Friday, February 16, 2018

Shopping di fashion valet



Assalamualaikum & hello..

Yang sebenarnya tak sengaja pun nak menjoinkan diri dengan bahana #ipunnak fashionvalet tu. Tapi sebab hadiah untuk stokis yang capai reward bulan December 2017 tak settle lagi, maka terjebak secara tak sengaja. Sebab dapat ilham nak belikan Duck Scarf.

Untuk top achievers semua dah settle sebenarnya. Belikan gelang tangan dengan loket dari Habib minggu lepas. Mahal sikit, lari budget😛 tapi tak apa lah sebab year end punya target, kira halal la walaupun lari budget. Stress tahu tak tiap2 bulan nak belikan hariah untuk orang. Hadiah untuk kita tak terbeli jugak. Sob sob sob..

So, sebab ada 2 orang yang target capai tapi tak cukup tinggi untuk belikan Habib, kita beli Duck Scarf je lah. Tudung sehelai RM 130 kot... Kalau i yang dapat pun happy je. Benda free. Kan?

Mulanya ingat nak beli kat instagram je, tapi nampak macam-macam harga, risau pulak terkena yang ciplak ke, second hand ke, sia-sia je hidup karang. Nak selamat, kita beli direct dari fashionvalet.com sudah. Confirm lah memang baru dan original. Nak harap pergi beli kat Pavillion? Usah harap nama dia.🤣

For me, it was a pleasant shopping experience to shop through fashionvalet.com. Ni first time sebenarnya beli dari situ. Usha-usha baju memang selalu la. Especially sebab selalu terpengaruh tengok Vivy Yusof punya style. Tapi tak pernah lagi sampai check out. I’m quite old school actually bab shopping online ni. Prefer offline shopping lagi sebab boleh pegang boleh try. Tapi sebab kali ni nak beli untuk orang lain, so, tak kesah sangat lah😂😂

But, little did I know, Duck scarf ada banyak jenis material rupanya. Ingatkan yang jenis satin je. Chiffon pun ada sebenarnya. Dan ada beberapa jenis material lagi yang i pun tak tahu camane nak bezakan.. Dah lama tinggal era bisnes tudung, kain pun dah tak kenal🤭

I pilih warna purple sebab sedondon dengan botol Audela, dan material jenis chiffon. Rasanya Fathanah & Syida lagi prefer chiffon kot, lagi senang pakai. Plus, tak pernah tengok dorang pakai satin shawl. So yeah, 2 pcs of Duck scarf at check out!

All in all, I am one happy customer for fashionvalet.com. Website is user friendly. Lepas beli, in just few minutes dah dapat invoice dekat emel. Shipping pun free je. Not sure for all products atau duckscarf sahaja. But I didn’t pay anything extra. Order hari Selasa, Khamis dah sampai office.  Easy peasy!

Yay!



The best part is I’m done with December 2017 stockist rewards. 2 bulan delay hadiah sebab takde idea nak belikan apa. My bad.. I know.. But finally settled!


Jewelleries from Habib + Duck scarf. Reward January dan February 2018, dah settle dengan ticket Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK mac 2018). Bagi stokis dan agen pergi tambah ilmu pulak. Asyik dimanjakan dengan hadiah je dorang ni, kali ni bagi hadiah untuk jiwa dan akhirat pulak. Haaa.. deep gitu!🙈

Untuk tahun 2018 ni reward stokis kita bagi trip percutian lah pulak. 2 tahun dah kot asyek nak fikir nak belikan apa for every months stokis reward. Tukar pattern sempena 2018. Zass..

Anyway, in case ada sesiap mencari tiket IMKK Mac 2018, boleh lah dapatkan dari I sebab I ada ticket lebih. Boleh whatsapp I, “ ticket IMKK Mac 2018” ke 0192129766.

Ni senarai tiket yang nak letgo :

Super Supreme seat- RM 280 x 4 pcs
Diamond seat - RM 230 x 10 pcs
VIP seat - RM 120 x 10 pcs

Kalau ada yang berminat boleh whatsapp eyh.. 0192129766.

Sekian dulu entry sempena Chinese New Year.
Selamat bercuti!

No comments: