Showing posts with label second pregnancy. Show all posts
Showing posts with label second pregnancy. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

Of baby's name

Tetibe rajin nak update blog lagi hari ni.. =)

Ralit plak mencari nama baby hari ni..satu keje tak jalan lagi ni..hahaha.. 

Seperti mana nama Rafique Zaquan with inital RZ, our coming little bundle of joy pun akan dapat same initials... Hubby has decided on Z.. I punya bahagian pilih untuk R, masih left undecided.. coz there are so many R names yang macam cantik dan cute with good meaning.. Hubby cakap suka hati i nak bubuh nama ape R tu asalkan ada good meanings in Arabic.. So, here i share some of the names dengan sesiapa yang jugak nak mencari nama baby girl dengan maksud yang baik dalam bahasa arab.. Yang i list down ni, yang i suka jer laa.. tapi ada banyak lagi yang u ols boleh gi google sendiri.. hehehe..

Raina - princess

Rayfa - kind, compassionate, soft hearted

Rana - eye catching

Rifa - happiness

Rafia - mulia, kaya

Raazia - happiness

Radiya - covered, satisfied

Radifa - pemalu

Raelea - Sinar mentari

Rahaf - delicate, fine

Raiha - fragrance

Raiqa - pure, clear

Rajiya - harapan

Rameesha - a bunch of rose

Raqiya - superior, high

Rashiqa - elegant

Rawza - garden

Raziya - delighted

Rifqa - gentleness

Rizqin - good fortune

Ruwaa - beauty, grace

Ruyaa - Dream, vision


Haaaa banyak dah ni.. kalau nak lagi u ols boleh usha muslimnames.com atau mana2 je lah website yang berlambak-lambak sana.. ni i list down yang i suka je.. yang mungkin terpilih as my little princess name ;)

esok lusa kalau rajin, i list down possible Z names pulak..tapi sekarang macam malas sebab hubby dah finalized for Z.

ok. tu je. bye...


Wednesday, September 4, 2013

preparing rafique to be abang long =)

Assalamualaikum..


Dalam lebih kurang 3 bulan lagi Rafique dah nak jadi abang besar. Dup dap dup dap.. Rasa macam bukan kena prepare Rafique, tapi i sendiri ni kena mentally and physically prepared to be a mom of two. Wohhoo..sorang pun dah mengah.. I wonder how will I look lepas anak dua nanti? Mampu lagi ke nak "berupa" orang? =P


 I personally feel umur 3 tahun memang dah sesuai sangat laa nak jadi abang. 1 or 2 years old macam kecik sangat.. tapi many others ok je kan korang yang dapat baby lagi even before your eldest turn 3. So, masing-masing punya planning lah macam mana.. We all memang dari dulu plan nak jarakkan at least 3 years. Konon nak manjakan Rafique puas2 dulu..Alhamdulillah jugak takde "accident" berlaku until we are both ready. Bila dah nak tiba masanya ni, I plak yang macam gerun. Tengok rafique steady je..ada laa jugak time2 dia cakap tak nak baby..tapi most of the time dia suka je cium "baby", tickle "baby". 


Ni ha latest pictures of abang long to be.. payah nak amek gambar senonoh sekarang ni..dia asyek nak bergerak. nak snap pakai phone lagi susah. asal nampak henpon nak main game...tu laa limited gambar dia sekarang ni..bukan tak nak amek cuma takde yang menjadi.




sepanjang bulan Ogos lepas memang tak hantar dia umah babysitter. bonding session lah kononnya.. rasanya memang tak akan hantar lagi dah sampai i bersalin..saje laa konon nak spend lebih masa dengan dia..nok menaip entry pun dia dok atas riba ni ha.. gi office ikut.. gi beli kain bawak..gi collect data bawak..hangkut ke mana ku pergi. tapi sian gak katt dia kekadang tu..especially time gi sampling hari tu. dua minggu dok dalam kete je tiap2 hari..memang boring laa dia..kalau gi ofis ok lagi dia boleh lari sana sini melasak.. tapi redah je lah.. sem ni pun dah takde amek paper. so, xpe lah.. jaga dia sesambil.. dah cakap kat babysitter dia kalau ada hal penting, meeting ke, presentation or seminar hantar gak lah kat dia..




Budak ni super obses dengan super heroes sekarang ni..especially ultraman..pantang nampak.. 7 keturunan ultraman dah ada bela kt umah tu.. dah la rumah sempit, nak kena bela ultraman dia plak. penat nak kutip! i tak minat sebenanrnya introduce super heroes ni..sebab dia jadi kasar.. asyek nak bersilat je..tapi tu lah heran tu..dia macam tahu je bila ada cerita kartun ultraman superman spiderman kat tv..instict anak lelaki..sabo je lah..


Sekarang ni kitorang cuba laa channel dia ke arah kartun lain. tu pasal bawak dia pergi tengok despicable me 2 ari tu..so, sekarang ni playtime dia dh terbahagi pada dua..yellow monster time ngan ultraman time..kurang lah sikit nak bergusti bersilat..not bad laa jugak investment RM 19 gi tengok wayang tu =P



Hasil dari tengok despicable me, sibuk nak cari toys yellow monster plak..jenuh pusing One Utama masuk segala kedai toys mencari. last-last jumpa kat Jusco Cheras Selatan, RM 20/ set. selamat duit ibu. dulu i'm quite fussy about his toys.. time baby kan dia selalu masuk toys dalam mulut. so, risau laa kalau beli toys murah pastu xde tertellan leaded paint ke hape kan.. now takpe dah, beli mainan murah2 pun.. dia bukan kesah ngan harga pun.. yang penting nak beli selalu. adoiiiiyaii..pening. semedang beli toys. cuma bab ultraman dia dah pandai fussy sket sekarang ni.. dah tak nak ultraman yang seploh hinggit 5 ekor tu..sebab dia tahu cepat patah.. hubby je laa melayan beli ultraman rm40 sekor kat toy r'us  tu..kalau i, jangan harap. ibu cheap skate ok!


Ape lah entry ni tak berkait langsung dah ngan tajuk...wakakaka.. actually i ada baca banyak articles kat internet pasal preparing the first child for the second baby hari ni (when i supposed to be prearing for my presentation next week. =P lalalala)... just a little preparation to get some ideas camane nak handle 1 demanding toddler and another baby coming. takut jugak kalau tetibe rafique resistant towards baby.. i dah laa nanti nak balik pantang kat kampung. Rafique ni bukan nak sangat ngan orang lain.. 

So, tujuan utama entry ni sebenarnya nak mintak korang share experience (bagi yang dah ada 2 atau lebih anak) atau bagi suggestion kat I on how to manage this issue.. ok tu je. sekian. assalamualaikum =)


Friday, August 23, 2013

set berpantang pilihan hati

assalamualaikum...

wow! entry kedua untuk minggu ini..dasyattt!! =P
adakah saya akan kembali aktif di arena membelog?? hahaha..soalan poyo..

untuk 2nd delivery ni i dah decide untuk tak beli jamu segala. nak berpantang ngan shaklee.
ni bukan iklan shaklee.. please take note. huhu..
lepas baca serba sedikit (unlike time preggy to rafique, i read a lot about confinement preparation, breastfeeding etc etc..sekarang ni masa yang ada hanya untuk journals yang bertimbun-timbun tu je.) sory adik baby.. bukan maksudnya ibu tak sayang.. cuma experience yang dah dilalui dulu banyak mengajar kot.. =P lagipun skrg kan ada whatsapp. ada masalah nanti, whatsapp je, ramai yang membantu nanti..insyaallah.. =)


i decide untuk guna set berpantang shaklee sebenarnya sebab based on pengalaman lepas yang i tak amek pun jamu yang beli dulu tu..x silap i beli set bersalin NR. Tak guna bukan sebab tak bagus.. i guna pilis param je sebab rafique kena jaundice dulu..so, konon nak tunggu dia besar sikit baru makan..tapi sampai sudah tak makan.. habiskan vitamins yang hospital bagi, makan gamat dan amek vitamins gak..tapi bukan shaklee.. beli kat farmasi je.


this time, let give this set a try.. i plan nak amek yang basic set ni je.. sebab i tak boleh nak telan esp.. dah try pun..jiha bagi sample ari tu.. cannot go.. inspite of knowing kebaikan dia (from readings), kalau dah takleh nak telan nak wat cane kan?? beli pun bazir je kalau tak makan. another thing that i will continue taking during confinement is gamogen.. memang terbukti bagus dalam proses penyembuhan luka especially kalau i kena c-zer lagi this time.. plus rasa dia sedap, maka takde masalah nak telan 14 botol pon.. hehe..

maka, rakan-rakan agen shaklee sekalian, boleh laa bagi quotation korang melalui mana2 medium yang korang boleh contact saya.. sape kasik best offer, i beli kat u lah..kehkehkeh.. ramai sangat kan agen shaklee sekarang ni. maka best price win. jangan u all kasik i shaklee tiruan sudah.. (ada ke??)


esok nak gi check up adik baby. harap beliau tidak lagi menyembunyikan gender beliau. ibu tak sabar nak shopping dah ni.. 

enjoy your weekend..selamat ber"open" house..
pandu cermat jiwa selamat. 
gi rumah orang pastikan anak anda tak sentuh barang perhiasan orang ye.. karang pecah kaca, pecah gelas, sudah pecah tak pasal dari makan free dah nak kena ganti pasu orang. haru kalau bermasam muka ngan kawan pasal pasu bunga dia pecah.. lagi parah kalau anak kita yang injured sebab tu. tuan rumah pun kalau dah agak2 rumah u ols banyak benda2 yang mudah pecah, mahal dan disayangi tuh, letak tempat yang unaccessible by children ye.. prevention is better than cure.

pesanan khidmat masyarakat dari SafeKids Malaysia.. ;)

ok, sekian terima kasih.
bye...

Tuesday, August 20, 2013

Tadika mahal vs tadika murah?

Assalamualaikum wbt...

Selamat hari raya ke 13. Entry raya tak sempat buat. rasa macam tak perlu dah kot..gambar dah post kat fb kat instagram..=D Teruk sangat prestasi blog sekarang ni..bukan ku minta jadi begini..busy yang amat. masa untuk diri sendiri pun susah nak cari ape tah lagi masa untuk blog kan.. cuba laa yang terbaik supaya blog ni tak berkubur.. update 1 bulan sekali pun ada gak update kan..


Sebelum ke tajuk asal, sikit cerita pasal adik baby.. dah masuk 6 bulan ye yang dalam perut ni..lasak yang amat. lagi lasak dari rafique dulu kot.. masa scan last month tak nampak lagi gender nya..doctor cakap most probably perempuan kata doctor...masa tu memang berbunga riang laa..kembang setaman. tapi tak berani nak kembang sangat. sebab mata sendiri tak nampak lagi. tapi makin hari rasa macam this time is gonna be a boy again pulak..considering kelasakan dia dalam perut ni laa..movement dia at 6 months ni macam movement dah cukup bulan.. tak kesah laa boy ke girl pun.. kalau girl syukur yang amat sangat. lepas ni boleh rehat lama sikit. kalau boy pun syukur yang amat sangat jugak. yang penting sihat walafiat dan jadi anak soleh/solehah nanti. =)

Maaf lah ye adik baby..ibu ni tak update sangat pasal awak..sian awak..


Sekarang kembali ke tajuk utama. tentang tadika. tentang rafique lah sebenarnya.. dari last year lagi i dah gedik nak hantar rafique pergi skool. tapi sebab mama n mil tak bagi maka postpone dulu. next year, rafique dah masuk 4 tahun. rasanya dia dah ready sangat untuk gi skool. dan asyik tanya je bila rafique nak gi skool ibu? i pun dulu start gi tadika umur 4 tahun. I'm a proud products of Taski =) 3 tahun ok gi sekolah kat Taski, gila ape tak proud...


I memang nak cari tadika yang islamic sket.. pendidikan agama dari awal ni sangat penting kot..bukan kita tak ajar kat rumah cuma kalau ramai2 belajar solat kat skool tu macam fun lah sikit kan..kat umah setakat ikut 1 rakaat je. dalam kes rafique, dia suka time sujud je..sujud lama ke main.. doa panjang sangat kot.. ;-D

So, seperti yang semua sedia maklum antara islamic pre-school yang glamer sekarang ni adalah Brainybunch and Little Caliphs la..eh bukan i cari sekolah yang glamer untuk hantar anak. cuma, dah i ni cari kat internet je, so, itu laa yang banyak jumpa bila google "islamic montessori". i suka sistem montessori ni sebab dia built skills through games.. bukan nya belajar macam zaman kita ikut buku jer..looks fun! mungkin sebab dulu takde montessori sistem ni (at least i tak gi montessori school) tu yang buat nampak menarik kot..ntah laa..hehe


Some other criterias yang i cari selain dari islamic based adalah clean, dekat ngan rumah, boleh hantar dari pagi sampai petang sebab leceh kot kalau nak amek dia balik tengah hari. nak bagi dia naik van untuk gi babysitter's house rasa macam he's too small for that. tak berani nak take that risk dan kalau boleh english medium. Sekarang ni kitorang kat umah converse in mix language (bm-bi) ngan dia..In which ramai yang cakap tak bagus gitu... So far kitorang tengok dia ok je..takde laa jadi lembap pun sebab mix language tu..huhu..Dengan harapan kalau dia gi school which use fully english his language will be polished. itu je.. bukan menganak tirikan bahasa melayu tapi gi sekolah rendah, sekolah kebangsaan nanti dia mesti belajar cakap bahasa melayu punya..bukan i ada plan nak gi hantar dia international school pun.=P  or maybe not plan yet until now. kot laa tetibe tahun depan jadi milionnaire, income RM100K per month, masa tu nanti i register laa dia kat international school. =P


Jadi sekarang ni bila dilihat-lihat dan direview based on readings on the net, i dapati yang paling berkenan dihati adalah brainybunch berdasarkan sistem yang mereka provide dan jugak at BBIM memang speak in full english.. ada sesetengah yang lain walaupun they claim that their medium of teachings is english yet they don't converse fully in english, guna bahasa rojak macam i gak.. 


cumaaaaaa, yang menjadi i kurang sket terhadap BBIM ni sekarang adalah disebabkan oleh banyak review yang cakap BBIM 'cekik darah'. hohohoo... OT adalah RM20 sejam. pastu kalau bulan yang cuti sekolah, tetap kena bayar sedangkan kita tak hantar anak ke sekolah. Dan ada fees lain yang macam2 like sports day la..graduation day laa...kata nya graduation day ni, kalau yang tak graduates that year pun kena bayar sebab dia ada macam ada annual concert gitu laa kot..  dari segi achievement lain, parents nampak berpuas hati. maka disini timbullah persoalan, wajar atau perlu ke nak hantar anak ke tadika yang mahal gini? 


BBIM punya registration fee plus buku uniform etc etc tu around RM 1800. Monthly fees  RM 580 for full day tak termasuk OT. I tengok registration fees Little Caliph pun RM 1000++ gak tapi takde full day program. Fees for per month RM 380 kalau tak silap untuk half day. I can tolerate the monthly fee and registration fee. Tapi yang macam tak best tu sebab ramai yang cakap banyak "hidden cost". I tak gi field survey lagi kat tadika2 lain yang ada sekitar kawasan rumah ni, do share with me biasanya registration fees untuk masuk tadika berapa ye?? And do suggest tadika yang bagus dengan reasonable fees around Hulu Langat to me..


Mungkin ramai yang akan cakap, nak benda bagus, kena laa spend that money. I agree. Tapi tu lah nak tanya, perlu ke hantar anak ke tadika seperti yang i cakap tu? or am i being toooo ideal? or toooo fussy about this issue? Considering that i bukannya orang kaya raya; but i am willing to invest on my son's education if it is really worth it. Anyway, I'm a product of Taski Abim. Boleh je further study sampai pHD pun... kannn???


what do you think? korang ada experience ngan BBIM or Little Caliphs? korang hantar anak kat tadika mana?? share your opinion pleaseeee...... =)

k bai...




Friday, June 21, 2013

dah scan baby R?

assalamualaikum...

hari jumaat ni nak tulis entry pasal adik baby lah..dah masuk 4 bulan adik baby tapi being me yang super busy body sekarang ni tak menyempat nak tulis kat sini..sian adik baby lah..nanti dia baca blog ibu dia jeles plak cerita abang rafique banyak tapi pasal dia takde tulis kat sini..hohoho.

a little update about my second pregnancy lah ye today..=)
she is now 17th week already in my tummy..ohh..jangan over terkejut eyh..tak tahu lagi gender nya..saje je sebut she..sebab i memang nak anak pompuan..hikhik..kata-kata tu kan doa..korang semua baca ni sambil2 doa i dapat anak gegirl pulak this time..kehkehkeh..tapi kalau boy jugak pun ok je...no problem punya. jimat belanja.. pakai je baju abang rafique semua..=P


ini sonograph masa scan last 2 weeks..15 weeks masa ni.. length dia dah 16.4cm. doctor cakap development semua ok..alhamdulillah.. the previous month check up doc kata ada small cyst tapi syukur jugak cyst tu tak develop and have disappeared..

Rafique was very excited looking at the scanned image.. dia cakap baby sleep..shhh...doctor bercakap pun dia marah.. tak nak bagi kacau baby sleep..shhh..dengan jari kat bibir ;) i'm hoping that he'll be a good brother soon..insyaallah.. we like to tease him panggil dia abang long tapi dia tak bagi..dia kata "no abang long, abang rafique lah!" which ever will do darling..hikhik



ni record yang doctor tulis..berat i ols masih tak naik walaupun this time my morning sickness not as bad as the first time..blood pressure pun maintain rendah 79/54 macam dulu jugak.. the normal bp is 120/80 ye kawan-kawan.. kalau lebih banyak sangat tu dah jadi high blood pressure plak.. tapi my gynae said dengan berat i yang 42.5 kg tu bp tu masih boleh diterima lagi..would'nt cause much problem..i hope so..dan harapnya next check up takde laa dia menurun lagi. risau jugak laa kalau anemic.. :'(

ohh..next check up i kena minum air gula..sobs..untuk check gdm (gestational diabetes mellitus) walaupun berat tak naik.. sebab sekarang ni ada law baru pulak stating that all pregnant mothers more than 25 years old have to go through diabetes screening regardless of body weight status. chehhh.. time rafique dulu i terlepas. ingat kan this time pun selamat gak dari kesengsaraan kena minum air gula yang diceritakan oleh kawan2 lain, tapi hujan di tengah hari ye kali ni.. maka, kena lah jugak gi minum air gula tu.. ape rasa ye benda tu sebenarnya?? manis sangat2 eh?? hope i takde lah masalah diabetes ni..

next check up juga bercita-cita nak buat 4d scan for baby R.. By that time dia dah masuk 20 weeks.. sepatutnya dah boleh tahu gender lah kot.. eh seriusly I'm very eager to have a girl. not only me lah, the whole family, our extended family pun hoping for a girl this time..MIL lagi laa nak cucu pompuan lepas 3 lelaki sederet. But again, I redha dengan rezeki yang Allah bagi..he always know what's best for us.

that's all for now.. next entry will be on our short unplanned vaccay to Pangkor Island yang entah bila akan di buat...kehkehkeh..