Showing posts with label 2nd pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 2nd pregnancy. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

the waiting game

Assalamualaikum..

Untuk tak menghampakan adik baby dalam perut ni bila dia pandai baca blog ibu dia nanti, i need to update gak laa cerita pregnantkan dia..karang kecik hati asyek jumpa cerita pregnant to abang Rafique sesaje.. huhu..

Now, i'm entering 35th week of pregnancy. lagi few days dah full term. Walaupun secara mengikut sejarah Rafique lambat keluar berbanding due date, tapi i have the instinct that this time baby akan keluar awal dari edd.. tu instinct i je lah..entah betul tak, wallahualam..


Berbanding dengan beberapa minggu lepas yang i memang tak ready langsung lagi for her arrivals, now I am 100%  ready secara material to welcomed her to the world.. Baju semua dah siap shopping and basuh with the help of the little brother yang sangat rajin tolong sidai baju baby.. Sekali harung shopping everything.  Rafique's time, I sangat suka meronda kat shopping mall.. So, shopping starts quite early. But this time around, tak berapa rajin nak mengukur mall.. Probably due to 2 reasons; masa and tak larat nak kejar Rafique kalau gi mall..



 Trying my best not to build toooo pinky wardrobe.. Manalah tahu Allah punya kuasa nak uji kami, scan girl tapi keluar boy kan... But I failed. hihihi.. Girls clothing are tooo tempting! Walaupun bukan lah semua pink based (I really try hard on this part- being me yang sangat obsess with pink), semua baju pun very girlish. Kalau ditakdirkan baby boy yang keluar, kena jual lah semua baju tuh. memang tak boleh pakai..

Hubby is kind of weird shopper this time. He's paying so much attention on details.. Kalau masa Rafique dulu, we are more on shopping for basic, tak kesah about benda2 kecik like designs etc as long as ada and properly functioning as it meant to, this time hubby siap fussy about toys.. Toys pun nak fussy.. Tah pape tah.. Dia yang lebih2 into pinky. Excited sangat waiting for her little girl.


 I dok sibuk cari baju and other needs, dia plak sibuk tanya hairband dah beli ke belum?? =P wakakaka..syndrom sgt kan nak dapat baby girl..layankan jer lah..  dia seboleh mungkin tak nat anything blue colour this time. Tak kira how girlish that thing looks. 



Tak yah laa korang cakap banyak nye baju and hairband baby... Sebab pics ni semua i cilok kat google jer..hehehe.. not our real preparation pun..LOL! orang update blog bagai melepaskan batuk di tangga gini lah..

I dah start cuti.. unofficially la..now working from home saje sampai bersalin.. sambil lepak2 dengan Rafique.. Work progress kind of moving very slowly now.. takpe laa.. tak nak pressure sangat.. asal gerak ok la..but i have two mission before bersalin.. Moga sempat lah siap.. 

So, the waiting game start. I dont know whether to hope adik baby cepat keluar atau keluar on due date (which is the same date with my hubby's birthday).. I am just hoping for a normal delivery this time dan baby sihat walafiat.. Pray for me friends..

Bye... See you when i see you ;)

Friday, August 23, 2013

set berpantang pilihan hati

assalamualaikum...

wow! entry kedua untuk minggu ini..dasyattt!! =P
adakah saya akan kembali aktif di arena membelog?? hahaha..soalan poyo..

untuk 2nd delivery ni i dah decide untuk tak beli jamu segala. nak berpantang ngan shaklee.
ni bukan iklan shaklee.. please take note. huhu..
lepas baca serba sedikit (unlike time preggy to rafique, i read a lot about confinement preparation, breastfeeding etc etc..sekarang ni masa yang ada hanya untuk journals yang bertimbun-timbun tu je.) sory adik baby.. bukan maksudnya ibu tak sayang.. cuma experience yang dah dilalui dulu banyak mengajar kot.. =P lagipun skrg kan ada whatsapp. ada masalah nanti, whatsapp je, ramai yang membantu nanti..insyaallah.. =)


i decide untuk guna set berpantang shaklee sebenarnya sebab based on pengalaman lepas yang i tak amek pun jamu yang beli dulu tu..x silap i beli set bersalin NR. Tak guna bukan sebab tak bagus.. i guna pilis param je sebab rafique kena jaundice dulu..so, konon nak tunggu dia besar sikit baru makan..tapi sampai sudah tak makan.. habiskan vitamins yang hospital bagi, makan gamat dan amek vitamins gak..tapi bukan shaklee.. beli kat farmasi je.


this time, let give this set a try.. i plan nak amek yang basic set ni je.. sebab i tak boleh nak telan esp.. dah try pun..jiha bagi sample ari tu.. cannot go.. inspite of knowing kebaikan dia (from readings), kalau dah takleh nak telan nak wat cane kan?? beli pun bazir je kalau tak makan. another thing that i will continue taking during confinement is gamogen.. memang terbukti bagus dalam proses penyembuhan luka especially kalau i kena c-zer lagi this time.. plus rasa dia sedap, maka takde masalah nak telan 14 botol pon.. hehe..

maka, rakan-rakan agen shaklee sekalian, boleh laa bagi quotation korang melalui mana2 medium yang korang boleh contact saya.. sape kasik best offer, i beli kat u lah..kehkehkeh.. ramai sangat kan agen shaklee sekarang ni. maka best price win. jangan u all kasik i shaklee tiruan sudah.. (ada ke??)


esok nak gi check up adik baby. harap beliau tidak lagi menyembunyikan gender beliau. ibu tak sabar nak shopping dah ni.. 

enjoy your weekend..selamat ber"open" house..
pandu cermat jiwa selamat. 
gi rumah orang pastikan anak anda tak sentuh barang perhiasan orang ye.. karang pecah kaca, pecah gelas, sudah pecah tak pasal dari makan free dah nak kena ganti pasu orang. haru kalau bermasam muka ngan kawan pasal pasu bunga dia pecah.. lagi parah kalau anak kita yang injured sebab tu. tuan rumah pun kalau dah agak2 rumah u ols banyak benda2 yang mudah pecah, mahal dan disayangi tuh, letak tempat yang unaccessible by children ye.. prevention is better than cure.

pesanan khidmat masyarakat dari SafeKids Malaysia.. ;)

ok, sekian terima kasih.
bye...

Friday, July 19, 2013

Ramadhan's reminder to all muslim.

Assalamualaikum..
Dah masuk 9 Ramadhan ye ari ni..
Alhamdulillah dapat berpuasa regardless of ke'busy'an yang melanda..
I rasa busy ni membantu gak kot dalam tempoh berpuasa ni..
Sibuk ke hulu hilir, tengok jam dah zuhur..sambung lagi keje, tengok dah pukul 4, time to go back =)
So, macam tak sempat nak layan perasaan lapar ke penat ke.. Tapi for sure, malam memang flat la..
Kul 9.30malam dah padam. Rafique selalu ayah dia yang entertain sampai dia tido.
As for terawih, 1st night je berjaya. huhu..memang tak larat..tak mampu dah..Kalau gi gak terawih tertido dalam sujud agaknya.. I cuba bangun awal time sahur untuk tahajjud etc..Tapi ada gak yang time terbabas =D Harap performance improved towards the end of Ramadhan..



I agak busy sebab dah dapat ethical clearance from Hopkins review board. Alhamdulillah.. Jenuh tunggu 4 bulan. Finally dapat jugak. Currently I have 2 friends from Hopkins came all the way from US to help me out with the project. Syukur jugak dorang ada kat sini masa ni. There's a lot of things that we have accomplished within these 3 weeks. Without their help, mungkin i jadi "kain buruk" dah kot..Too many things, too many issues to cater by myself. Allah knows what's best. No wonder He delayed the IRB approval. Dia nak I ada helper once the IRB approved. I memang tak terlarat buat sensorang segala benda tu tambah dengan preggy dan bulan puasa pulak. Thanks Julia and Allaa if you happens to read this ;-)



They will be here until end of August. Harapnya banyak lagi issues yang kami boleh address while they are here. Takde laa i terkontang kanting sensorang..huhu.. Not that my supervisor is not helpful..Tapi lain r kan..Ngan SV tu ada perasaan segan sket..So, most of the things, i pikir sendiri, and mintak approval dia je.. While with these 2 colleagues, ada laa geng nak brainstorming. Lagi banyak otak yang fikir, lagi banyak idea yang bagus dapat. Lagi banyak tangan buat kerja, lagi cepat siap. 



Last week as soon after dapat ethics clearance we all print  instruments..Just imagine instruments for 1800 respondents. Kalau I sorang nak angkut dari kereta ke lab tingkat 6 tu mahu satu hari amek masa..dengan files yang nak masukkan instruments lagi..without them, i'm dead. Done with re-training session for 6 enumerators Rabu lepas. And I still need more people to join us as enumerators. I target nak habiskan data collection for baseline within  months.. So, I wont be able to do that alone.



Dalam sibuk-sibuk ni i cuba gak seboleh mungkin cook for buka puasa..which also become our sahur meals. 2 in 1 laa..x kuasa nak masak 2 kali.. Bangun sahur panaskan je lauk. Hubby pun bukan laa jenis selera sangat nak makan time sahur. I apetah lagi kan... Setakat 9 Ramadhan ni, 2 kali laa baru ke bazar.. Hari2 lain I just singgah gerai mana2 tepi jalan beli kuih. Untuk kitorang sket and BS rafique sket.. Jadilaa..as appetizer.. Bukan makan sangat pun. Kadang kuih RM2 pun tak abes.



Adik baby seems ok sepanjang berpuasa ni..takde masalah rasanya..aktif je..siang malam pun sama je..tapi 5th months check up dia dah due 2 weeks ni. Sory dik..ibu busy yang amat.. Hari ni insyaallah nak gi jumpa adik baby.. Mungkin kena minum air gula..Kalau diikutkan memang kena minum sebab sekarang all pregnant mothers aged 25 above kena buat diabetes test walaupun takde risiko history or problem with pregnancy weight. tapi kita tengok laa ape doc cakap ari ni.. sayang gak nak kena bukak puasa kan.. tapi kalau dah perlu, maka I relakan je..



So, sempena bulan Ramadhan ni, jangan laa pikir sangat pasal nak makan apa masa berbuka. Sederhana lebih baik. Dishes penuh meja time berbuka but end up kat tong sampah pun  tak elok juga..I read a note from ustaz mana tah kat facebook tak ingat dah.. Masa memasak bulan Ramadhan sepatutnya sama je ngan masa masak bulan lain. Yang patut lebihkan masa beribadah.. ;-D just a small reminder untuk kita bersama. Makan dengan niat untuk dapatkan tenaga yang cukup untuk beribadah.. Insyaallah.. ecehhh...ada bunyi cam Ustajah tak? =D



That's all kawan2.. Selamat berpuasa.. To ibu2 mengandung, puasa laa lagi terlarat. Kalau tak larat jangan paksa diri. Kesihatan diri and baby is more important. Puasa tapi sampai rosakkan diri pun tak guna. 

Ok.. bye..

p/s : Sorry if title tak represent content. hehehe..


Monday, June 10, 2013

tips bertenaga pada bulan ramadhan. please suggest.

assalamualaikum..

dah tak sampai sebulan nak masuk Ramadhan lagi.. ganti puasa tak habis lagi ni sejujurnya..sobs..
sebabnya i kena ganti banyak hari tahun ni..since the past few years asyek tak habes ganti..due to pregnancy (masa rafique) and sebab bf dulu..tambah plak lagi kesilapan diri time lepas raya last year culas ganti puasa..tup tup ada rejeki preggy plak kan..as usual (macam kan dah preggy kali ke- 4), i punye 1st trimester agak teruk morning sicknessnya..walaupun this time not as bad rafique's time. i tried jugak ganti puasa, turns out muntah. maybe sebab perut masuk angin.. memang laa muntah tak sengaja tak batal puasa..tapi kalau dah nak berjalan pun menggeletar lutut how am i going to continue kan?? maka, sejak preggy ni berjaya ganti 2 hari je. thought esok lusa nak try lagi ganti. nampak macam selera makan pun agak pulih jugak since last few days.. dapat 2-3 hari lagi pun ok laa..sambil practice untuk Ramadhan..


i am now looking for supplement atau apa2 laa yang sesuai untuk dimakan ketika bulan puasa..untuk bagi tenaga dan tak rasa mual (sebab perut masuk angin)..tambah pulak kalau diizinkan Allah, i akan start data collection end of this month..maknanya bulan puasa i akan banyak berjalan dan bekerja di luar..in which mesti laa akan penat.. ='(


yang paling hebat sekarang ni orang dok iklankan haruslaa shaklee kan?? hehe.. pakej nya esp, performance drink ngan meal shakes yang diperkatakan bagus..tapi memang kena amek semua ke baru effective? adoi..rasa cam banyak sangat benda yang nak ditelan..tak kira lagi dengan obimin, vco n aurawhite yang i currently consume..ouchh..baru sebulan try amek aurawhite nih..hohohoho..asyek tengok orang lain cun, kita nak cun gakk..=P tp so far i belum nampak desired effect..hihi..baca review orang kata 2 weeks pun dah nampak kesan. kulit i dah keras macam kulit buaya kot..tu pasal lambat sket nak tunjuk kesan..sebelum ni pun penah gak try product lain...pun sama gak..huhu..sebab tu i macam malas gak r nak amek supplement ni..tapi bila lama tak amek apa2..pastu dengar orang tu cakap bagus, orang ni cakap effective, mula laa terpengaruh..pompuan pompuan...ni pun ada tokey 1 brand dok promote kat i..dia cakap takde lagi orang yang guna bagi negative respond..hohoho..kang kalau i guna, tetibe i bagi negative feedback sian plak kat dia..hahaha.. tunggu jer laa kot i terpengaruh again..ni pun dok pikir2 nak continue lagi bagi chance kat aurawhite atau tak..yang dok ada tu pun tahan lagi kot seminggu lagi.


kalau korang ada cadangan camane nak bagi i ni bertenaga sihat dan kuat dna dapat menunaikan ibadah puasa dengan penuh (hopefully...) sila bagi cadangan dan share experience u all k..nak promote2 product pun sila laa..kot laa tetibe i terbekenan plak products u all..syarat dia yang sedap nak ditelan ye.. kalau beli mahal2, pastu x sedap, lepas makan muntah pun x guna gak..haha..


sekian...nak tempek gambar muka sendiri kat blog lah hari ni..lama tak enterprem..




bye..

p/s : rabu khamis ni i ada final exam, doakan i boleh jawab dengan tenang dan dapat A ye..

Tuesday, April 23, 2013

2nd pregnancy symptoms

assalamualaikum blog yang sunyi sepi.. ^_^

too many medium to share and communicate with people membuatkan blog semakin dipinggiran..hehe..tapi i rasa nak update gak lah the second pregnancy stories kat blog (walaupun mungkin tak serancak time rafique dulu).. at least there's somewhere to refer to..kot2 nak mengimbau kenangan silam.hahaha.. kang adik baby merajuk plak cerita dia xde kat blog ibu. =P

so, the second pregnancy symptoms is totally different with my first pregnancy i can say..setakat ni lah.. unlike rafique's time yang asyek muntak tak kira masa dan tempat..muntah everytime i makan..this time not that bad in term of muntah. 2-3 hari sekali ada lah muntah..tapi masih keadaan terkawal. tapi sekali muntah toksah citer laa dia punya perit tekak tu kan.. walaupun x muntah sangat tapi selera makan tetap berkurang jugak..sentiasa rasa loya tekak ni.. naik stress nak pikir apa yang nak dimakan.


sekarang ni jugak i tak boleh telan apa yang i masak..semua rasa pahit je.. mula2 ari tu, i akan muntah sakan bila bau nasi menggelegak. so, we decided beli nasi but i masak lauk.. then, bila masak lauk, i asyek rasa macam performance memasak i makin teruk sejak pregnant. apa i masak semua tak sedap! lol!! macam laa selama ni masak sedap sangat pun kan..tapi at least boleh laa jugak makan. ini tak boleh makan langsung. tapi yang pelik nya, hubby cakap dia rasa ok je. so, after few "experiments" kami mendapati memang i tak boleh makan masakan sendiri. pelik laa.. macam2 pesen laa ibu mengandung ni. nampaknya gantung kuali for 9 months ler.=D

sejujurnya this pregnancy i rasa macam penat sangat..  cepat mengantuk.. dulu walaupun teruk muntah rasanya xde laa melepet camni skali. kul 9 rasa maca kul 11 malam.. ni pun dah ngantuk gak ni..

so, till then.
thanks for reading.
bye.


Thursday, April 4, 2013

positive

syukur alhamdulillah..

this time, betul2 positive...i sebenarnya macam malas nak berperasaan walaupun period dah delay seminggu and ada rasa loya tekak, nak muntah dan tak lalu nak makan.. sebab last month pun camni jugak..bila test, negative. 2-3 hari lepas tu dah period plak kan.. so, this time macam anggap style baru nak period dapat symptoms macam pregnant. so, ignore saje.. 

last night, masa bawak rafique pergi klinik..haa...rafique lagi satu cerita, dah dekat seminggu demam ni..asal siang dia ok...asal malam dia demam panas. so, semalam bawak dia gi klinik untuk kali kedua.. ramai yang advise supaya bawak dia gi hospital je terus, tapi i ngan hubby berat hati sebab nanti kesian plak kat dia kena cucuk sana sini. so, kami decide last try. bawak dia gi klinik amek ubat masuk bontot.

lepas doctor dah check rafique, before nak keluar tu, hubby yang mintak upt ngn doctor. hahaha..so, this morning i check laa.. and yes, it's positive. =D  Agaknya Rafique demam pasal nak jadi abang kot..wakakaka... ada kena mengena tak??

i nervous gak nih.. ngan research and study tak tahu ke mana, dapat rezeki lain pulak kan...harap everything akan berjalan seperti yang dirancang. doakan saya dipermudahkan semuanya.. di saat nak start data collection ni kan, silap2 terpaksa tumpang toilet umah respondent untuk muntah..hehehehe..

please...doakan yang baik-baik untuk i, baby and my study eh.. Semoga Allah berikan I kekuatan untuk lalui semua cabaran dan dugaan yang bakal mendatang. harapnya dugaan dan morning sickness nya takde lah teruk macam 1st pregnanycy dulu.


Bye.