Monday, October 7, 2019

5 TIPS PENJAGAAN BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

3 kali dah bersalin czer, 2 kali emergency ceaserean dan 1 kali opt-in a.k.a terpaksa..huhu..so kali ni nak share dengan korang penjagaan bersalin untuk ibu yang melalui ceaserean ni cara Kak Dina untuk mempercepatkan luka korang sembuh dan luka ceaser tak gelembung.


1. Pakai girdle cotton

Bila kita bersalin secara pembedahan, kita tak boleh pakai bengkung yang macam orang bersalin normal pakai tu tau. Sebab bengkung tu biasanya dibuat dari kain yang tebal dan tak serap peluh. Dan lagi satu sebabnya, kalau terlebih kuat ikat bengkung tu, takut nanti luka ceaserean tu tertekan pulak.

Make sure material girdle yang korang beli tu daripada material cotton yang boleh serap peluh. Bila kita pakai girdle ni, perut kita akan rasa lebih "terletak" dan mudahkan pergerakan kita. Mana nak cari girdle cotton? Kak Dina dulu beli brand Triumph dengan Sorella. Cari je kat mana2 shopping mall, In shaa Allah ada.

2. Udarakan bahagian luka lepas mandi

Bahagian luka ceaser tu paling penting jangan bagi dia basah atau lembap. So, lepas mandi, Kak Dina akan lap guna kain batik. Dap dap je tau! Jangan gonyoh pulak tau..hihi.. Dap dap slowly. Elakkan guna towel yang berbulu. 

Sebelum pakai girdle tu, korang baring je kejap atas katil  dan biarkan luka tu "dianginkan" Jangan terus tutup. Kalau boleh hala kan kipas kejap pun boleh. To make sure bahagian luka tu betul2 kering.

Ni bukan perut I ni..Gambar pinjam. Nak tunjuk anginkan macam ni sebelum pakai girdle. Tapi 2 minggu pertama jangan harap perut korang dah kempis macam ni. Perut masih buncit ye. Luka ceaserean ni akan berada bawah lipatan perut kita and tend to berpeluh. That's why kena jaga elok2 dan make sure sentiasa kering bahagian tu.

3. Jangan ambil gamat

Yang ni Kak Dina belajar dari nenek Kak Dina. Jangan ambil gamat sejurus selepas operate. Gamat ni kadar penyembuhan dia sangat cepat. So, kalau korang ambil gamat pada 2 minggu pertama lepas bersalin, dia akan buatkan kawasan sekeliling luka tu jadi gelembung2 dan tak rata. Actually bukan luka ceaserean je, apa2 luka pun sama. 

Apa jenis gamat pun, kita cuma boleh ambil lepas 2 minggu operation macam tu. Baru lah parut luka korang tu akan cantik dan rata.

4. Gamogen

Gamat Healin Gamogen yang Kak Dina ambil ni, start dari minggu ke-3. Satu botol tahan seminggu. Sebab ambil 2 kali sehari. Ambil selama sebulan. It really do helps untuk bagi luka sembuh dari dalam. You all boleh beli dari website official atau outlets-outlets House of Healin.



5. Amalkan Adore

Zaman dah moden, jamu pun moden jugak mommies. Adore from Audela ni boleh bantu memberi kan extra energy you much needed especially kalau korang pantang sendiri. Boleh bantu buang angin, hilangkan lenguh2 badan dan juga boleh banyakkan susu korang juga sebab ada halba. Sangat lah perfect untuk korang yang sama geng dengan Kak Dina yang tak suka benda yang tak sedap.

Paling penting, sebab Adore ni pun boleh bantu kita naikkan balik Peranakan kita dan merapatkan balik miss V.

You guys boleh dapatkan Adore dengan discount RM 10 menggunakan voucher "DINA 10" kat sini.
Jangan kata akak tak payung. Gitchu..

Kak Dina amalkan ni untuk 2 bulan pantang lah. Actually nak minum forever pun tak pe. Sebab dia sangat lah sedap. Tak macam jamu lain yang pahit tu.

Nak tahu lebih lanjut tentang Adore, boleh WhatsApp Kak Dina 0192129766.
Nanti kita sembang lagi.





Wednesday, September 25, 2019

Naik kereta ke Hat Yai dan Koh Samui dari Rantau Panjang.

Haluuu..

Hari ni nak share dengan korang trip Kak Dina ke Hatyai dan KOh Samui nak kereta. Jalan darat sis.. Ni semua abah punya keinginan, nak sangat dia road trip ke Selatan Thai ni. Kalau ikut kitorang, memang nak naik flight je lah. Takde lah penat. Trip ni 6 hari5 malam untuk kitorang yang dari Shah Alam ni. Trip ni sebenarnya berlaku bulan 9 tahun 2018. Dan selepas setahun baru aku upload ke blog. Hahahaha.

Shah Alam - KB (461 km)  tidur KB 1 malam
KB - Hatyai (267 km) tidur Hatyai 1 malam
Hatyai- Koh Samui (365 km) tidur Koh Samui 2 malam
Koh Samui - Hatyai (365 km) tidur Hat Yai 1malam
Hat Yai - Shah Alam (541 km) tidut kat rumah... hoyeahhh!!

Total perjalanan 1999 km, tak masuk lagi yang jalan2 kat Hatyai Koh Samui. Mau dekat 2500K=km agaknya. Jauh perjalanan, luas pemandangan kann..


 Ni lah peta perjalanan dari Rantau Panjang ke Hat Yai. Kononnya 4 jam, sekali almost 7 jam lah..


Perjalanan kitorang dari Kota Bharu, demi nak konvoi 2 kereta, tu yang balik KB dulu. Gigih  demi kebahagiaan mama abah tersayang kan. Boleh laa.. Bukan selalu. Bukan i yang drive pun.. kihkih...

Kitorang masuk melalui Golok. Kastam Golok ni memang tak strict langsung. Kalau setakat nak seludup budak2 takde pasport tu memang takde hal lah.. hahhha.. tapi anak2 i memang ada pasport, maka beratur je lah bersama kami.

Kesilapan kitorang masa tu ialah tak siap2 buat travel insurance dan tak tukar duit siap2. Maka, buang masa lah jugak kat Golok tu dekat 2 jam sebab kebetulan hari Jumaat, kedai banyak tutup. Pastu orang rushing nak gi semayang Jumaat. Lagi satu, queue beratur nak masuk Golok pun agak laa panjang.

So, korang mohon beringat lah tukar duit siap2.

Orang dok beli simkad, kitorang berwefie dulu..

So, mari Kak Dina cerita cara yang paling mudah untuk korang bawa kereta masuk ke Thailand. Korang hanya perlukan :


1 - Kereta hak milik orang yang memandu, atau pergi sekali sama2 trip tu.
     Kalau tuan kereta tak ikut sama, atau kereta sewa korang kena mintak tuan dia buat surat
     kebenaran.
2 - Geran kereta
3 - Travel insurans (boleh buat kat Malaysia ataupun kat Thailand)
4 - Lesen memandu Malaysia yang tidak tamat tempoh..
5 - Pasport make sure lah masih hidup jugak.


Travel insurance tu kastam or imigresen takde mintak pun, tapi lebih selamat kalau kita buat. Bagi peace of mind lah sikit kat negara orang ni kan. Harga untuk kereta dalam RM 30-50 je bergantung jenis kenderaan dan berapa lama insurance tu valid. Pilih la sendiri mengikut kesesuaian.


Sebelum masuk kat border, silalah isi minyak sepenuh-penuh tangki kereta korang.PetrolThailand mahal sekali ganda guys.. Masa kami pergi tu, minyak kat Malaysia RM 2.10 RON 97. Kat Thailand dah RM 3.90 macam tu kalau korang convert. Memang trip kali ni, minyak adalah antara perbelanjaan yang palinggggggg menyakitkan hati. hahaha. Maka, terus rasa bersyukur jadi rakyat Malaysia yang aman makmur damai sejahtera ini.



Minyak kat Thailand ni setiap petrol pam macam lain2 harga. Dorang kena publish macam gambar ni. Kat setiap petrol pump. Kalau korang rajin naw2, silakan lah survey sebelum isi minyak. Tapi kami memang tak buat begitu. Isi je mana yang perlu. Sebab kita nak bercuti, tenangkan otak. Ni dok serabut nak kira harga minyak pulak kan..

==


So, pada hari kejadian korang nak masuk border tu nanti, di border Malaysia ada banyak orang buat servis isi borang putih tu. Sebenarnya tak perlu pun tak pe, bawak pen sendiri, kalau pergi ramai make sure banyak pen. Jangan sebatang pen kongsi 20 orang pulak! hazab laa..

Ohhh.. make sure jugak korang dah booking hotel mana yang korang nak menginap kat Hatyai or Koh Samui tu nanti. Actually kalau belum booking pun tak pe je, syarat dia kena tulis kat borang putih tu.. Sama je macam korang masuk negara lain pun. Setakat ni, Kak Dina tak pernah kena lagi laa sampai tahap kastam telepon hotel tanya kita book hotel dah ke belum. hahaha..

tapi dah itu syaratnya, sila lah make sure. untuk kemudahan kita jugak kan. Especially pergi ramai2, jangan la nak mengada buat pasal masa tu baru nak booking hotel. Buang masa guys..

Duit pun lebih jimat dan menguntungkan kalau korang tukar di Malaysia. Pada zaman sekarang. Duit dorang (THB) lagi mahal dari duit kita (MYR). sOB sob Sob.. menangis di bucu katil x membantu pun. hadap je lahhh.. what to do.

==

Lagi satu, ketika korang dok sibuk nak buat insurans lah, nak beli simkad lah apa semua, beringat lah jugak polis kat Thailand tu memang cari peluang je nak saman korang, Dia ada garis line merah kat tepi jalan yang sebenarnya tak nampak sangat punnnn... tapi tiba2 dia gi saman wehhhh!!


Masa tu kami berhenti nak tukar duit. Orang ada dalam kereta pun dia sama jugak! Kena bayar masa tu jugak😂 Dia ambil IC, suruh ikut dia gi balai. Adik Kak Dina memang dah berasap telinga dah masa tu.. Tapiii.. kita nk buat macam mana kan.. Dia cakap Thailand, kita jawab bahasa melayu. Bertekak la macam mana pun, tetap tak kesudahan. Maka kena bayar 2000THB, lebih kurang RM 300. Kahkahkah.. Gelak je lah mampu. Pengalaman weh, belum gerak ke Hatyai pun lagi ni, dah macam2 hal.

Travel ramai2 ni memang memerlukan kita jadi tenang, jangan beremosi. Cool je, walaupun hati banyak panas.

So, kesimpulan entry ni ialah, kalau korang nak jalan tu jangan la buat perangai macam kitorang ni. Selalu kalau naik flight, kemain well prepared checklist bagai. Ni, bila roadtrip rasa macam simple je..Thailand je punnnnn.. Kononnnn... Sekali, almost 3 jam buang masa kat border. Gitu lah kesahnya. Tapi, percayalah. Senang je prosesnya. Tak rumit langsung. Yang buat lama tu, beratur panjang je.

Korang boleh estimate masa dalam 1jam ke 1 jam setengah untuk acara beratur kat imigresen kastam ni kalau kena hari cuti. Just make sure korang tak buat perangai macam kitorang je. Isi minyak Tukar duit siap2, elakkan diri dari kena saman.

Maka, lepas dah settle semua tu, dalam pukul 2 petang kitorang pun mulalah bertolak, ikut Waze. Lalu jalan kampung. Bila masuk Narathiwat Pattani tu memang ada kawasan yang agak scary sebab ada banyak gila post2 askar tu. Yang macam kita tengok dalam tv, kawat berduri, askar pegang senapang. Nak ambil gambar pun tak berani, semua senyap je dalam kereta. Hahaa..

Tapi askar2 tu xde tahan ke apa pun... Maybe sebab nampak nur di wajah kitorang kot.. hihi.. Pastu nak hujan lah pulak. Siap macam puting beliung tu ha.. Tapi sebab pantai ni cantik, berhenti jugak ambil gambar. Walaupun angin kemain bertiup kencang. Pantai ni macam kawasan perkampungan je, tak dikomersilkan. Sebab tu bersih, cantik kot.. Walaupun ribut dah nak sampai tu, rasa tenang je..Subhanallah..




Then kitorang singgah kat salah satu surau kat Pattani untuk jamak Zohor Asar. Surau tu comel je. Tapi sangat bersih dan terjaga. Tapi takde sediakan telekung. Mungkin style kat sana memang surau x sedia telekung kot. 2 kali surau yang kitorang singgah, takde telekung. Mujur i bawak telekung travel, hadiah dari founder Zara Awliya. Telekung cantik naw2, sejuk naw2. Major love to telekung Zara Awliya. Sila lah beli kalau nak travel.



Begitulah perjalanan hari tu. Kitorang sampai Hatyai, pukul 7 petang, hari dah gelap. Dah maghrib dah. Check in, kat hotel.Next entry, i ols cerita kisah kat Hatyai pulak. Hotel yang Kak Dina highly recommend untuk korang stay kat Hatyai, sangat berbaloi-baloi. Tunggu....

=============


Kalau korang nak Makin Muda, Makin Sihat setiap hari, mari lah usha Audela Multi 17 terbaru ni. Produk muslim guys. Buy Muslim first kan.. Audela Multi 17 bukan sahaja boleh bantu korang kuruskan badan, tapi boleh dapat kulit cantik bersih floles jugak.


Lebih 50, 000 wanita telah berpuas hati dengan Audela. Jom dapatkan Audela dari Kak Dina, hari ni.
ORDER NOW!




Friday, March 2, 2018

Tips mulakan bisnes tanpa modal

Dengan kehidupan zaman sekarang ni yang perlukan banyak duit, semua orang pun pasti sentiasa cari peluang untuk tingkatkan pendapatan kan? Ye lah, nak masuk toilet pun kena caj RM 0.50. Dah takde tandas awam yang free macam dulu-dulu. Kalau ada pun kat petrol pump. Pergi petrol pump Petronas nak pergi toilet free, singgah kejap, masuk kedai Mesra, beli pulak keropok kerepek jajan air, habislah RM 15 kat situ! Takde dah yang FREE😅

So, tak pelik la zaman sekarang, semua orang cari peluang buat side income. Peluang buat pendapatan tambahan. Nak menampung keperluan dan kehendak keluarga masing-masing. Memang duit bukan segalanya, masalahnya segalanya perlukan duit sekarang ni.. Nak tak nak, kita semua kena akur laa..

I cukup kagum dengan kemampuan kaum wanita khasnya, yang mampu ada kerja hakiki 9am-5pm, uruskan suami dan anak-anak, sempat lagi buat bisnes sampingan. Dulu, mungkin agak susah nak merealisasikan benda ni, tapi zaman sekarang, semua benda online. Buat hisnes pun main tekan-tekan henfon je duit dah masuk akaun. Sungguh tak mustahil langsung dah. Beza sekarang, nak ke tak nak je ubah kehidupan dan nasib keluarga masing-masing.

5 tahun lepas, masa saya mulakan perniagaan online, saya langsung tak tahu wujudnya kebolehan untuk buat bisnes tanpa modal ni. Saya fikir, nak mula bisnes mesti kena ada modal. Saya yang naif sangat campur dengan tak terdedah kepada peluang-peluang macam ni.. makanya keluarkan laa duit savings yang tak berapa nak ada tu, RM 5000 untuk mulakan bisnes pertama saya.

Yang sedih dan sungguh patheticnya, ilmu bisnes apa pun takde, bakar duit untuk buat baju jenama sendiri... sekali buat, projek pertama je dah hangus terbakar duit savings tersebut😢


If I could turn back time, I pasti akan google dulu “bisnes  tanpa modal” sebelum buat apa2.. huhu..Sebab zaman sekarang ni mudah sangat setakat nak buat side income RM2000-3000 sebulan. Dah ke tak payah keluar modal banyak-banyak beli stok (yang belum tentu terjual tu), ada yang langsung tak perlu pergi berlengas-lengas beratur kat pejabat pos. stok apa pun tak tengok. Yang penting rajin promote je! Modal kan henfon yang dok pegang kat tangan setiap masa tu je😍😍

Bertuah orang zaman sekarang ni. ..

So, kalau korang tengah fikir apa bisnes yang sesuai korang buat untuk tambah pendapatan diri dan nak bantu family, korang pilih “niche” atau produk yang korang memang suka, yang korang memang minat. Sebab bisnes ni bukan benda yang boleh jadi sekelipan mata. Ambil masa. So, kalau korang buat benda yang korang tak berapa minat, takut korang cepat give up je.

Minat bergaya, pilih produk fesyen.
Minat makan, pilih produk makanan. Kerepek ke, air ke, kuih ke, katering ke..
Minat nak cantik, boleh pilih produk-produk kecantikan.
Minat travel, pilih laa untuk bisnes pakej percutian.

If you do what you love, you don’t need to work even a day! Gitewww..

Pendek kata, awak kenal laa diri sendiri minat apa, then pergi laa google “dropship ______” produk yang korang nak jual tu. Contohnya “Dropship produk kecantikan” Kalau tak jumpa jugak, boleh try “bisnes produk kecantikan tanpa modal” In shaa Allah boleh jumpa.

Kalau dah susah sangat tak jumpa, kau jadi lah Dropship produk akak yang dah gerenti viral kat instagram ni ha.. Audela by Nad Zainal nama dia. Testimoni beribu dah. Dulu kami bukak stokis je, sekarang dah boleh jadi dropship. Stok tak yah pegang, modal tak yah keluar, pejabat pos tak yah pergi. Gambar cantik-cantik nak promote kat facebook instagram pun semua kami bagi.

Komisyen? Up to RM 70 sebotol. Haaa.. kau bayang laa kalau 1 hari jual 1 botol pun, dah boleh dapat side income RM 2100 sebulan. Serius nak generate income thru online kat facebook dan instagram korang? Meh register kat sini.

Kami alu-alukan semua yang nak cari duit raya extra tahun ni, untuk sertai kami sebagai agen jualan. Banyak gila benefits, malas nak cerita banyak, gi usha kat website Audela Beauty k..



Selamat berniaga. Selamat buat duit!
Assalamualaikum.