Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Friday, July 19, 2013

Ramadhan's reminder to all muslim.

Assalamualaikum..
Dah masuk 9 Ramadhan ye ari ni..
Alhamdulillah dapat berpuasa regardless of ke'busy'an yang melanda..
I rasa busy ni membantu gak kot dalam tempoh berpuasa ni..
Sibuk ke hulu hilir, tengok jam dah zuhur..sambung lagi keje, tengok dah pukul 4, time to go back =)
So, macam tak sempat nak layan perasaan lapar ke penat ke.. Tapi for sure, malam memang flat la..
Kul 9.30malam dah padam. Rafique selalu ayah dia yang entertain sampai dia tido.
As for terawih, 1st night je berjaya. huhu..memang tak larat..tak mampu dah..Kalau gi gak terawih tertido dalam sujud agaknya.. I cuba bangun awal time sahur untuk tahajjud etc..Tapi ada gak yang time terbabas =D Harap performance improved towards the end of Ramadhan..



I agak busy sebab dah dapat ethical clearance from Hopkins review board. Alhamdulillah.. Jenuh tunggu 4 bulan. Finally dapat jugak. Currently I have 2 friends from Hopkins came all the way from US to help me out with the project. Syukur jugak dorang ada kat sini masa ni. There's a lot of things that we have accomplished within these 3 weeks. Without their help, mungkin i jadi "kain buruk" dah kot..Too many things, too many issues to cater by myself. Allah knows what's best. No wonder He delayed the IRB approval. Dia nak I ada helper once the IRB approved. I memang tak terlarat buat sensorang segala benda tu tambah dengan preggy dan bulan puasa pulak. Thanks Julia and Allaa if you happens to read this ;-)



They will be here until end of August. Harapnya banyak lagi issues yang kami boleh address while they are here. Takde laa i terkontang kanting sensorang..huhu.. Not that my supervisor is not helpful..Tapi lain r kan..Ngan SV tu ada perasaan segan sket..So, most of the things, i pikir sendiri, and mintak approval dia je.. While with these 2 colleagues, ada laa geng nak brainstorming. Lagi banyak otak yang fikir, lagi banyak idea yang bagus dapat. Lagi banyak tangan buat kerja, lagi cepat siap. 



Last week as soon after dapat ethics clearance we all print  instruments..Just imagine instruments for 1800 respondents. Kalau I sorang nak angkut dari kereta ke lab tingkat 6 tu mahu satu hari amek masa..dengan files yang nak masukkan instruments lagi..without them, i'm dead. Done with re-training session for 6 enumerators Rabu lepas. And I still need more people to join us as enumerators. I target nak habiskan data collection for baseline within  months.. So, I wont be able to do that alone.



Dalam sibuk-sibuk ni i cuba gak seboleh mungkin cook for buka puasa..which also become our sahur meals. 2 in 1 laa..x kuasa nak masak 2 kali.. Bangun sahur panaskan je lauk. Hubby pun bukan laa jenis selera sangat nak makan time sahur. I apetah lagi kan... Setakat 9 Ramadhan ni, 2 kali laa baru ke bazar.. Hari2 lain I just singgah gerai mana2 tepi jalan beli kuih. Untuk kitorang sket and BS rafique sket.. Jadilaa..as appetizer.. Bukan makan sangat pun. Kadang kuih RM2 pun tak abes.



Adik baby seems ok sepanjang berpuasa ni..takde masalah rasanya..aktif je..siang malam pun sama je..tapi 5th months check up dia dah due 2 weeks ni. Sory dik..ibu busy yang amat.. Hari ni insyaallah nak gi jumpa adik baby.. Mungkin kena minum air gula..Kalau diikutkan memang kena minum sebab sekarang all pregnant mothers aged 25 above kena buat diabetes test walaupun takde risiko history or problem with pregnancy weight. tapi kita tengok laa ape doc cakap ari ni.. sayang gak nak kena bukak puasa kan.. tapi kalau dah perlu, maka I relakan je..



So, sempena bulan Ramadhan ni, jangan laa pikir sangat pasal nak makan apa masa berbuka. Sederhana lebih baik. Dishes penuh meja time berbuka but end up kat tong sampah pun  tak elok juga..I read a note from ustaz mana tah kat facebook tak ingat dah.. Masa memasak bulan Ramadhan sepatutnya sama je ngan masa masak bulan lain. Yang patut lebihkan masa beribadah.. ;-D just a small reminder untuk kita bersama. Makan dengan niat untuk dapatkan tenaga yang cukup untuk beribadah.. Insyaallah.. ecehhh...ada bunyi cam Ustajah tak? =D



That's all kawan2.. Selamat berpuasa.. To ibu2 mengandung, puasa laa lagi terlarat. Kalau tak larat jangan paksa diri. Kesihatan diri and baby is more important. Puasa tapi sampai rosakkan diri pun tak guna. 

Ok.. bye..

p/s : Sorry if title tak represent content. hehehe..


Monday, June 10, 2013

tips bertenaga pada bulan ramadhan. please suggest.

assalamualaikum..

dah tak sampai sebulan nak masuk Ramadhan lagi.. ganti puasa tak habis lagi ni sejujurnya..sobs..
sebabnya i kena ganti banyak hari tahun ni..since the past few years asyek tak habes ganti..due to pregnancy (masa rafique) and sebab bf dulu..tambah plak lagi kesilapan diri time lepas raya last year culas ganti puasa..tup tup ada rejeki preggy plak kan..as usual (macam kan dah preggy kali ke- 4), i punye 1st trimester agak teruk morning sicknessnya..walaupun this time not as bad rafique's time. i tried jugak ganti puasa, turns out muntah. maybe sebab perut masuk angin.. memang laa muntah tak sengaja tak batal puasa..tapi kalau dah nak berjalan pun menggeletar lutut how am i going to continue kan?? maka, sejak preggy ni berjaya ganti 2 hari je. thought esok lusa nak try lagi ganti. nampak macam selera makan pun agak pulih jugak since last few days.. dapat 2-3 hari lagi pun ok laa..sambil practice untuk Ramadhan..


i am now looking for supplement atau apa2 laa yang sesuai untuk dimakan ketika bulan puasa..untuk bagi tenaga dan tak rasa mual (sebab perut masuk angin)..tambah pulak kalau diizinkan Allah, i akan start data collection end of this month..maknanya bulan puasa i akan banyak berjalan dan bekerja di luar..in which mesti laa akan penat.. ='(


yang paling hebat sekarang ni orang dok iklankan haruslaa shaklee kan?? hehe.. pakej nya esp, performance drink ngan meal shakes yang diperkatakan bagus..tapi memang kena amek semua ke baru effective? adoi..rasa cam banyak sangat benda yang nak ditelan..tak kira lagi dengan obimin, vco n aurawhite yang i currently consume..ouchh..baru sebulan try amek aurawhite nih..hohohoho..asyek tengok orang lain cun, kita nak cun gakk..=P tp so far i belum nampak desired effect..hihi..baca review orang kata 2 weeks pun dah nampak kesan. kulit i dah keras macam kulit buaya kot..tu pasal lambat sket nak tunjuk kesan..sebelum ni pun penah gak try product lain...pun sama gak..huhu..sebab tu i macam malas gak r nak amek supplement ni..tapi bila lama tak amek apa2..pastu dengar orang tu cakap bagus, orang ni cakap effective, mula laa terpengaruh..pompuan pompuan...ni pun ada tokey 1 brand dok promote kat i..dia cakap takde lagi orang yang guna bagi negative respond..hohoho..kang kalau i guna, tetibe i bagi negative feedback sian plak kat dia..hahaha.. tunggu jer laa kot i terpengaruh again..ni pun dok pikir2 nak continue lagi bagi chance kat aurawhite atau tak..yang dok ada tu pun tahan lagi kot seminggu lagi.


kalau korang ada cadangan camane nak bagi i ni bertenaga sihat dan kuat dna dapat menunaikan ibadah puasa dengan penuh (hopefully...) sila bagi cadangan dan share experience u all k..nak promote2 product pun sila laa..kot laa tetibe i terbekenan plak products u all..syarat dia yang sedap nak ditelan ye.. kalau beli mahal2, pastu x sedap, lepas makan muntah pun x guna gak..haha..


sekian...nak tempek gambar muka sendiri kat blog lah hari ni..lama tak enterprem..




bye..

p/s : rabu khamis ni i ada final exam, doakan i boleh jawab dengan tenang dan dapat A ye..

Monday, August 6, 2012

Ibu and mommy yang frust tak berjaya beli kasut raya

assalamualaikum..

dah masuk second half of Ramadhan ni, semua makin giat dengan persiapan raya ke makin giat dengan persiapan akhirat??opssss..hehehe..harapnya dalam keterujaan bershopping, buat kuih raya, jahit langsir raya kita semua tak lupa dengan objektif utama hidup kita...self note kat i nih...

semalam, as planned with aj-the-mommy we ols ke Alamanda dengan misi pencarian kasut raya untuk ibu and mommy..tapi yang berjaya beli hanyalah 2 kotak biskut for Damia, air kotak Dutch Lady for the cheeky babies and sebijik bola for lil captain. kasut harammmm tak berjaya..hoiii..terus kami berdua bersyukur hidup dengan mempunyai suami mithali. its not easy okeh menjaga seorang anak di shopping mall. salute tinggi2 lah kat mereka2 yang berjaya mengawal anak berderet ketika bershopping. Aj yang bercita2 nak anak boboiboy pun dah surrender tu tengok Rafique punye tantrum semalam. HAHAHAHA..

While waiting for Aj and Damia, i dah penat dah melayan Rafique naik car ngn helicopter takmau turun..dia conquer sampai orang lain nak naik pun dia buat muka selamba tak nak turun. i pulak naik segan ngan parents lain yang anak dia nak naik mende alah tu..sabo jer lahhh Rafique ni..







akhirnya, usaha nak menurunkan dia dari rides tersebut berjaya dan bawak jalan2 tetibe dia nampak Toys R Us pulakkkk dah...aiyooo anak..mana ada bajet for toys bulan2 raya niehhh..by the way, i takde lah risau sangat sebab Rafique ni, aim dia pergi mana2 pun ball jer..dia takde kesah sangat pun car etc tu..i cuba gak lah mengelak dari beli sebabnya tak larat weh nak mengejar dia main ball dalam Alamanda yang penuh padat dengan orang tu..by the way, kalau ada sesape nampak budak lelaki main ball kat Alamanda semalam, Rafique lah budak tu..takde dah orang lain rasanya..



setelah kami berpenat lelah melayan tantrum Rafique, Aj dapat idea untuk beli biskut and air untuk para anak. dah duduk dalam trolley, bagi biscuit, aman dunia.. ^ __^


then, kami cuba lah meneruskan lagi misi mencari kasut..sebab dah aman si kecik duduk dalam trolley..tapi bila dah bertroli ni susah lah pulakkan nak masuk kedai2 kasut yang sempit dengan membawa troli gabak tu. jadi terencat lah jugak misi tersebut..thus, we head off to Mc D mencari sedikit kelapangan untuk melepak and lunch for the kiddos..




hahaha...i saje je letak gambar bergegar tak nampak kepala etc ni..Rafique and Damia main ball dalam Mc D semalam..seb baik lah orang tak ramai sangat..ada gak la ruang untuk dorang main...percubaan nak amek gambar dorang memang sia2 jer lah..berlari sana sini..bila Rafique main dengan Damia, he looks like a big boy. dah ready nak ada adik tu kot...Wakakakaka...gerun jer tengok dia melasak takut terlanggar anak dara yang baru pandai jalan tu..tapi Damia pun boleh tahan gak tu berebut  bola..for God sake, i'm not ready lah nak jadi ibu beranak dua. tunggu Aj belikan makanan dorang pun i dah rasa macam 4 jam. suffering..hikhik..


ibu dan anak ketika keadaan dah aman. kesimpulan dari cerita di atas, 2 cheeky babies terlibat hanya dok diam bila dapat makanan saje..huhu..

Aj, aku tengok balik gambar ni, nampak macam kita plan dresscode pulak. kita bermerah-pink, anak berbaju putih..hihi..tapi nape lah kita tak amek pic together-gether semalam eh??aisehhh..

walaupun frust tak dapat kasut raya, kami masih enjoy semalam. entah bila dapat jumpa lagi. kalau tak sempat jumpa before ko fly, ko tunggu jer laa aku fly gi melawat ko nanti ek..hehehe..

bye.

Monday, July 23, 2012

RR- ramadhan's randoms

assalamualaikum..

walaupun macam dah terlewat sebab dah masuk 3 Ramadhan, nak jugak lah buat ucapan sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ni..Selamat Berpuasa dan beramal buat semua family members dan kawan2 yang berpuasa..buat kawan2 yang tak berpuasa (non-muslim), pergi bazar ramadhan parking jauh2 sket lah yer..kasik chance kat orang puasa dan kurang tenaga parking dekat2 ye..hehe..



azam ramadhan tahun ni ada 3. 

first adalah nak habiskan at least 1/2 quran..kalau cakap je nak khatamkan satu quran, tapi tak berjaya tak guna jugak kan..mission yang achievable lah i rasa untuk diri sendiri..insyaallah.. 

azam kedua, nak pergi terawih kat masjid/surau 10 hari..kalau based on last year's performance, memang buruk betul achievement..ada anak ni susah lah sikit..maybe ada yang cakap boleh bawak anak bersama-sama solat terawih but i don't think Rafique ready for it..kang kalau dia asyek dok merengek or melasak, kacau pulak orang lain yang nak beribadah. instead of kita bernat baik untuk beribadah kena fikir tentang orang sekeliling juga..tak boleh sellfish lah kan..ada budak yang ok je, baik duduk sebelah mak or ayah dia time solat yet. Rafique was'nt from that type. jadi, pasrah.

thirdly, tentang masak memasak di bulan Ramadhan. cita2 adalah minimumkan pembelian di bazaar ramadhan dan meningkatkan kadar main masak-masak di rumah. cooking with love gitu!=) jimat dan berkhasiat lah kononnya..hehe..



berdasarkan 3 hari ni, i boleh kata i'm still on track..ecewahhh...berjaya solat terawih di malam kedua..my MIL jagakan Rafique..jadi perancangannya, every weekend balik rumah MIL supaya Rafique boleh duduk dengan wan dia, ibu amek giliran solat terawih..insyaallah..1st Ramadhan yang lepas pun i berjaya masak dan tapau bawak balik ke rumah MIL. an achievement for me tau! nervous tahu nak kasik orang makan masakan i..dengan masak time puasa, tak tahu ape rasa lagi...seb baik lah dorang suka masakan i tu..hehe..alaaaa..masak Ayam Kung Pao ngan Puding Karamel jer pun..kang kalau i masak ayam kurma or nasi beriani dorang terpegun pulak. tak nak lah bagi dorang hard attack.=P


gambar budak excited naik komuter beberapa minggu sebelum Ramadhan..nak gak tuh kaitan dengan Ramadhan..hehe..

ok lah.. that's all peoples...
selamat berpuasa..

bye...

Tuesday, August 9, 2011

Iftar Ramadhan week 1

Assalamualaikum...


i ni kunun2 jer lah sebelum start Ramadhan tu bercita2 nak masak everyday for lovely family..tapi hasilnyer, hampehss..sehingga semalam 8 Ramadhan, baru 2 hari jer yang i berjaya masak..


dimulakan dengan 1st Ramadhan we went to my brother-in-law's house in Bukit Indah, Ampang for iftar..just the four of us plus 2 lil heroes..pergi rumah dorang lepas balik keje, konfem2 laa i sampai untuk berbuka jer..takdenye nak sempat masak ke hape..huhu..


second day, berjaya masak kat rumah..menunya : ayam masak sweet sour & udang goreng tomyam tah pape..resepi belasah jer sebab nak buat butterprawn sebenarnya..tapi lupa nak beli breadcrumbs..hihi..yang penting hubbyku makan hasil air tangan isteri..rite??=)


3rd Ramadhan balik rumah MIL..emergency sebenarnya..sbb hubby sakit pinggang..nak balik urut ngan papa..tak kan laa lepas berbuka baru nak balik ke Meru sana tu kan??so, terus balik dan berbuka kat sana sajo..selamatlah lemak2 dibadan i daripada digunakan untuk melakukan aktiviti memasak pada hari itu..


4th Ramadhan gatai pulak en.hubby nak ajak pergi bukak puasa kat luar..off we went to Alamanda..ingat JM Bariani ada buffet, tp takde upenyer..dan pilihan sungguh tak tepat ok hari tu..JM Bariani, Alamanda punyer performance pada bulan puasa is macam hampeh!!just imagine, we reserved, ordered and made payment at 5.30pm..pastu gi laa round Alamanda sementara tunggu nak berbuka..kul 7.20pm, we all pergi sana, air belum sampai..makanan pulak hanya sampai selepas habes 2 slice cake Secret Recipe!!aroung 7.50pm camtu..GRRRRRR!!
tu kira ok lagi drpada orang yang tunggu nak order, tapi sebenarnya dia dah tak amek order masa tu..fheww!!if i was in their shoes, ada kot pergi report kat Manager dia ari tu..


sabar..sabar..seb baik bulan puasa..


5th Ramadhan is the 2nd day i berjaya masak..simple2 jer pun menu nya..sotong sambal ngan ayam goreng madu..jadi laa kan??makan berdua jer pun..asal ada makanan sudahhh!!yang bestnya, walau masak simple tapi hubby tetap makan bertambah2..i like lahh hubbyy!!


6th Ramadhan iftar beramai2 at MIL's house..SIL masak gak ikan pari bakar bawak balik umah MIL..i bawak balik kuih dari bazar ramadhan sudah..=) dasar menantu pemalas, gitu laa..


7th Ramadhan we went for iftar with my lovely girlfriends, Kak Mimi n Kak Dayah also Rizal..berbuka kat Kenny Rogers, KLCC..convention centre yer kawan2..kalau u all cari Kenny Rogers kat KLCC itself, memang tak de!!saje gi convention centre..orang tak ramai sangat..surau pun besar..bersih..selesa..=)



pasangan yang bakal kawen end of this year..uuuwww..cant waitt!! ^U^

pasangan sudah kawen..


pasangan tak leh kawen.. @_@


us..with the foods.
.

and little prince..muka kunun pasrah..padahal dok tengah melasak..snap pic tengok kamera jap, sambung melasak lagi..


since hubby tak puas hati tak dapat makan Chilli's on Sunday tu, semalam 8th Ramadhan we went to Chilli's pulak!!ngeee...me tak yah masak, memang on jer lah!!


menu of the day!! Rafique masak ashamm..;-D ANYONE???



My honey crispy chispotle chicken..yumsy!!all time favourite..


ni free menu for Rafique..=) my milk booster perhaps.
.


owhhh..just love this two molats!!muahhhhh...


hari ni nak gi pasar..nak masak..korang doakan laah i berjaya meneruskan misi tu..harap tak kecundang lagi..

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Saturday, August 28, 2010

AVATAR ** GROWN UPS ** STEP UP (3D)

it's like unbelievable that i've been living without watching movies (at the cinema) for the past 8 months!!! the last movie i've watched was...


tengok laa bila date dia kuar tu..it was in DECEMEBER and now is already the end of AUGUST!!!perggghhh..x ku sangka..sedangkan before this, watching movies is like weekly routine for me n hubby..at least once a week..sejak zaman berdating sampai lerr dah kawen..

actually aktiviti ber"movie" ni terpaksa dihentikan seketika masa tu because of my morning sickness at my first trimester..asyek rasa nak muntah jer, nak tengok movie pun x selesa..masa tengok avatar tu, i terpaksa loosened my pin tudung yang kat leher tu and seriously i'm not 100% enjoying the movie walaupun citer tu best..plus, 2-3 kali asyek dok berulang pergi toilet..x berbaloi sungguh bayar tiket wayang!!!

since then, i dah malas nak pergi tengok wayang..sampai laa when i stop having morning sickness at the 5th month of pregnancy..ada jugak buat percubaan untuk tengok movie.tapi masa yang kitorang pergi, asyek x kena jer..movie yang nak tengok dah start laa..nak tunggu next show lambat pulak..ataupun tinggal seat baris depan jer..and many more laa..yupss, we rarely booked our ticket earlier..sebab i ngan hubby ni jenis yang x berapa suka nak plan our activity.rasa nak tengok wayang, terus pergi..so,naseb ler kan..

pastu bila dah masuk 3rd trimester and i'm having serious 'problem' with my bladder, niat nak tengok wayang kembali terbantut..x larat lah nak berulang alik pergi toilet..dah ler dalam wayang tu sejuk, obviouly akan bertambah menjadi2 laa perasaan nak kencing i tu kan???

finally, after 8 months living without entering any cinema cheh, bajet macam masalah besar jer kan x tengok wayang?? semalam we've broke our own record..sebagai ubat demam untuk hubby..huhuhu..we went for...


kesian hubby i..betapa lamanyer x masuk wayang, tengok iklan2 sebelum movie start pun dia gelak..huhuhu..and x sangka pulak cerita ni dah lama upenyer ada kat wayang..since JUNE rupanyer!!betapa laa i x amek tahu pasal movies these days..

actually, we all nak tengok..


tapi show dia start kul 7.55 mlm..mana sempat..nak berbuka lagi..nak bersesak2 semayang kat surau yang penuh padat ngan umat manusia tu lagi..so, nanti2 jer la..

back to Grown Ups..seriously x menyesal persetujuan i untuk tengok movie semalam walaupun ragu2 ngan my bladder ni..we were laughing throughout the movie!!!memang 5 STARS laa!!!sangat best..funny..boleh kata, cerita ni pasal perbezaan kanak2 zaman dulu ngan zaman sekarang laa..kalau yang x tengok lagi, i think u guys should watch this movie..and i bet everyone yang dah tengok memang setuju ngan stars yang i bagi tu..

ok..that's all for now..got to get ready to meet my prince charming!!

daaaaaaaaaaaaaaaaa..

Friday, August 27, 2010

first time raya sebagai seorang isteri...

actually, not really first time laa..last year dah sempat raya aidiladha bersama..tapi tetap x sama gak kan??coz raya aidiladha, xde nyer preparation bagai..setakat balik kampung jer laa..

so, how's my preparation for this raya???

raya simple2 jer tahun ni..preparation lebih untuk si prince charming yang akan keluar bila2 masa jer ni..i dah tempah baju raya 2 pasang..tapi belum siap lagi..tu pun dah cakap ngan tailor buat 1 pasang jer..yang lagi 1, buat ikut ukuran sebelum preggy jer..sbb sayang kain laahh..lepas bersalin nanti dah x ley pakai dah..huhuu..konfiden2 jer ko akan back to ukuran sebelum preggy nanti!!*bluwekk*

baju melayu hubby, beli yang ready made jer laa nanti..dia pun x excited sangat nak raya..sebab dia dok rasa i akan deliver dekat2 ngan raya..ohh???apekah??

paling awal pun raya ke-2 lah yer baby..kalo x, u jugak yang rugi x ley merasa lemang, rendang etc..hehehe..mummy dah fikir yang terbaik for both of us tau!! ;-D

kuih raya, i x buat pun..MIL i kan tokey kuih raya..i tolong dia jer laa..nanti ley ngendeng2 n tapau sket untuk rumah i..hikhik..tapi i ada gak order sket kuih raya dari kawan2 lain..kot2 ler ada orang datang rumah kan..ada ke ek orang nak raya rumah i agak2nyer??tapi mintak maap laa yer..siang2 cakap, xde open house laa..i open balang beskot jer..kalau nak makan rendang bagai, tunggu laa beberapa tahun lagik..*wink*

raya kat mane??

sob..sob..sob..bab ni sedih sket..first time raya berjauhan ngan family tersayang..jauh dari mama..as raya haji dulu dah raya kat my house, this time turn hubby lah pulakkk...in fact, dia dah booking dulu dah raya tahun ni kat rumah dia..that's why baik hati kasik i raya haji with my family tahun lepas..hukhuk..xpe2..jangan lupa yang next year turn i pulak, dah la yerr en hubby ku sayang...

perasaan untuk raya tahun ni???

x berapa berkobar sangat nak raya...lebih kepada berdebar sebab my EDD sangat dekat dah..ohhh..cakap jer laa ko x berkobar nak raya sebab xde bonus raya this year puan deena oiii!!

sekali lagi di ulang, sangat harap baby keluar lepas raya..bukan jer sebab i nak pakai baju raya yang dah di tempah tu, dan jugak memastikan i dapat melantak puas2 sebelum berpantang, tapi jugak atas alasan2 lain seperti syllabus students i belum habes lagik..kalau i dah terberanak awal, kesian lah diorang..chewwahhh..bajet lecturer cemerlang lah tu???boleh blahhh!!

excited jugak laa sebab tahun ni environment raya yang baru untuk i..pengalaman hari raya baru..juadah raya pun, of coz laa x sama macam kat rumah sendiri kan?? *percayalah, ayat2 tu untuk menyedapkan hati sendiri je* and dapat berhari raya dengan suami tercinta..cium tangan suamiku di pagi raya..ooo..syahdu okkk..tapi sangat amat syahdu lagi sebab x dapat cium tangan mama and abah di hari raya!!!huwaaaaaaaaaaaaaaaa..*nanges*

itu jer laa kot tentang raya i this year..still can't imagine what is going to happen..

adakah i akan melalak dengan hebat apabila telefon
mama di pagi raya????

atau..

adakah i akan melantak dengan hebat bagi menghilangkan kesedihan itu???

atau..

adakah i melalak sorang2 kat rumah (sebab berpantang) sedangkan orang lain sedang berhari raya dengan gembira??

TUNGGGGUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!

p/s : ada tips untuk menghilangkan sedih berhari raya jauh dari keluarga tak??

hari ini yang...

hari ini yang..

happy
sebab "Gaj da mas"
ngehehehhe... =D
ingatkan isnin baru masuk..alhamdulillah..

bosan
sebab x cuti pada hari Nuzul Quran..

ngantuk
sebab pas sahur dah x sambung tidur, terus siap2 masuk keje..kelas pagi2 buta, kul 7.30..
selalunya, i masuk kul 8.30 pagi, so sempat ler lelap mata jap lepas sahur tu..

risau..
sebab hubby demam..
tetiba je badan dia panas semacam pagi tadi..
kesian pulak nak tinggal dia sorang2 kat rumah..
tapi apekan daya, tugas & tanggungjawab sebagai pendidik perlu dilaksanakan.. =P

dahaga..
pagi2 lagi rasa tekak perit gile..
x cukup minum air kot semalam..
sambung ngan bagi lecture sejam lebih pulak lagi tadi..

jelous
sebab goverment servants dapat duit raya RM500..
I x dapat..
so, adik2 fahamilah kenapa korang x dapat duit raya tahun ni yer..

oh, hari jumaat yang sungguh bercampur baur..

ok lah..nak gi menyelesaikan beberapa tugas ni..

selamat bekerja bagi yang senasib ngan i..
selamat pergi shopping raya untuk yang bercuti..

daaa...

Tuesday, August 24, 2010

resipi bubur kacang..sonang ajo!!

good morning peeps..

pagi2 ini mahu cerita pasal makanan..

mahu story mory about my first attempt preparing Bubur Kacang Hijau!!At the age of 23 years 9 months old, baru berjaya buat bubur kacang hijau??sungguh x hebat lagi pemalas yer ko Deena!!x pe laa..better late than never right??

bubur kacang hijau ni actually one of my favourite dish during bulan Ramadhan selain daripada murtabak and kuih tepung pelita..selama ni i beli jer..or paksa mama buatkan..hehhehe..tapi memandangkan orang yang nak dipaksa tu jauh nun di sana n yang dibeli asyek x memuaskan tekak ni telebih manis laa, tawar laa, cair laa..ada jer yang x kena..i pun terfikir untuk buat sendiri..lagipun, kot2 laa one day my prince charming teringin nak makan bubur kacang hijau, xde laa i terkial2 nak buat masa tu..jatuh ler standard i sebagai isteri dan ibu mithali!!!

tambah lagi, my colleagues sumer cakap sonang ajo nak buek bubur kacang ni..then, why not to give a try kan?? =)

so, bagi mereka2 yang jugak x penah try buat bubur kacang seperti i, these are the ingredients:
  • kacang hijau
  • santan
  • gula merah
  • daun pandan

cara2nya??

rebus kacang hijau sampai kembang..sampai kacang dah pecah2 dan mengeluarkan bau..then masukkan santan dan gula merah secukup rasa & warna..bila dah boil, masukkan beberapa helai daun pandan..hurrmm..harum semerbak bau dia!!

yayyy!!dah siap!!


boleh dimakan panas2 atau ketika sejuk..of your choice.no problem punyerr!!

kesimpulan dari percubaan pertama ni : 4 stars laa i kasik kat diri sendiri..boleh ekk sendiri masak, sendiri kasik star?? tang rasa, i dah puas hati..manis2 buah giteww!! kalau manis sangat, dapat diabetes pulak nanti!!

cuma kurang puas hati sebab warna dia terlalu gelap..coz gula merah yang i pakai tu x berapa manis..so, banyak laa kena letak..

lepas dah jadi camtu, baru cepat2 tepon mama..rupa2 nyer boleh jer tambah gula pasir kalau gula merah tu x cukup manis..so that, kaler dia xde laa gelap sangat.. hurmmm..begitulaa kisahnyer..

anyway, not that bad for the first try i think..=)

Saturday, August 21, 2010

berbuka puasa tanpa suami tercinta

semalam, 10 Ramadhan i berbuka bersama kawan2 masa Degree kat UPM..so, tak berbuka bersama hubby tercinta laa..sume pompuan, x kan tibe2 hubby i sorang2 pulak jadi kumbang kan??kang x larat lak dia nak layan we ols bergosip..huhuhu..

it was an ad hoc plan actually..by Pn. Feeza (bertudung biru in pic) sebab en.hubby nya ada ramadhan event to attend..so, dia pun mengajak ler kami berbuka bersama2..and our destination was Kenny Rogers, The Mines Shopping Fair..edisi mengimbau kenangan silam laah kunun..

itu dia wajah2 kegembiraan dapat berbuka puasa sambil bergossips..

five of us..setelah kekenyangan..

one of our activity wajib bila kuar gi mane2 pun sejak study dulu. berposing atas escalator. macam ler escalator kat setiap shopping mall tu lain2..hehehe..

posing lagi...

dan sebenarnya banyak lagi pics posing seolah2 sumer baru first time datang Mines!!hahahha..kalau letak sumer pics kat sini, nescaya u all akan muntah hijau melihat gaya2 x semenggah itu..camtu laa bila dah lama x menyengal bersama kawan2 kan..

prince charming, sila ignore perangai2 x semenggah ur mum semalam tu yer..tolong jangan jadikan ikutan..

cepat betul masa berlalu kalo dok sibuk bergosip kan??kul 10 baru laa masing2 nak gerak pulang ke sarang..

hubby i pulak???

haishh..bukan main laa i rasa serba salah nak cakap i nak berbuka ngan kawan2 masa pagi tu sebab dah janji ngan dia nak masak untuk berbuka semalam..sekali, dia yang lagi hebat!!kul 12 lebih baru sampai umah..x pe..x pe..sekali sekala spent time with friends kira ok laa..=)

but don't make it a habit yer en.hubby..if not, i pergi cari mana u lepak, tarik telinga u bawak balik!!huhu..

daaaa..

Thursday, August 19, 2010

orang islam HINA islam = Salleh Gregor Samsa & the gang..

astaghfirullahalazim...

mengucap panjang i bila baca e-mel from one of my friend about this guy named Salleh Gregor Samsa..wallahualam laa whether it is his real name or not..but based on his FB, itulah namanya..dengarnya, this guy is from Kluang..

Bila dah baca emel tu, n google2 sket, rupanya kes dia ni dah heboh..

double click the pic to read how these peoples, who based on their names should be Muslim, but proudly insult Islam teachings in their FB!!!

From what i read in few blogs, i think this guy is a free-thinker who don't feel blessed to be born as muslim..

siap nak letak tarikh untuk kiamat and draft his own kitab???
OMG!!!

i boleh terima ada orang islam x puasa di bulan Ramadhan and ada jugak yang x jalankan rukun2 Islam dan buat larangan2-Nya. well..we are not perfect..kalau x nak buat sekalipun, just jangan buat!!jangan nak kutuk2 agama tu pulak, kononnya islam teaching ni menyusahkan kita!!

pastu, dia nak marah bila orang pandang lain macam sebab makan tengah2 hari bulan puasa.like HELLOOO!!!this is Malaysia.our official religion is Islam!!my non-muslim officemates pun boleh respect we all yang berpuasa ni..x bawak pun makanan yang berbau semerbak satu ofis masa bulan puasa..kalau makan dalam office pun sorok2 jer..ni pulak, u yang memang dilahirkan dan dibesarkan dengan ajaran islam!!haishhhhh...

i x mahu laa kutuk banyak2..kalau ikut hati yang berdarah baca dorang punyer conversation kat atas tu, banyak lagi nak tulis ni..tapi x pasal jer kurang pulak pahala puasa i hari ni..

p/s: i jumpa blog yang tulis about this Salleh, and he himself did comment..which really show his immaturity..i think u guys should read it!!

semoga kita & keluarga dijauhkan dari anasir2 macam ni..

daa...

Tuesday, August 17, 2010

KFC hot & spicy shrimp

hulla..

pagi2 7 Ramadhan ni nak cerita pasal makanan..hehhe..

semalam i ngan en.hubby telah bantu mengkayakan pakcik kolonel pakai spec, berbaju putih, beruban dan janggut putih itu..berbuka dan sahur dengan KFC!!dasar bini pemalas!!

anyway, kami dah cuba hot & spicy shrimp yang baru itu!!

i beli yang ala carte tu je..hubby yang insist sangat nak try the hot & spicy shrimp..hubby kata sedap..tapi pada i, biasa2 jer..boleh laa..i kasik 3 stars kot..for me, its Kentucky Fried CHICKEN.so, it should be about chicken laa!!bukan daging, udang mahupun sotong..kalau tetiba KFC buat sup ayam pun, i x leh terima jugak..weh puan Nurdina Awanis, pe jadah ko kecoh2 pasal KFC nak buat menu ape kat sini??ko ada share ngan KFC ke???

forget it.

so, pak cik janggut putih..syukur jer laa ngan 3 stars from me tu yek!!

lepas berbuka, we all pergi Tesco to buy some groceries..yer laa tuh.."some" ler sangat kan kalau dah namanya masuk supermarket...

anyway, yang nak dicerita disini, bukan apa yang i beli, tapi betapa terasa diri ini sungguh berat dan mengah untuk meround dalam Tesco tu..fuh fuh fuh..semput!!jalan sket, berhenti.jalan sket, berhenti..sesak napas pun ada rasanya! ooohhhh..sukarnya untuk terima hakikat yang diri ni ada rasa penat ketika bersopim!!!ngahahahaha...sungguh

baby..ayah awak mesti happy dengan statement di atas..sebab mummy ini pastinya dah x lalu nak ajak dia berjalan-jalan di shopping malls..

Saturday, August 14, 2010

resepi tepung pelita


kamu kenal ini kuih ape????


hehehe..over laa kan i ni..kalau dah namanya rakyat Malaysia yang majmuk..jangan kata orang melayu, cina and india pun sama jer menelan ape jer makanan yang dijual di atas muka bumi Malaysia ni..1 Malaysia laa katakan..eh.apa i merepek ni??

ok..petang2 ni nak cerita tentang our favourite kuih traditional..Kuih tepung pelita..atau ada jugak yang panggil kuih sampan..


i sangat suka kuih tepung pelita sejak dari kecik lagi..yang dalam daun pisang is preferable..sebab aromanya lebih umpphh gitu!!

tapi masa kecik2 dulu, macam susah kott nak jumpa kuih ni..so, kalau tiap kali balik kampung, mama akan mintak nenek i buatkan untuk i..pastu siap tapau bawak balik lagik..

dah ler tu, sekali makan bukan reti makan 1..main telan 3-4 terus..ish3..pompuan mane laa buruk lantak dari kecik nih???tup tup..dapat hubby pun penggemar kuih tepung pelita ni..memang kena sangat laahh!!

tapi sekarang ni, i tengok merata laa pasar malam apetah lagi bazar ramadhan yang ada jual kuih ni..bezanya sedap ngan tak jer laa..

tadi, i usha2 resepi untuk buat kuih tepung pelita ni..kot2 laa datang aura rajin nak buat kan..tapi bukan hari ni laa..sebab kejap lagi mahu pulang ke rumah MIL..berbuka di sana bersama keluarga hubby..so, disebabkan i dah tahu satu tempat yang jual kuih tepung pelita kat Meru tu, kesian la pulak akak tu kalau i x gi beli kan..dah kurang RM4 hasil jualan dia hari ni..banyak ler ko punyer alasan Dina!!

oh, berbalik pada resepi kuih tepung pelita..i tengok senang jer rupanya nak buat kuih tepung pelita ni..and resepi ni pulak i dapat dari blog seorang bakal doctor yang comel..oooo..harus dicuba ni..sila laa jenguk blog beliau, kalau nak resepi tepung pelita versi perantau katanya..sebab dia di kejauhan (Moscow), dia cuma pakai pandan paste..tapi sebab i kat Malaysia tercinta yang banyak daun pandan, boleh laa pakai daun pandan nanti..

insyaallah..dalam masa terdekat i nak jugak try buat..boleh hantar balik pinggan2 jiran tetangga yang rajin bagi juadah berbuka untuk i n hubby..hihihi..;-)

kalau ada sesape yang cuba buat tepung pelita ni pun, silalah jangan segan2 untuk hantar ke teratak buruk i yer..

daaaa..

Friday, August 13, 2010

fasting as a wife...

selamat hari ke-3 berpuasa..

puasa ke x hari ni???

alhamdulillah, i masih lagi berjaya buat masa ini..

hari pertama puasa dengan semangat berkobar2 nak puasa penuh berakhir dengan sangat cemerlang..balik keje pun masih energetic, siap boleh masak lagi menu berbuka untuk hubby tercinta...ooohh..lupa lupa..masa sahur untuk hari pertama puasa pun i masak..=)

hari kedua iaitu semalam, berjaya jugak si mummy boncet ini berpuasa. tapi...hubby pulak yang amek tugas masak memasak!!hikhikhik...i penat sangat..rasa lapar dan rasa lesu, lemah semacam..xde tenaga..mula tu, hubby kata, dia balik keje, dia nak belikan lauk..tapi sebab dia terlupa maybe sebab excited ingat isteri tercinta ni nak masak terpaksa laa hubby yang masak..hehheehe..

hubby i masak ape???

VERRRRYYY SPECIALL MENU!!!
nasi ngan ayam goreng..hihihi..special laa tu..that's our favourite whatt..;-)

itupun dah macam berperang kat dapur comel ku itu..mahu tak nye..sebelum nak goreng ayam, dia basuh kuali tu. pastu, letak atas dapur, bukak api, x sempat kuali nak kering dah dituang minyak..hehehhehe...pastu bila i tanya nape bising2 tuh..dia kata "ni ayam goreng mamak style!!"

belasah jer laa labu..janji ada mende nak isi perut ni..

sahur pagi tadi pun sama..kepala i sakit gila..sangat x larat nak bangun..so, suruh laa hubby bangun sahur sorang..tapi dah dekat nak habis waktu imsak, kul 5.20 a.m camtu, i gagahkan diri gak bangun..sebab macam rasa sayang jer kalau x puasa..so, ingat nak minum susu n makan biskut laa sket untuk alas perut ni laa..

tengok2, hubby i tengah makan sorang2 dalam gelap..dia bukak lampu kat dapur jer..lampu kat dining hall x bukak..save letrik ke ape laki aku nih?? sayu pulak hati ni rasa..cam nak nanges tengok hubby camtu..teruk tol la wife dia ni..=(

sorry yer hubby..i memang x larat sangat nak bangun tadi..

ok laa..time for work pulak..moga hari ketiga ni akan berakhir dengan kejayaan cemerlang untuk kita semua..

S.E.L.A.M.A.T.B.E.R.P.U.A.S.A

Tuesday, August 10, 2010

ampun kan kami penunggu gua..

Alhamdulillah..dapat lagi berjumpa dengan Ramadhan tahun ni..semoga Ramadhan ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh kita semua..especially mak buyung macam i yang tunggu masa ajer nak meletops dah ni..hope meletops lepas abes Ramadhan la..

baby, kasik chance kat mummy puasa dulu k..

dikesempatan ini, i nak mintak maaf jugak kalau ada salah silap, terkasar bahasa, tergoreskan hati sape2 yang baca blog ni juga termasuk kawan2 yang mengenali diri ini..

ampunkan patik pacal yang hina ini yer..

akhir kata,

dari me n hubby..
*mencapap sket dari koleksi gambar from convo siang tadi*