Saturday, February 17, 2018

7 tips persediaan melancong ke Jepun di musim sakura

Posting ni memang ditujukan khas buat korang-korang yang teringin nak merasa pengalaman bermandian di bawah bunga sakura di Jepun. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, April 2017, I & husband direzekikan menyaksikan sendiri how beautiful the environment is. Kalau nak diikutkan takde budget sangat oun nak travel ke Jepun tu.. Tapi sebab keinginan tinggi sangat, kami redah je lah..






Syukur, selamat pergi dan pulang. 6 hari 5 malam Sakura trip ke Osaka, Kyoto dan Tokyo. 

Kami masuk, melalui Osaka (Kansai Airport) dan balik melalui Tokyo (Tokyo Airport) atas faktor tiket flight lebih murah bila kita beli macam ni. πŸ˜† No other reason. Maklum je lah, trip budget nama nya.. Kena ukur baju di badan sendiri. 

Posting kali ni, nak kongsi dengan korang 7 tips persediaan yang WAJIB korang buat untuk melancong ke Jepun di musim bunga sakura di Jepun. Dah tak lama nak masuk musim sakura kan.. 


1. Pakaian

Korang boleh check suhu musim bunga di Jepun di accuweather.com mengikut date yang korang nak pergi. Roughly 13-20 degree celcius. 20 degree celcius ni macam standard je lag bunyinya kan.. macam pasang aircond kat rumah kita. Kadang-kadang kita pun selamba letak 16 degree celcius especially kalau siang.

Atas estimation ini lah, kami berdua dengan konfidennya, bawah jacket biasa je. Not even a sweater. Kitorang hanya bawa macam bomber jacket gitu laa.. Tambah pulak, bila kitorang pergi ke Universal Traveller dan tanya staff dekat situ, apa jenis jacket yang sesuai untuk temperature 13-20 defree ni, dia cakap “pakai jaket biasa je kak..” dengan confidentnya. 

Tapiiiii.. kau silap dik.. 13-20 degree celcius dia tak sama langsung macam aircond rumah kita tu haaaa... Tambah pulak time berangin! Fuhhhhhhh.. menusuk hingga ke tulang hitam kakak dia punya sejuk. πŸ˜… So penyesalan pertama i ialah, tak bawak jacket bulu-bulu. Ada gak terasa nak bawak masa tu, tapi takut macam terover pulak. Padahal, bila dah sampai sana, hambik kauuu! I ler tu yang over konfiden. 

Begitu lah nasib orang first time travel jauh sikit dari negara sendiriπŸ˜†πŸ˜†

Acah-acah sweet dalam kesejukan. 


Luckily, kitorang bawak jugak heat tech tight. So hari pertama membeku, hari kedua, bijak sikit, pakai heat tech dalam baju. Kira tiga lapis laa pakai. Seluar dan baju heat tech ni korang boleh beli dari Uniqlo. Seluar tak silapnya RM 49.90. Baju pun harga lebih kurang. 

Kalau korang ada swimming suit lengan panjang, seluar panjang, dipersilakan juga bawak. Lebih kurang laa tu function dia. Tak perlu la nak beli banyak2 heat tech tu kan.. Bukan selalu pakai pun. Lain laa kalau korang memang travel ke overseas 4-5 kali setahun. I kan travel versi berjimat dan nak cut budget. Jadi, selagi boleh cut, kita cut🀭

2. Hot patch

Hot patch ni fungsi dia adalah untuk memanaskan badan kita. Dia macam kool fever tu. Tapi fungsi berlainan: kool fever nak serap haba dari dalam badan. Hot patch ni dia supply haba kepada badan kita. Korang boleh dapatkan hot patch ni dari Daiso. Satu paket lebih kurang RM 5. Kalau rasa korang ni spesis tak berapa tahan sejuk, beli la banyak sikit. Dia tahan 24 jam jugak sekali pakai. 

Kalau ikut pengalaman i sendiri, sekali pakai 2 patch, tahan satu hari. So, korang darab la dengan korang plan nak stay berapa hari darab dengan korang pergi berapa orang. Satu pack ada 10 hot patch. Kitorang hari tu tak pakai hari-hari pun. Bila rasa sejuk tak terkawal baru pakai. So, membazir jugak laa beli banyak. Tapi RM 5 je sepeket, better lebih daripada tak cukup. Nak beli kat sana pun ada je jual. Tapi harga, sendiri mau ingat. 



Ni rupa hot patch tu untuk rujukan korang.

Cara guna hot patch ni, korang boleh baca kat pek dia tu. Tampal in between cloth. Jangan direct kepada kulit. Melecur kulit korang, i tak jamin ye!

3. Makanan

This part is especially important untuk korang yang sama macam me n husband yang tak makan sushi😁 Kitorang bawak bekal Brahim’s dan maggi. Maggi cup makan space beg, jadi eloklaa kalau korang beli maggi biasa dan bawak spare tupperware untuk makan. Dekat hotel ada sedia selalunya. Cuma kita je lah confident ke tak nak pakai pinggan cawan sudu yang kita pun tak tahu status pengguna sebelum tu kan.

Kalau korang nak beli Brahims tu tak yah nak fancy-fancy lauk macam-macam sangat. Kitorang punya strategi, 2 kali heavy meals (Brahims). Pagi makan sebelum keluar, and makan malam selepas balik hotel malam nanti. I ada spare tuna jugak. Roti beli kat sana je. Boleh google roti jepun yang halal. Roti dia sedap, gebu! So, boleh pack sandwich & biskut untuk snacking. 

Cuaca sejuk kan, cepat lapar. So elokla korang bawak bekal untuk mudahkan diri sendiri dan tak ganggu jadual jalan-jalan korang sebab asyek sibuk cari restoran halal sebab kebanyakan restoran hala, lokasi dia agak secluded. So, agak membazir masa disitu. For us la.. sebab acara kami jalan-jalan bukan cari makan. kalau korang tak kisah, dipersilakan la spend masa jalan-jalan cari makan.

Boleh spare chocolates and energy bar jugak. Sebab banyak berjalan kan.. confirm cepat lapar. Tambah lagi kalau time sesat. πŸ˜› Sambil stress cari lokasi, boleh berhenti bawah pokok sakura dulu, makan coklat!

4. Poncho / payung

Sepanjang 6 hari kami kat sana, 2 hari hujan. Kira musim bunga ni, musim yang rainy juga la. Kalau korang pun on budget trip, expect lah kita akan banyak menapak. Bukan duduk dalam coach yang bawak korang ke tempat yang nak dilawati. So, cadangan saya, beli jugak siap2 poncho (baju hujan yang nipis tu) atau payung lipat. 

Bukan sebab kat Jepun takde jual, tapi hati kau akan rasa pedih bila convert harga payung dan pocho tuπŸ˜‚ Tepuk dada, tanya poket. Pilihan di tangan anda. Jangan kata sis tak pesan tau. Sis dah kena, sebab tu sis pesan kat korang. Poncho jauh lebih senang sebenarnya tau berbanding payung sebab kita nak berjalan dan menikmati sakura season kan.. Lain macam tau feel dia jalan dalam hujan tu. kat KL memang kemsalam laa i nak buat. πŸ˜›

Ni pocho beli kat Jepun. Kalau di convert ke RM, makanya jadilah RM 40++ 😭😭😭 Kat daiso Malaysia ada jual, RM 5 je wey!

5. Hotel

Musim sakura ni kira peak season la untuk orang travel ke Jepun. Bukan kita je nak enjoy sakura, even japanese sendiri pun sangat suka enjoy sakura season. Untuk pastikan korang tak terkebil-kebil nak mencari hotel last minit, elok laa booking awal. 

Cadangan i, korang booking melalui Agoda, pilih yang tak perlu bayar dulu. Memang yg terus bayar tu lebih murah tapi harga kat agoda tu berubah-ubah. So, mungkin esok lusa korang boleh dapat hotel yang lebih proper dengan harga lebih berbaloi. Booking dulu hotel mana yang korang boleh dapat at this moment, nanti rajin-rajin la survey lagi untuk dapatkan best bargain! 

Nanti i share review hotel-hotel yang i stay dekat Osaka dan Tokyo for you all punya reference. Range harga hotel yang i dapat tu bawah RM 150 per night for two person, tatami bed sajo. Takde katil. Hihi.. tapi, seriusly tido atas tatami tu selesa weh!! Rasa macam tak nak bangun. And maybe jugak faktor weather dan faktor penat berjalan. So, letak kepala je terus padam!😴😴😴





6. Portable wifi

Kalau korang travel in group of 5 (maximum) satu portable wifi dah cukup. Masing-masing guna henfon masing-masing. Make sure tutup korang punya internet data mahupun roaming tu. Nak call family, boleh whatsapp call atau facetime je. Lebih jimat, mudah, x perlu nak tukar simkad segala.

Korang boleh google je sewa portable wifi untuk ke Jepun nanti compare lah provider mana yang lebih murah pakej semasanya.. masa i pergi, kos dia RM 24 per day. So darab la dengan berapa hari korang pergi. Bahagi dengan berapa orang dalam group korang. Kalau macam kitorang bertiga, jatuh la RM 8 sorang untuk sehari.

Ni haa rupa pocket wifi yang korang akan sewa nanti. Gambar ni i google je. Takde pulak ambil gambar pocket wifi dulu

Portable wifi ni, korang boleh pilih sama ada nak pick up dekat airport yang korang arrive nanti, nak courier ke rumah korang sendiri, atau pick up je dari KLIA atau KLIA2. Kami pilih option ketiga sebab paling jimat dan mudah cara ni. Kalau sampai Jepun baru nak cari wifi, pening nanti. Dah ke lancar sangat nak berbahasa jepun tuπŸ˜›

Ada juga hotel atau airbnb di Jepun yang dah sediakan free pocket wifi untuk digunakan bagi yang menyewa dengan mereka. Tapi sementara nak sampai ke homestay atau hotel tu, memang menggagau la korang. Melainkan korang memang dah biasa dengan jalan kat sana.

Anyway, ada deposit jugak yang dikenakan. Tak silapnya RM 200. Bayar deposit masa korang collect wifi tu. Bila pulang nanti, dia bagi la balik deposit korang in full dengan syarat pocket wifi tu tak berlaku sebarang kerosakan. Jaga je lah elok-elok. Jangan bagi anak korang rendam dalam air. In shaa allah dapat full refund deposit tu nanti. Hehe..


7. Universal adapter

Lagi satu nak tambah, kalau ke Jepun, sila la beli siap-siap  universal adapter. Sangat penting weh universal adapter ni sebab plug dia tak sama macam plug kita kat Malaysia. Korang boleh beli universal adapter dari Mr. Diy. Harga serendah RM 12.90. Kat lazada pun ada. 



Macam ni lah lebih kurang rupa dia. Ada banyak jenis, korang pilih la ikut taste dan budget masing2. 


So, ni lah dia 7 tips utama persediaan untuk menikmati musim sakura di Jepun. Highly recommended. In shaa allah next posting, i tulis tentang bajet dan itenary pulak. Harap entry ni membantu persediaan korang melancong ke Jepun.

Walaupun bunyi melancong ke Jepun tu macam mahal, tapi tak mustahil. Kena susun strategi jeπŸ˜ƒ Dan tak perlu nak bajet diva letops nak lengkap segala kalau bajet tipis. Hehe.. 

That’s all for now. Selamat bercuti!

No comments: