Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

resepi puding karamel yang simple, mudah, cepat lagi enak dimakan

bahan-bahan:

- 7 biji telur ayam gred suka hati
- 5 sudu gula pasir
- 1 setengah cawan fresh milk
- 10 sudu gula (untuk dijadikan karamel)

cara memasak :

1. panaskan pengukus.
2. campurkan telur, 5 sudu gula pasir dan fresh milk.(bahan A)
3. gaulkan dengan sebati
4. masak 10 sudu gula dalam kuali untuk dijadikan karamel.
5. tuang karamel dalam loyang saiz sesuka hati..
6. kemudian tuang bahan A dalam loyang yang sama.
7. kukus selama 40 minit.

bila dah masak, jadi lah rupa dia lebih kurang macam gini..


kalau nak puding karamel yang comel, pakai lah loyang bentuk rabbit ke, love ke, bunga ke.. i ada loyang bulat je.. ^_^

syukur puding karamel i last weekend mendapat sambutan baik..hehehe..
mission for coming weekend, nak buat cheesecake pulak.
i penah try few months back. tapi tak lah cantik macam kak masam manis ni buat..




harap hasil di hujung minggu akan datang akan berjaya..

bye.

p/s : i janji ngan hubby bulan puasa ni, 1 minggu 1 desert.. kita tengok lah setakat mana kejayaannya nanti.

Monday, May 7, 2012

Oreo Blueberry Cheesecake yang sedap at less than RM15 sebijik!


hey peeps..

its monday where i've spent my weekend with baking..yeah yeah..
a very unusual me..;) but this is for real tau..

saturday born my first ever cheese cake. the original plain cheese cake recipe dari sini.

but my version was altered one..

here i present to you my Oreo Blueberry Cheesecake..=)




 that simple recipe, really produce a yummilicious cheese cake..
cara nak membuatnya pun sangat senang..it cost me less than rm15 for a yummy yummy cheese cake. sangat puas hati. and guess what??my adik ipar puji u olss..siap mintak buat lagi lenkali..wakakaka..mesti dia kagum kejap kakak ipar dia ni reti baking rupanye..=P

ok, here i share the altered version of recipe by me..

bahan2nya adalah :

2-3 sudu besar (sb) butter
1 paket oreo
250 gm cream cheese
2 biji telur
3 sb tepung gandum
1 cup of sugar
2 bekas blueberry yogurt
sedikit vanilla essence

how to prepare:

  1. buang cream biskut oreo, pastu blend.
  2. blended oreo digaul dengan butter untuk men"lekat"kan dia..
  3. mampatkan oreo tadi pada loyang untuk dijadikan base. kalau tak betul2 mampat, dia akan berterabur seperti gambar diatas bila dipotong. 
  4. campurkan cream cheese, tepung gandum, yogurt, vanilla esen dan gula. gaul serata menggunakan hand mixer.
  5. masukkan telur sebiji, mix..
  6. then another egg, mix lagi sampai sebati.
  7. dan sebati, tuanglah adunan dalam loyang..
  8. bakar 40 minit at 170 degree celcius.
kalau ikut resepi asal dia suruh bakar 45 minit. sebab kebetulan pulak aluminium foil abes, jadi i kurangkan masa. alhamdulillah, bahagian atas kek i tak gelap..=) KALAU buat next time, i akan doublekan bahan2 ni untuk membuat sebijik kek. sebabnya, adunan ni menghasilkan cheese cake yang nipis je..x puas makan.huhuhu..

insyaallah will bake again..dah ler murah..sedap..kalau beli kat secret recipe, satu slice makan lekat celah gigi je dah rm8. ni 1 bijik boleh makan 1 family..untung..berbaloi2...ni lah padahnya orang x penah baking. jakun. padahal orang lain dah lama dah baking sendiri lagi berbaloi dari beli..=P

thanks to my su-chef iaitu encik hubby..temankan i beli barang..tolong pilih cream cheese, tolong masukkan telur dan tolong makan..

ok..bye..

Monday, October 31, 2011

puding peach hasil keras-tangan saya

heyya!!

instead of takde bakat atau malas (whichever u feels like calling it) membaking dan memasak, i suka buat puding..walaupun takde laa pandai sangat2, sekurang2nya puding yang i buat konfem akan jadi dan konfem akan habis!!jadi, i memang suka lah kalau i buat something dan orang makan sampai habes licin..by the way, who donts kan??=P


hari sabtu yang lepas, i buat puding peach ini..first time sebenarnya buat puding peach..i buat puding dan letak dalam bekas comel2 macam ni, untuk dijadikan hantaran sempena majlis merisik adik ipar i..


ok tak rupa puding peach i ni?? walaupun namanya puding peach, tapi ada cherry jugak kat atas tu sebab hubby kata kena letak jugak cherry, baru menyerlah warnanya!!jadi isteri mithali kena laa jugak ikut cakap suami even tak setuju sangat..belasahhhh jer laa labu..


lepas dah buat, kita wrapped dia dengan plastic supaya tak tercemar dengan bacteria2 yang berterbangan di udara masa kita nak bawak gi umah "bunga" yang hendak dirisik yer puan2..;-) i feel sooo funny when my uncle say the word "bunga" untuk bahasakan diri orang yang kami nak risik tu..sebab dah terang2 we all sumer memang kenal dengan beliau..still nak ber"bunga" bagai..hohoho..lain laa kalau tak tahu nama..hihi..memang sopan santun habes!!LOL!!


side view dia macam ni lah..sebelum masukkan layer bawah tu, i potong peach kecik2 letak dalam mangkuk comel tu..then, ikat reben sket dikaki mangkuk..kan namanya hantaran, kena lah disediakan cantik2..puding yang tak berapa enak, terus nampak yummylicious..kikiki..


eh..eh..puding tu enak tau!!resepi i google2 jer..tapi lupa lak kat mana sourcenye..boleh lah cuba kalau u all nak..sini i kasik resepi yang i guna tu..and i alter sesedap hati..;-)

bahan2 nya:

  1. sepeket agar2
  2. telur sebijik riuh sekampung
  3. buah peach
  4. gula
  5. susu cair
  6. pewarna
  7. tepung custard
steps:
  1. masak sepeket agar2 dengan 600ml air, 400 ml susu cair dan 250gm gula. bring to boil. >> i letak gula sket jer sebab i masukkan peach syrup tu skali..susu cair i ganti ngan fresh milk pasal itu jer yang ada dalam peti..jangan letak EBM pulak.karang tak pasal korang dapat anak susuan..hihihi
  2. asingkan 1/5 dari bahan kat atas ni dalam bekas lain. masukkan beberapa titik pewarna yang korang nak warna ape.. >> i guna warna hijau..nak merah, boleh letak sirap.kalau korang nak banyak layer, pandai2 laa bajet sendiri berapa banyak yang korang nak asingkan tu..
  3. pukul sebijik telur dengan 2 sudu tepung custard dan 10ml air. >> tapi i tak pakai telur pun sebab kebetulan pulak telur takde dalam peti ais..tepung custard tu i lebihkan sket bagi menaikkan lagi seri warna kuning tu..
  4. masukkan bahan kat no.3 ke dalam 4/5 bancuhan agar2 tadi tu..bring them to boil.
  5. potong buah peach kecik..letakkan laa kat dalam mangkuk tu.. >> step ni i tambah sendiri.resepi yang i amek tu tak ajar pun..kalau korang tak nak letak pun boleh..tapi kalau letak baru laah ada feel makan puding boleh gigit2 peach cuts tu..
  6. tuangkan bancuhan custard td..
  7. tuangkan lah layer atas tu ikut suka hati korang nak buat berapa warna.

dah siapppp!!!masukkan dalam peti ais kerana puding sememangnya enak dimakan sejuk2..nyumnyum..next time buat, i rasa i tak nak dah campur agar2 kat custard tu..kurang feel laa texture dia..anyway, it still depends on your preference...


bila dah tengok puding2 comel jer letak dalam bekas camni, rasa macam nak wat bisnes jual puding dalam bekas comel jer..ada ke orang nak beli ek??maybe boleh buat untuk hantaran, deserts untuk majlis kawen or birthday party pun macam comel jer..boleh kumpul duit buat beli CD untuk Rafique lagi..hihihi..i tau laa u ols pun pandai wat puding gak..tapi kan kalau nak buat majlis2 tu sume, mesti tak sempat nak buat sendiri sume sekali..haaaa..that's when i come into picture!!LOL..kalau nak tempah contact laa i..HAHAHA..

daaaaaaaaaaaaa...

Tuesday, August 2, 2011

petua2 ketika membuat apam polkadots feeling2 comel..

assalamualaikum..

selamat pagi 2 Ramadhan..di pagi hari bulan puasa i nak tayang pics makanan dulu..kasik cabar sket keimanan korang..hahaha..#gelak setan laknatullah (bukan i)

ni adalah apam polkadots yang i buat last weekend..



resepi nak buat ni mak mertua i yang kasik..atau lebih tepat lagi, dia yang buat, i tolong2 jer..#dasar menantu keras tangan.. dia gi belajar ngan sape ntah..tp cam malas nak menaip resepi kat sini, nanti google2 jer lah ey..ramai dah kot post pasal apam polkadots ni..i je ketinggalan zaman sket..cuma, i nak kasik petua2 untuk buat mende alah ni.

  1. kena make sure sume perkakasan termasuk mangkuk, hand mixer etc etc sumer kering. lap kering2..takde air langsung..kalau tak u all punyer apam polkadots feeling2 comel ni tak naik..
  2. masa nak angkat penutup pengukus tu pun kena cepat2, tak leh angkat nak jengah dulu dalam bagai..nanti air from cover pengukus tu drop atas apam polkadot, teru jadik huduh apam polkadots comey u all tu..nak ke apam polkadots comey berubah wajah??hihihi..
  3. let's say u all dah buat satu adunan kan..pastu tetibe, tak cukup..nak kena tambah lagi bancuh 2-3 adunan. sila basuh sumer perkakas yang dah digunakan tu dulu dan keringkan seperti tips pertama tadi..sebab kalau korang tak basuh, tak jadik jugak apam polkadot comey ni..pembersih okkayyy apam polkadots comey ni!!

rasa macam ada lagi petua nya, tapi 3 ni jer i sempat masuk dalam ingatan..len kali kalau teringat i re-publish with the edited infos ok..



to mr hubby,

& thank you sebab tolong I blender bawang..(*_^)

DAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....



Tuesday, August 24, 2010

resipi bubur kacang..sonang ajo!!

good morning peeps..

pagi2 ini mahu cerita pasal makanan..

mahu story mory about my first attempt preparing Bubur Kacang Hijau!!At the age of 23 years 9 months old, baru berjaya buat bubur kacang hijau??sungguh x hebat lagi pemalas yer ko Deena!!x pe laa..better late than never right??

bubur kacang hijau ni actually one of my favourite dish during bulan Ramadhan selain daripada murtabak and kuih tepung pelita..selama ni i beli jer..or paksa mama buatkan..hehhehe..tapi memandangkan orang yang nak dipaksa tu jauh nun di sana n yang dibeli asyek x memuaskan tekak ni telebih manis laa, tawar laa, cair laa..ada jer yang x kena..i pun terfikir untuk buat sendiri..lagipun, kot2 laa one day my prince charming teringin nak makan bubur kacang hijau, xde laa i terkial2 nak buat masa tu..jatuh ler standard i sebagai isteri dan ibu mithali!!!

tambah lagi, my colleagues sumer cakap sonang ajo nak buek bubur kacang ni..then, why not to give a try kan?? =)

so, bagi mereka2 yang jugak x penah try buat bubur kacang seperti i, these are the ingredients:
  • kacang hijau
  • santan
  • gula merah
  • daun pandan

cara2nya??

rebus kacang hijau sampai kembang..sampai kacang dah pecah2 dan mengeluarkan bau..then masukkan santan dan gula merah secukup rasa & warna..bila dah boil, masukkan beberapa helai daun pandan..hurrmm..harum semerbak bau dia!!

yayyy!!dah siap!!


boleh dimakan panas2 atau ketika sejuk..of your choice.no problem punyerr!!

kesimpulan dari percubaan pertama ni : 4 stars laa i kasik kat diri sendiri..boleh ekk sendiri masak, sendiri kasik star?? tang rasa, i dah puas hati..manis2 buah giteww!! kalau manis sangat, dapat diabetes pulak nanti!!

cuma kurang puas hati sebab warna dia terlalu gelap..coz gula merah yang i pakai tu x berapa manis..so, banyak laa kena letak..

lepas dah jadi camtu, baru cepat2 tepon mama..rupa2 nyer boleh jer tambah gula pasir kalau gula merah tu x cukup manis..so that, kaler dia xde laa gelap sangat.. hurmmm..begitulaa kisahnyer..

anyway, not that bad for the first try i think..=)

Saturday, August 14, 2010

resepi tepung pelita


kamu kenal ini kuih ape????


hehehe..over laa kan i ni..kalau dah namanya rakyat Malaysia yang majmuk..jangan kata orang melayu, cina and india pun sama jer menelan ape jer makanan yang dijual di atas muka bumi Malaysia ni..1 Malaysia laa katakan..eh.apa i merepek ni??

ok..petang2 ni nak cerita tentang our favourite kuih traditional..Kuih tepung pelita..atau ada jugak yang panggil kuih sampan..


i sangat suka kuih tepung pelita sejak dari kecik lagi..yang dalam daun pisang is preferable..sebab aromanya lebih umpphh gitu!!

tapi masa kecik2 dulu, macam susah kott nak jumpa kuih ni..so, kalau tiap kali balik kampung, mama akan mintak nenek i buatkan untuk i..pastu siap tapau bawak balik lagik..

dah ler tu, sekali makan bukan reti makan 1..main telan 3-4 terus..ish3..pompuan mane laa buruk lantak dari kecik nih???tup tup..dapat hubby pun penggemar kuih tepung pelita ni..memang kena sangat laahh!!

tapi sekarang ni, i tengok merata laa pasar malam apetah lagi bazar ramadhan yang ada jual kuih ni..bezanya sedap ngan tak jer laa..

tadi, i usha2 resepi untuk buat kuih tepung pelita ni..kot2 laa datang aura rajin nak buat kan..tapi bukan hari ni laa..sebab kejap lagi mahu pulang ke rumah MIL..berbuka di sana bersama keluarga hubby..so, disebabkan i dah tahu satu tempat yang jual kuih tepung pelita kat Meru tu, kesian la pulak akak tu kalau i x gi beli kan..dah kurang RM4 hasil jualan dia hari ni..banyak ler ko punyer alasan Dina!!

oh, berbalik pada resepi kuih tepung pelita..i tengok senang jer rupanya nak buat kuih tepung pelita ni..and resepi ni pulak i dapat dari blog seorang bakal doctor yang comel..oooo..harus dicuba ni..sila laa jenguk blog beliau, kalau nak resepi tepung pelita versi perantau katanya..sebab dia di kejauhan (Moscow), dia cuma pakai pandan paste..tapi sebab i kat Malaysia tercinta yang banyak daun pandan, boleh laa pakai daun pandan nanti..

insyaallah..dalam masa terdekat i nak jugak try buat..boleh hantar balik pinggan2 jiran tetangga yang rajin bagi juadah berbuka untuk i n hubby..hihihi..;-)

kalau ada sesape yang cuba buat tepung pelita ni pun, silalah jangan segan2 untuk hantar ke teratak buruk i yer..

daaaa..

Friday, July 2, 2010

mee hailam jugakkk namanyer!!

semalam i macam terasa nak cuba masak sesuatu yang i x pernah masak..yang i expert masak hanya ayam goreng jerr..yang lain sumer masih bertatih lagi..maklum ler baru mula pegang senduk, kuali etc ni 9 bulan yang lepas...hehehe..

mula2 tu ingat nak buat mee kari..sebab mama i terer buat mee kari ,kot2 ler bakat mee kari tu mengalir dalam diri i ker..sape tau kan?? huhuhu.. tapi bila tanye mr.hubby, dia request mee hailam laa pulakk..ok laa..tanda cintaku padamu, ku gagahi juga..

original recipe is from here..i pilih resepi ni sebab 4.5 stars..so, mesti sedap ni kann..tapi i dah modified sket la mengikut kewujudan bahan2 kat rumah i dan kesesuaian keadaan semasa..hihihi..

so, here is my modified version of mee hailam's recipe...

bahan-bahannya??

  • 400 g mee kuning (di celur)
  • daun bawang dihiris halus
  • bawang goreng
  • minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 bawang besar
  • 1 inci halia
  • 5-6 tangkai cili padi
  • sos tiram
  • kicap kipas udang lemak manis
  • 1 kiub sup bunjut Knorr
  • cauliflower & cabbage
  • carrot
  • fishballs
  • ayam yang dipotong kecil
  • 1 sudu tepung custard yang dibancuh dengan sedikit air (sebab rumah i xde tepung jagung)

cara2 nak masak??

  1. panaskan minyak..
  2. tumis bawang2, halia & cili padi yang telah di blend sehingga bau wangi2 giteww..
  3. masukkan ayam & fishballs lalu digoreng hingga separuh masak..
  4. masukkan sos tiram & kicap..gaulkan hingga sebati semuanya..
  5. tambah 3 cawan air kedalam masakan..kalau nak banyak kuah, banyak lagi laa air..
  6. bila kuah dah menggelegak,masukkan sayur2an dan tepung custard yang dah dibancuh..
  7. tambah kicap hingga warna hitam mencapai kepekatan yang diingini..
  8. masukkan mee ke dalam pinggan atau mangkuk..sendukkan kuah dan tabur daun bawang serta bawang goreng ke atas hidangan anda..

and now....

*

*

*

*

*

*

MEE HAILAM DAH SIAP!!!!

notes :
  • i pakai agak banyak kicap sebab tepung custard menyebabkan kuah dia jadi kekuningan..so, untuk kembalikan kehitaman, letak kicap & sos tiram agak banyak..=)
  • gula, garam & ajinomoto langsung tak ditambah sebagai perasa tambahan untuk masak ni..i rasa2 je dah sedap..cukup rasa..maybe sebab kicap tu dah bagi rasa masin & manis..
  • black pepper juga x digunakan sebab cili padi tu dah cukup pedas rasanyer..lagi pun, we both x tahan sangat makan pedas..hehehhe..
  • hidangan ni sesuai untuk 2+1 orang makan..2 orang yang dah dilahirkan plus 1 orang yang masih dalam perut..huhu..i masak semalam, memang ngam2 jer untuk we ols..x lebih, x kurang..
kesimpulan dari sini..walaupun pakai tepung custard, bukan tepung jagung seperti yang ditulis dalam mana2 resepi untuk buat mee hailam..hasilnyer..akan tetap jadik mee hailam jugakk!!!hihihi..;-)

* * * * * * * * * * * * * *

komen dari hubby i???

kalau u masak lagi esok, jadi camni lagi x rasa mee hailam ni???

hehehhe..my hubby is always understand me more than others..dia tau sangat yang wife dia ni masak main aci dan jerr..walaupun masak masakan yang sama, ari ni masak lain, minggu depan masak, jadi lain dahhh..hikhikhik..tapi hubby tetap akan menelan sumernyer sehingga abes licin!!love u laa hubby!!
he is the biggest fan of my dishes..lalalalala..


Monday, May 3, 2010

resepi: trifle

oleh kerana mood adalah ditahap yang sangat memberangsangkan pada hari ni, so, i ada mood untuk berbelog di tengah hari buta ini..walaupun trifle yang i buat baru2 ini adalah kurang berhasil disebabkan ilmu "tercicir" sket, tetapi disebabkan ada juga rakan2 disini yang masih berminat untuk tahu resepi untuk trifle, so i dengan suka citanye nak share jugak laa recipe trifle itu..

bahan2 yang diperlukan:

1 kotak jelly..ada macam2 brand..tapi i guna Nona.kenapa i pakai brand Nona?sebab mama i yang ajar pakai brand ni.if u all allergic ngan brand ni, boleh jugak pakai brand lain..no problemo punyer..cuma, my suggestion for jelly, u all beli yang rasa dia masam2 sket laa macam strawberry or mango..so, dia ada rasa masam2 manis nanti..
1 tin susu cair..x kesah brand ape2 pun..

kek gulung..lagi meriah warna kek gulung tu lagi bagus, lagi cantik la trifle u all tu nanti..kalau u all malas macam i, boleh pergi beli je kek gulung dimana2 bakery yang halal..or kalau mempunyai tenaga berlebihan dan rajin di tahap maksimum, boleh jugak buat sendiri kek gulung tu..definitely no hurt feelings..;-)

buah-buahan dalam tin..ni pun boleh je pakai brand ape2..cuma kalau u all beli yang mahal sket harga dia, usually ada peach, apricot etc..kalau yang murah tu biasanya ada nenas, laici camtu la..so, depends on lidah and bajet masing2 la yer..

bahan2 lain yang diperlukan jugak adalah tepung custard, air, secubit garam dan gula (jika mahu)..resepi i x pakai gula langsung sebab i rasa dah cukup manis2 dari mix fruits, cake and jelly tu..if u all x takut kena kencing manis, then boleh masukkan gula secukup rasa dalam bancuhan custard nanti ye..;-D

OK...now, lets move to the first layer..

first of all, potong kek gulung tadi lebih kurang 1 inch, then susunkan dalam mangkuk seperti pic di bawah ni..dinasihatkan supaya u all pakai mangkuk kaca yang transparent, supaya bila dah siap nanti, u can see the colourful layers from side of the container..=) susun kek gulung tu rapat2 ye..then, basahkan kek gulung tu dengan syrup from mix fruit tu..tapi just the syrup..buah2 nyer simpan dulu...

for the second layer, which is the custard layer yang i buat x jadik the other day..bancuhkan 1 cawan tepung custard, 1 cawan susu cair dan 3 cawan air.kacau sehingga sebati.bila bancuhan dah sebati dah x berketul2 , masukkan campuran tadi ke dalam periuk, dan mula panaskan..kacau bancuhan tersebut.masukkan secubit garam bagi dia rasa lemak skett bak kata tok guru i dan gula jika mahu..then make sure terus mengacau hingga bancuhan custard tadi PEKAT and BOILED!!it will take quite sometimes sehingga tangan menjadi lenguh2 for this mixture untuk menjadi pekat..this is very crucial to make sure u all punyer custard tak jadik macam i punyer..huhu..

once your custard mixture is ready, sejukkan sekejap before dituangkan ke atas cakes layer tadi..after 2-3 minutes, custard layer tu akan memejal wohh, ada ke bahasa "memejal"?? and now u can start decorating your trifle with the mix fruits..or if you have cherries, grapes, strawberries or any fruits inside your fridge, boleh juga cut them into small cubes and letak in your trifles to add the colours and the sweetness..jangan letak durian udah ler!!!

bila dah puas hati dengan layer of the fruits, you can proceed to the final layer of the trifle which is the jelly layer..i was using agar2 instead of jelly before, tapi lepas try guna jelly, i was sooo fell in love with the texture of the jelly..so, for this jelly layer, u all just follow the instruction behind the packaging.very simple.just boil a packet of jelly and water.when the mixture had boiled, pour onto the fruit layer..keep cool in your chiller for about 30 minutes, and now its R.E.A.D.Y!!!

good luck with your trifle people..and jangan lupa post kat i sket bila berjaya!!=)

tatatititutu

Saturday, January 23, 2010

Ayam..bermacam ayam..

haaa..u ols ingat lagi x lagu Jalil Hamid yang tajuk dia Ayam tuh???zaman i kecik2 dulu, glamer wooo lagu tu!!i memang suka abes r lagu tuh..nak2 pulak i ni memang suka makan ayam..ibaratnye kalau xde ayam dalam menu yang mama i masak, automatic i terus jadi kenyang..patutler badan pun jadi gomok cam ayam daging..haih...

mama pun selalu cakap nak kawenkan i ngan anak tokey ayam, sebab terlalu suka makan ayam..tapi..last2 bukan kawen ngan anak tokey ayam, tapi ngan "anak ayam" sama cam i gak..huhu..jangan pandang serong yer..bukan "anak ayam" dan dot dot dot tu..ini "anak ayam" means orang yang x kenyang kalo x makan ayam la!! itu ler i n hubby i..lagi baik x makan ler kalo x de ayam..
:5:

tadi masa "jalan2" mencari the best recipe for me to prepare toninght, i jumpa 1 website yang share macam2 resepi ayam..
:16:

seronok2..pasni xde la asyek i masak ayam goreng, ayam masak merah and ayam masak kicap je untuk hubby i!!kat situ ada listed lebih kurang 50 jenis resepi untuk masak ayam..

so, untuk cik adik, puan2, akak2, makcik2 and i sendiri, bolehlah rujuk ke website ni untuk dapatkan resepi2 ni yer..=)

:38:kalau dah masak tu boleh la antar secebis dua ke rumah i jugak..sharing is caring kan..=)

Tuesday, November 10, 2009

MY chicken chop

may i present to u.......
M
Y

C
H
I
C
K
E
N

C
H
O
P
.
.
.



so, this is how my chicken chop looks like...as been mentioned earlier it's MY CHICKEN CHOP!!! so, jangan berani2 ada yang tanye nape x nampak cam chicken chop pun????

suka ati aku laa...nama pun MY CHICKEN CHOP!!bukannyer chicken chop beli kat kedai!!!!hahahaha...

this is my first trial, kira ok la what...gravy lom berjaya dihasilkan, maybe next time i'll try..

actually, i just fried the chicken fillet with ordinary flour tu je, x letak breadcrumbs pun as it suposed to be..next time jer la cuba pakai breadcrumbs tu..cuma tepung yang aku pakai ni ade rasa cam spicy sket, so xde la plain sangat rasa dy..kepada sesape yang x pernah goreng ayam, jangan lupa salut chicken fillet tu ngan egg yolks before the flour k!!

for the coleslaw, i just mix carrot n kobes ngan mayonnaise..then add some raisins to give the sour taste...then, its ready to go!!

fries n sausage????aiyakkkk....x kan tu pun nak tanye kot...beli je r kat kedai, pastu goreng...then, arrange all of them on a plate to be served...simple!!;-)

resepi di atas, sangatlah sesuai untuk wives yang pemalas seperti aku dikala melayan husband yang tibe2 mengorder nak makan home-made chicken chop!! tu pun kalo hubby korang jenis yang x banyak songeh cam hubby aku laa...else, i won't be responsible for the consequences..=P

kalau berani, cubalah!!!!=)


:flower:cik rye, aku tau ko mesti dissapointed gile sebab penantian ko nak tengok hasil chicken chop aku berakhir begini kan??? ketahuilah ko, bahawa aku ni mmg xde bakat langsung nak jadi chef..=D