum mandikan tu..haiisshhh..agaknyer, dia rasa len macam jer cara shower hari ni kottt..=D Rafique saje nak tambah gelabahkan ibu ey???

bukti i mandikan Rafique xde laahh..dah nama pun sorang2 terkial2 menguruskan si kecik ni..gambar hiasan hari ini adalah gambar masyam Rafique sebelum kejadian lalak-melalak dalam bilik air..huhu..walau masyam cemane pun, ibu tetap sayang!!

anak i ni kekadang nampak cam horlicks, kekadang nampak cam milo..x tau ler mane 1..huhu
senyum ni laa bisa buat hati ibu ni cair dikala bf him tengah2 malam yang mengantuk..=D

till then..daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa