Friday, July 2, 2010

mee hailam jugakkk namanyer!!

semalam i macam terasa nak cuba masak sesuatu yang i x pernah masak..yang i expert masak hanya ayam goreng jerr..yang lain sumer masih bertatih lagi..maklum ler baru mula pegang senduk, kuali etc ni 9 bulan yang lepas...hehehe..

mula2 tu ingat nak buat mee kari..sebab mama i terer buat mee kari ,kot2 ler bakat mee kari tu mengalir dalam diri i ker..sape tau kan?? huhuhu.. tapi bila tanye mr.hubby, dia request mee hailam laa pulakk..ok laa..tanda cintaku padamu, ku gagahi juga..

original recipe is from here..i pilih resepi ni sebab 4.5 stars..so, mesti sedap ni kann..tapi i dah modified sket la mengikut kewujudan bahan2 kat rumah i dan kesesuaian keadaan semasa..hihihi..

so, here is my modified version of mee hailam's recipe...

bahan-bahannya??

  • 400 g mee kuning (di celur)
  • daun bawang dihiris halus
  • bawang goreng
  • minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 bawang besar
  • 1 inci halia
  • 5-6 tangkai cili padi
  • sos tiram
  • kicap kipas udang lemak manis
  • 1 kiub sup bunjut Knorr
  • cauliflower & cabbage
  • carrot
  • fishballs
  • ayam yang dipotong kecil
  • 1 sudu tepung custard yang dibancuh dengan sedikit air (sebab rumah i xde tepung jagung)

cara2 nak masak??

  1. panaskan minyak..
  2. tumis bawang2, halia & cili padi yang telah di blend sehingga bau wangi2 giteww..
  3. masukkan ayam & fishballs lalu digoreng hingga separuh masak..
  4. masukkan sos tiram & kicap..gaulkan hingga sebati semuanya..
  5. tambah 3 cawan air kedalam masakan..kalau nak banyak kuah, banyak lagi laa air..
  6. bila kuah dah menggelegak,masukkan sayur2an dan tepung custard yang dah dibancuh..
  7. tambah kicap hingga warna hitam mencapai kepekatan yang diingini..
  8. masukkan mee ke dalam pinggan atau mangkuk..sendukkan kuah dan tabur daun bawang serta bawang goreng ke atas hidangan anda..

and now....

*

*

*

*

*

*

MEE HAILAM DAH SIAP!!!!

notes :
  • i pakai agak banyak kicap sebab tepung custard menyebabkan kuah dia jadi kekuningan..so, untuk kembalikan kehitaman, letak kicap & sos tiram agak banyak..=)
  • gula, garam & ajinomoto langsung tak ditambah sebagai perasa tambahan untuk masak ni..i rasa2 je dah sedap..cukup rasa..maybe sebab kicap tu dah bagi rasa masin & manis..
  • black pepper juga x digunakan sebab cili padi tu dah cukup pedas rasanyer..lagi pun, we both x tahan sangat makan pedas..hehehhe..
  • hidangan ni sesuai untuk 2+1 orang makan..2 orang yang dah dilahirkan plus 1 orang yang masih dalam perut..huhu..i masak semalam, memang ngam2 jer untuk we ols..x lebih, x kurang..
kesimpulan dari sini..walaupun pakai tepung custard, bukan tepung jagung seperti yang ditulis dalam mana2 resepi untuk buat mee hailam..hasilnyer..akan tetap jadik mee hailam jugakk!!!hihihi..;-)

* * * * * * * * * * * * * *

komen dari hubby i???

kalau u masak lagi esok, jadi camni lagi x rasa mee hailam ni???

hehehhe..my hubby is always understand me more than others..dia tau sangat yang wife dia ni masak main aci dan jerr..walaupun masak masakan yang sama, ari ni masak lain, minggu depan masak, jadi lain dahhh..hikhikhik..tapi hubby tetap akan menelan sumernyer sehingga abes licin!!love u laa hubby!!
he is the biggest fan of my dishes..lalalalala..


2 comments:

Sheherazade said...

WAH KAGUM NI,xpenah msk utk hubby menu ni

gud jod :)

Dina Zakaria said...

~pia~

x perlu kagum pun..senang je masak ni..try la buat kalo x cayer..hihi